Semalam semasa g kenduri salah sorang kawan aku, aku bertemu dgn kawan lama yg kini dah pun bergelar pendidik di sebuah sekolah menengah di Teluk Bahang Pulau Pinang. Dia mengadu murid2 sekarang dah sangat2 kurang ajar, langsung x tau hormati guru dan bila ditegur oleh guru2 supaya bercakap dengan beradab dan menghormati guru..bukannya nak dibalas dgn ucapan maaf dan berterima kasih diatas teguran cikgu yg ingin mendidik akhlak diaorng tu..tapi balasannya adalah kata2 makian dan caci nista kat cikgu dan siap angkat penumbuk tunjuk kat dahi cikgu lagi....pastu ugut plak cikgu tu agar jangan cuba amik port apa yg dia buat klu x nak terkena padahnya...lagi satu kes yg teruk srg ustaz siap kena penumbuk dgn anak2 murid diaorng sbb menegur sikap biadap budak2 tu..... Aku rasakan perkara ini sangatlah kritikal dan xdak boleh dipandang ringan oleh semua pihak, tambah2 ibu bapa kepada anak2 generasi masa kini yg semakin runtuh akhlaknya...entah kemana hilangnya nilai penghormatan mereka kepada seorang guru yg sepatutnya diletakkan disatu tempat yg sgt istimewa krn tanpa jasa guru2 anak2 murid x mungkin akan berjaya menjadi manusia satu hari nanti..Aku sgt yakin 80% kesalahan terletak dibahu ibu bapa kerana gagal memberi didikan yg sempurna kepada anak2 dan aku percaya dizaman yg serba moden ini, ramai ibu bapa yg bekerja demi untuk memenuhi tuntutan kehidupan yg semakin menekan dan kebanyakan ibu bapa hanya menghantar anak2 untuk kelas akademik semata2 sementara kelas fardhu ain, mengaji alquran diabaikan terus dan tidak diambil berat..akibatnya anak2 terkapai2 mengemudi kehidupan yg bergelora menurut arah dan haluan masing-masing tanpa mempelajari batas2 dan nilai2 keperibadian srg islam..Dizaman aku dulu sekitar tahun 80 an, kami semua sgt menghormati guru dan kalaupun pernah dirotan xdak pula ada dendam dihati kerana aku yakin pada ketika itu murid2 masih tahu membezakan diantara darjat seorang pendidik dan seorang anak murid..Malah ada diantara guru2 pada zaman persekolahan aku dulu menjadi ayah angkatku, kakak angkat dan sebagainya melambangkan betapa keakraban diantara srg guru dan anak murid..Mungkin disebabkan itu juga ilmu2 yg diajarkan kepada seme anak2 muridnya sgt berkat..malah sesetengah dari guru tersebut walaupun telah lama meninggal dunia...kenangan terindah bersama mereka masih terus melekat dihatiku. Tapi melihat apa yg berlaku dizaman sekarang, ia sangat menakutkan aku...dan pastinya pilihan untuk menjadi PENDIDIK bukanlah satu kerjaya yg indah lagi tapi menakutkan bagi sesetengah guru yg telahpun melalui detik2 hitam bersama anak2 murid semakin kurang ajar. Apapun sebagai srg ibu, aku xdak pernah menyalahkan guru seandainya anak2 aku nakal kerana aku sgt yakin xdak ada guru yg ingin melihat anak2 muridnya gagal dan guru juga adalah manusia biasa yg tidak terlepas dari rasa marah, geram dan lain-lain lagi...jadi ibu bapa jgnlah terlalu emosional klu anak2 dirotan oleh guru2 sbb guru2 yg memukul pasti ada alasan yg tersendiri..apapun sbg srg guru didiklah anak2 murid dgn penuh kasih sayang dan bukannya melepaskan geram krn klu dah berbekas dibadan kesan pukulan guru2..mungkin ada sesetengah ibu bapa yg xdak dapat menahan perasaan pula..haa...lepas tu mulalah terjadi isu tuduh menuduh dan pukul memukul dan sebagainya....apa pun marilah kita sama-sama bermuhasabah diri..Wallahualam...
Sunday, May 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUAN RUMAH MENYAPA
TEMAN TAPI MESRA
Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..
Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin
1 comment:
dah 16 tahun mengajar, memang banyak ceritanya, zai. apa pun bila dah lama , kita bole membaca sikit sebyk rentak pelajar. cuma biasala, pompuan ni bila tiba waktu2 tertentu dalam sebulan kdg2 emosional sikit.cuma sy rasa, camana sakit hati pun kita, mereka masih pelajar,budak2 mentah.... org tuanya kita.byk2 istighfar masa tgh marah, dan selalu doakan pelajar2 kita lembut hatinya
Post a Comment