Wednesday, February 3, 2010

SEDANGKAN LIDAH LAGIKAN TERGIGIT....


Salam,

Sengaja kubawakan entri ini kali ini kerana akhir-akhir ini ketika berYM dengan rakan-rakan baru aku terperasan bahawa aku telah menjadi tempat untuk kawan-kawan bercerita masalah rumahtangga masing-masing...tidak terkecuali si dara dan teruna, janda atau duda yang turut meluahkan rasa risau masing-masing tentang perhubungan mereka dengan pasangan masing-masing...

Aku bukanlah kaunselor dan bukanlah insan yang hebat. Aku juga seperti mereka-mereka lain yang berumahtangga...sesekali terjadi juga perselisihan faham diantaraku dan suami tetapi benarlah kata pepatah......wanita adalah makhluk yang selalunya kalah dengan emosi manakala lelaki adalah lebih rasional ...jadi suamiku bertindak bijak dengan mendiamkan diri disaat hubungan kami dilanda gempa bumi...dan kami kembali berbaik ketika keadaan panasku menjadi redha...tapi itu cerita suatu waktu dulu..semakin lama usia perkahwinan kami...aku dan suami semakin belajar untuk menyesuaikan diri dengan sedikit perbezaan yang terdapat didalam diri masing-masing dan turut mencuba dengan sedaya upaya agar tidak bermasam muka terutamanya dihadapan anak-anak..

Sebenarnya dalam melayari bahtera rumahtangga, memang telah menjadi adat adakalanya terasa begitu bahagia dan adakalanya apabila dilanda masalah terasa rumahtangga merupakan sesuatu perkara yang sangat membebankan. Umpama air laut, ada pasang surutnya, ada masa tenangnya dan ada masa gelisah dilanda ombak yang begitu kuat menghempas.

Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana agungnya cinta yang dibina dan walau bagaimana erat kasih sayang yang dijalin dan dipupuk, seperti juga hubungan di antara lidah dan gigi mencerna makanan, walau rapat sekalipun namun sesekali tergigit juga.

Pertelingkahan kecil atau ada rasa tidak puas hati di antara suami isteri memang perkara yang mudah berlaku. Tapi kalau dibiarkan berlarutan dan tidak dibendung segera, pertelingkahan kecil akan jadi besar dan akhirnya mengakibatkan kehancuran pada sesebuah rumahtangga.

Seperti ombak kecil, ia hanya akan mengakibatkan kapal terumbang ambing. Tapi kalau ombak sudah besar, mungkin kapal akan ditelannya. Pertelingkahan atau rasa tidak puas hati jangan dibiarkan berlarutan. Tapi sebaliknya hendaklah segera dibendung dan dibaiki oleh kedua-dua belah pihak agar jangan sampai penyakit yang sudah parah baru kelam-kabut hendak dicarikan ubatnya.

Bagi mengelakkan sengketa jadi besar, perkara awal yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak ialah dengan memeriksa atau mengkoreksi diri sendiri, apakah punca pertelingkahan itu berlaku? Kajilah, mungkin salah seorang atau kedua-duanya sekali ada terbuat dosa samada di dalam atau di luar rumah, yang zahir mahu pun yang batin. Kadang-kadang dosa yang tanpa disedari itulah yang menjadi hijab dalam mewujudkan ketenangan dan sakinah dalam rumahtangga.

Kalau suami atau isteri telah berbuat dosa keadaan begini boleh berlaku: Suami pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri. Tentu pulang dalam keadaan letih dan lesu setelah seharian mencari nafkah atau berjuang di tengah masyarakat. Tanpa diduga atau disedari tiba-tiba rasa hendak marah pada isteri yang mungkin tidak sempat hendak berhias atau melihat anak-anak yang tidak terurus.

Manakala si isteri pula bila lihat suami yang balik dalam keadaan marah-marah, ia merasa seolah-olah suami sudah tidak menyukai dan menyayanginya lagi. Maka timbullah rasa hambar dan dinginnya rumahtangga yang telah dibina sekian tahun.

Isteri pula kalau merasa dirinya tidak dihargai lagi, mulalah ia memendam rasa. Maklumlah fikiran wanita singkat dan dunianya tidak seluas lelaki. Masalah yang kecil itu dirasakan cukup berat lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah anak-anak dan kerja rumah yang tidak pernah selesai. Fikirannya akan bertambah terhimpit dan jiwanya makin menderita.

Lantaran terlalu lama memendam rasa akhirnya pecah terburai juga segala isi hati yang dipendam selama ini. Bagi isteri yang lembut mungkin dilepaskan geramnya dengan kata-kata dan nada memujuk tapi sungguh sinis, tajam dan berbisa sekali. Dan yang lebih dahsyat sekali dihamburkan pada suaminya dengan kata-kata yang kesat, pedas dan kasar. Yang penting hatinya puas. Suami yang tidak mahu sengketa itu berpanjangan mungkin mengambil sikap segera mengalah. tapi sebenarnya hatinya sungguh terluka dibuat begitu.

“Wahai para isteri, adakah kamu sudah lupa bahawa redha suami bermakna redha Allah? Kalau hati suami sudah luka apakah kamu akan mendapat keredhaan Allah? Ingatlah, Rasulullah pernah tangiskan bahawa penghuni neraka kebanyakan adalah wanita yang derhaka pada
suaminya.

Kenapa harus tersinggung pada suami walaupun benar suami yang bersalah? Setiap isteri harus memahami bahawa setiap apa yang berlaku semuanya dalam perancanaan Allah walaupun perkara itu kita suka atau tidak. Mungkin dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak itulah yang menyebabkan sengketa itu terjadi. Allah hukum melalui tindakan suami yang menyinggung hati. Allah datangkan masalah itu, sebenarnya sebagai penghapusan dosa yang telah kita lakukan. Hukuman dari Allah ini adalah sebagai tanda kasih sayang dari-Nya
supaya di akhirat kelak kita tidak akan dihukum lagi.

Untuk itu kita kenalah selalu bertaubat dan mengawasi diri kita dari terjebak dengan dosa samada dosa lahir atau batin. Rasulullah saw seorang yang maksum lahir dan batin terpelihara dari dosa sentiasa bertaubat sehari semalam 100 kali. Lebih-lebih lagi muka macam kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat. Oleh itu kita kena selalu menangis dan mengenang dosa kita. Dan Yakinlah setiap yang berlaku itu terkandung seribu hikmah di sebaliknya.

Sekiranya kita telah rasa bersalah segeralah mencari jalan dengan meminta maaf dan memberi maaf pada suami akan ketelanjuran kita itu. Lebih-lebih lagi orang yang banyak jasa pada kita, kenapa harus kita menyusahkannya? Carilah jalan supaya suami kembali redha pada kita dengan berbuat apa sahaja yang disukai.

Ketika itu pertelingkahan kecil dalam rumahtangga selalunya akan membawa kepada kemesraan hubungan suami isteri yang lebih tinggi. Setelah diuji, Allah datangkan pula nikmat dalam rumahtangga. Setelahsengsara berlalu akan datanglah bahagia. Setelah puas menangis kerana menanggung luka di hati, akan datang pula kasih sayang, perhatian dan pujukan dari suami.

Rumahtangga akan kembali tenang dan bahagia. Dan ketika itu jadilah rumahtangga sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah saw iaiatu rumahku adalah syurgaku.



Share/Bookmark

8 comments:

maiyah said...

bila ada org yg bleh berkongsi akan kurangkan tekanan.. mrk tahu kak zai bleh bg pendapat yg baik

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu menziarahi anda

MaizaC'Joe said...

Salam akak

pd yg tak kawen lg.. bleh gak n3 nie... perkongsian ilmu.. sesetengah orh kalau ada masalah suka meluakan apa yg di rasa.. sesetengah org suka diam ja.. mcm maiza.. ada juga yg perlu di kongsi.. ada juga yg perlu di kunci kemas.. heee.. lama tak singgh sini rindu akak....

Tirana said...

Bersabar dalam menghadapi kemelut rumahtangga, jangan cepat melatah...

Abd Razak said...

Salam kak zai..:)

Yakinlah jika rumah tangga yang dibina itu semata-mata kerana Allah dan tuntutan sunnah Rasulullah s.a.w insya Allah rumahtangga yang dibina itu akan kekal dan bahagia utk selamanya.

Pertengkaran boleh berlaku kerana itu adalah kelemahan kita sebagai manusia dan sebahagian daripada ujian Allah.

Werdah said...

Salam Zai.

Alhamdulillah. InsyaAllah Zai jika ikut nasihat-nasihat ini rumahtangga akan kekal bahagia, biasalah pertelingkahan yg kecil dan benar lidah dan gigi sering tergigit. Kak baru baca artikel Ustaz Pahrol Mohamad Juoi tentang berteduh di kebun cinta. Katanya "Salam itu umpama baja, senyuman itu umpama air, dan berjabat tangan umpama cahaya di kebun cinta kita. Jika ini diamalkan insyaAllah kebun cinta sentiasa diairi, dibajai dan diberikan cahaya, maka perasaan sentiasa gembira"

Jadi disarankan kpd yang bermasalah dlm mengharungi badai rumahtangga gunakanlah 3 kaedah ini iaiatu senyum, beri salam, dan berjabat tangan.

Pendapat kak pula kita kena rasa bahawa kita saling memerlukan, bukan merasakan kita sahaja yang diperlukan.

AZANI said...

salam zai
buang yg keruh ambil yg jernih

zaijb said...

salam k.zai...

entry yg sangat menarik....
walaupun dah lama tak komen.. saya pasti datang utk membaca....

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA