Friday, April 30, 2010

BAYANGKAN KALAU INI KISAH ANDA.. !!!

Ceritanya bermula begini...

Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku.

Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cerita secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 tahan, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya, iaitu guru mengajinya.

Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat laporan polis dan medical check-up, anak aku dah macam orang hilang ingatan, histeria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar dipulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ku yang lalu. Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, mungkin adalah dari kesilapan lampau aku.

Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 tahan, 2 tahun dahulu. Pada awalnya hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dengan isteri aku. Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada gadis ini. Aku namakan dia Ayu.

Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap-luap. Tau-tau la suami yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak &^%$ dengan Ayu. Tapi Ayu ni gadis yang baik, aku nak pegang pun dia tak bagi, cium apatah lagi. Aku juga menipu Ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan dia berjalan lancar selama 5 bulan.

Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke. Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal ke dalam minuman Ayu. Lepas aku tengok dia high, aku cepat-cepat bawa dia check-in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap-luap, aku bersetubuh dengan Ayu tanpa Ayu sedari. Nikmatnya tak terkata. Namun selepas menyedari keesokkan paginya, aku menyesal, Ayu pulak menangis sekuat hati.

Dalam keadaan huru-hara tu, aku berjanji pada Ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku fikir nak nikah dengan Ayu, memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut. Selepas berjanji dengan Ayu, aku pun menghantar pulang ayu ke rumah sewanya. Sambil Ayu menangis teresak-esak, Ayu merayu jangan tinggalkan dia dalam keadaan macam ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku, nak nikah juga dalam masa terdekat.

Nak dijadikan cerita, balik saja ke rumah, tiba-tiba isteriku melayan aku dengan baik sekali, kemudian aku rasa bersalah yang amat sangat pada isteri, sambil melihat wajah anak-anak ku yang masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku. Aku masih sayang pada isteriku.

Bile terfikir tentang Ayu, aku rasa bersalah yang amat sangat pada isteriku. Sejak itu isteriku melayan aku dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada Ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih sayang pada keluarga aku.

Janji yang aku taburkan pada Ayu, hanya janji manis saja. Aku cuba jauhkan diri aku pada Ayu, supaya aku setia pada keluarga aku. Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi. Satu hari yang tak disangka, apabila aku pulang ke rumah, aku nampak kereta Ayu di depan rumah aku, aku tercari-cari Ayu di mana dia. Dalam perjalanan menuju ke rumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh. aku panik, tapi apa yang terjadi aku akan hadapi.

Bila melangkah masuk ke rumah, aku lihat Ayu merayu-rayu melutut depan isteriku, dengan muka bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya. Isteri aku memberitahu perempuan gila ini, mendakwa telah menjalin hubungan dengan aku dan dia mahu aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknya menendang dan menampar Ayu sepuas-puasnyA. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita Ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain.

Tanpa rasa bersalah aku menarik Ayu dan menghalau dia keluar dari rumah. Menangis Ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mahu rahsia aku pecah. Ayu siap bersumpah dengan nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu mengandung? Aku hampir pengsan lagi. Dan Ayu juga melafazkan aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol. Lepas tu Ayu terus menghilangkan diri.

Selepas kekecohan itu, isteriku face-to-face dengan aku, siapa Ayu? Aku dengan tenang mengatakan Ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan kekasih lama. Oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati dia, dia naik syok dengan aku. Isteriku tak puas hati tapi dia siap warning jika benar aku takde apa-apa affair dengan Ayu, dia maafkan aku, kalau tak dia akan minta cerai.

Kerana sayangkan isteri aku bersumpah memang aku tiada affair dengan Ayu. Keesokkan harinya, aku cuba call Ayu untuk memutuskan hubungan dengan Ayu. Sebaik Ayu mengangkat telefon terus dia histeria dan menyumpah-nyumpah aku. Sumpah yang aku masih teringat-ingat. "AKU DOAKAN SEMUA KETURUNAN KAU MATI KENA ROGOL" ....KATA AYU.

Semenjak itu, Ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar Ayu sudah meningal dunia tahun lepas. Sekarang bila aku terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku? Aku menangisi nasib aku, anak-anak aku. Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari Ayu, tapi Ayu sudah tiada. Aku bingung. Setiap malam aku buat sembahyang sunat taubat. Tapi bayangan Ayu selalu hadir dalam minda ku.

Dan yang paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku. Perit. Sungguh perit. Ya, kisah aku lebih kurang sama seperti dalam cerita-cerita rekaan yang selama ni kita tonton di tv, tapi tak ku sangka ia benar-benar berlaku, hingga aku terkelu sendirian. Terima kasih pada yang memberi nasihat tak kurang juga yang menyindir. Tapi memang aku akui aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup. Hidup aku, hidup keluarga aku dan hidup insan lain.

Tatkala menulis ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru. memikirkan hal anak aku, aku hampir kemalangan kerana tak fokus langsung semasa memandu. Anak aku sekarang semakin histeria, dia tak boleh langsung melihat kelibat lelaki dewasa, takut, bingung, menangis. Aku dan isteri sangat sedih. Anak aku suka sendirian dalam bilik, pernah dia berada dalam tandas begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu.

Kami takut dia bunuh diri atau mencederakan diri. Setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat agar Allah memulihkan semangat anak ku, minggu lepas kami ada bawa dia berjumpa kaunselor, tapi nampaknya anak ku hanya menyembunyikan diri dibelakang kerusi. Isteriku menangis dan aku menahan sebak. Kaunselor kata bawa bila keadaan anak ku reda sikit nanti. Sekarang mungkin dia rasa tak selamat nak berjumpa orang asing.

Anak ku juga tak berapa nak makan, kami risau dia akan sakit. Aku pun tak tau nak buat apa, anak ku hanya suka bersendiri, kadang-kadang terdengar dia menyanyi sorang-sorang, risau juga takut dia alami gangguan emosi. Dia terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini, tapi tak mustahil dia tau apa yang bakal dia alami bila dewasa kelak.

Jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosa ku diampunkan. Berbalik pada kisah Ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada menghubungi sepupu dia, Kay. Kay yang memberitahu aku yang Ayu sudah meninggal dunia. Kesnya terkena buatan orang. Yang aku tak berapa pasti, Kay memberitahu Ayu telah keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengar isteri aku.

Selepas itu, Ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal derita yang dia tanggung, Kay beritahu mujur Ayu keguguran bayi, kalau tidak macam mana dia nak hadapi keluarga dan masyarakat. Hmmm, aku mengucap panjang tanda keinsafan.

Selepas beberapa bulan berlalu, ada jejaka di kampungnya meminang Ayu, tapi Ayu menolak, Ayu jelaskan pada Kay, dia tak layak menerima pinangan dari jejaka itu kerana kisah hitamnya. Aku terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan akulah manusia paling kejam.

Jejaka tu berang bile Ayu menolak pinangannya. Lepas tu hidup Ayu terus porak peranda. Puas dibawa berubat, akhirnya Ayu menghembuskan nafas terakhir. Kay kata Ayu terkena santau dari siam. Siapa yang buat wallahualam. Selepas Kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan. Sampaikan aku terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup orang lain. Bukan sekali, tapi dua kali gus.

Mengenai anak ku ini, kejadian hitam yang berlaku ke atasnya mungkin kerana kecuaian aku dan isteri juga. Sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk mengaji. Tetapi selepas hari raya lepas, aku menghantar anak ku pergi mengaji ke rumah orang ni lagi. Pada malam itu hanya anak ku sorang saja yang hadir pada kelas mengaji. Pelajar lain tidak hadir lagi kerana masih ada yang belum pulang dari kampung beraya. Masa kejadian itu isterinya ke rumah orang untuk beraya. Kalau aku periksa dulu dan tau hanya anak ku saja yang hadir sudah pasti aku tak benarkan dia pergi mengaji malam tu. Tapi kerana nak cepat aku tak sempat nak check.

Aku pun hairan, dalam banyak-banyak perempuan kenapalah budak sekecil anak ku yang menjadi mangsa? Aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi, sedih yang teramat. Kes ni masih bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan orang berpengaruh dan melibatkan kanak-kanak bawah umur, maka kes ni tidak didedahkan atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh. Kadang-kadang aku geram sangat. Geram pada lelaki tu. Nak saja aku kerjakan dia cukup-cukup. Aku ingat nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain, kerana lambat laun kes ni pasti terbongkar. Kalau penduduk kawasan rumah aku tau, aku tak mau anak ku alami tekanan perasaan sebegitu juga isteri dan anak-anak yang lain.

Akhir-akhir ni aku dan keluarga tidak banyak keluar rumah. Hidup kami tidak lagi ceria. Tapi alhamdullilah kami suami isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah sama-sama, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga. Aku masih sebak. Malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar semangat anak ku pulih, aku sedih kerana anak ku masih kecil.

Nasihat aku pada ibu bapa, kalau boleh pantau anak-anak anda di mana mereka berada, pastikan mereka selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis bersendirian dengan mana-mana lelaki, walau se-alim mana pun. Ya, kadang-kadang sebagai ibu bapa kita hanya menyerahkan anak kita pada guru sekolah, guru tuisyen, guru mengaji, tukang gaji, driver, guard. Tapi kita tak pernah pun amik tau siapa mereka. Ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan.

Sekian.

*******************************************************

Kisah benar yg sangat menggetar perasaan dan naluri wanita sptku... !!!



Share/Bookmark

14 comments:

Acik Erna said...

zai..mana zai dapat kisah benar ni..sungguh menginsafkan..balasan tuhan..tidak hanya pada kita yang melakukan dosa..teribat sama keluarga dan anak2...
ya allah..maha besar..

Werdah said...

Salam Zai.

Itulah yang selalu kita dengar bahawa doa orang-orang yang terinaya dimakbulkan Allah.

Mudah2an kisah ini dapat kita ambil iktibar.

terokai seni said...

menggetarkan... balasan yang Allah beri bukan sekadar balasan tapi juga peringatan.. semoga yang bertaubat Allah terima taubatnya dan yang mendapat musibah akan redha dan tabah menghadapi dugaan Allah...

Sueozana said...

Salamu'alaikum dinda...
Mga sejahtera bersama kluarga n drahmati Allah slalu..

Ini yg dinamakan hukum karma. Baik d dunia/akhirat,pembalasan tetap datang wpn sebesar zarah,kita tetap brtanggung jawab atas sgala prbuatan kita.. smga kita dikurniakan Allah dgn akal, hati n nafsu yg beriman kpd Allah swt.

Rizzuan Shah said...

MasyAllah.. nauzubillahiminzalik.. mana kak zai dapat kisah ni kak zai?.. Allah tu maha kuasa dan memakbulkan doa orang² yang teraniaya. jangan la kita menganiaya orang lain. kelak Allah akan balas balik dgn lebih dahsyat. walaupun tidak dibalas pada kita, tapi pada keluarga kita cukup untuk buat kita lebih terasa balasaNYA...

http://wanshah87.blogspot.com

Maiyah said...

dasyat le skrg, yg alim pun dah x bleh nk percaya

piewahid said...

salam zai,
islam menitik beratkan pencegahan dgn cara pendidikan dan islam sbg the way of life! (ad deen)

hentian said...

Allah bayar cash pada dia, ya....

Sidratul Muntaha said...

assalamualaikum kak zai.

sedihlah baca cerita ni....

nahmy said...

salam...taubat dan kembali kpd-Nya lah. bab anak kena cabul...kafarrah dosa lama. mohonlah supaya tiada lagi dugaan berat yg mendatang. tapi yg penting ialah 'kita' dpt iktibar dr kisah ini....wallahualam.

Guru said...

zai

assalammualaikum

takutnya membaca entri ini
nauzubillah

::Umiliya6677:: said...

salam ziarah sedih nyer...baca ni

Cikgu Aini said...

salam keinsafan.. semoga Allah menerima taubat anda. What u give u get back. Percaya pd kata-kata itu.. Setiap apa yg dilakukan pasti mendapat balasan Tuhan.,

Unknown said...

kesiannyer...xpe,stiap kejadian pasti ada hikmahnya..tunggu & lihat sahaja dri Illahi...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA