Thursday, April 30, 2009

Aku merasa sgt bertuah kerana diuji oleh Allah dgn pelbagai ujian yg byk menyedarkan aku dari leka...sebelum ini kusangkakan yg berkilau dipuncak gunung itu adalah intan dan aku juga tidak pernah menyedari bahawa permata yang kusangkakan kaca itu yg sentiasa ku pandang hari2 tidak pernah ku endahkan..dan hari ini permata yg ku nilaikan seperti kaca itulah juga yg membuka mataku bahawa selama ini aku buta untuk menilai kesetiaan seseorang, erti setia kawan yg sebenarnya...dan aku amat bersyukur Allah masih merahmati tiap langkah perjalanan hidupku..disaat aku hampir rebah dan terpesong dari landasannya..mereka datang memimpinku kembali ke jalannya...AKU INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH TEMAN SEPEJABAT DAN BOSSKU EN. HANIF yg sentiasa memberi dorongan dan nasihat dikala aku memerlukannya. TERIMA KASIH JUGA kepada suamiku nan tercinta....kerana sentiasa setia menemaniku dikala aku susah dan senang....TANPA KASIHMU SEPILAH AKU.... !!!!
Share/Bookmark

Wednesday, April 29, 2009

NAFSU NAFSI



Muslim cemerlang guna akal, iman sebagai panduan jalani kehidupan penuh ujian MANUSIA adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah di muka bumi berbanding makhluk lain. Kelebihan dan kemuliaan manusia disebabkan mereka diberi akal fikiran. Dengannya manusia dapat berfikir untuk membezakan perkara baik dan buruk, sekali gus tahu mana perintah Allah yang perlu ditaati dan dilarang-Nya yang mesti dijauhi.
Allah juga membekalkan nafsu kepada manusia. Dengan nafsu martabat dan kedudukan manusia boleh menjadi lebih tinggi dan mulia atau menjadikan insan lebih hina serta rendah daripada haiwan. Baik atau buruk hidup manusia bergantung kepada tahap kesucian batin dan nafsunya. Mengikut ulama, kemuliaan seseorang hamba bergantung sejauh mana taraf makrifatnya kepada Allah. Jika seseorang berjaya mencapai tahap makrifat sebenar, ia menjadi sebaik-baik makhluk. Berjaya atau tidak manusia itu menjadi makhluk terbaik bergantung kepada sejauh mana ia mengawal nafsunya.

Nafsu mempunyai dua pengertian iaitu meliputi segala tabiat manusia seperti benci, dendam dan berahi. Pengertian kedua berkait dengan kejadian latifah rabbaniyah, iaitu sesuatu yang batin, tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana membabitkan hal kerohanian.

Allah jadikan manusia daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Dalam tubuh manusia ada dua tenaga iaitu yang membina dan tenaga merosak. Tenaga membina tunduk di bawah pengendalian akal sihat dan waras, sementara tenaga perosak tunduk di bawah pengaruh nafsu.

Seperti tercatat dalam kitab Sirras Salikin, sesetengah ulama daripada ahli suluk mengelaskan nafsu manusia kepada tujuh jenis iaitu amarah, lawwamah, mulhamah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamaliah. Namun, hanya empat jenis nafsu popular di kalangan umat Islam iaitu amarah, lawwamah, mulhamah dan mutmainnah.

Nafsu amarah tingkat nafsu paling rendah yang menyeru manusia melakukan kejahatan kerana dibayangi perlakuan syaitan dan iblis yang sesat lagi menyesatkan.

Nafsu lawwamah lebih tinggi tingkatnya berbanding amarah, tetapi masih tidak jauh bezanya daripada nafsu amarah dilihat dari sudut pelakuan orang dipengaruhinya.

Lawwamah ialah nafsu yang suka mengajak dan menyuruh orang melakukan kejahatan.

Mulhamah ialah nafsu yang menerima beberapa proses kesucian daripada sifat hati yang tercemar. Proses itu menyebabkan segala kekotoran atau hasutan syaitan dapat dibuang dan diganti dengan amalan mengingati Allah.

Nafsu mutmainnah pula merujuk golongan mukmin yang salih dan dihidupkan rohnya, pada waktu sama mempamerkan akhlak mulia dan peribadi yang tinggi serta mata hatinya hidup untuk melihat sesuatu yang ghaib serta mengenal dengan perasaannya.

Sesungguhnya nafsu berperanan sebagai perangsang atau pendorong manusia mengejar cita-cita dan impian demi tuntutan hidup. Ada yang berjaya mencapai impian mengikut landasan dibenarkan Allah, malah ada juga yang tergelincir daripada landasan dibenarkan Allah kerana dihasut nafsu syaitan.
Share/Bookmark

Kenapa Kita Perlu Sentiasa Bersyukur..


Bila menyebut mengenai kesyukuran, tentu kita teringat tentang firman Allah SWT di dalam sebuah hadis qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;

"Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain."

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.

Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya:

"Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur." (Surah As-Saba': 13)

Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan 'Alhamdulillah'. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan 'Alhamdulillah' itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan 'Alhamdulillah'. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan 'Alhamdulillah' dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.
Firman Allah :

Maksudnya: "Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim: 7)

Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk 'cover' balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu.

Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.
Share/Bookmark

Tuesday, April 28, 2009

Musim orang Demam...

Sejak minggu lepas aku tengok seme orang kat ofis jatuh sakit, demam, selsema dan batuk2..!!!! aku ni mmg sensitif sikit pantang org bersin jap je dah berjangkit..tau2.bila balik umah malam tu laki aku plak yg demam...risau plak aku takut aku ngan anak2 berjangkit..nasibla antibodi badan aku dn anak aku agak kuat..setakat ni alhamdulilah..pastu terdetik jugak didalam hati..eeii.dah hampir 3 tahun lbh aku x MC..seingat2 aku last aku ambik MC masa mengandungkan anak aku si ADAM tu..itulah MC aku yg terakhir..nak ckp aku ni staff of the year pun x jgk...tapi Allah ni mmg ckp syg kat aku agaknya..aku payah nak jatuh sakit...hehehe perasan jap..so bagi aku kalau orang yang rajin jumpa doktor n ambik MC klu stakat sakit sikit2 je tu mmg MANJA giler..tapi bukan MANJAKAN diri tapi manjakan penyakit tu wakakaka....pastu teringat plak ari jumaat ni LABOUR DAY..hari PEKERJA so bagi pekerja yg rajin bekerja dan x pernah sebarangan ambil CUTI dan MC tu..aku ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA...semoga kita semua akan dimurahkan rezeki..setiap hari..AMINNNN !!!
Share/Bookmark

Monday, April 27, 2009

S.I.B.U.K.....!!!! itulah perkataan yang plg sesuai untukku sekarang..tlampau byk aktiviti sepanjang hari disepanjang minggu..siapa cakap mudah untuk menjadi isteri dan ibu yang berkerjaya ni ??? Bukan senang wooo....bukan dah kata keje 24 jam tapi aku rasa dah lebih dar itu..tidur pun x terasa kdg2 tambah2 anak aku ADAM yang sibongsu buat hal menangis tengah2 malam mengigau...bila dipujuk lagi kuat dia meraung..alahai sabo ajelah...nasib suami aku tu jenis penyabar orangnye..kadang2 disebabkan terlampau letih...aku langsung x sedar bila anak aku menangis..tapi kadang2 tu buat2 x sedar pun ada sbb aku tau..laki aku mesti bangun buat susu punye hehehe..tapi ini kira x teruk sangat dulu masa beranakkan anak kembar dulu lagi teruk...kena plak dapat sawan tangis aduhai..tensyen gile aku dgn suami masa tu...tiap2 malam menangis sampai kesubuh..pujuk x makan saman plak tu..so apa yg aku buat...satu tido sebelah husband, satu tido dgn aku..so bila sebelah husband punya melalak....that is his turn..my turn is when my second twin nangis then my husband will cakap then that is your turn...hehehe..mmg letih sgt2 masa tu walaupun mmg glamer la sat aku dan husband sbb kemana2 je bwk si kembarku yg mmg montel2 masa kecik2 dulu..ramai yg akan datang cubit2 pipi diaorang dan cakap ..eeiii comelnye, kembarke ? eeii seronoknye dpt anak kembar..camne buat erk ??? hehehe gile ke ape tanya camtu..anyway mmg aku pun x sangka dapat anak kembar sbb kakak husband pun mmg dah 2 kali beranak kembar..so aku x sangka kami pun akan dapat anak kembar jugak..anyway setiap anak2 tu mmg REZEKI.....ALHAMDULILAH !!!
Share/Bookmark

Saturday, April 25, 2009

Anak Sulongku..Puteri Tunggal..ANAK AYAH



Inilah gambar anak sulungku yg dah jadi anak dara, Nur Amalina Bt Zulkifli, dah umo 14 thn dah...eei..x sangka dah tua rupanya aku...dulu masa kecik2..macam lelaki sbb x der rambut..risau aku takut sampai besar macam tu..nasiblah sekarang x mcm tu..semakin hari semakin remaja dan semakin cantik..aku plak naik risau sbb dah ramai anak2 teruna yg mula menjeling..wahai Anakku jagalah dirimu dan keperawananmu sebaik mungkin kerana itulah harga diri yg xdak ternilai..jagalah nama baik keluarga selalu..ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 ibu...Amin !!!
Share/Bookmark


inilah gambar anak kembarku Muhammad Zuhairi dan Zulhilmi yang berusia 10 tahun..masih teringat waktu mula2 bersalin kat diaorang kat hospital alor setar pada tanggal 27.1.1999, wah masa kat wad diaorang bukan main famous lagi sbb masa hari itu cuma aku sorang jer beranak anak kembar jadi seme yang datang melawat anak2 dan cucu2 diaorang yg bersalin pun pasti akan singgah kat katil aku nak melihat sikembar ku tu..masa kecik2 dulu bukan main tembam lagi..nasib sekarang badan diaorang dah ok..harap2 diaorang akan jadi anak2 yang soleh nanti dan usahaku dan suami menghantar diaorang ke Maahad Tahfiz berbaloi..Amin ..!!!
Share/Bookmark

Pejam Celik....


Pejam celik, pejam celik...dah 36 tahun umo aku..., pejam celik..pejam celik dah 15 tahun aku kawin.., pejam celik, pejam celik dah 5 orang anak aku...dan pejam celik, pejam celik dah remaja anak dara aku...!!! Pejam celik, pejam celik dah TUA rupanya aku..Aduhai..!!! bukan senang nak jadi seorang ibu dan isteri yang mithali nih....!!! mcm2 dugaan dan ujian aku kena tempuhi untuk mengharungi jalan ke syurga..Paling aku x lupa kenangan tahun ni byk mencatat sejarah suka duka dlm hidupku..rupa2nya masih byk manusia kat dunia berlagak alim tapi rupa2nya dgn megahnya mempermainkan hadis dan alquran..dan dengan tanpa bersalah melanggar hukum Allah...aku sendiri x faham apabila ada Melayu yang dgn bangganya mengaku sbg orang islam dan umat Muhammad tapi masih x sembahyang, masih x bertudung kepala, masih x menutup aurat, masih berzina, masih minum arak, masih berjudi..dan dgn sesukanya melakukan semua itu dgn tanpa rasa takut..sdgkan mati itu wajib...dan dengan terang2 dlm hadis dan alquran telah menerangkan betapa azab kubur dan siksa api neraka itu sangat dashyat..dan kematian tidak pernah memilih usia dan sesiapa jua...tapi kenapa kita masih leka ??????? Aku sendiri x mgerti mengapa kita memilih untuk bersama-sama syaitan dineraka jahannam yang mengerikan..hai entahlah...dunia memang mengasyikkan !!!
Share/Bookmark

Sunday, April 19, 2009

Himpunan Dosa-dosa besar

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Kami Berpesan pada diri kami dan pada tuan-tuan jangan sekali-sekali melakukan dosa-dosa dibawah ini. Jika terlanjur cepat-cepat bertaubat sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Semuga taubat kita diterima oleh Allah. Amin...

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara.

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melalukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki
Share/Bookmark

Sembahyang Akhir Waktu

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya?..
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, Tolnya "free". Sekatan tol tiada Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan. Untuk dinilaikan. Tapi Jika sembahyang di akhir waktu, Tol free juga, Tapi sekatannya, MasyaAllah?.
Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita, Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita, Minta diberi laluan, Tetapi? penjaga langit pertama Tidak heran dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka. jatuh berderai? Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita, Satu persatu dikutip. Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua. Dilangit kedua, Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi kawan kita. Tak dipedulinya. Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi jatuh berderai lagi. Dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan. Dilangit ketiga, Laaaa?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi. Terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai?. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka, Tak sampailah amalan kita kepada Allah. Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka, Bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak di dunia di akhirat pula. Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa....Ish?. Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai, Dahlah tu...Tak de nilai. Kena azab lagi nanti Ya Allah !!!Ampunkan kami kerana lalai ! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami, suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan. Biarlah kami gawat di dunia. Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.
Amin.
Share/Bookmark

Dialog Bersama Syaitan.....

Seorang insan telah dirasuk syaitan. Aku ditugaskan bertanya si
syaitan. Sebelum sesi dialog berlangsung kami telah membacakan bebarapa
ayat suci Al-Quran sebagai melemahkan si syaitan yang merasuk tersebut.

Aku: Hai syaitan ke jin¦ siapa namamu kenapa kamu menganggu si polan.
Syaitan: Hai bodoh! Syaitan dan jin samalah.hey bodohnya kamu ni¦
Nama ku Saragon
Aku: Oh¦syitan dan jin sama sahaja.. Jadi yang jin Islam tu siapa?
Syaitan: Jin Islam tu sama bodoh macam kamu.
Aku: Patutnya kamu masuk Islam beriman kepada Allah.
Syaitan: Mana ada (marah).patut kamu sembah Iblis. Dia yang berkuasa.
Aku: Berapa umur kau syaitan?
Syaitan: Umurku 60,000 tahun.
Aku: Oh ¦60,000 dah tua lah kau ni¦
Syaitan: Aku masih muda lah macam kamu. 60,000 itu baru macam umur kamu.
Aku: Kalau macam ni aku bacakan ayat Quran..
Syaitan: Jangan (takut) ..sakittt
Aku:
Tahu pun sakit. Kalau macam tu keluar lah kamu dari tubuh si polan.
Kalau tidak kami akan bacakan ayat Al-Quran. (membaca
Bismillahirahamanirrahim)
Syaitan: Jangan sakit..sudahlah
bodoh..pergilah tengok bola..pergilah..jangan ganggu aku. Aku bukan
kacau kamu. Bodoh lah kamu ni..buang masa saja..pergi baliklah.
Aku: Tahu pun sakit. Kenapa kalau kita baca ayat Al-Quran apa yang kau nampak.
Syaitan: Kamu penipu¦. kamu ramai.
Aku: Ramai macammana?
Syaitan: Ramai..penuh satu rumah
Aku: Berapa ramainya¦.ratus¦ribu ?
Syaitan: Banyak..ramai¦
Aku: Macamana rupa bentuknya?
Syaitan: macam cahaya bersinar.
Aku: Dia datang macam mana?
Syaitan: Dia datang bersama setiap huruf ayat yang dibaca?
Aku: Kalau azan macammana ? apa yang kamu takutkan?
Syaitan: Itu lagi ramai yang datang macam hujan.
Aku: Kemana kamu lari?
Syaitan: Kami cuba lari sedaya upaya tapi tiada tempat lari ..
Aku: Masuk dalam tanah macam mana?
Syaitan: Dalam tanah pun ada (takut)
Aku: Dalam laut?
Syaitan: Dalam laut pun banyak. (takut)…kami masuk dalam lubang najis dan longkang.
Aku: Jadi apa tunggu lagi keluarlah kau syaitan lahnattullah..
Syaitan: Aku tak mau. Aku mau tinggal di sini. Aku tak ada rumah. Biarlah aku di sini. Jangan ganggu aku.
Aku: Kau mesti keluar. Kau menyakiti diri si polan. Keluar kau segara.
Syaitan: Aku kuat. Aku tak mahu keluar.
Aku: OK. (baca Ayt Kursyi)
Syaitan: Jangan (merayu)¦Aduh!..ahhh¦Kamu jahat¦aghh
Aku: (diam seketika)¦
Aku: Hai syaitan ¦tak mau keluar lagi?
Syaitan: Baliklah kamu….buang masa saja..pergi tengok bola. Pergilah (memujuk)….Kau tahukah Kamu ni manusia jahat.
Aku: Kenapa kami jahat?
Syaitan: kamulah menyebabkan kami kena buang dari syurga.
Aku: Siapa bagi tahu kau macam tu.
Syaitan: Iblis tuhan kami
Aku:
Sebenarnya Iblislah yang telah menggoda manusia. Engkar printah Allah.
Kamu dilaknat. Dibakar dalam neraka di akhirat kelak. Tunggulah dunia
kiamat nanti.
Syaitan: Mana ada kiamat.
Aku: Allahuakhbar!
Syaitan: Aduhhh!
Aku: Hai syaitan¦kamu kah yang membawa angin ahmar?
Syaitan: Itu senjata kami yang hebat..(senyum)..
Aku: Macam mana kamu gunakan? Siapa yang akan kena?
Syaitan: Bila manusia lalai¦
Aku: Bagaimana dengan penyakit HIV, AIDS, SELESMA burung?
Syaitan: Itu semua kami punya (senyum)
Aku: Bukan kah kerana makanan? (saja bertanya)
Syaitan: Makanan itu sebab sahajalah bodoh!…
Aku: (Sabar) (Berastagafar)
Syaitan: hei! sudah lah bodoh¦buang masa saja.! Pergilah kamu balik..Tengok mata iblis merah sudah tengok aku.
Aku: Kenapa pulak dengan iblis.
Syaitan: Dia marahlah bodoh!.Dia tu tuan aku.
Aku: Dalam sembahyang kau mengoda juga kah.
Syaitan: Dalam sembahyang kami goda..kalau kamu lalai.
Aku: Kalau kami baca ayat al Quran sebelumnya.
Syaitan:
kami pergi jauh..lepas tu kami balik..perhati kalau kamu lalai kami
masuk lah dalam hati dan lalaikan kamu. Kami senang hati kalau
sembahyang kamu tak sempurna.
Aku: Kamu nampak kah kalau sembahyang tak sempurna.
Syaitan: Sembahyang tak sempurna akan dilempar. Tapi kami sedih kalau sembahyang yang sempurna.
Aku: Macammana rupanya sembahyang sempurna?
Syaitan: Kami nampak dia naik keatas langit.
Aku: Oh begitu. Bagaimana dengan orang yang tak sembahyang. Kamu tak goda.
Syaitan: Buat apa goda orang tak sembahyang. Mereka pun macam kami. Bodohlah kamu!

Ini hanyalah sebahagian dailog yang berlansung dan dapat dikongsi bersama.
Dalam dailog ini alhamdulilah syaitan akhirnya menyerah kalah setelah
tidak tahan dengan kekuatan kalimah-kalimah Allah serta ayat suci yang
telah dibacakan kepadanya.

Dailog ini benar berlaku dan disaksi oleh bebarapa rakan seperjuangan.Bahasa diperbaiki agar mudah difahami.
Sentiasalah ingat kepada Allah dengan mengerjakan perintahNya dan Sunnah
RasulNya.Senitasa beristagafar, bertaubat serta menjauhi laranganNya.
InsyaAllah kita akan sentiasa dilindungiNya.
Share/Bookmark

Cerita 4 Orang Isteri...

4 ORANG ISTERI

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.
Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak.
Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya.
Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian.
Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung.
Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang susah.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami.
Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi.
Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya,
"Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan
yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?"
Isteri keempatnya terdiam.
"Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.
Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya,
"Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir.
Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?".
Isteri ketiganya menjawab,
"Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati".
Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya,
"Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?"
Si isteri kedua menjawab perlahan,
"Maafkan aku. aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara,
"Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu."
Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.
Badannya seperti orang yang kelaparan.
Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman,
"Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita.
Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal.
Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain.
Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.
Hanya sampai kubur saja mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita.
Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.
Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari.
Share/Bookmark

AZAB KERANA MENINGGALKAN SOLAT..

SEKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

1. Allah mengurangkan keberkatan umurnya.
2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah.
3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
5. Amal kebajukan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

SEKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT

1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina.
2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak air di lautan.

SEKSAAN KETIKA DALAM KUBUR

1. Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit - sempitnya.
2. Tiada cahaya yang akan menerangi kuburnya.
3. Allah akan menyeksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

SEKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT

1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat.
2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
3. Dia akan diseksa dengan keras dan kejam di atas perbuatannya yang meninggalkan sembahyang itu.

NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

1. Sembahyang Subuh :- Ia akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia)
2. Sembahyang Zuhur :- Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
3. Sembahyang Asar :- Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
4. Sembahyang Maghrib :- Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki)atau dengan ayahnya ( bagi perempuan ).
5. Sembahyang Isyak :- Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar ia mencari bumi yang lain.

Share/Bookmark

Rumahku SyurgaKu....

harini aku sibuk dengan aktiviti kat rumah, mengemas dan melayan anak2ku yang seramai 5 orang..wah penat sungguh jadi bibik ni..!!! bukan mudah nak menjaga anak2 lelaki seramai 4 orang yang sedang membesar ni ada2 je..kerenah budak2 nie...nasibla diaorang ni x lah susah nak menjaganya..janji cukup makan dan minum...Alhamdulilah ..aku bersyukur pada Allah kerana dikurniakan dengan anak2 yang mendengar kata, anak2ku dari yang sulong, Nur Amalina, si kembar lelaki Muhammad Zuhairi dan Muhammad Zulhilmi berusia 10 tahun, Ahmad Danish Syazwan 7 tahun dan Muhammad Adam Zarriff semuanya merupakan permata hatiku yang tidak ternilai...aku bersyukur kerana tidak salah pilih jalan kerana menghantar kesemua mereka kesekolah Maahad Tahfiz... aku mulai nampak perubahan sifat dan sikap yang sangat ketara oleh anak2ku..mereka tidak lagi bergaduh malah sangat saling sayang menyayangi dan paling kubanggakan anak2ku sudah boleh menghafal beberapa surah yang aku sendiri langsung xdak pandai..Harapanku dan Suami mudah2an meraka bakal menjadi para Tahfiz yang disegani satu hari nanti..tiada apa yang paling membahagiakan ku selain dapat melihat mereka membesar didepan mataku dan suami....Alhamdulilah bersyukurku ke hadrat Allah kerana mengurniakan sebuah keluarga yang cukup bahagia...!!! Buat Suamiku nan tercinta..Zulkifli Ahmad, terima kasih kerana sentiasa bersama-samaku disaat susah dan senang..pengorbananmu memang tidak ternilai..kasih sayangmu yang dicurahkan terhadapku terasa melimpah ruah dihati ini...aku masih menyintaimu seperti dulu...!!!
**********************************************************************************
SESUNGGUHNYA CINTA ITU MENYATUKAN SEJAGAT !!!!
Share/Bookmark

Terasa Dekat DenganNYA.....

BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.”

Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya. Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya:


- Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

- Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.

- Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

- Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:

“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)

Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.

- Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:

“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.”

Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.

Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.
************************************************************************************
Betapa setiap hari aku merasa bersyukur di atas nikmat kurniaan Mu
Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA