Salam buat semua rakan-rakan blogger yang dikasihi...
Musim cuti sekolah adalah merupakan antara masa yang sering dipilih untuk semua bakal-bakal pengantin untuk mendirikan rumahtangga kerana pada masa tersebut ramai yang mempunyai kelapangan masa untuk bersama keluarga..
Dikesempatan ini juga aku ingin menjemput semua rakan-rakan blogger yang mengenaliku untuk turut hadir memeriahkan Majlis Pernikahan Anak Saudaraku iaitu
ISWANI BINTI MOHAMED ABDUL WAHAB
&
MOHD RIDZUAN BIN HAJI ISMAIL
Masih ingatkah kalian tentang entriku berkenaan JANDA VS TERUNA...Dialah "Eye" yang aku maksudkan itu..akhirnya termeterai jua cinta suci yang dibina..Marilah kita sama-sama doakan mudah-mudahan perkahwinan mereka ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa, dimurahkan rezeki dan mendapat anak yang ramai...
TARIKH : SABTU, 02 JANUARI 2010
MASA : 12 TGHARI - 5 PETANG
TEMPAT : TEA GARDEN, RECSAM, GELUGOR, PULAU PINANG
Oleh yang demikian, aku amat berharap mana-mana rakan blogger yang mengenaliku terutamanya rakan-rakan blogger yang tinggal di Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan juga rakan-rakan yang berada dinegeri-negeri lainnya..anda juga dijemput hadir untuk bersama-sama untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak saudaraku dihari yang bahagia tersebut...
Aku MEMOHON MAAF kerana TIDAK DAPAT MENGHANTAR KAD JEMPUTAN secara persendirian kepada anda semua. Aku berharap kalian dapat menganggap jemputan maya ini sebagai sebuah jemputan peribadi dariku kerana aku kekurangan waktu untuk meluangkan masa menghantar kad-kad jemputan kepada anda semua kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja dipejabat disamping juga perniagaan sarapan pagi yang dijalankan bersama-sama rakan kongsiku..
Sekian, wassalam..
28 comments:
Salam zai,
Tarikh yang sama walimatul urus anak kak di rumah.. mudah2an dieberkati Allah majlis berkenaan dan berkekalan jodoh mereka ke akhir haya, diberi sakinah, mawaddah dan rahmah.
kak zai
kemana menghilang....
.............
lama tak online.
Salam Zai..
terima kasih atas jemputan. Kalaulah kakcik dapat menghadirkan diri....
Salam, Puan Zai;
Terkujat sejenak apabila melihat dan membaca kad itu sebelum membaca posting anda yang seterusnya. Ingat anak sendiri! Anyway, terima kasih atas jemputan itu dan didoakan agar kedua-dua pengantin dan seluruh ahli keluarganya berada dalam lindungan Allah SWT senantiasa. Amin.
Salam Zai,
Dah lama hilang..rindu la..Lepas ni jangan cuti lama sangat...
Tq atas jemputan..
semoga berbahgia selalu hendaknya...
xdpt gi kak...jauh
Terima kasih atas jemputan. Apapun Salam Hijrah. Semoga pasangan pengantin baru akan menempuh alam baru yang bahagia sehingga ke anak cicit. Amin
Terimakasih atas jemputan..Maaf..rasanya tak dapat pergi kot..jauh beno..hhehe
Selamat maal hijrah!
Ingatkan tadi Zai yg nak kawin nya..
Walau pun tak dapat pergi (jauh)
teman kirimkan doa agar yg berusaha akan berjaya..
Yg mencari dah jumpa..
Dilimpahkan rezeki kebahagian bersama zuriat yg ramai..Kekal hingga akhir hayat.
InsyaAllah
Salam maal hijrah. Saya doakan semoga pengantin baru ini sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan Allah sentiasa.
Salam kak Zai...
Terima kasih atas jemputan cumanya tak oleh nak hadir...moga pengantinnya dikurniakan kebahagiaan hingga ke akhirat.
terima kasih.. jauh saangat..kepada pengantin selamat pengantin baru
salam,
moga semuanya berjalan lancar dan berbahagia pasangan tu sampai anak cucu...
salam kak zai...terima aksih atas jemputan....semoga berbagia keakhir hayat hendaknya....insyaallah kalau ada kelapangan ....kami berdua akan hadir....
assalammualaikum zai
antara hak sahabat yang perlu ditunaikan ialah memenuhi jemputannya...
malangnya saya tidak dapat memenuhi hak tersebut.
maafkan saya...banyak2
namun begitu, terima ksaih banyak2.
masih sibuk lagi?
Salam Maal Hijrah zai..
Lama tak berkunjung ke sini. Moga Barakah 1431H akan mengalir buat pengantin baru...
Selamat pengantin baru buat anak saudara zai..Moga tautan dua hati akan sentiasa bersama redha Ilahi.
salam sis zai
aduhai.. rindunya... terima kasih atas undangan.. maiza tinggal di kedah tp, sabtu ada di KL... hee... moga semuanya berjalan lancar.. tahniah kepada mempelai, moga kekal bahagia hingga akhir hayat... InsyaAllah...
salam zai, salam maal hijrah, semoga pengantin berbahagia berpanjangan dan diberkatiNya
Selamat pengantin baru...semoga kekal hingga ke anak cucu. Jauh tuuuuuuu.....hihi.
ramai-ramai kita makan,
sanding cuma dua orang,
muga hidup dalam kebahagiaan,
berkat tahun baru yang datang.
Selamayt pengantin baru buat kedua mempelai
Slmlkm Zai n salam Maal Hijrah utk Zai.
~TQ coz dlm bz2 pn smpat jnguk kak sue..appreciate that so mch! ~N..Slmt bbhagia kpd bakal pgantin smga kekal ke akhir hayat. Amiin!
~Smga Zai sihat n success slalu.
~Tk care n wsslm.
terima kasih atas jemputan..
InsyaAllah kalau tak kemana2 leh la ke situ
jangan lupa kad untuk saya kalau tak saya teneh pak aji nanti
sykran jazilan atas jemputan tp rasanya tak dpt saya menghadirinya. ucapan 'selamat pengantin baru semoga kekal ke anak cucu' buat pasangan mempelai.
Salam dari banting,
Alhamdulillah..pujian hanyalah untuk Mu ya Allah..
Kak terima kasih di atas undangan ini.Maaf ye kak,saya tidak dapat memenuhi undangan ini.Sepupu saya pun nikah pada hari dan waktu yang sama.InsyaAllah,jika ada kesempatan,jika ada rezeki dan jika kesihatan baik,pasti kita akan bersua..
Semoga berbahagia selalu. TAHNIAH untuk anak saudara kak zai.:)
mengapa tidak:)
Post a Comment