Tuesday, December 29, 2009

SANGGUPKAH BERMADU....???


Kenapa wanita enggan berpoligami?

Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan). Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.

Kenapa para isteri menolak poligami?

Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan. Siapa yang sanggup terjun ke 'lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.

Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.

Lelaki sering menjadikan 'Sunnah Nabi' sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan. Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi. Dan mungkin juga, ada satu pihak menangis demi membahagiakan pihak yang lain. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri. Apaila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.

Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya. Namun masih ramai yang tidak menerima secara positif. Syaitan sudah bersumpah untuk membawa anak cucu adam bersama mereka ke neraka kelak, maka syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan memberi perkhabaran palsu kepada manusia.

Syaitan sering membisikkan perkara-perkara yang negatif ke dalam diri manusia maka siapa yang tidak kuat imannya sering tergoda dan terpengaruh. Malah percaya dengan bisikan syaitan lalu takut dan ragu-ragu untuk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah malahan bersenang hati untuk melakukan kejahatan yang bertentangan dengan tuntutan Agama. Selain itu, manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.

Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’. Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah. Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati. Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.

Kesimpulannya:

Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu. Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.

Pernikahan adalah ibarat sebuah bahtera yang berlayar dilautan luas. Suami adalah nakhoda dan isteri (isteri-isteri) adalah pembantu. Jika nakhoda itu bijak mengemudi kapal, bistari mengawal anak-anak kapal, berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, tahu arah yang ingin dituju tanpa was-was, InsyaAllah kapal tidak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju.

Namun, harus diingatkan juga, tanpa bantuan dan persefahaman dari pembantu kapal, bahtera itu mungkin berada statik tiada kemajuan atau lebih teruk dari itu, bahtera itu mungkin akan karam. Hancur dan musnah. Dalam pernikahan, mesti ada tolak ansur, perlu ada give and take. Baik isteri mahupun suami haruslah saling menghormati dan saling menghargai. Harus ada yang mendengar bila satu pihak bercerita dan begitu pula sebaliknya.

Perhubungan dua hala adalah penting. Komunikasi antara suami isteri serta anak-anak perlu dijaga, agar jika ada sebarang masalah yang timbul, dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik. Lebih penting dari itu, niat bernikah juga kena betul. Jangan diselewengkan. Jika niat ikhlas kerana Allah dan agama, insyaAllah walau apa jua dugaan mendatang, tiada apa yang mampu menggoyahnya. Tidak kira suami bernikah satu atau empat, jika asas agama adalah kukuh, kebahagiaan dalam berumah tangga sedikit pun tidak akan goyah.

Hidup di dunia sementara, kehidupan di akhirat itu kekal abadi. Jadi, harus disematkan dalam diri dan jiwa, cita-cita yang paling utama adalah bahagia di syurga kerana itulah yang paling abadi. Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

Madu jangan terus ditelan, hempedu jangan terus dibuang, kerana di sebalik manis dan pahit itu, mungkin ada racun atau penawar yang tersembunyi.

Share/Bookmark

35 comments:

kakcikseroja said...

Salam Zai...

amboi amboi amboi...
muncul-muncul je terus dengan tajuk BERMADU!

Mcmana dengan bisnes? Kakcik harap semuanya berjalan dgn lancar dan membawa keuntungan serta kejayaan. :)

MaizaC'Joe said...

Salam my lovely sis zai..

bermadu?? maiza tak sangup.... memang tak sangup nak syer orang tersayang dengan orang lain.......

zai said...

Salam Kak Cik..

Sajala...sejak akhir2 ni..tengok ramai kes camni..terbuka plak hati nak bincang isu ni..sajala nak buat opening ceremony slps lama menyepi...hehehe..

zai said...

Salam Maiza..

Mana ada wanita yg sanggup bermadu kan ?? tapi kadang2 dah ditakdirkan hidup bermadu..kena terima jugala...bercerai pun tak semestinya akan menjanjikan kehidupan yg lebih baik...apapun ..tepuk dada tanya selera..

Werdah said...

Salam zai,

Kak pernah beri komen dalam blog anaklaut http://akudiadanlagu1.blogspot.com/2009/12/poligami-jangan-salahkan-agama-untuk.html

Kebetulan kak sedang mendengar tafsir surah an-Nisa' daripada CD oleh ustaz Kariman Abdul Muin. Dalam ayat 3 surah tersebut maksudnya "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (3)

Mengikut apa yang kak faham daripada penerangan ustaz ni, ayat ni bermaksud Allah tak larang berpoligami dan Allah tak suruh, permulaan ayat tu pula mengatakan jika takut berlaku zalim terhadap anak yatim; maksudnya jika ibu bapa si anak yatim tu meninggalkan harta yang banyak, janganlah si lelaki ni berkahwin dengan anak yatim itu kerana nakkan harta, tetpai ramai pula yang ambil ayat yang tengah tu yakni jika bimbang tak berlaku adil maka kahwinilah dua, tiga dan empat, sedangkan tujuan perkahwinan itu sendiri adalah berteraskan 3 perkara yakni pertama nak dapatkan sakinah (ketenangan) kedua nakkan mawaddah (kasih sayang dgn perbuatan) dan rahmah (kasihsayang perasaan/belas kesihan).. jika berkahwin seorang pun tak dapat nak beri walaupun ketenangan maknanya si lelaki tu dah melakukan kezaliman, bila tambah lagi satu atau dua atau tiga bukan sahaja kpd isteri, malah anak2 tak dapat ketenangan.

Daripada segi adil pula Allah cuma minta adil daripada segi zahir yakni pembahagian kemudahan fiskal cth kalau isteri rumah bangalow jgn pula yg lain2 rumah teres, kalau yg pertama kereta alphard jgn yang lain-lain proton atau kancil. Daripada segi hati memang tak dapat nak berlaku adil dan itu tidaklah diperberatkan kerana Nabi Muhammad saw sendiripun selalu berdoa kpd Allah daripada segi keadilan hati dan kasihsayang ini.

Itu sebabnya; kata ustaz ni; ada setengah2 ulama sampai mahu mengharamkan poligami ni jika berlaku kezaliman..

Kak pun bukan menentang poligami, kita juga tak boleh salahkan takdir jika berpoligami kerana Allah dah bagi kita aqal dan kebebasan memilih, kita patut tahu jika pilih begini kesannya berlaku begini, tak payahlah buat jika rasa semakin parah berpoligami,

Tambahan lagi di akhirat nanti, lelaki yg berpoligami tp tak adil, bahunya/kakinya senget sebelah.

Lebih malang lagi kata ustaz tu, dahlah berpoligami tapi tak berlaku adil disuruh pula wanita bersabar. Cuba fikir bagaimana isteri nak sabar jika belanja tak cukup, daripada segi rumah, kereta dan sebagainya tu rasa-rasanya isteri taklah kisah sangat jika dia berpendapatan, tetapi cuba fikir ada pula lelaki yang berpoligami mencari yang memang ada harta.

Jadi kak rasa sebelum berpoligami timbang-timbanglah dulu, jgn bila dah berpoligami baru nak fikir tentang keadilan.

Bak kata org banyak hati nak dijaga, tapi bagi kak diri sendiri dulu perlu dijaga.. untuk hidup yang kekal di sana.

Werdah said...

untuk zai dalam blog zai di sini kak nak tambah, wanitapun eloklah timbang2 dulu jika nak berpoligami..sama ada nak jadi isteri kedua ketiga dan seterusnya, dan yang pertamapun eloklah lihat kemampuan suaminya dulu, kerana dia lebih mengetahui hal peribadi suaminya, di mana kekuatan dan kelemahannya sebelum bersetuju untuk berpoligami.

Surah an-Nisa' dan at-Talaq diturunkan bagi memelihara hak2 wanita, jika suami benar2 boleh berlaku adil, ini sepatutnya ditimbang sebelum bernikah lagi.. kerana bila dah bernikah, lalu berlaku tidak adil/kezaliman pun berlaku, akibatnya bukan sahaja ditanggung di dunia malah ke akhirat yg kekal abadi kelak..

Kepada wanita diberikan hak begitu juga lelaki. Ingat Allah tak suruh dan tak larang sebab Allah hendakkan manusia hidup bahagia di dunia dan juga di akhirat.

Berfikirlah wahai lelaki dan wanita yang ingin hidup dalam keadaan berpoligami, jangan setelah berlaku (zalim) hendak pula nak kata; dah takdir.. amatlah salah menyalahkan Allah Swt. Maha Suci Allah! Allah dah berikan panduan tetapi kita sahaja yg tak mahu mengikutnya. Alih2 kita nak salahkan takdir buruk kita.

Maaf Zai, kak baru sahaja mendengar ceramah ustaz ni, rupa2nya banyak yang tak tahu sebelum ni.

maiyah said...

salam kak, lama mnghilang.. hrp sumanya ok

madu?.. hehe no komen

Webmaster@Echam said...

Errrkk... Baru tadi kak zai cakap sibuk. Alih-alih posting MADU... hahahha...

Abd Razak said...

Salam...

Moga kak zai sihat..:)

Agama Islam mengharuskan poligami bertujuan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan rumah tangga. Namun, poligami yang dilaksanakan tanpa kawalan akan menimbulkan pelbagai masalah dan menyebabkan syariat ini boleh disalahgunakan.

Allah SWT menjelaskan dalam firmanya yang bermaksud: 'Kahwinlah kamu dengan perempuan baik bagi kamu, dua, tiga atau empat. Sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (terhadap mereka) cukuplah satu sahaja'- Surah al-Nisa':3.

kelapa mawar said...

salam perkenalan.Semoga sihat walafiat

Idalara said...

salam zai..
jika boleh elak ida akan elak..namun andai telah ditakdirkan bermadu apa alasan yg boleh ida katakan..sesunguhnya Allah lebih megetahui segalanya..

a kl citizen said...

assalammualaikum zai

rindu kat zai..
alih2 kluar ntri pasal madu lak...

nak komen apa?
dah ketetapan Allah..
jika tertakdir, redhakanlah. dan kita berdoa semoga kita kuat

Insan Marhaen said...

maaf, aku tak minat nak berpolimik isu poligami.

Tak kan habis....

Tirana said...

Tepuk dada tanya kemampuan.. dan tanya matlamat -> kenapa berpoligami? Kalau jawapannya kerana nafsu dan nak berseronok-seronok..lebih baik tak payah.

LanaBulu said...

Semuanya bergantung kpd sikap wanita sendiri...
Nafsu menolak sbb tamak..
Hawa merasakan kongsi itu merugikan..
Akal dah terpengaruh oleh bisikan2 ..-ve
Teman sokong bermadu..hee

ummi ziy said...

salam zai....

Tujuan poligami adalah suci membantu wanita2 yang ditinggalkan dan sebagainya.Tetapi lelaki telah menyalahgunakan konsep atau tujuan sebenar poligami,menyebabkan wanita elergi mendengar perkataan tersebut.Lebih2 lagi di zaman sekarang ni.kita lihat dan dengar ,Banyak lelaki yang berpoligami tetapi makan pakai mereka ditanggung oleh si isteri2 yang bekerja.Sedangkan mereka hanya adil dari segi giliran tidur sahaja.Inikah yang dituntut oleh syariat?

wanshah said...

bermadu ni tak salah. sedangkan rasul saw pun suruh kahwin dua, tiga @ empat. kalau tak berkemampuan, baru la kahwin satu. tapi boleh ke lelaki sekarang ni bertanggungjawab?.. kebanyakan yang kawin lebih dari satu skarang ni, sumenye kerana nafsu semata². kepada kaum lelaki, elok jadikan entry bawah ni sebagai renungan sebelum kawin lebih dari 1.

http://cokelatmanis.blogspot.com/2009/11/luahan-hati-lelaki-yg-dibenarkan.html

mantan said...

polemik yang tidak akan ada kesudahannya.

abu muaz said...

salam puan. madu yang dalam botol kalau orang lelaki bawa pulang kerumah gerenti isteri tak marah.tapi bermadu saya tak pastilah.

kak ja said...

Topik yg ckp menarik..

Hmmm.. yg halal jgn nak haramkan.. Tp kena ingat, hak dtg bersama2 tgggjwb..

Wallahuallam..

blueCITY said...

sanggup..........

opss,
heeeeeeeeeeee...

relevan said...

Salam Zai..
Saya rela dimadu.. :)

relevan said...

Salam Zai..
Saya rela dimadu.. :)

ummi humaira said...

salam zai...
akibat ibu dimadukan , kesannya anak2 merasa kan walau ibubapa sudah meninggal...
itu ler yg terjadi kpd hubby akak , ayahnya kawin lg (ketika hidup le)dan maknya terabai .sampai kini dia tak suka dgr perbualan "bermadu" kalu boleh dia tak nk dgr n sampuk langsung.

atie said...

Salam kak Zai...

Kalau dah takdir tu tak dapat le nak cakap apa2 tapi kalau boleh tak yah la kot kan..... he.. he takut ulas panjang2 nie... lama tak ke blog akak ye akak pun lama rasanya tak up-date blog kan////

nahmy said...

mungkin sbb istilah kot??...'bermadu' dengor cam tak best je. cuba klu ubah jadi 'hidup harmoni rukun damai bersama seorang suami tercinta di limpahi rahmat keberkatan-Nya'...kan ke best sikit.

mamawana said...

Al Quran diturunkan melalui Jibril a.s. kpd rasulullah s.a.w. utk disampaikan kpd semua manusia, tapi yg mentaatinyer hanya orang2 beriman shj. Jadi, saranan dibolehkan berpoligami hanya layak utk para suami yg beriman shj, yang berkemampuan zahir dan batin. Andai hidup tak bersyariat jauh dari sifat2 ummah yg beriman itu yg mendatangkan pelbagai masalah samada masalah dlm poligami dsb. Hidup ikut nafsu, ikut hati, ikut perasaan dan perasan mendatangkan aib dan merendahkan akhlak jer. Poligami ker tak poligami ker andai hidup jauh dari syariat Islam alamat lah....kim salam jer.... jangan marer.....

Muhd Suhaily said...

Kebanyakan wanita bukan mudah menerima adik baru dlm hidup, nanti adik baru boleh jadi kakak baru...silap hb ada abang baru, nanti dlm rumah serba serbi nak yg baru,yg tu nak baru yg ni nak baru nanti ada yg tak puas hati lepas itu keluar rumah dari pagi, balik petang bawa orang baru....

cemomoi said...

bermadu itu syurga bagi orang yang inginkan kebaikan, jadik neraka apabila difikirkan tentang bala... fikir positif dan buat positif mesti Allah redha... hidup ini suatu dugaan untuk dinilai siapakah paling baik amalannya

INTAN RH said...

Salam Zai..

Isu ni sgt sensitif tp terpulang pd bgmana org nak men"set"kan isu ni dlm minda. Selalu manusia akan igt benda yg buruk wpun hnya skali berlaku. Tp manusia mudah lupa benda yg baik wpun berkali2 berlaku.

Rasanya ppuan tolak poligami bkn sbb tak ckup zahir batin tp lebih kpd perasaan ingin menguasai suami dan tak mau kongsi apa yg SATU-SATUNYA ada pd suami.

Setuju tak? :)

zedmagel said...

Salai zai,

Saya tidak menyokong poligami tetapi tidak pula terus menolaknya.

Jika hukum membolehkan kena harus berkata tidak? Jika takdirnya begitu terima lah.

Berkongsi tidak salah asalkan merasai nikmat bahagia buat semua.

Mak Su said...

seriously, not looking forward

:)

Hurul Ummi said...

salam kak zai..
ehh?isu poligami??hohoho.

patut kak zai beri komen entry ummi.hehe.
saya sokong poligami tapi bersyarat.ewahhhahaha.

poligami tak salah.
Allah tak keluarkan sesuatu hukum demi meyakiti hamba-NYA.ada rahsia tersembunyi yang perlu kita korek.

lelaki yang tak pandai poligami sebab sikap sesetangah wanita yang tamak.

menghiris betul komen sentap camneh.hahaha.maaf kak zai.

salam ukhuwah sayang dari ummi ya :)

ckg rash said...

Assalamu'alaikum,

hukum Allah tidak ditolak tapi hakikatnya kini yang satu pun ramai yg terabai amanahnya... macamana nak lebih...
Jangan jadi pengutip kayu api yg menambah lagi beban kayu api di bahu walaupun tak mampu bawa...
Wallahhua'lam...

wanshah said...

salam. hai kak zai?.. camne keje n bisnes?.. mesti dah bertambah maju skarang kan?.. :)

p/s: Salam ziarah. jom singgah ke TKSB. klik sini http://wanshah87.blogspot.com

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA