Melihat air sejuk di dalam gelas memang mengujakan. Terasa sejuk dan nyaman ketika air sejuk membasahi tekak. Apatah lagi ketika cuaca di luar panas terik. Namun, tanpa disedari amalan minum air selepas makan ini sebenarnya ada kaitan dengan jantung.
Secara logiknya, ada kebenaran di dalam kes ini. Jika diperhatikan, orang-orang Cina dan Jepun mengamalkan meminum air teh panas selepas makan. Berbeza dengan amalan yang selalu kita amalkan. Biasanya hidangan air sejuk dan berais lebih enak dinikmati selepas makan. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengubah amalan yang tidak sihat ini.
Kepada sesiapa yang sering meminum ais, tidak dinafikan kita akan lebih merasai nikmatnya. Namun, ais sebenarnya akan membekukan makanan berminyak yang kita makan. Ia akan memperlahankan proses penghadaman. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran. Lama-kelamaan, ia akan menyebabkan lemak terkumpul dan kita akan menjadi semakin gemuk. Kegemukan atau obesiti ini pula boleh membawa kepada pelbagai penyakit bahaya.
Jalan terbaik bagi yang mahu bermula untuk mengubah amalan minum air ais adalah dengan menikmati semangkuk sup panas selepas makan, ataupun untuk lebih menjimatkan bagi mereka yang sering makan di luar, anda boleh cuba mengubahnya dengan cara meminum air panas atau suam setiap kali selepas makan.
Wednesday, May 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUAN RUMAH MENYAPA
TEMAN TAPI MESRA
Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..
Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin
No comments:
Post a Comment