Friday, May 8, 2009

~~SELAMAT HARI IBU~~~

Hari ini aku cuti..ada beberapa perkara yg perlu kulakukan. Salah satu tujuanku adalah utk ke Penang bagi menyusun semula pinjamanku dgn pihak bank krn kegawatan ekonomi, aku dan suami turut merasa tempiasnya..maklumla suamiku cuma bekerja kilang...jadi bila kilang krg bisnes..OT pun kurang..so jadi wang dikocek turut berkurangan..dan akibat dari itu ia turut membantutkan byk rancanganku dan suami..bisnes MLM yg kujalankan juga krg menggalakkan jadi apalagi..sblm aku karam..baiklah aku dan suami pergi berbincang dgn pihak bank utk menyelesaikannnya alhamdulilah..syukur pada Allah krn dipermudahkan semua urusan dgn lancar... segalanya selesai jam 12 tengahari tadi...kesian suamiku yg baru pulang dari shift malam terpaksa menemaniku kesana kemari..bukan aku x boleh pergi sendirian tapi malas pula rasanya nak memandu kereta sendirian ke penang...semalam sebelum tidur aku sempat sms pada suami mengajaknya mengikutku ke penang pada pagi ini..alhamdulilah bersyukur aku kpd Allah krn suamiku sgt sporting dan bertimbangrasa...jarang benar permintaanku ditolaknya..apatah lagi kalau bab pergi jalan2 makan angin dgn anak2..ajaklah kemana2 jua pasti suami aku hny menurut saja..yg penting kata suamiku bagitau awal2 supaya mudah dia nak mengambil cuti dan merancang hal2 kerja dikilangnya..sesekali terfikir jgk aku tntg perananku didalam keluarga..aku x ubah spt perdana menteri yg mentadbir dan suamiku pula adalah sultan yg hanya akan menandatangani apa2 jua memorandum utk persetujuan..mmg aku sgt bersyukur memiliki suamiku yg digelar dgn gelaran "pak aji" ditempat kerjanya..x tau pulak knp kwn2 dia memanggil begitu..sesekali bila aku menalipon kekilang aku pulak yg digelar "mak aji"..hehehe..suka juga aku..manatau masin mulut korang..jadilah aku dan suami betul2 haji dan hajjah satu hari nanti..Amin !!!! aku kerap mendengar rungutan dari ramai isteri2 yg mengadu betapa sukarnya utk mengajak suami mereka utk berbincang dan meminta pertolongan..adakalanya segala tugas terpaksa dilakukan bersendirian..simpati aku mendengar rungutan mereka..WAHAI PARA SUAMI..XDAK SEMUA ISTERI BERSIKAP MATA DUITAN DAN MENGIMPIKAN YG BUKAN2 DARI PARA SUAMI.Aku percaya masih ramai wanita yg iklas menerima suami mereka dengan seadanya dan hanya inginkan sebuah perhatian dan kasih sayang dan sifat tolak ansur didalam berumahtangga...andainya sesebuah keluarga itu kaya dgn kasih sayang dan mengamalkan kehidupan sebagai muslimin sejati..aku percaya dgn sendirinya Allah akan memberi limpah rahmat dan rezeki..dan pastinya setiap masalah juga akan menemui jalan penyelesaiannya...Mudah2an kita semua diberkati Allah sepanjang masa...buat ibu2 dan bakal ibu yg menyambut hari Ibu..aku ucapkan SELAMAT HARI IBU...SEMOGA ALLAH MERAHMATI SEMUA IBU2 DI DUNIA INI..

***********************************************************************************
sesungguhnya tangan yg menggoncang buaian juga boleh menggoncang dunia...tapi yg x bestnye...kaum wanita juga merupakan penghuni NERAKA yg teramai..nauzubilah..doaku setiap detik dan waktu..moga2 aku bukan salah seorang dari penghuninya...Ya Allah kau ampunilah segala dosa2ku..amin !!
Share/Bookmark

Thursday, May 7, 2009

~~nilai erti kemanusiaan~~

Naluri kewanitaanku amat tersentuh membaca kesemua pengalaman yg diharungi oleh arwah pn aisyah isteri kpd saudara en.ariff budiman di dlm "blog warna nostalgia" yg terpaksa mengharungi azab akibat perbuatan sihir org keatasnya sehingga membawa kepada kematian beliau (moga2 rohnya ditempatkan diantara roh para syuhada..amin)..dan berderaian lagi airmataku apabila melihat klip video rakaman saat2 manis terakhir arwah bersama sdr ariff.....Ahhh !!! betapa kejamnya manusia2 yg melakukan perbuatan sihir itu ke atas beliau xdak kira walau sebesar mana pun kesalahan beliau ke atas manusia yg lain tapi perbuatan membalas dendam dengan menyihir dan menganiaya manusia lain adalah sesuatu perbuatan yg kejam..sgt kejam bagiku kerana sesiapa juga yg melakukan demikian dgn jelas telah membunuh insan yg lain tanpa menjalani proses keadilan yg sepatutnya..arwah pn aisyah xdak diberi peluang utk membela diri dan memberi penjelasan knp dan mengapa ianya terjadi dan akhirnya dendam kesumat tersebut dilunaskan dengan menggunakan jin utk menyihir beliau..satu perbuatan khurafat, syirik yg turut mempersekutukan Allah....dan dengan jelas orang itu telahpun menempah tiket terawal utk menghumbannya ke neraka....xdak dpt kubayangkan perasaan srg suami dan anak2 yg kehilangan insan yg paling dicintai dlm hidup mereka selama ini......yg sebelum ini telah mengharungi susah senang, pahit maung kehidupan bersama......menghayati cerita ini membuatkan aku insaf dan semakin menghargai insan2 lain disekelilingku terutama jasa dan pengorbanan suamiku dan kesabaran beliau menghadapi cabaran hidup berumah tangga dgnku ....juga jasa2 kedua ibu bapaku yg membesarkanku selama ini dan juga anak2ku yg memahami kesibukan seorng ibu yg berkerjaya sprtiku...

Aku bersyukur kepada Allah krn disaat aku terleka..pasti akan ujian yg hadir dan setiap ujian yg diberikannya aku terima dengan redha dan menerima dgn berlapang dada krn setiap kali aku mempunyai masalah..pastinya aku akan jadi lebih dekat padaNYA..dan itulah tujuan ujian tersebut diberikan pdku selama ini utk meng"upgrade"kan lg imanku..alhamdulillah...klu dulu aku xdak pernah bersolat sunat..kini disebabkan ujian2NYA yg diberikan kpdku ..itulah menjadi rutin makanan rohaniku kini, malah kini wlu 1 haripun aku meninggalkan solat2 sunat yg terbiasa dilakukan olehku utk bermunajat padaNYA ditengah malam pasti akan terjadi kekesalan dihati keesokannya..kekesalan yg xdak berkesudahan...masih byk impian2 ku yg xdak tercapai..salah satu utk mengunjungi rumah Allah..entah bila aku mampu berbuat demikian krn duit simpanan belum bercukupan krn anak2 masih ramai bersekolah...tapi aku yakin dgn kuasa Allah.tiada yg mustahil utk berlaku..aku pernah terbaca kisah2 keajaiban dimana org2 miskin yg xdak mempunyai langsung harta dan wang ditangan tetapi dek kerana ALLAH dpt melihat kecintaannya terhadap Allah lalu diangkatkan jua olehNYA ke bumi Mekah dgn bantuan yg xdak disangka2...
justeru itu aku jadikan amalan bersolat fardhu dan sunat sebagai rutin harianku krn aku yakin Allah maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi..dan aku yakin satu hari nanti segala doa2ku akan termakbul jua akhirnya....sbnrnya terlalu byk doaku yg termakbul sblm ini tetapi dulu aku kurang bersyukur sehinggalah terjadi suatu musibah dlm hidupku tahun ini..barulah aku sedar Allah sebenarnya masih mengasihiku..dia berbuat demikian supaya aku sedar kedudukanku sbg hambaNYA...dan apa yg kuperlu lakukan utk mengatasinya...Aku kembali tersedar dari lena yg panjang bahawa meminta kepada manusia..sgt terbatas pertolongannya jadi knp aku harus mencari manusia yg lain sedangkan tempat meminta pertolongan yg terbaik adalah ALLAH...sbgmana firmannya dlm al-quran."wahai manusia..mintalah kepadaKu nescaya akan kumakbulkan doa2 hambaku..." justeru itu aku yakin masih ramai insan2 diluar sana yg masih tersasar krn mereka mudah putus asa apabila diberikan ujian...dan kurang menambahkan amal justeru itu apabila doa xdak termakbul..mereka mula mencari manusia lain sbg jalan utk meminta pertolongannya sdgkan kita sendiri xdak tahu yg membantu itu adakah menggunakan doanya kepada Allah ataupun menggunakan perantaraan jin dan syaitan yg dgn jelas telah dari mulanya bersumpah utk menyesatkan manusia...
Justeru itu aku telah berjanji kepada diriku utk menjadikan blog ini sebagai salah satu medan dakwah utk memperjuangkan islam yg semakin xdak diendahkan oleh segolongan manusia yg sememangnya lahir sebagai islam..selagi nyawa masih dibadan krn aku xdak mempunyai harta utk kudermakan kecuali ilmu yg sedikit utk disampaikan moga2 ia dapat mengajar nilai erti kemanusiaan.....

***********************************************************************************
Kenapa terlalu cintakan dunia sedangkan ia adalah hanya sekadar persinggahan sementara...?????
Share/Bookmark

Wednesday, May 6, 2009

~~sebuah kisah untuk renungan~~~



"Abang! Ini adalah takdir Allah s.w.t. Kita terima bang dengan penuh redha." Ujur si isteri kepada suami sambil meriba anak cacat yang baru dilahirkan itu. "Ahhh!! Begitu mudah kau kata takdir. Ini adalah akibat dirimu yang sial, maka lahirlah anak yang cacat ini...!" jawab suami menafikan kata-kata isterinya.Si suami terus marah-marah menyalahkan isterinya. Kelahiran anak cacat yang tidak diingini itu kononnya berpunca dari si isteri, isteri yang membawa sial. Isteri bawa malu kepada suami dan seluruh keluarganya.

"Keturunan abang adalah molek-molek belaka. Tak ada yang cacat seperti anak kau ini." berleter si suami dengan bibir mencebik menghina isteri. Isteri terdiam kaku. Dia tidak mahu bersuara lagi. Dia hanya terus menangis dan terus menangis. Itulah bermulanya detik kepahitan hidup yang dirasai oleh seorang ibu muda. Mimpi indah selama ini telah padam dan diganti dengan kepahitan. Derita dan susah. Dirinya dihina dan dicemuh oleh suami sendiri.

Bayi yang masih merah disisinya itu belum tahu erti penderitaan dalam hidup. Ibunya tidak mahu menyoal kenapa anaknya dilahirkan cacat. Cacat yang belum pernah dialami oleh anak-anak lain dikampungnya. Ccat kurang jari pernah berlaku. Bibir sumbing pernah terjadi.

"Tapi, anakku cacat tak punya kaki, tak punya tangan." bisik si ibu didalam hati. Hatinya sebak dan dia menangis lagi, sedih dan pilu. "Tak apalah suami ku menghina, jiran-jiran pun turut menghina aku." bisik hati si ibu dengan sedih dan terus menangis. "Ya Allah! Berilah kesabaran kepadaku..." Dia berdoa sambil menadah tangan.

Si ibu menarik nafas panjang. Alhamdulillah lega sedikit. Sebahagian ruang rumahnya mulai disinari cahaya matahari pagi. Kini dia hanya bersama dengan bayinya. Suaminya telah keluar entah kemana. Wajah bayi yang comel itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Bayi itu diberi nama Hasan.

"Hasan, anak ku sayang! Aku tetap sayang padamu. Kelahiran mu adalah atas kehendak Allah s.w.t.. Kau ditakdirkan Allah s.w.t. jadi begini. Allah Maha Kaya, nak." bisik hati si ibu dengan tenang, penuh radha atas ketentuan Ilahi.

"Ya Allah, Kau takdirkan anak ku cacat begini. Aku yakin Engkau jugalah yang akan melimpahkan rahmat dan berkat pada dirinya." bisik hati si ibu lagi menaruh harapan penuh pada Tuhan Yang Maha Kaya.

Si anak semakin membesar. Kini dia telah berusia dua tahun. Si bapa telah lari entah kemana. Si ibulah yang tetap membelanya dengan penuh kasih sayang. Apabila kepasar, bayi itu dimasukkan didalam periuk. Periuk itu dibimbit kesana-kemari. Ada orang yang bersimpati dan memberi wang, tetapi ramai yang terus mencemuh dan menghina. Ketika si anak masuk usianya lima belas tahun, penderitaan si ibu semakin bertambah berat. Ramai orang, terutama wanita-wanita terus menghina dan mencemuhnya. Akhirnya dia berpakat dengan anaknya untuk menginggalkan kampung halaman.

"Hasan, Ibu ada cadangan." ujur si ibu kepada anaknya pada suatu pagi. "Cadangan apa ibu?" tanya Hasan. "Kita jual harta pusaka peninggalan atuk dan kita pergi ke Tanah Suci Makkah. Kalau boleh kita terus tinggal disana." ujur si ibu kepada Hasan. "Elok cadangan ibu tu. Disana kita boleh ibadah banyak-banyak. Bumi Allah s.w.t. ini luas bu..." anak yang lincah dan cerdik iru beri persetujuan.

Alhamdulillah, akhirnya hajat dua beranak itu dimakbulkan Allah s.w.t.. Setelah mohon maaf kepada sanak-saudara, maka keduanya pun berangkatlah ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan kampung halaman yang terletak disalah sebuah wilayah kawasan Melayu diselatan Thailand. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 50-an.

Bumi Makkah kini telah meriah. Tidak seperti mula-mula dahulu, ketika diteroka oleh keluarga Nabi Allah Ibrahim a.s. Waktu itu sunyi sepi. Tiada manusia yang tinggal disana, tiada air dan tiada tumbuh-tumbuhan. Berkat ketakwaan Siti Hajar dan berkat doa Nabi Ibrahim a.s. kini Makkah menjadi sebuah bandar yang makmur. Ramai penghuninya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Dan, disana ramai orang-orang yang datang dari tanah Jawi. Maksudnya dari kawasan Tenggara Asia termasuk dari selatan Thailand. Si ibu bersama anaknya yang baru datang itu telah disambut dan diterima dengan baik oleh orang-orang Makkah, khususnya yang berasal dari selatan Thailand yang banyak menetap disana.

"Jangan susah-susah, kak. Tinggallah dirumah kami. Anggaplah kami ini seperti keluarga kakak. Kita sama-sama merantau, mengharap Rahmat dibumi Makkah." ujur seorang yang berasal dari Yala yang baik hati.

Kedua beranak itu pun tinggal dirumah tersebut. Si ibu membantu kerja-kerja rumah. Anak yang cacat tetapi pandai membaca al-Quran itu mengajar mengaji kepada anak tuan rumah dan anak-anak jirannya. Alhamdulillah, kehidupan mereka berdua benar-benar berubah. Hilang segala penderitaan dan kesusahan bertukar aman tenteram. Rezeki datang tak putus-putus.

Pada suatu hari, ketika waktu solat, si ibu kemasjid bersama anaknya. Anaknya itu didudukkan diatas kerusi roda. Sampai dimasjid, anaknya itu ditinggalkan diserambi masjid. Si ibu masuk ke kawasan kaum wanita didalam masjid. Di Makkah boleh dikatakan sudah menjadi satu budaya iaiatu sesiapa yang kelihatan dhaif, lebih-lebih lagi cacat maka amat mudahlah menerima sedekah daripada para dermawan. Bersedekah amat digalakkan dalam Islam terutama kepada yang susah, tetapi umat Islam dilarang daripada menerima sedakah kecuali jika miskin, cacat dan tak mampu untuk bekerja.

Hasan secara terpaksa untuk menerima sedekah orang ramai yang mencurah-curah sebelum dan selepas orang ramai menunaikan solat. Kehidupan dua beranak itu agak lega, Bagaimanapun Hasan tidak lupa kaum keluarganya yang susuh dikampung. Dia selalu mengirimkan wang dan hadiah kepada mereka menerusi jemaah haji yang datang dari kampungnya.

Pada suatu hari, salah seorang Raja Saudi berkunjung ke Masjidil Haram. Baginda telah bertemu denga Hasan. Hasan telah disoal dengan panjang lebar. Dari mana asal datangnya, dengan siapa dia tinggal di Makkah dan lain-lain lagi. "Kamu mulai dari hari ini jangan minta sedekah lagi. Beta akui kamu sebagai rakyat Saudi. Kamu akan diberi sara hidup bulanan. Kamu juga dianugerahkan sebuah rumah." titah Raja itu kepada Hasan. Betapa gembiranya Hasan pada masa itu, kerana terlalu gembira hinggakan dia menitiskan airmatanya membasahi pipinya. "Alhamdulillah syukur...! Terima kasih tuanku, Terimakasih tuanku, Terimakasih tuanku" ujur Hasan beberapa kali denga rasa kegembiraan yang tidak terhingga.

Apabila si ibu mengtahui akan hal itui, betapa gembiranya si ibu. "Inilah berkat dan rahmat limpahan Allah kerana kita bernaung dibawah lindungan Kaabah-Nya, wahai anakku." ujur si ibu dengan menitiskan air mata gembira sambil memeluk dan mengucup dahi anaknya.

Beberapa tahun kemudian usia Hasan telah pun meningkat kepada dua puluh lima tahun. Walaupun dia kudung kedua-dua belah tangan dan kakinya, namun badannya dalam keadaan sihat, dan sebagai insan biasa dia juga memiliki naluri sebagai manusia yang lain.
"Aku sihat, wang saraan hidup aku setiap bulan sangat lumayan, lebih dari cukup untuk keperluan diriku dan ibuku, malah rasanya aku mampu untuk meyara isteri dan anak-anakku yang bakal lahir." bisik hati Hasan. "Tetapi aku cacat.... siapa yang sudi menjadi isteriku?." Hasan bersedih mengenangkan nasib dirinya. Kesedihan itu berlarutan beberapa hari sejak kebelangan ini dan hal ini diketahui oleh ibunya.
"Kenapa kau sedih Hasan? Apa yang kurang untukmu. Wang ada, makanan cukup, rumah tempat kediaman pun ada." tanya si ibu kepada Hasan, anak kesayangannya. "Kau beritahulah kepada ibu, Hasan. Apa masalahmu?."

Hasan tak menjawab dan hanay mendiamkan diri. Si ibu yang tajam pemikiran itu akhirnya dapat mengagak kenapa anaknya bersedih. "Hasan, Kau ingin mencari jodoh?." tanya si ibu. "Siapalah orangnya yang sudi menjadi isteri saya, ibu? saya cacat." jawab Hasan. "Hasan, kalau sungguh kau ingin beristeri, jangan suah. Ibu akan berdoa kepada Allah s.w.t. dan kau pun berdoa juga. Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Hasan." nasihat si ibu dengan suara yang lunak.

Hasil perbincangan kedua beranak itu maka akhirnya dihantarlah seorang utusan kekampung halaman mereka di selatan Thailand dengan membawa sekeping gambar wajah Hasan yang memang lawa itu. Orang itu diamanahkan untuk mencari jodoh wanita solehah dan berbudibahasa. Dia diwakilkan menerima akad bagi pihak dari Hasan.

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah s.w.t, jodoh ditemui dan akhirnya diijab-qabulkan. Beberapa hari kemudian, wanita itu dibawa ke Makkah dan dipertemukan dengan pasangannya yang sedang menunggu disana. Wanita itu diperkenalkan dengan suami dan ibu mertuanya. Aduh... alangkah terperanjatnya wanita itu apabila terpandang suaminya yang cacat. Dia terperanjat besar. Dia sama sekali tidak menyangka suaminya cacat sedemikian rupa. Wanita itu jatuh pengsan. Hasan pun bersedih mengenangkan nasib dirinya. Isteri yang baru ditemui nampaknya enggan menerima Hasan sebagai suaminya.

Melihat keadaan demikian, si ibu yang solehah itu segera mengambil wuduk lalu pergi ke Masjidil Haram lalu mendirikan solat dua raka'at, kemudian berdoa kepada Allah s.w.t. semoga wanita tadi sembuh dari pengsannya.
"Ya Allah, sembuhkanlah menatuku, isteri kepada anak kesayanganku. Limpahkan perasaan kasih dan sayang dihatinya terhadap anakku, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani." doa si ibu dengan sungguh-sungguh didepan Kaabah.
Si ibu pun lalu mengambil air Zamzam untuk diberi minum kepada menantunya dirumah. Sesampainya dia rumah, Alhamdulillah, si ibu mendapati menantunya sudah sedar. Dia sudah mula mengorak senyum. Sedih telah hilang berganti kegembiraan. Dia bangun memeluk ibu mertuanya dengan erat sambil berkata. "Maafkan saya, ibu. Maaafkan saya, ibu. "Kemudian dia mendekati suaminya sambil berkata "Maafkan saya, bang. Maafkan saya, bang." sambil mencium dahi Hasan, suaminya. Hasan menitis air mata kegembiraan. Dia bersyukur kepada Allah s.w.t. Nampaknya si isteri sudah menerima dirinya sebagai suaminya.

Ya, berkat doa ibunya maka Allah s.w.t. telah meletakkan dihati wanita itu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada suaminya yang cacat. Mungkin dia berkata didalam hatinya "Kalau aku tidak mahu menjadi isterinya, siapakah wanita lain yang sudi menerimanya sebagai suami."

Hasil perkahwinan mereka itu telah dikurniakan lapan orang anak. Hasan sekeluarga tinggal disebuah perkampungan kira-kira empat kilometer dari Masjidil Haram. Mereka tinggal disebuah rumah dua tingkat yang selesa. Hasan hidup bahagia, mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Ilahi. Hasan mempunyai sumber pendapatan tetap sara hidup yang lumayan. Dia juga memiliki sebuah kereta siap dengan pemandunya serta pembantu rumah.

Kali terakhir penulis kisah benar ini bertemu dengan salah seorang anak Hasan ialah pada tahun 1998. Penulis tidak dapat bertemu dengan Hasan pada ketika itu kerana Hasan berkebetulan keMadinah.

Sungguh Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mencipta hamba-Nya dan Dialah yang memberi nikmat kesenangan kepada siapa yang dikehendakiNya. Biarpun cacat, kudung kedua tangan serta kakinya, namun Hasan tetap berjiwa takwa. Orang yang bertakwa dikasihi Allah s.w.t.

Allah s.w.t. melimpahi rezeki yang tidak putus-putus dan segala masalah mendapat penyelesaian sebaik-baiknya. Hasan sungguh bahagia, lebih-lebih lagi apabila dia mendapat kasih sayang ibunya dan selalu didoakannya dengan doa-doa kebaikan, tambahan pula segala doa-doa itu dipanjatkan didepan Kaabah.

Nota: Kisah ini dipetik dari buku Siri Bimbingan Mukmin (Amalan penting dalam Islam)
Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA