Tuesday, June 30, 2009

LAGI PENEMUAN PENINGGALAN FIRAUN DILAUT MERAH

Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 silam mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tsb ketika digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.

Menurut pengakuannya,selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuatkan tekaan bahawa sisa2 tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.

Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.




Selain itu, keadaan bentuk roda juga dapat dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi2-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka. Diantara beberapa bangkai kereta tadi,ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas. Diandaikan itulah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh raja mereka, Firaun.

Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas,

Pada bahagian peta yang didalam bulatan merah itulah ,menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi laut Merah. Lokasi penyeberangan mereka dikatakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Anggaran jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah dianggarkan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan berapa kekuatan yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, apatahlagi menurut sejarah, pengikut Nabi Musa pada ketika itu adalah berjumlah ribuan orang? (menurut tulisan lain anggaran jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut pengiraan secara sains, anggaran keperluan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa pengiraan,setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! Sungguh luar biasa dan mengagumkan, Allah Maha Besar.

Secara ilmiah seharusnya roda tersebut telahpun hancur karena usianya yang telah terlalu tua. Namun jika Allah menghendaki, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dan ianya akan dilindungi sebagaimana mayat firaun yang terawet dan masih elok ketika ditemukan untuk menjadi pengajaran bagi manusia tentang kewujudan dan kebesaran Allah SWT.


Share/Bookmark

Makluman Gangguan Letrik di 5 Negeri

Kepada pengguna BEKALAN LETRIK yang dihormati sekalian..

Gangguan bekalan elaktrik telah dan sedang berlaku disebuah negeri di selatan tanah air. Adalah dimaklumkan bahawa gangguan ini akan mengambil tempoh selama
lebih kurang seminggu,sebelum ianya berakhir.

Kesulitan ini adalah disebabkan pencawang TNB yang voltannya ‘terlebih’ aktif’
dan gangguan ini akan berlaku di negeri2 berikut..

1. SELURUH NEGERI KELANTAN
2. SELURUH NEGERI SEMBILAN
3. SEBAHAGIAN NEGERI SELANGOR
4. SEBAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
5. SELURUH NEGERI JOHOR

PIHAK TENAGA NASIONAL BERHAD MALAYSIA INGIN MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA PENGGUNA TERBABIT DAN BERHARAP AGAR SEMUA PENGGUNA MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA.

Harap maaf…faktor gangguan adalah kerana rakaman yang dikesan oleh TNB spt dibawah

tnb

Pakar-pakar TNB sedang berusaha mengatasi masalah ini dengan segera….


Share/Bookmark

Monday, June 29, 2009

KALAU DIMADUKAN JANGAN TUNJUK JAGUH

Aku dan suami sebenarnya bagai isi dan kuku walaupun terkadang sesekali tu ada juga terjadi macam isi dan kulit...tersiatla juga..tapi sejak akhir2 nie..aku perasankan suami aku ni sejak aku dimadukan dan dia dapat isteri kedua, suamiku dah mula kurang pedulikan aku..lebih banyak masa bersama isteri keduanya..siapa tak sakit hati kalau balik kerja, suami asyik berkepit dengan isteri muda jer..pastu berani pula depan mata aku dia dengan bangganya membelai dan menggosok-gosok ISTERI MUDAnya yang perasan dah JAGUH tu. dengan penuh kasih-sayang...Sewaktu dia minta izin nak meminang si Jaguh ni, aku dah terfikir pasti takder chancela lepas ni aku nak merasa bersahabat dengannya secara one to one sbb tak sesuai dengan naluriku sebagai seorang wanita tetapi disebabkan kecintaan suamiku yang begitu mendalam padanya, kukorbankan jua perasaanku demi untuk suamiku., mungkin buat masa sekarang, aku harus beri sedikit ruang untuk mereka bermesra, maklumlah benda baru....apapun aku harus bersabar kerana aku pasti satu hari nanti suamiku pasti jemu dengan isteri keduanya tu dan dia akan kembali padaku kerana aku nikan ISTERI TUA .....

Lagi satu aku kalau merajuk masih boleh dipujuk2 dengan kata-kata tapi kalau dengan si JAGUH tu nanti dia nak layanke kalau dia merajuk dan suami aku cakap I LOVE U ?

Share/Bookmark

CARI CALON MADU


MOHD. NOR membetulkan tudung isterinya, Wook Kundur ..


HULU TERENGGANU - Wanita berusia 106 tahun, Wook Kundur sedia membenarkan suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, berkahwin dengan gadis yang lebih muda.

Bagaimanapun, dia mengenakan syarat yang suami dan madunya itu perlu menjaga dirinya dengan baik dan tidak mengabaikannya.

"Saya izinkan kalau dia nak kahwin lagi. Saya tak kisah bermadu walaupun dengan perempuan yang muda.

"Saya faham Mohd. Nor tentu ada keinginan untuk hidup dan ada isteri yang muda dan cantik. Cuma janganlah bila dah dapat yang baru yang lama ni dilupakan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, sini, semalam.

Kosmo! baru-baru ini menyiarkan kisah Wook dan Mohd. Nor yang hidup bahagia sebagai suami isteri walaupun dipisahkan dengan jarak usia 69 tahun.

Pasangan itu berkahwin kira-kira tiga tahun lalu selepas Wook mencadangkan perkara itu selepas Mohd. Nor yang menyewa di rumahnya banyak membantu kehidupan seharian wanita itu.

Mengulas mengenai 'lampu hijau' yang diberikan isterinya, Mohd. Nor mengakui dia memang mempunyai keinginan untuk berkahwin lagi.

@@@@@@@@@@@@@@@

Kesimpulannya...aku awal-awal lagi dah TABIK SPRING kat nenek Wook ni.. sebab berjaya menawan hati lelaki muda yang jarak usianya sampai 69 tahun DAN penangan nenek Wook memang hebat sebab berjaya mengenepikan ramai calon dari kalangan anak2 dara dan janda2 yang cantik menawan kat luar sana tu.. dah 3 tahun diaorang kawin, hidup aman damai dan berbahagia pula tu...

SO...kawan-kawan kat luar sana camne ada sesiapa yang teringin nak menjadi CALON MADU nenek wook nie, cepat-cepat buat booking online sebab takut nanti melepas hehehe..



Share/Bookmark

Sunday, June 28, 2009

KISAH ASHABUL KAHFI

Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai tujuh orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun beberapa ratus tahun kemudian.

Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku disekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Disana terletak sebuah Gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave of Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam Al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku ditempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidur mereka pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Thedosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.

Lihat Foto Foto Gua

Raja Abdullah ke 2 meresmikan Masjid Gua Kahfi

Masjid Gua Kahfi yang lama

Peresmian Masjid Gua Kahfi


Pintu muka gua


Sumber mata air di gua


Pemandangan gua dari dalam


peninggalan dalam gua


Pintu masuk Gua

Kamar Ashhabul Kahfi sebelah timur


Kamar Ashhabul Kahfi sebelah barat


Batu tulis peninggalan bersejarah Ahli Kahfi



Tulang tulang Ahli Kahfi ditemukan tahun 1963


Lubang angin di dalam gua


Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
  • "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya".
  • “Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.
  • “(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.
  • “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.
  • “Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.
  • “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun(dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.
  • “Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”.

Al-Quran (Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26)




Share/Bookmark

HUDUD PENYELESAIAN TERBAIK UTK MENGEKANG ZINA ?


Dizaman moden ini pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah menjadi perkara biasa dan dimana-mana saja boleh dilihat muda-mudi tanpa segan silu bergaul bebas tanpa rasa malu dan perlakuan zina sudah menjadi satu perkara biasa dan hukum Islam juga dipandang sepi, jadi adakah memadai pesalah zina didenda dengan wang ringgit ? sedangkan ada beberapa kes individu tersebut masih lagi tidak serik melakukan maksiat walaupun beberapa kali telah ditangkap dan didenda dan bagaimana pula jika wang ringgit itu tidak menjadi perkara besar bagi golongan berada yang melakukan zina...jadi apakah kita hanya perlu berdiam diri sekadar melihat perkara ini terus menjadi bagai barah yang menular tanpa ada penyelesaiannya... justeru itu ...

Dalil dari Al-Qur’an adalah: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al-Israa’: 32)

Ketika disebut bahwa hukuman zina adalah 100 kali dera bagi yang belum menikah dan rejam bagi yang berkeluarga, banyak orang yang belum beriman merasa bahwa hukuman Islam itu kejam.

Padahal jika difikir, Allah telah memberi banyak kelonggaran. Allah telah memperingatkan untuk tidak mendekati zina. Allah menghalalkan pernikahan. Jika tak sepadan, Allah juga mengizinkan penceraian (meskipun penceraian adalah merupakan perkara yang dibenci oleh Allah) supaya orang yang bercerai kemudian dapat pula menikahi orang yang dia inginkan. Allah bahkan mengizinkan seorang Lelaki untuk beristeri sampai dengan 4 asal dia adil dan memberi nafkah seluruh isterinya zahir dan batin.

Jadi kenapa harus berzina? Kalau tidak berzina, maka hukuman yang keras itu tidak akan diterapkan bukan?

Tapi kalau hukuman zina sangat ringan, maka perzinaan merajalela. Berbagai penyakit kelamin bahkan AIDS yang mematikan bukan saja menimpa penzina, tapi juga pasangan dan bayi mereka yang tidak berdosa dan sekiranya tidak dibendung terjadi pula pembuangan bayi-bayi yang tidak berdosa.

Betapa banyak pembunuhan atau pertengkaran yang terjadi kerana zina atau cemburu buta. Seorang wanita yang hamil 6 bulan dibunuh oleh “kekasihnya” setelah dia minta bertanggung agar dinikahi. Berapa banyak lelaki yang memperkosa perempuan yang masih dibawah umur 5 tahun, bahkan memperkosa anak kandungnya sendiri.

Itulah keruntuhan moral yang terjadi kerana manusia enggan melaksanakan hukum Allah kerana lemahnya iman mereka.

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” [An Nuur:2]

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki dari kalangan orang Islam datang kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada dimasjid. Lelaki itu memanggil baginda s.a.w, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina, Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan menghadapkan wajahnya ke arah lain. Lelaki itu berkata lagi kepada baginda, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina, sekali lagi Rasulullah s.a.w berpaling daripadanya. Perkara itu berlaku sebanyak empat kali. Apabila dia mengaku ke atas dirinya sampai empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bersabda: Adakah kamu gila? Lelaki itu menjawab: Tidak, Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Apakah kamu sudah berkahwin atau berumahtangga? Lelaki itu menjawab: Ya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabatnya: Bawalah dia pergi dan laksanakanlah hukuman rejam ke atas dirinya” [Bukhori-Muslim]

“Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan sianu. Ma’iz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya” [Bukhori-Muslim]

MENJALANKAN HUKUM REJAM

(1) Hukuman rejam bagi lelaki yang salah hendaklah dijalankan hukuman itu dalam keadaan berdiri tanpa diikat dan tidak ditanam, sambil berdiri tanpa diikat dan tidak ditanam, adanya laporan saksi atau dengan iqrar (pengakuan), kerana Rasulullah saw tidak menanam Ma’iz bin Malik, dan dua orang Yahudi ketika dijalakan hukuman rajam ke atas mereka itu.

(2) Penzina-penzina perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam hendaklah ditanam sebahagian badannya, jika kesalahan itu disabitkan dengan saksi. Cara menjalankan hukuman rejam ke atas Penzina-penzina perempuan sebagaimana tersebut adalah merujuk hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah daripada Bapanya katanya:-Bahawasanya Nabi saw telah merejam seorang perempuan, lalu digalikan lubang hingga ke paras dada perempuan itu untuk merejamnya. – Riwayat Abu Daud

(3) Penzina-penzina perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam yang disabitkan kesalahan dengan iqrar (pengakuan perempuan itu) tidak perlu ditanam ketika dijalankan hukuman rejam, tetapi hendaklah diikat pakaian perempuan itu supaya tidak terbuka auratnya.

(4) Mereka yang mati disebabkan rejam, mayat mereka itu hendaklah dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan di perkuburan orang Islam sebagaimana Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Buraidah mengenai mayat Ma”iz b Malik yang mati direjam sabdanya:

Laksanakanlah mayat Ma’iz itu sebagimana kamu laksanakan mayat-mayat kamu. – Riwayat Ibnu Abi Syaibah...




Share/Bookmark

Saturday, June 27, 2009

ISU PEGANG BABI - APA KOMEN ANDA ?

Kecoh satu dunia internet Malaysia berkenaan dengan photos 2 orang adik kita dari sebuah U di sebuah kandang babi, atau nama manjanya khinzir. Dalam photos tersebut ada beberapa pose pose yang menarik yang digayakan oleh mereka ni. Kebanyakkan respond tak kira lah thru email ke, forum ke atau apa-apa sajalah kebanyakkannya menghentam dan berpandangan negative. Apa yang menariknya, kebanyakkan tukang komen dan tukang-tukang tambah cerita tu mengulas sekitar tentang haram pegang babi dan anjing.


OK kita baca penjelasan panjang lebar dari seorang hamba Allah berkenaan dengan isu ini semoga kita semua mendapat ilmu dari apa yang telah beliau tulis.

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Kepada yang berkenaan, Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.



Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan

TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?



Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor.

Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.



Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan)sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.

Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun, bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit- penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya.



Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal.

Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan desensitization yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.



Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan-kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan.

Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan.


Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu.


Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis mughollazaoh tidak haram.


Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air mustamal (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.


Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah.

Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit geli apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.

Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburuberniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia.

Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya.

Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya.

Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini tidak berjangkit maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak berjangkit jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut.

Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis.

Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis mughollazoh pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan.

Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan - persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi?

Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini.

Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya?

Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan Tidak, kerana saya seorang Islam .Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain.

Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahualam .Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini.

Anda bolehlah menghantar email kepada lapanjuta@yahoo.co.uk.
Sekian moga bermanfaat untuk semua.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM,

UPM Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia

(artikel ini dipetik 100% dari addyra.net)


Share/Bookmark

KISAH KESETIAAN SEEKOR ANJING KEPADA TUANNYA..

Di Kota Shibuya, Jepun, bertepatan di sebelah timur Stesyen Kereta Api Shibuya, terdapat satu patung yang sangat termasyur. Bukan patung pahlawan ataupun patung selamat datang, melainkan patung seekor anjing. Dibuat oleh Ando Takeshi pada tahun 1935 untuk mengenang kesetiaan seekor anjing kepada tuannya.

anjing-hachiko
Menurut Sejarah, seorang Profesor berusia separuh abad tinggal bersendirian di Kota Shibuya. Nama Profesor tersebut ialah Hidesamuro Ueno. Hidupnya seharian hanyalah ditemani seekor anjing kesayangannya, Hachiko. Perhubungan kedua sangatlah akrab sehingga kemanapun Profesor tersebut itu pergi Hachiko anjing kesayangannya akan selalu ikut menghantar.nya Oleh kerana pekerjaannya yang memerlukan berulang alik menggunakan keretapi ketempat kerja. Tugas seharian Hachiko adalah untuk menemani Profesor sehingga sampai ke stesyen. keretapi. Dan disitu Hachiko dengan setianya akan menunggu kepulangan tuannya tanpa berganjak pergi dari situ sehinggalah tuannya itu sang profesor kembali… Dan ketika Profesor Ueno kembali dari mengajar dengan kereta api, dia selalu mendapati Hachiko sudah pun setia menunggu distesyen dan sebaik sahaja Hachiko nampak akan tuannya, anjing yang setia itu akan terus mendapatkan tuannya dan begitulah setiap hari yang dilakukan Hachiko tanpa pernah bosan.

Musim dingin di Jepun tahun ini begitu parah. Semua tempat dan jalan-jalan di Jepun telah dilitupi oleh salji. Udara yang dingin menusuk sampai ke tulang sumsum membuat warga Jepun kebanyakannya enggan ke luar dari rumah dan lebih memilih untuk tinggal berdiang dengan unggun api yang hangat.

Pagi itu, seperti biasa sang Profesor berangkat mengajar ke kampus. Dia seorang profesor yang sangat setia pada tugasnya. Udara yang sangat sejuk dan dingin tidak membuatnya malas untuk menempuh jarak yang jauh menuju kampus tempat ia mengajar. Usia yang semakin senja dan tubuh yang semakin rapuh juga tidak menjadi alasan kepada beliau untuk tetap tinggal di rumah. Begitu juga Hachiko, tumpukan salji yang tebal dimana-mana tidak menyurutkan kesetiaan menemani tuannya berangkat kerja. Dengan jaket tebal dan payung yang terbuka, Profesor Ueno berangkat ke stesyen Shibuya bersama Hachiko.
Tempat mengajar Profesor Ueno sebenarnya tidak terlalu jauh dari tempat tinggalnya. Tapi memang sudah menjadi kesukaan dan kebiasaan Profesor untuk naik kereta api setiap berangkat maupun pulang dari universiti.

Kereta api datang tepat waktu. Bunyi gemuruh disertai terompet panjang seakan sedikit menghangatkan stesyen yang penuh dengan orang-orang yang sudah menunggu itu. Seorang awak keretaapi yang sudah hafal dengan Profesor Ueno segera berteriak akrab ketika keretaa piberhenti. Ya, hampir semua pegawai stesyen maupun pengawal kereta api kenal dengan Profesor Ueno dan anjingnya yang setia itu, Hachiko. Karena memang sudah bertahun-tahun dia menjadi pelanggan setia kendaraan berbahan bakar batu bara itu.

Setelah mengelus dengan kasih sayang kepada anjingnya bagai dua orang sahabat karib, yang tidak dapat berpisah, Profesor naik ke gerabak yang biasa ia tumpangi. Hachiko memandang tuannya dari tepian balkoni sehingga tuannya menghilangnya didalam keretaapi, seakan dia ingin mengucapkan,” saya akan menunggu tuan kembali.”

” Anjing yang baik, jangan pergi ke mana-mana ya, jangan pergi kemana-mana sebelum tuan kamu ini pulang!” teriak pengawal keretaapi yang kagum melihat kesetiaan Hachiko terhadap tuannya itu.

Seakan mengerti ucapan itu, Hachiko menyambut dengan suara agak keras,”guukh!”
Tidak berapa lama petugas balkon meniup wisel panjang, menandakan kereta api akan mula bergerak. Hachiko pun tahu erti tiupan wisel panjang itu. Makanya dia seakan-akan bersiap melepas kepergian profesor tuannya dengan gonggongan ringan. Dan didahului semburan asap yang tebal, keretaapi pun berangkat. Getaran yang agak keras membuat salji yang menempel di dedaunan sekitar stesyen sedikit berjatuhan.

Di kampus, Profesor Ueno selain jadual mengajar, dia juga ada tugas menyelesaikan penelitian di laboratori. Oleh yang demikian, sebaik saja selesai mengajar di kelas, dia segera bersiap-siap memasuki lab untuk penelitianya. Udara yang sangat dingin di luar menerpa Profesor yang kebetulan melewati koridor kampus.

Tiba-tiba ia merasakan sesak sekali di dadanya. Seorang staf pengajar yang lain yang melihat Profesor Ueno segera memapahnya ke klinik kampus. Tidak lama kemudian, tiba-tiba kampus jadi heboh kerana Profesor Ueno yang pengsan secara tiba-tiba. Doktor yang memeriksanya menyatakan Profesor Ueno menderita penyakit jantung. Mereka berusaha menolong dan menyedarkan kembali Profesor. Namun akhirnya usaha mereka sia-sia. Profesor Ueno meninggal dunia.
Segera kerabat Profesor dihubungi. Mereka datang ke kampus dan memutuskan membawa jenazah profesor ke kampung halaman mereka, bukan kembali ke rumah Profesor di Shibuya.

Menjelang malam udara semakin dingin di stesyen Shibuya. Tapi Hachiko tetap sabar sambil menahan udara dingin dengan perasaan gelisah. Seharusnya Profesor Ueno sudah kembali, fikirnya. Sambil mundar-mandir di sekitar balkoni stesyen kereteapi Hachiko mencuba mengusir kegelisahannya. Beberapa orang yang ada di stesyen yang mengenali Hachiko merasa hiba dengan kesetiaan anjing itu. Ada yang cuba mendekati dan cuba untuk menghiburnya, namun tetap Hachiko tetap gelisah dan tercari-cari kemanakah gerabak keretapi yang membawa tuannya tidak kunjung tiba.

Malam mulai menjengah. Stesyen semakin sepi. Hachiko masih menunggu di situ. dan untuk menghangatkan badannya dia meringkuk di salah satu tempat ruang menunggu.. Sambil sesekali melompat menuju balkoni setiap kali ada keretaapi datang, mengharap tuannya ada di antara celah para penumpang yang turun. Tapi selalu saja ia kecewa, kerana bayang-bayang Profesor Ueno tidak pernah juga nampak. Bahkan hingga esoknya, dua hari kemudian, dan berhari-hari berikutnya Profesor tidak pernah muncul-muncul. Namun Hachiko tetap menunggu dan menunggu dan tidak bergerak dari stesyen itu, mengharap tuannya kembali. Tubuhnya pun mulai menjadi kurus.

Para pegawai stesyen yang kasihan melihat Hachiko dan kehairanan kenapa Profesor Ueno tidak pernah kembali mula mencari maklumat apa yang terjadi. Akhirnya mereka mendapat khabar berita bahwa Profesor Ueno telah meninggal dunia, bahkan mayatnya telah pun dimakamkan oleh kerabatnya dikampungnya.

Mereka pun berusaha memberi tahu Hachiko bahwa tuannya tak akan pernah kembali lagi dan memujuk agar dia tidak perlu lagi terus menanti kepulangan tuannya itu. Tetapi anjing itu seakan tidak percaya, atau tidak peduli. Dia tetap menunggu dan menunggu tuannya di stesyen itu, seakan dia yakin bahwa tuannya pasti akan kembali. Semakin hari tubuhnya semakin kurus kering kerana jarang makan dan terlalu merindui tuannya.

Akhirnya tersebarlah berita tentang seekor anjing yang setia terus menunggu tuannya walaupun tuannya sudah meninggal. Maka ramailah yang terasa kagum dengan kesetiaan anjing tersebut datang kestesyen kerana ingin melihatnya. Banyak yang terharu. Bahkan sebahagian sempat menitiskan air mata pabila mereka dapat melihat dengan mata kepala sendiri seekor anjing yang sedang meringkuk di dekat pintu masuk menunggu tuannya yang sebenarnya tidak pernah akan kembali. Mereka yang simpati itu ada yang memberi makanan, susu, bahkan selimut agar tidak kedinginan.

Selama 9 tahun lebih, dia muncul di stesyen keretapi itu setiap hari pada pukul 3 petang, waktu kebiasaan dimana dia biasa menunggu kepulangan tuannya. Namun hari-hari berlalu begitu saja dan tuannya tetap tidak kunjung tiba. Dan di suatu pagi, seorang petugas kebersihan stesyen tergopoh-gopoh melaporkan kepada pegawai keselamatan yang bertugas. Sejenak kemudian suasana menjadi sesak dengan orang ramai. Pegawai itu telah menemukan tubuh seekor anjing yang sudah kaku meringkuk diruang menunggu. Anjing itu sudah menjadi mayat. Hachiko sudah mati. Kesetiaannya kepada sang tuannya pun terbawa sampai mati.

Warga Jepun yang mendengar kematian Hachiko segera berduyun-duyun ke stesyen Shibuya. Orang umum sememangnya sudah tahu cerita tentang kesetiaan anjing itu. Mereka ingin menghormati untuk yang terakhir kalinya. Menghormati sebuah erti kesetiaan yang tidak ada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan sifat manusia itu sendiri.

Mereka begitu terkesan dan terharu. Dan sebagai mengenang kesetiaan anjing itu mereka kemudiannya telah membuat sebuah patung di dekat stesyen Shibuya. sebagai memperingati jasa kesetiaan Hachiko terhadap tuannya. Sampai sekarang taman di sekitar patung itu sering dijadikan oleh remaja dan orang awam sebagai tempat untuk membuat perjumpaan . Mereka menjadikan Hachiko sebagai lambang kesetiaan dan berharap masyarakat di sana akan mencontohi kesetiaan seperti yang ditunjukkan oleh Hachiku dan menepati janji. Akhirnya patung Hachiku pun dijadikan simbol kesetiaan. Kesetiaan yang tulus, yang terbawa sampai mati.

Kisah mengenai kesetiaan Hachiko akhirnya diabadikan didalam sebuah filem yang bertajuk "Hachiko Monagatari". Filem ini memperolehi banyak anugerah award.

Sebuah kisah yang sangat menyentuh hatiku….bergenang air mata ini tatkala membaca cerita kesetiaan seekor anjing kepada tuannya….

Bagaimana pula dengan kita manusia yang mempunyai akal lebih hebat dari sekalian makhluk didunia ini ? Berapa kalikah didalam hidup ini kita memungkiri janji...

..Wallahualam...
Share/Bookmark

Friday, June 26, 2009

KEMALANGAN NGERI (TAK BERANI JGN TENGOK)

PERINGATAN KHAS BUAT MAT2 DAN MINAH REMPIT betapa azab kematian tu sangat pedih...

Kalau tak boleh buat macam ni takyah rempit laaaaa.

Kalau tak boleh buat macam ni takyah rempit laaaaa.

Nenek aku lagi rempit pada mat rempit

Nenek aku lagi rempit pada mat rempit

Jalan satu tayar aje ...

Jalan satu tayar aje ...

Berasmara atas motor

Berasmara atas motor

Kempen kongsi kenderaan oleh mat rempit .

Kempen kongsi kenderaan oleh mat rempit .

Mat Rempit Viietnam

Mat Rempit Viietnam

Ingatkan  manusia saja padai rempit ...

Bila Beruk dah tak nak memanjat ...

TAPI SEPANDAI-PANDAI MAT REMPIT AKHIR KE BAWAH LORI LAH JUGA….

akibat rempit 1

akibat rempit

Pecah kepala

Pecah kepala

akibat rempit 6

akibat rempit 7

matrempit 6

mat rempit 7


ngerioh1hi71

Mana pigi kaki wa

kakimangsabe511

Kaki saja ada ….

accident4

Malang tak berbau...sentiasa berhati-hati ketika memandu, jgn berakhir mcm ni....

accident-3

Bila kancil bertemu gajah...

66200361

Hancur kepala dikandung tanah, budi yang baik …..

accident


Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA