Thursday, June 4, 2009

AKU SEORANG IBU

Bertuahnya aku kerana mampu menjadi seorang ibu tambah2 dengan kehadiran 5 orang cahayamataku yg menjadi penyeri kehidupanku dan suami..mereka kesemuanya merupakan anak2 yg baik dan menjadi penyejuk mata dan jiwaku...Disaat aku pulang ke rumah keletihan dan mengadu lenguh2 badan pasti akan ada diantara anak2ku yg menawarkan diri untuk memicit bahu atau kakiku. Walaupun mereka masih diperingkat kanak2 tapi cara mereka menghargaiku sgt menyentuh hatiku... dan paling melegakan hatiku mereka jarang bergaduh dan mudah mendengar kata. Segala teguranku diberi penuh perhatian dan jarang dibantah..Waktu mengejutkan untuk bangun sembahyang subuh pun sgt mudah.. haii.... itulah masa yg paling sukar rasanya bagi ibu bapa utk menggerakkan anak2 tapi syukurlah dgn hny 2 kali gerak semua sudah bangun kebilik air utk membersihkan diri sblm bersembahyang...Kalau dulu aku sering merindui mereka ketika berada diasrama tapi kini aku pasti puas bergurau senda dan bermanja dengan anak2ku selama 2 minggu mereka bersamaku kerana cuti sekolah...Walaupun agak meletihkan kerana aku terpaksa bangun awal memasak utk anak2ku sebelum berangkat ke tempat kerja..aku tetap bahagia dgn apa yg kulalui ..... Buat Permata Hati Bonda..doa bonda moga2 kalian akan membesar menjadi org2 yg berguna dan ahli tahfiz yg disegani suatu hari nanti....Amin !!!

Share/Bookmark

Tuesday, June 2, 2009

KESIAN DAN GERAM

Kesian kat suami aku..sejak akhir2 ni tayar moto dia asyik pancit jer bila lalu kat jambatan Pulau Pinang...aku rasa sejak minggu lepas dah 2 kali tayar dia pancit..bila periksa tengok wah bukan main panjang lagi paku terpacak kat dalam tayar tu..haiii....entah siapa punya kerjala yg suka sangat nak menganiaya org len ni...Aku tau ni seme mesti kerja mamat2 x bertauliah yg nak cari duit sampingan kat atas jambatan tu..kalau satu moto tukar tayar ingat murah ke..RM15 malah kadang2 caj sampai RM25 pun ada....itu kira waktu siang, kalau kena waktu malam dan tengah malam lagilah harganya melambung tinggi....tapi itu dah kira cari rezeki cara menipu namanya tu...mmg menyakitkan hatiku sbb dah banyak kali juga benda tu jadi kat suami aku..Aku harap pihak Plus lebih prihatin dan lebih kerap lakukan rondaan dan buat checking yg terperinci kat atas jalan atas jambatan tu..kesian kat penunggang2 motosikal yg dok berulang alik dari Seberang ke Pulau Pinang tiap hari tu..dahla gaji x mahal manapun nak kena pulak bayar caj tambahan kat mamat2 penyamun tarbus tu....eeiiiii...geramnya aku !!!!

Share/Bookmark

Monday, June 1, 2009

Today is My Birthday (01-06)

Semalam tepat jam 12.00 tgh malam..umurku dah pun bertambah ke satu angka lagi...alahai 36 years old already...no more sweet 17 only.... sour 36..hukhukhuk..dan paling menyentuh hatiku teman penaku dari pakistan Mr. Rana Saqib adalah org pertama yg mengucapkannya utkku melalui email yg dikirimkannya kpdku diikuti ofis mate aku eriyn yg hantar sms semasa aku sdg asyik membuta tgh malam semalam, Awal pagi tadi bondaku nan tercinta turut menghantar sms dgn ucapan yg ckp syahdu dan menyentuh hatiku...mendoakan kesejahteraan utkku selamanya dan bagitau she loves me forever....thnks bonda, i'm proud to be borne as your daughter... yela..bondaku dah pun berusia 57 tahun tapi masih pandai main sms dan mengingati kesemua tarikh lahir2 anak2nyer yg seramai 8 org never missed at all, diikuti kawan2 sekolah yg lama..aduhai this time...mmg happening..pastu tadi boss aku plak buat surprised bgtau nak raikan bday aku kat one secret place next week for the whole office...hmmm...mmg aku terperanjat sgt2 sbb x sangka ada juga org yg appreciate aku....tapi ingat aku seronok sgt ker bergelar a matured lady nie...!!!! I wish I can go back to my childhood time...byk yg nak kena adjust kat sana..tapi tula...masa x mgkn berpatahbalik lagi...Life has to go on....TAPI ..the best part everybody dah wish me...but happened to my HUBBY ??? Pagi tadi dia call aku kat Ofis n ckp "Abg tau zai punya bday arini tapi x yah celebrate ape2 lah k..sbb zai dah pun dapat hadiah abg bagi..." Terpinga2 aku fikir bila lak org tua nie bagi hadiah...then baru dia cakap tuuuu....anak2 kita yg 5 org tula hadiah dari abg utk zai...klu nak hadiah lagi satupun abg boleh bagi jugak... Aduh !!!!!!! tensyen nyer aku....but whatever mmg aku akui my HUBBY AND MY CHILDREN tula hadiah teristimewa dlm hidupku..tanpa diaorng pasti warna nostalgia ku akan bertukar jadi warna hitam...

Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA