Tuesday, December 29, 2009

SANGGUPKAH BERMADU....???


Kenapa wanita enggan berpoligami?

Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan). Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.

Kenapa para isteri menolak poligami?

Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan. Siapa yang sanggup terjun ke 'lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.

Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.

Lelaki sering menjadikan 'Sunnah Nabi' sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan. Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi. Dan mungkin juga, ada satu pihak menangis demi membahagiakan pihak yang lain. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri. Apaila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.

Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya. Namun masih ramai yang tidak menerima secara positif. Syaitan sudah bersumpah untuk membawa anak cucu adam bersama mereka ke neraka kelak, maka syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan memberi perkhabaran palsu kepada manusia.

Syaitan sering membisikkan perkara-perkara yang negatif ke dalam diri manusia maka siapa yang tidak kuat imannya sering tergoda dan terpengaruh. Malah percaya dengan bisikan syaitan lalu takut dan ragu-ragu untuk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah malahan bersenang hati untuk melakukan kejahatan yang bertentangan dengan tuntutan Agama. Selain itu, manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.

Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’. Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah. Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati. Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.

Kesimpulannya:

Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu. Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.

Pernikahan adalah ibarat sebuah bahtera yang berlayar dilautan luas. Suami adalah nakhoda dan isteri (isteri-isteri) adalah pembantu. Jika nakhoda itu bijak mengemudi kapal, bistari mengawal anak-anak kapal, berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, tahu arah yang ingin dituju tanpa was-was, InsyaAllah kapal tidak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju.

Namun, harus diingatkan juga, tanpa bantuan dan persefahaman dari pembantu kapal, bahtera itu mungkin berada statik tiada kemajuan atau lebih teruk dari itu, bahtera itu mungkin akan karam. Hancur dan musnah. Dalam pernikahan, mesti ada tolak ansur, perlu ada give and take. Baik isteri mahupun suami haruslah saling menghormati dan saling menghargai. Harus ada yang mendengar bila satu pihak bercerita dan begitu pula sebaliknya.

Perhubungan dua hala adalah penting. Komunikasi antara suami isteri serta anak-anak perlu dijaga, agar jika ada sebarang masalah yang timbul, dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik. Lebih penting dari itu, niat bernikah juga kena betul. Jangan diselewengkan. Jika niat ikhlas kerana Allah dan agama, insyaAllah walau apa jua dugaan mendatang, tiada apa yang mampu menggoyahnya. Tidak kira suami bernikah satu atau empat, jika asas agama adalah kukuh, kebahagiaan dalam berumah tangga sedikit pun tidak akan goyah.

Hidup di dunia sementara, kehidupan di akhirat itu kekal abadi. Jadi, harus disematkan dalam diri dan jiwa, cita-cita yang paling utama adalah bahagia di syurga kerana itulah yang paling abadi. Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

Madu jangan terus ditelan, hempedu jangan terus dibuang, kerana di sebalik manis dan pahit itu, mungkin ada racun atau penawar yang tersembunyi.

Share/Bookmark

Thursday, December 17, 2009

WALIMATUL URUS - JEMPUTAN DARIKU UNTUKMU



Salam buat semua rakan-rakan blogger yang dikasihi...

Musim cuti sekolah adalah merupakan antara masa yang sering dipilih untuk semua bakal-bakal pengantin untuk mendirikan rumahtangga kerana pada masa tersebut ramai yang mempunyai kelapangan masa untuk bersama keluarga..
Dikesempatan ini juga aku ingin menjemput semua rakan-rakan blogger yang mengenaliku untuk turut hadir memeriahkan Majlis Pernikahan Anak Saudaraku iaitu

ISWANI BINTI MOHAMED ABDUL WAHAB
&
MOHD RIDZUAN BIN HAJI ISMAIL

Masih ingatkah kalian tentang entriku berkenaan JANDA VS TERUNA...Dialah "Eye" yang aku maksudkan itu..akhirnya termeterai jua cinta suci yang dibina..Marilah kita sama-sama doakan mudah-mudahan perkahwinan mereka ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa, dimurahkan rezeki dan mendapat anak yang ramai...

TARIKH : SABTU, 02 JANUARI 2010
MASA : 12 TGHARI - 5 PETANG
TEMPAT : TEA GARDEN, RECSAM, GELUGOR, PULAU PINANG

Oleh yang demikian, aku amat berharap mana-mana rakan blogger yang mengenaliku terutamanya rakan-rakan blogger yang tinggal di Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan juga rakan-rakan yang berada dinegeri-negeri lainnya..anda juga dijemput hadir untuk bersama-sama untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak saudaraku dihari yang bahagia tersebut...
Aku MEMOHON MAAF kerana TIDAK DAPAT MENGHANTAR KAD JEMPUTAN secara persendirian kepada anda semua. Aku berharap kalian dapat menganggap jemputan maya ini sebagai sebuah jemputan peribadi dariku kerana aku kekurangan waktu untuk meluangkan masa menghantar kad-kad jemputan kepada anda semua kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja dipejabat disamping juga perniagaan sarapan pagi yang dijalankan bersama-sama rakan kongsiku..

Sekian, wassalam..

Share/Bookmark

Thursday, December 10, 2009

AKU RINDU KAMU...

Salam semua para sahabat dunia blogging yang dirindui....

Minta maaf banyak-banyak kerana tidak sempat untuk mengupdate sebarang entri baru akhir-akhir ini, semuanya kerana tugas di pejabat yang terlalu banyak dan disamping aktiviti-aktiviti lain yang terpaksa merenggangkan aku dengan kalian semua...bukan aku tak pernah ingatkan kalian dan tidak mahu menjengah blog kalian dan memberi komen..cuma aku kekurangan waktu untuk berbuat demikian, semuanya kerana banyak perkara yang perlu dibereskan terlebih dahulu, antaranya adalah tugas dipejabat yang menuntut penelitian terhadap fail-fail lama untuk year end closing account, melayani kerenah 3 orang anak-anak lelakiku yang baru selesai menjalani upacara berkhatan pada awal minggu lepas dan juga bisnes katering sarapan pagi yang kujalankan bersama rakan sepejabatku yang menjadikan tugasku berkali-kali ganda sibuknya...

Mudah2an kalian semua masih mengingatiku dan sudi meninggalkan jejak kalian untukku kembali membalas mesej-mesej kalian diwaktu aku senang nanti...bagi rakan-rakan yang ingin menghubungiku secara peribadi..boleh terus menghantar email ke zakiahali81@yahoo.com dan tinggalkan mesej anda berserta no.. HP agar kita boleh terus berhubung selepas ini..

InsyaAllah..aku berjanji, apabila aku berkesempatan semula nanti..pastinya aku akan kembali merisik khabar ke blog kalian semua...

Bye..semoga jumpa lagi....

Wassalam...
Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA