Thursday, May 7, 2009

~~nilai erti kemanusiaan~~

Naluri kewanitaanku amat tersentuh membaca kesemua pengalaman yg diharungi oleh arwah pn aisyah isteri kpd saudara en.ariff budiman di dlm "blog warna nostalgia" yg terpaksa mengharungi azab akibat perbuatan sihir org keatasnya sehingga membawa kepada kematian beliau (moga2 rohnya ditempatkan diantara roh para syuhada..amin)..dan berderaian lagi airmataku apabila melihat klip video rakaman saat2 manis terakhir arwah bersama sdr ariff.....Ahhh !!! betapa kejamnya manusia2 yg melakukan perbuatan sihir itu ke atas beliau xdak kira walau sebesar mana pun kesalahan beliau ke atas manusia yg lain tapi perbuatan membalas dendam dengan menyihir dan menganiaya manusia lain adalah sesuatu perbuatan yg kejam..sgt kejam bagiku kerana sesiapa juga yg melakukan demikian dgn jelas telah membunuh insan yg lain tanpa menjalani proses keadilan yg sepatutnya..arwah pn aisyah xdak diberi peluang utk membela diri dan memberi penjelasan knp dan mengapa ianya terjadi dan akhirnya dendam kesumat tersebut dilunaskan dengan menggunakan jin utk menyihir beliau..satu perbuatan khurafat, syirik yg turut mempersekutukan Allah....dan dengan jelas orang itu telahpun menempah tiket terawal utk menghumbannya ke neraka....xdak dpt kubayangkan perasaan srg suami dan anak2 yg kehilangan insan yg paling dicintai dlm hidup mereka selama ini......yg sebelum ini telah mengharungi susah senang, pahit maung kehidupan bersama......menghayati cerita ini membuatkan aku insaf dan semakin menghargai insan2 lain disekelilingku terutama jasa dan pengorbanan suamiku dan kesabaran beliau menghadapi cabaran hidup berumah tangga dgnku ....juga jasa2 kedua ibu bapaku yg membesarkanku selama ini dan juga anak2ku yg memahami kesibukan seorng ibu yg berkerjaya sprtiku...

Aku bersyukur kepada Allah krn disaat aku terleka..pasti akan ujian yg hadir dan setiap ujian yg diberikannya aku terima dengan redha dan menerima dgn berlapang dada krn setiap kali aku mempunyai masalah..pastinya aku akan jadi lebih dekat padaNYA..dan itulah tujuan ujian tersebut diberikan pdku selama ini utk meng"upgrade"kan lg imanku..alhamdulillah...klu dulu aku xdak pernah bersolat sunat..kini disebabkan ujian2NYA yg diberikan kpdku ..itulah menjadi rutin makanan rohaniku kini, malah kini wlu 1 haripun aku meninggalkan solat2 sunat yg terbiasa dilakukan olehku utk bermunajat padaNYA ditengah malam pasti akan terjadi kekesalan dihati keesokannya..kekesalan yg xdak berkesudahan...masih byk impian2 ku yg xdak tercapai..salah satu utk mengunjungi rumah Allah..entah bila aku mampu berbuat demikian krn duit simpanan belum bercukupan krn anak2 masih ramai bersekolah...tapi aku yakin dgn kuasa Allah.tiada yg mustahil utk berlaku..aku pernah terbaca kisah2 keajaiban dimana org2 miskin yg xdak mempunyai langsung harta dan wang ditangan tetapi dek kerana ALLAH dpt melihat kecintaannya terhadap Allah lalu diangkatkan jua olehNYA ke bumi Mekah dgn bantuan yg xdak disangka2...
justeru itu aku jadikan amalan bersolat fardhu dan sunat sebagai rutin harianku krn aku yakin Allah maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi..dan aku yakin satu hari nanti segala doa2ku akan termakbul jua akhirnya....sbnrnya terlalu byk doaku yg termakbul sblm ini tetapi dulu aku kurang bersyukur sehinggalah terjadi suatu musibah dlm hidupku tahun ini..barulah aku sedar Allah sebenarnya masih mengasihiku..dia berbuat demikian supaya aku sedar kedudukanku sbg hambaNYA...dan apa yg kuperlu lakukan utk mengatasinya...Aku kembali tersedar dari lena yg panjang bahawa meminta kepada manusia..sgt terbatas pertolongannya jadi knp aku harus mencari manusia yg lain sedangkan tempat meminta pertolongan yg terbaik adalah ALLAH...sbgmana firmannya dlm al-quran."wahai manusia..mintalah kepadaKu nescaya akan kumakbulkan doa2 hambaku..." justeru itu aku yakin masih ramai insan2 diluar sana yg masih tersasar krn mereka mudah putus asa apabila diberikan ujian...dan kurang menambahkan amal justeru itu apabila doa xdak termakbul..mereka mula mencari manusia lain sbg jalan utk meminta pertolongannya sdgkan kita sendiri xdak tahu yg membantu itu adakah menggunakan doanya kepada Allah ataupun menggunakan perantaraan jin dan syaitan yg dgn jelas telah dari mulanya bersumpah utk menyesatkan manusia...
Justeru itu aku telah berjanji kepada diriku utk menjadikan blog ini sebagai salah satu medan dakwah utk memperjuangkan islam yg semakin xdak diendahkan oleh segolongan manusia yg sememangnya lahir sebagai islam..selagi nyawa masih dibadan krn aku xdak mempunyai harta utk kudermakan kecuali ilmu yg sedikit utk disampaikan moga2 ia dapat mengajar nilai erti kemanusiaan.....

***********************************************************************************
Kenapa terlalu cintakan dunia sedangkan ia adalah hanya sekadar persinggahan sementara...?????
Share/Bookmark

2 comments:

Ariff Budiman said...

Salam Zai. Terima kasih banyak-banyak ingatkan warna nostalgia. Tak apalah biar didunia mereka berjaya mencapai cita-cita mereka namun diakhirat kami sekeluarga pula akan merayu kpd Allah inilah insan yang merosakkan kebahgiaan kami.Saya tidak terkilan sangat Siti Aishah pergi terlebih dahulu sebab saya telah berusaha bersungguh-sungguh namun Allah lebih mengetahui dari makhluknya.

Namun kerinduan saya terhadap arwah tidak dapat saya padamkan dari lubuk hati saya. mahu saja saya berdoa kepada Allah agar diberi peluang kepada kami agar dpt bertemu sekali lagi. Tapi mustahil perkara itu berlaku. Saya terpaksa mengharungi dugaan yang amat pahit sebab saya tahu Allah berkata " Dalam sedih pasti ada senang " dan ayat itu diulang sebanyak 2 kali.Saya menanti hari itu diamana ada orang yang sudi membalut luka hati saya alhamdulillah. Walaupun tidak sama namun sedikit sebanyak telah meringankan beban kerinduan saya. Terima kasih krn komrn panjang...warna nostalgia

zai said...

mmg byk teladan yg saya perolehi dari membaca blog orang lain...dan saya yakin saudara budiman akan bertemu jodoh dgn wanita yg baik2 nanti insyaAllah..hidup mesti diteruskan...walau apa jua yg berlaku..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA