Friday, July 31, 2009

KECURANGAN..BOLEHKAH DIMAAFKAN ?





Sewaktu melayari internet untuk mencari bahan entri kali ini aku terjebak kedalam satu blog yang membicarakan tentang tajuk KECURANGAN..entri itu lebih umum membicarakan tentang kecurangan pasangan masing-masing, tidak kira sebelum dan selepas berkahwin..


Aku turut terbaca pula komen dari salah satu pembaca yang bertandang dientri tersebut dan apabila membaca komennya walaupun kebenarannya tetap ada tetapi komennya sangat menggelikan hatiku, komen pembaca tersebut berbunyi seperti berikut "Masa sebelum kawin, kalau kita tersepak batu, batu dimaki.., bila dah kawin kita plak yang dimarah suami kata... awak buta ke sampai batu sebesar tupun tak nampak.. ???, sebelum kawin bila nak naik kereta, pakwe kita siap buka pintu kereta untuk kita, tapi bila dah kawin. kaki baru masuk sebelah jer..kereta dah jalan sampai tercicir kasut.."


Tapi apapun bagi pendapatku, setiap pasangan yang ingin berkahwin perlulah menilai dan menyiasat sikap pasangan mereka sebelum berkahwin dengan sedalam-dalamnya. Selidikilah dulu latar belakangnya dan juga latar belakang keluarganya. Tidak salah untuk kita menjadi agak "kepoci" dalam hal-hal seperti ini demi untuk sebuah perkahwinan yang bahagia yang bukannya dibina untuk jangkamasa yang singkat dan berlandaskan hawa nafsu semata-mata...Ramai yang menyesal selepas menyedari pasangan mereka tidak menjadi sepertimana yang diimpikan dan setelah berkahwin barulah menyedari betapa banyak sifat-sifat pasangannya yang tidak disukai. Ini selalu tidak disedari oleh pasangan yang bercinta. Sewaktu bercinta langsung tak nampak cacat celanya tapi setelah hidup sebumbung baru tau, mak datuk, banyaknye masalah yang kena ditanggung...


Masalahnya banyak juga pasangan yang bercinta walaupun mengetahui tentang sifat dan sikap buruk pasangannya sebelum berkahwin masih tetap ingin menyayangi kekasih mereka walaupun mereka tahu bahawa kekasih mereka itu kaki disko, kaki minum, kaki perempuan dan segala macam kaki lagi..dan kadang-kadang pendapat orang tua juga sudah tidak diendahkan lagi malah ada yang sanggup lari dari rumah semata-mata kerana terlalu sayangkan kekasih. Selalunya orang sebegini sentiasa akan berharap pasangan masing2 akan berubah sikap menjadi seorang suami/isteri yang lebih bertanggungjawap selepas berkahwin....tapi yang pasti memang CINTA boleh menjadikan manusia itu buta, tidak dapat menilai hakikat yang sebenar. Selepas berkahwin barulah terbongkar segala keburukan sikap pasangan yang tidak dapat diterima oleh kita.

Maka eloklah tatkala bercinta seseorang dijadikan sebagai tempat rujukan. Allah SWT tetap diletakkan diatas kedudukan yang teratas dan pesanan Nabi yang menggalakkan agar kita memilih pasangan yang beragama mengatasi pilihan-pilihan yang lain selain kecantikan, harta, kerana suami atau isteri yang kuat beragama lazimnya akan sentiasa takut dan malu pada Allah untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang.


Seandainya kita mengetahui pasangan kita telah berlaku CURANG, janganlah cepat panik dan mengambil tindakan yang bodoh dan menjadikan oranglain sebagai tempat utk melepaskan geram. Pasti ada teman-teman pembaca pernah mendengar kisah seorang ibu di Pulau Pinang sanggup menjerut dua anaknya hingga mati gara2 kecewa kerana suaminya CURANG dan ingin berkahwin lain...inilah antara kesan "SAKIT JIWA" dan "TEKANAN PERASAAN" yang bakal dihadapi oleh sesetengah wanita/lelaki yang tidak dapat menerima kenyataan dan redha di atas UJIAN dan ketentuanNYA..


Seandainya terjadi kepada diri anda, sebaik-baiknya hendaklah bertenang dan cubalah perbaikilah diri sekiranya masih ada kekurangan dan cubalah bawa berbincang dengan pasangan tentang kesilapan dan kekurangan kita yang membawa kepada kecurangannya. Jangan terburu-buru untuk meminta cerai.. kerana biarlah penceraian itu hanya menjadi perkara yang terakhir untuk difikirkan apatah lagi sekiranya kita mempunyai anak-anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang kedua ibu bapanya . Yang penting janganlah beralah sebelum kalah dan janganlah lari dari masalah sebaiknya hadapi masalah itu dan cari penyelesaiannya dengan sebaik mungkin.


Paling penting jangan lupa untuk sujud kepada Allah memohon diberi kekuatan dan petunjuk yang terbaik untuk kehidupan kita...kerana kalau terlalu ikutkan hati nanti akan mati, kalau ikutkan rasa badan akan binasa..

Share/Bookmark

Thursday, July 30, 2009

HARGA SEBUAH KEMAAFAN..

Suatu hari Anas bin Malik r.a serta ramai para sahabat yang lain duduk disisi Rasulullah, tiba-tiba mereka melihat Rasulullah tersenyum.Anas merasa hairan apabila Rasulullah s.a.w tiba-tiba tersenyum gembira sehingga kelihatan gigi, lalu Anas bertanya :

"Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira?"
"Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada dua orang dikalangan umatku di akhirat,keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya.

Seorang darinya merayu kepada Allah SWT: Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini,sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku semasa didunia dahulu,dengan berbagai perbuatan zalim.

Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar gantirugi,sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua.Tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian,kerana tiada suatu pun yang boleh untuk membayar kepada orang yang menuntut itu.

Orang yang berbuat zalim itu berkata: Dengan apakah aku hendak membayarnya,sedangkan tiada suatu pun kebaikan yang tinggal padaku,kesemuanya telah habis dituntut oleh orang lain.

Ketika itu orang yang kena zalim itu minta agar orang yang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya.

Pada ketika itu Rasulullah menitiskan air mata,Nabi menangis mengingati peristiwa mahkamah Allah yang sedang mendengar kes pengaduan kedua-dua umatnya yang sangat menyayat hati.

Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut, tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya.Jelas Nabi kepada Anas.

Lalu Rasulullah pun bersabda : "Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat,sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya."

Didunia manusia dengan sombong sanggup memikul dosa orang lain,meskipun sebenarnya manusia tidak akan mampu memikul walaupun hanya dosa mereka sendiri.

Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya,maka ketika itu Allah SWT memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah didalam jannah.

"Tidakkah kamu melihat mahligai itu?" Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannya.

" Ya,saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak,untuk siapakah itu wahai Tuhan? Mungkinkah untuk nabi-nabi atau syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?" ujar orang itu.

"Mahligai itu untuk siapa saja asalkan mereka sanggup membayar harganya."
Jelas Tuhan.
"Jika demikian adalah mustahil saya dapat memilikinya kerana saya tidak punya apa-apa di sini untuk membayar harga mahligai emas itu."ujar manusia itu.

" Justeru kamu masih berpeluang memilikinya,kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu."

"Bagaimana caranya?" tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan.
"Iaitu sekiranya kamu sedia memafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar dia memikul dosamu."Tuhan menjelaskannya.
Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata:
"Wahai Tuhanku, kalau begitu aku segera memaafkan dia,terhadap apa-apa jua kezaliman yang telah dilakukan terhadap saya."ujar manusia itu dengan perasaan penuh gembira yang tidak terhingga.

Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat agar membawa orang itu kedalam mahligai yang terbina disebuah jannah yang terbina dari perak, kemudian Tuhan mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu.

-------------------------------------------------------------------------------------

Demikianlah sebuah kisah yang diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada Anas bin Malik suatu peristiwa diakhirat melibatkan dua orang umatnya yang berusaha untuk menyelamatkan diri dihari tiada pertolongan kecuali pertolongan Allah SWT.Suatu kemaafan dapat menyelamatkan dirinya juga rakannya dari sengsara Mahsyar.

Oleh itu,kita haruslah bersifat pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat pemaaf itu akan mendatangkan kebajikan kepada diri sendiri dan orang yang dimaafkan. Memaafkan orang lain dari kesalahan yang dilakukan terhadapnya dirinya bererti menolong saudaranya dari beban dosa, sifat itu menjadi saluran rahmat Allah terhadap dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak menyayangi kecuali kepada hamba-Nya yang penyayang, tidak mengampun kecuali terhadap hamba-Nya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali terhadap hamba-Nya yang sanggup memaafkan kesalahan saudaranya."



Share/Bookmark

KUATKAH KITA MENGHADAPI UJIANNYA ?

Tersebutlah alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.

Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.

Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.

Kemudian Fir’aun berkata:

“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”

Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:

1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.
2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.

Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.

Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.

Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.

Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.

Pada suatu hari ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, sisirnya jatuh dan ketika hendak mengambilnya, Masyitah seraya berkata:
“Dengan nama Allah binasalah Fir’aun”.
Mendengarkan akan ucapan Masyitah, Puteri Fir’aun telah menegur Masyitah dan beliau rasa tersinggung dengan ucapan Maysitah itu. Beliau telah melaporkan kepada ayahandanya. Masyitah tidak sedikit pun berasa gentar dengan kata-katanya itu. Masyitah akhirnya telah dipanggil oleh Fir’aun dan Fir’aun telah bertanya kepada Masyitah tentang ucapannya itu dan siapakah Tuhan yang disembahnya. Masyitah telah mengaku tentang apa yang telah diucapkannya dan dengan beraninya berkata:
“Tiada Tuhan selain Allah SWT yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya”

Mendengar jawapan dari Masyitah, Fir’aun menjadi amat marah dah memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak di dalam kuali yang besar, maka minyak itu dipanaskan sehingga mendidih, kemudian orang ramai dipanggil untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Masyitah. Masyitah sekali lagi dipanggil oleh Fir’aun dan diberi pilihan iaitu:

(i) Jika Masyitah ingin selamat bersama kedua anaknya, beliau haruslah engkar terhadap Allah SWT.
(ii) Masyitah haruslah mengaku bahawa Fir’aun adalah Tuhan yang disembah. Jika tidak mengaku Fir’aun sebagai Tuhannya, Masyitah akan dimasukkan ke dalam kuali bersama anak-anaknya.

Akan tetapi Masyitah tetap dengan pendiriannya yang beriman kepada Allah SWT. Masyitah pun membawa kedua anaknya itu untuk menuju ke kuali tersebut. Beliau memandang akan anak yang sedang menyusu yang berada dalam pelukannya. Tetapi dengan takdir Tuhan, anaknya yang masih kecil itu pun berkata supaya jangan takut dan sangsi kerana kematiannya itu akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan pintu syurga terbuka menanti kedatangan mereka.

Kemudian Masyitah dan anak-anaknya pun terjun ke kuali yang mendidih tersebut tanpa mengeluarkan jeritan dari mulutnya. Dan saat itu pun terjadi keanehan di mana tiba-tiba terciumlah bau wangi yang harum semerbak dari kuali itu.

Asiah yang telah menyaksikan kejadian itu telah memarahi Fir’aun dengan kata-kata yang pedas dan tidak sudi lagi menjadi isteri Fir’aun dan sanggup mati seperti Masyitah. Mendengar ucapan Asiah, Fir’aun telah menjadi marah dan menganggap bahawa Asiah gila. Fir’aun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum sehingga Asiah meninggal dunia. Tetapi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ia sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran:

Maksudnya:
“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang mengatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir bahawa kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Fir’aun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Fir’aun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”.
(Surah At-Tahrim: Ayat 11)

Demikianlah kisah Asiah dan Masyitah, semoga kita dapat mengambil iktibar dan mengikuti jejaknya, hingga kedua-duanya meninggal dalam keadaan iman yang teguh terhadap Allah SWT. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada keduanya. Amin….



Share/Bookmark

Monday, July 27, 2009

NILAIKANLAH SENDIRI.....

Salam....

Ketika kamu melihat seseorang... ..Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....

Ketika kamu melihat orang itu...Kamu melihat dirimu sendiri...
Ketika kamu menganggapinya. .Kamu menganggaplah dirimu sendiri..... ..

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.


4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?


Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya


"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."


Akhirnya nilaikanlah sendiri...dimana letaknya diri anda...



Share/Bookmark

SUAMIKU..KUPOHON REDHAMU..



Salam...


Entri kali ini lebih kepada memberi peringatan kepada diriku dan juga kaum wanita yang lain agar sentiasa menjaga lidah ketika berkata-kata terutama ucapan kepada suami yang menjadi penyebab kaum wanita yang paling ramai menghuni neraka...Cuba pejamkan mata anda membayangkan selama ini betapa banyak dosa-dosa atas perkataan yang telah dikeluarkan hanya kerana satu anggota yang tak bertulang iaitu LIDAH dan kesannya yang sangat mengerikan..AZAB NERAKA yang dijanjikan oleh Allah untuk para Kaum Wanita yang berdosa dan yang akan kekal menghuni didalamnya untuk selamanya...


"Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah; dan keduanya
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1 :-


Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] Rasulullah SAW menyambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"


Share/Bookmark

Friday, July 24, 2009

BILA RUMPUT NAK TUMBUH NIE....


Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit angin ahmar


Selepas kematian isterinya, Pak Mat yang berusia dalam lingkungan empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya begitu rajin menziarahi kubur arwah isterinya itu sebanyak tiga kali sehari. Semua penduduk kampung merasa cukup tersentuh dengan kasih sayang Pak Mat terhadap arwah isterinya itu. Malahan ramai dikalangan para isteri dikampung tersebut turut memuji-muji kesetiaan Pak Mat pada arwah isterinya dan sentiasa berharap suami mereka juga akan berbuat demikian sekiranya mereka tiada lagi didunia.

Sudah hampir 2 minggu semenjak kematian isterinya, tetapi Pak Mat masih tidak jemu-jemu berkunjung ke kubur isterinya itu. Ramai orang kampung yang sudah hafal waktu-waktu Pak Mat berkunjung kekubur arwah isterinya itu, beliau dilihat begitu rajin menziarahi tidak kira waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya secara berterusan.

Kerana terlalu kagum dengan sikapnya itu seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Mat, aku kagum benar dengan kau ni, terlalu sangat cintakan arwah isteri sehingga sanggup berbuat demikian, mana ada orang lain dikampung ini yang sanggup buat begitu."

Pak Mat merenung lemah ke arah saudaranya dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Beliau kemudian menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada aku, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu..

"Oleh yang demikian aku terpaksa siram kuburnya setiap hari supaya rumput cepat tumbuh......"


Hmm...Kurang Asam punya Pak Mat...

Moralnya :-


1) Jangan Mudah Percaya Kepada Sesuatu Perkara yang Kita Dengar Dan Lihat.. Mungkin Ada Muslihat Disebaliknya;

2) Kalau nak buat kebajikan biarlah ianya iklas dari hati...jangan mengharapkan balasan.





Share/Bookmark

Thursday, July 23, 2009

KISAH IBU YANG ZALIM



Salam...


Ada sebuah kisah sedih yang saya kutip dari tanah seberang..indonesia..mungkin sebuah kisah benar dari sana yang patut dijadikan pengajaran oleh kaum wanita bergelar ibu yang mementingkan diri dan zalim terhadap anak-anak...

"20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah...Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya. Saat usia Yasmin 2 tahun, Suami saya Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah le satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?" "Nama saya Yusri, makcik." "Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya, saya patut mati..., mati..., mati... Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!...

Petang itu saya membawa dan meletakkan kereta Honda Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya, "Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?" "Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak...

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.
Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yangdiperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali..... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya! Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari... Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras.

Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!" Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?" Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama....., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang aku memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama aku. Walaupun aku orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun aku tidak akan meninggalkan anak aku seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..." Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."

Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah. "Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana... Dosa kamu tidak akan terampun!"

Sayakemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi. Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah.Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

moral of the story- sayangilah anak-anak kita walau bagaimanapun keadaannya ketika dilahirkan kerana anak-anak tidak pernah membuat pilihan utk dilahirkan seperti itu dan mereka ibarat kain putih..yang bersih, pada asalnya dia tidak berwarna tapi ibubapalah yang mencorakkannya samada utk menjadi yahudi, majusi atau nasrani...

Share/Bookmark

Wednesday, July 22, 2009

BENARKAH APA YANG KULIHAT INI ?

Baru-baru ini pada 19.7.2009 aku pulang kekampung menziarahi kedua ibubapa mertuaku diBaling kedah bersama-sama suami dan anak-anak..Sudah hampir 2 bulan kami tidak berkesempatan pulang kekampung kerana keadaan tugas suamiku yang tidak tentu masa...

Sewaktu pulang kekampung, aku bertembung dengan kakak iparku iaitu kakak suamiku yang turut pulang kekampung bersama suami barunya dan .....turut kelihatan hadir bersama adalah bekas suami kakak iparku yang turut datang bersama mereka...Walaupun mereka datang dengan kereta yang berasingan tetapi keakraban bekas suaminya dan suami barunya itu sangat mengujakanku..betapa kedua-duanya boleh duduk sebelah menyebelah mengadap hidangan dan berbual mesra seperti tiada apa yang berlaku... Aku terpana seketika.. terdetik dihatiku.. Subhanallah ! betapa hebatnya jiwa kedua-dua mereka ini.. Tetapi bagaimana agaknya perasaan bekas abang iparku yang pernah menjadi suaminya selama 17 tahun tiba-tiba redha melepaskan isterinya dan kemudiannya sanggup pula melihat isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan kemudian sanggup lagi pula melihat kemesraan bekas isterinya dengan suami dan anak yang baru..

Bagiku ini adalah sesuatu perkara baru bagiku dan aneh kerana kedua-duanya seolah-olah tiada perasaan cemburu dan dendam diantara satu sama lain dan jiwa bekas abg iparku mmg sangat hebat kerana mampu menerima kehadiran orang lain dengan bekas isterinya itu dan bersahabat baik pula..

Selepas waktu makan tengahari, Aku keluar sambil mengendong bayi anak kakak iparku dengan suami barunya dan bertemu abang iparku yang sedang merokok diluar rumah dan bertanya bekas abang iparku.."Abg Li..macammna boleh datang sekali nie ? Dia merenung lemah kearahku dan berkata "Abang pulang menjenguk anak2... tiba2 kakak kau ada bagitau abang keadaan ayah yang sedang sakit kuat..teringat pula abang nak menziarahinya.., Aku yang tidak berpuas hati bertanya lagi "tapi..Abg li tiada perasaankah, boleh pula berbaik-baik dengan suami barunya? Jawapan yang kuterima dari bekas abang iparku sangat menyentuh hatiku...katanya "Zai, benda dah lepas tapi iklas abang cakap kakak kau adalah cinta pertama abang dan abang berjanji pada diri abang biarlah dia juga merupakan cinta terakhir abang dan mana mungkin abang boleh membenci perempuan yang telah melahirkan 5 orang cahayamata pada abang sebelum ini..tetapi abang redha jodoh kami hanya setakat itu dan abang tidak pernah berdendam dan berharap kakak kau bahagia dengan suaminya yang baru..".

.Hampir menitis airmataku mendengar pengakuannya itu, aku terkedu seketika.. tak dapat kubayangkan betapa besarnya jiwa lelaki ini yang berlapang dada menerima takdir hidupnya. aku melihat abang iparku mengesat-ngesat airmatanya yang menitis dengan kedua-dua jarinya..Mungkin dia terkenang kenangan lampau bersama kakak iparku dulu.. Malu melihat aku merenungnya dia terus mengambil anak kakak iparku yang berusia 6 bulan yang berada dipangkuanku dan mencium bayi itu dengan penuh kasih sayang....dia meneruskan kata-katanya "kesian baby nie..walaupun dia bukan darah daging abang..tapi abang tetap sayang dia macam anak abang juga" katanya sambil mencium baby itu dan membelai rambut bayi yang sangat lebat. Bayi itu juga turut tersenyum apabila diagah.. alangkah terharunya aku disaat itu, terasa kesal benar diatas penceraian mereka dulu.. tapi apalah dayaku..ini adalah sesuatu yang telahpun ditakdirkan utk dia melaluinya..

Sewaktu mendengar berita penceraian mereka dulu aku sendiri kurang mengerti kenapa dan mengapa ianya berlaku kerana kedua-duanya tidak pernah bergaduh dan apa yang aku ketahui kedua-duanya adalah insan yang sangat istimewa bertakhta dihatiku kerana aku dan suami sentiasa mendapat layanan istimewa ketika bertandang ke rumah mereka di Grik disaat mereka masih bahagia dulu..Aku sangat menghargai jasa kedua-duanya yang sangat memuliakan tetamu. Setiap kali kami bertandang bermakna aku dan suami pasti akan mendapat hidangan khas yang dimasak semata2 diatas kedatangan kami...tapi semua itu telahpun berlalu...betapa berita penceraian mereka 4 tahun yang lalu sangat melukakan hatiku...Disaat abang iparku menefonku dan memaklumkan berita penceraiannya hatiku turut hancur berkecai dan menangis bersama-samanya...

Aku ada terdengar bahawa antara punca penceraian mereka adalah kerana kakak iparku sering kesepian ditinggalkan suaminya yang bekerja dilombong emas di Pahang dan hanya akan pulang ke rumah sebulan sekali utk bersama keluarga dan itulah antara punca yang merenggangkan kasih sayang mereka tetapi aku kagum kerana walaupun selepas bercerai abang iparku tetap seorang suami yang bertanggungjawap dan tetap mengirimkan belanja sebanyak 2 ribu sebulan kepada kakak iparku utk anak2nya yang seramai 5 orang yang tinggal bersama dengan kakak iparku...

Dan petang itu sekali lagi aku melihat keajaipan apabila mereka tetap pulang beriringan selepas menziarahi kedua ibu bapa mertua ku... Aku sempat bergurau dengan suamiku bertanya keadaan kami seandainya ditakdirkan begitu..adakah dia masih sudi bersahabat denganku..Suamiku dengan sinis menjawap..."Lebih baik mati terus senang tak payah nak sakit hati..." hmmm...tak pasti apa maksud sebenarnya...menyesal pulak aku tanya...

Share/Bookmark

Tuesday, July 21, 2009

KISAH MENYAYAT HATI - TERNYATA AYAHKU




Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, penguasa penjara yang terkenal bengis, sedang memeriksa setiap kamar tahanan.

Apabila beliau melalui setiap sel, kesemua banduan penjara terus membongkokkan badan mereka serendah-rendahnya ketika penguasa penjara itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu boot keras milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Ketika melalui satu sel , telinga Roberto terdengar suara seseorang sedang mengalunkan ayat-ayat yang amat ia benci apabila mendengarnya “Hai orang tua bodoh… hentikan bacaanmu itu yang sungguh menjengkelkan.. Hentikan… !” Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Lelaki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyuknya.

Roberto bertambah berang. Pemimpin penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk seorang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang kelihatan sangat kurus kering dan kulit yang berkedut sehingga menampakkan rangka tulang dibadannya. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib… Tak terdengar secuit pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan terus melaungkan kata Ya Rabbi, wa ana abduka… Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, “Bersabarlah wahai ustaz… InsyaALlah tempatmu di Syurga.”

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, penguasa penjara itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai. “Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan suara-suara yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami.” Mendengar “khutbah” itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap,

“Sungguh… aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, iaitu Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia yang terkutuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh.”

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu milik Roberto terus mendarat di wajah lelaki tua itu. Tendangan sepatu yang kuat kemuka lelaki tua itu menyebabkan beliau terhuyung hayang. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah buku kecil. Adolf Roberto terus memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. “Berikan buku itu, hai lelaki tua yang bodoh !” bentak Roberto. “Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!”ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu boot seberat dua kilogram itu terus menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati.

Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan penguasa penjara itu merasa lebih puas lagi ketika melihat titisan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tidak lagi berdaya diangkat, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Beliau seakan terpaku melihat buku dan termenung seketika seperti memikirkan sesuatu. “Ah… seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini.”

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan “aneh” dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol. Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis pemuda kejam itu kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.

Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di tempat para tawanan menjalani hukuman (tempat penyiksaan kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri kawasan penyiksaan tersebut, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka yang mati tergantung terbuai-buai ditiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di kawasan tengah, ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di kawasan hukuman telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menarik-narik pakaian yang dipakai oleh sang ummi. Sang anak itu berkata dengan suara parau, “Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa… .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi… “

Budak kecil itu akhirnya menangis semakin kuat, ketika sang ummi tidak jua menyahut ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil ayahnya, “Abi… Abi… Abi… ” Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam. “Hai… siapa kamu?!” jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. “Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi… ” jawabnya memohon belas kasih. “Hah… siapa namamu budak, cuba ulangi!” bentak salah seorang dari mereka. “Saya Ahmad Izzah… ” dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba “Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. “Hai budak… ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu.

Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang Adolf Roberto… Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!” ancam laki-laki itu.” Tubuh budak itu mengigil ketakutan sambil berjuraian airmatanya kerana terlalu sedih kerana diperlakukan sebegitu.

Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar dari kawasan tempat penyiksaan tawanan Akhirnya budak yang comel itu hidup bersama mereka. Tiba-tiba vRoberto tersedar dari menungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah tanda hitam ia berteriak histeria, “Abi… Abi… Abi… ” Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai tanda hitam pada bahagian pusat.

Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, “Abi… aku masih ingat alif, ba, ta, tha… ” Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.

Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada titisan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. “Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu… ” Terdengar suara Roberto meraung sambil memeluk erat bapanya.

Sang ustaz yang telah uzur itu terpaksa menghela nafasnya berkali-kali sebelum dapat berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.

Sang ayah dengan susah payah masih boleh berucap. “Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,” Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah “Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah… . Beliau pergi dengan menemui Ar-Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.

Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya… “

Share/Bookmark

KITA NEGARA ISLAM ATAU SEKADAR PADA NAMA



















Hari Kiamat merupakan hari terakhir untuk umat manusia di muka bumi ini. Menjelang ketibaan Hari Kiamat, akan wujud beberapa tanda-tanda tertentu sebagai peringatan buat umat manusia. Berikut adalah beberapa hadis berkaitan dengan tanda-tanda Hari Kiamat sudah semakin dekat atau hampir:

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” (Abu Hurairah r.a)

Contoh sedia ada: Wanita-wanita berpakaian seksi boleh dilihat dengan mudahnya di sekitar kawasan bandar raya, pusat membeli belah dan sebagainya.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” (Riwayat Ahmad)

Contoh sedia ada: Ramai orang pada masa kini jarang bertegur sapa apabila bertemu sesama muslimin dan muslimat. Malah ada yang langsung tidak mengukir senyuman apabila bertemu. Muka masam dan fokus terhadap tekanan hidup semata-mata.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” (Riwayat Ahmad)

Contoh sedia ada: Terdapat beberapa orang tertentu sanggup mengaibkan diri sendiri untuk menjadi saksi palsu bagi memenangkan pemimpin-pemimpin tertentu. Hanya Tuhan yang tahu. Hanya Tuhan yang mampu memutuskan.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Contoh sedia ada: Ada orang yang langsung tidak bertegur sapa dengan jiran di sebelahnya. Malah berasa cemburu dan dengki terhadap kelebihan atau keistimewaan yang dimiliki oleh jiran di sebelah rumah. Ada pula yang langsung tidak menghormati jiran tetangga.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)

Situasi yang mungkin ada: Israel semakin giat menyerang Palestin sejak akhir-akhir ini. Malah langsung tidak menghormati negara-negara lain dan sanggup mengebom pusat-pusat bantuan untuk mangsa peperangan yang dianjurkan oleh PBB.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” ) Ibnu Majah)

Contoh sedia ada: Program realiti berunsurkan muzik dan rancangan-rancangan hiburan bertemakan muzik yang tumbuh melata sejak akhir-akhir ini merupakan satu petanda yang jelas.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” (Sahih Muslim)

Contoh sedia ada: Penganjuran pesta seks di beberapa tempat di negara ini. Internet dijadikan medan untuk mencari pasangan seks secara bebas.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” (Sahih Muslim)

Contoh sedia ada: Wujudnya berita-berita berunsur fitnah, gosip dan spekulasi berkaitan dengan sesuatu isu atau individu di dalam media massa dan media elektronik.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” (Riwayat Nasai.)

Situasi sedia ada: Wujudnya replika masjid yang bernilai jutaan ringgit.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (Riwayat Thabrani)

Situasi sedia ada: Terdapat beberapa keputusan dan idea bodoh telah dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin di negara tertentu sehingga menyusahkan rakyat jelata. Malah lebih teruk, apabila pandangan dan nasihat pakar-pakar yang terhormat dan diiktiraf dalam bidang-bidang yang berkenaan telah dipinggirkan.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.” (Riwayat Ahmad)

Contoh yang sedia ada: Tidak pasti.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” (Riwayat Thabrani)

Contoh sedia ada: Tidak pasti.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai.” (Sahih Muslim)

Contoh sedia ada: Tidak pasti.

AYAT AL QURAN BERKENAAN HARI KIAMAT: Manusia Tetap Melakukan Kemungkaran Biar Pun Mereka Telah Nampak Tanda-Tanda Kiamat
Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu, melainkan hari kiamat (iaitu) yang datang kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari Kiamat sudah datang? (Ayat Al Quran Surah Muhammad: 18).

Contoh sedia ada: Ramai antara kita telah melihat tanda-tanda nyata Hari Kiamat, tetapi masih ramai antara kita yang masih terus melakukan dosa-dosa seperti memfitnah manusia, menyakiti hati manusia, melakukan kemungkaran, kemaksiatan dan sebagainya.

HADIS BERKENAAN HARI KIAMAT: Setelah satu tanda hari kiamat, tanda-tanda kiamat yang lain akan segera dapat dilihat.
Tanda-tanda yang terjadi setelah tanda yang lain seperti butiran manik-manik sebuah kalung yang jatuh satu per satu ketika talinya putus. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Contoh sedia ada: Kita melihat terlalu banyak tanda yang menunjukkan kiamat sudah semakin dekat.


Lain-lain hadis dan ayat Al Quran yang menerangkan tentang Hari Kiamat adalah seperti berikut:


Peperangan, Pembunuhan dan Huru-hara

Rasulullah SAW bersabda, “Al Harj (akan meningkat)”’ Mereka bertanya, “Apakah Al Harj itu?” Beliau menjawab, “(Iaitu) pembunuhan (saling membunuh), (iaitu) saling membunuh (pembunuhan).” (HR Bukhari)

Hari Kiamat (As Sa’ah) akan tiba ketika kekerasan, pertumpahan darah, dan kekacauan akan menjadi suatu yang lazim (HR Al-Muttaqi al-Hindi, Muntakhab Kanzul Ummaal)

Dunia ini tidak akan menemui akhirnya, hingga suatu hari akan datang pada manusia, pada hari itu akan ada pembunuhan massal dan pertumpahan darah. (Muslim)

Hari Akhir itu tidak akan datang hingga angka pembunuhan meningkat. (HR Bukhari)

Contoh sedia ada: Peperangan yang melanda di beberapa tempat di dunia.


Kemusnahan Kota-kota Besar

Berbagai kota besar akan dihancurkan dan hal ini akan terjadi seolah-olah kota-kota itu tidak pernah ada sebelumnya. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman)

Contoh sedia ada: Peperangan melibatkan bahan letupan berkuasa seperti bom nuklear telah berlaku di Hiroshima dan Nagasaki.

Gempa Bumi

As Sa’ah (Hari Akhir) tidak akan terjadi hingga ... gempa bumi akan sangat sering terjadi (HR Bukhari).

Ada dua hadis besar sebelum hari hisab ... dan kemudian tahun-tahun penuh gempa bumi (Diriwayatkan oleh Ummu Salamah RA.)

Contoh sedia ada: Gempa bumi kini boleh dirasai berhampiran negara kita, Malaysia. Malah ada pakar geologi yang mengatakan bahawa dalam beberapa puluh tahun lagi, pusat gempa bumi akan beralih ke Malaysia.

Kemiskinan

Orang-orang miskin akan meningkat jumlahnya. (Amal Al-Din Al-Qazwini, Mufid Al-'ulum Wa-mubid Al-humum)

Kekayaan beredar hanya di antara orang-orang kaya, tanpa manfaat bagi orang-orang miskin. (HR Tirmidzi).


Contoh sedia ada: Demi mematikan persaingan, beberapa pemimpin di beberapa buah negara tertentu sanggup memberikan hak perdagangan, tender dan seumpamanya kepada kroni-kroni sendiri. Malah ada juga beberapa orang pemimpin tertentu yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan sendiri.


Runtuhnya nilai-nilai akhlak

Hari Kiamat (As Sa’ah) akan datang ketika perzinaan tersebar luas (Al-Haythami, Kitab al-Fitan).

Hari Akhir tidak akan datang hingga mereka (orang-orang jahat) melakukan perzinaan di jalan-jalan (jalan-jalan umum). (Ibn Hibban and Bazzar)

Lelaki akan meniru perilaku wanita; dan wanita akan meniru perilaku lelaki. (Allama Jalaluddin Suyuti, Durre-Mansoor)

Orang-orang akan menyenangi perbuatan homoseksual dan lesbian. (Al-Muttaqi al-Hindi, Muntakhab Kanzul Ummaal)

Hubungan seksual tidak sah secara terbuka akan marak. (Hadis Riwayat Bukhari)

Contoh sedia ada: Bilangan golongan gay dan lesbian dilaporkan meningkat. Malah di kaca-kaca televisyen pula dapat dilihat kemunculan golongan lelaki yang asalnya keras tetapi kini lebih cenderung bergaya ala-ala wanita sama ada dari segi tingkah laku atau pun percakapan dan sebaliknya.

Hadis tentang penolakan agama yang benar dan nilai-nilai moral dalam Al Quran

Menjelang datangnya Hari Akhir akan ada hari-hari ketika pengetahuan (agama) akan dicabut (lenyap) dan kejahiliahan secara umum akan meluas.... (Hadis Riwayat Bukhari).

Akan ada suatu ujian kegelapan yang menakutkan bried dark yang akan menimpa setiap orang dalam suatu masyarakat, dan kemudian ketika orang menganggap ujian itu telah berakhir, ujian itu akan terjadi terus-menerus. Selama itu seorang manusia boleh menjadi adalah seorang mukmin pada pagi hari dan menjadi seorang kafir pada malam hari. (Hadis Riwayat Abu Daud).

Akan datang suatu waktu pada umat ketika orang akan membaca Al Quran, tetapi tidak akan lebih jauh dari tenggorokan (tidak masuk ke dalam hati mereka) (Hadis Riwayat Bukhari).

Sebelum Hari Akhir akan ada kekisruhan seperti potongan malam yang gelap, ketika seorang manusia akan menjadi seorang beriman di pagi hari dan seorang kafir di sore hari, atau seorang beriman di sore hari dan kafir di pagi hari (Hadis Riwayat Abu Daud).

Suatu waktu akan datang, ketika seorang manusia tidak akan peduli bagaimana mereka mendapatkan sesuatu, halal atau haram. (Hadis Riwayat Bukhari).

Akan muncul pada hari akhir seseorang yang akan memperoleh keuntungan dunia dengan menjual agama. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Hari Akhir tidak akan datang hingga tersisa orang-orang yang tidak mengetahui kebajikan dan tidak pernah mencegah kejahatan (Hadis Riwayat Ahmad).

Hari Akhir tidak akan datang sebelum Allah mengambil agama-Nya dari manusia di bumi, tidak meninggalkan seorang pun di atas bumi ini selain orang-orang kafir yang tidak mengenal perbuatan yang benar atau menolak perbuatan yang salah. (Diriwayatkan oleh Abdullah ibn 'Amr bin ‘Ash)

Contoh sedia ada: Terdapat beberapa cerdik pandai yang sanggup mempersendakan hadis dan ayat Al Quran secara terbuka, malah memandang rendah terhadap isi kandungan hadis dan ayat Al Quran tersebut.

Munculnya nabi-nabi palsu

Hari akhir tidak akan datang sebelum datangnya tiga puluh Dajjal, masing-masing mengaku dirinya sebagai seorang utusan Allah. (HR Abu Daud)

Al Quran menjelaskan turunnya Isa AS ke bumi

Tidak ada seorang pun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka. (QS An Nisaa’: 159).

Demi Allah Yang jiwaku ada di tangan-Nya, putera Maryam, Isa, akan turun dalam waktu singkat di antara kamu orang-orang beriman (Muslimin) sebagai seorang penguasa yang adil (HR Bukhari)

Hari Akhir tidak akan datang hingga putera Maryam (iaitu Isa AS) turun di antara kamu sebagai seorang penguasa yang adil. (HR Bukhari)

’Isa as, putera Maryam as, akan turun, berkuasa selama 40 tahun dengan Kitabullah dan sunnahku, lalu meninggal. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman)

Isa AS, putera Maryam AS, akan menjadi seorang hakim yang adil dan penguasa yang adil (dalam umatku), mematahkan dan meremukkan kayu salib dan membunuh babi... Bumi ini akan dipenuhi dengan kedamaian seperti sebuah bejana diisi dengan air. Seluruh dunia akan mengumandangkan dan mengikuti satu kata yang sama dan tidak satu pun akan disembah selain Allah. (Ibnu Majah)

Contoh sedia ada: Kemunculan beberapa individu tertentu sejak akhir-akhir ini, tidak kira lelaki atau perempuan yang mengaku diri mereka sebagai Rasul, Rasul Melayu, Rasul Perempuan dan sebagainya. Mereka ini memiliki pengikut-pengikut yang tersendiri, dan mereka menyampaikan ajaran-ajaran dan amalan-amalan sesat.

Kemunculan Imam Mahdi

Beberapa penjelasan penting mengenai Hari Akhir adalah sebagai berikut: Selama kekacauan mengerikan di hari akhir, Allah akan memerintahkan seorang hamba yang mempunyai akhlak yang mulia, yang dikenal sebagai Al Mahdi (pemberi petunjuk ke arah kebenaran), untuk mengajak umat manusia kembali ke jalan yang benar. Tugas pertama Al Mahdi akan berupa dikobarkannya perang pemikiran di dalam dunia Islam dan mengembalikan umat Muslin yang telah jauh dari intisari Islam sejati, menuju iman dan akhlak sesungguhnya

Al Mahdi, salah satu kaumku, muncul sebagai manusia dengan keredaan Allah, saat Hari Pembalasan sudah dekat dan melemahnya hati orang-orang beriman kerana kematian, kelaparan, dan hilangnya sunnah, dan munculnya kemajuan teknologi dan hilangnya makna memerintahkan kebenaran dan melarang kemungkaran. Kemakmuran dan keadilannya akan memudahkan hati orang-orang yang beriman, dan persahabatan serta saling mencintai akan menyelesaikan perselisihan di antara bangsa-bangsa non-Arab dan Arab. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-burhan fi ’Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman, halaman. 66)

Kekacauan, penyimpangan, dan ketakutan akan muncul di Barat .... Penyimpangan akan meningkat pesat. (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)

Sejenis penyimpangan akan muncul ke permukaan. Tidak satu pun pihak mampu melindungi dirinya dari penyimpangan itu, dan penyimpangan itu menyebar segera ke setiap penjuru. Situasi ini akan bertahan hingga seseorang datang dan berkata, “Hai umat manusia, mulai saat ini pemimpinmu adalah Al Mahdi.” (Ibnu Hajar Haytahami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi’alamat al-Mahdi al-Muntazar, hal. 23)


Nabi Isa turun ke bumi

Tidak ada seorang pun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka. (QS An Nisaa’: 159).

Demi Allah Yang jiwaku ada di tangan-Nya, putera Maryam, Isa, akan turun dalam waktu singkat di antara kamu orang-orang beriman (Muslimin) sebagai seorang penguasa yang adil (Hadis Riwayat Bukhari)

Hari Akhir tidak akan datang hingga putera Maryam (iaitu Isa AS) turun di antara kamu sebagai seorang penguasa yang adil. (Hadis Riwayat Bukhari)

’Isa as, putera Maryam as, akan turun, berkuasa selama 40 tahun dengan Kitabullah dan sunnahku, lalu meninggal. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman)

Isa AS, putera Maryam AS, akan menjadi seorang hakim yang adil dan penguasa yang adil (dalam umatku), mematahkan dan meremukkan kayu salib dan membunuh babi... Bumi ini akan dipenuhi dengan kedamaian seperti sebuah bejana diisi dengan air. Seluruh dunia akan mengumandangkan dan mengikuti satu kata yang sama dan tidak satu pun akan disembah selain Allah. (Ibnu Majah)

Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA