Sunday, January 24, 2010

10 TIPS MURAH REZEKI


Disenaraikan 10 tips murah rezeki ini untuk diambil perhatian dan pengajaran. Semoga dapat kita amalkan bersama.

  • Sentiasa bersyukur di atas apa yang diberikan Allah Ta’ala
  • Belanjakan harta pada jalan yang diredhoi Allah Ta’ala
  • Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal walaupun terpaksa bersusah payah
  • Bersedekah kepada anak yatim/fakir miskin…kalau boleh, setiap hari.(Carilah anak-anak yatim untuk diberikan bantuan). InsyaAllah, jangan risau, akan digantikan oleh Allah Ta’ala tanpa kita sedari.
  • Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah Ta’ala bukannya mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah hendaklah dimulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah kepada jiran tetangga dan orang2 yang lebih jauh). Jangan anggap pemberian itu hak kita, kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka
  • Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terang-terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
  • Konsep sedekah : Berikan sesuatu yang kita sayangi!! Ini jelas dalam Quran ayat al-Imran ayat 92
  • Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
  • Amalan yang diberkati ialah hasil titik peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan). Menurut Nabi Muhammad SAW 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 (10%) sahaja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul diakhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardhu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam itu sendiri. Kalau tidak ada yang menjalankan aktiviti ini, seluruh ummat Islam adalah berdosa.
  • Hulurkan bantuan kepada janda-janda yang kehilangan suami.

Share/Bookmark

13 comments:

Maiyah said...

baca n3 ni tingat nk sedekah kit kat umah anak yatim

Abd Razak said...

Salam kak zai...

Sedekah adalah suatu perbuatan yang baik, yang dituntut oleh setiap mukmin untuk melakukannya. Besar atau kecil sedekah itu tidak menjadi ukuran bahkan kesediaan memberikan sedekah dengan penuh keikhlasan itulah yang dipandang oleh Allah SWT. Sesungguhnya orang beriman senantiasa meletakkan pandangan Allah SWT terhadapnya dan perbuatannya mengatasi pandangan makhluk.

Unknown said...

Salam kakzai,Tip ke 4 tu selalu sy amalkan bila ada masaalah x kiralah masaalah keewangan atau apapun yng pasti mmg berkesan.
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man selalu pesan kalau xade duit,banyakkan sedekah,lagi xde duit lagi banyak sedekah. .Bunyinya pelik tapi mmg berkesan.tak percaya cubalah buat.

Werdah said...

Salam Zai,

Memang benar sangat apa yg ditulis di sini. Panduan yg amat lengkap.

Dalam Al-Quran surah Al-Baqarah [2] ayat 261 diungkapkan, "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Mudah2an dapat diaplikasi dalam kehidupan..insyaAllah.

al-lavendari said...

salam. semua saranan yang tersenarai adalah peringatan yang perlu diberi perhatian oleh kita semua. terima kasih kerana mengingatkan. insyaallah akan saya lakukan ikut kemampuan.

Brahim Nyior said...

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, tapi tak semua orang mempunyai 'kekuatan' untuk bersedekah.

Ada orang yang rasa sayang sangat nak bersedekah kerana takut hilang kekayaannya.

Tapi sedekah yang paling mudah ialah ilmu. Ilmu baik yang kita sedekah kepada orang lain, akan memberi manfaat selagi ia diamalkan.

abu muaz said...

Salam. T.kasih atas ingatan ini.

Riesna Zasly said...

salam bonda zai
nice n3 nih
byk info bermanafaat

atie said...

Salam Kak Zai..

Ia.. kak zai sedekah adalah penyubur rezeki... hari ni kita hulurkan.. esok Allah turunkan lebih banyak kepada kita... janji kita percaya... zakat juga penyubur rezeki dan penyucian rezeki itu sendiri... banyak orang sekarang nie fikir mereka tak layak bayar zakat sebab banyak hutang bank... salah kan tu... tak faham tapi tak nak bertanya nampaknya mereka nie..

ZOOL@TOD said...

"Berikan sesuatu yang kita sayangi"

Terima kasih di atas ingatan ini, jangan asyik-asyik nak sedekah baju terpakai je....

Anonymous said...

Salam Kak..Benar kak apa yang akak tulis ni..memang jadi kenyataan.Lebih2 lagi sewaktu saya di Mekah,memanglah kita tak nampak akan balasannya..tapi bila balik ke tanah air..alhamdulillah..rezeki ada kak..buat baik dibalas baik..Insya allah...

Guru said...

assalammualaikum zai,

kesimpulannya, kenalah besedekah banyak2 kan zai.
nak amalkan ni.

hai said...

kadang2 sedekah yang sikit tu lebih berkat..sebab yang sikit tu x nampak dan x terasa!!

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA