Saturday, February 6, 2010

EGO SEORANG ISTERI...APA KATA ANDA ??

Kali ini aku ingin berkongsi satu email yang kuterima dari seorang lelaki bergelar suami yang mengadu tentang masalah rumahtangganya yang kian meruncing dan tentang sikap isterinya yang dikatakannya seorang yang terlalu ego dan sukar menerima teguran. Agak menarik email tersebut dan aku paparkan disini pandangan beliau yang rasanya tidak kurang menariknya untuk dibaca dan diteliti.

Kerana beliau sendiri menceritakan mengapa dia mahu berkahwin lagi, sebab dan apa kekurangan isterinya. Di mana silap isteri sampai suami merasa amat kecewa dengan sikap mereka yang terlalu ego.

`Saya tahu ramai kaum hawa yang tidak sukakan kenyataan saya ini tapi dengarlah kisah saya sehingga keakhirnya dan anda nilaikanlah sendiri, kenapa saya perlu kahwin lagi..

``Kaum wanita suka menyalahkan kaum lelaki bila rumah tangga mereka kucar kacir, mereka tidak pernah melihat ke dalam diri mereka sendiri, mengapa suami mereka ingin kahwin lagi, dan apa punca dan masalah suami mereka sampai sanggup berbuat demikian. Sebenarnya bukan mudah lelaki berkahwin dua tanpa sebab tertentu.

``Pada pandangan saya kebanyakkan wanita Melayu mempunyai ego yang teramat tinggi. Mereka ingin kahwin tetapi tidak mahu jadi isteri solehah. Berbeza dengan wanita bukan Melayu, mereka mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan setia.

``Sebagai contoh saya mempunyai seorang kenalan hasil daripada penglibatan saya dengan PERKIM. Beliau merupakan seorang wanita Inggeris yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu. Dia sanggup meninggalkan kehidupan Metropolitan beliau pada masa lalu dan kini menetap di pendalaman di Selangor bersama suaminya tanpa keperluan asas seperti elektrik mahupun air.

``Semua ini dilakukan untuk kebahagiaan suami dan keluarga. Itulah pengorbanan namanya yang mana jarang kita temui daripada kaum hawa Melayu, kesanggupan wanita Inggeris ini meninggalkan kemewahan hidup hanya untuk bersama-sama suami amat mengkagumkan saya dan beliau telah membahagiakan suaminya.

``Nabi pernah bersabda bahawa sekiranya manusia ini boleh menyembah selain dari Allah, maka isteri akan disuruh menyembah suami. Dan bagi wanita, sesungguhnya Syurga itu amat mudah jika di bandingkan dengan lelaki, sembahyang, puasa dan taatlah pada suami, maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.

``Saya bukanlah bersikap menegakkan bendera orang lelaki atau mengangkat mertabat kaum lelaki, tetapi ini adalah yang hak, dan anda syang menggunakan Nabi sebagai kayu pengukur, sepatutnya menjadi lebih insaf.

``Pada pandangan saya kebanyakkan kisah yang didengar seolah-olah menyalahkan kaum lelaki
berpoligami, seolah-oleh dengan berpoligami itu satu cara yang sah untuk kaum lelaki memuaskan nafsu mereka. Tanggapan ini bagi saya adalah tidak benar malah ia lebih menyakitkan hati kaum lelaki.

``Jika kita melihat fitrah kejadian Adam, Nabi Adam hidup senang lenang di Syurga dan kenapakah dijadikan Hawa. Kerana Allah mengetahui bahawa Adam kesunyian dan dijadikan Hawa itu, sebagai pasangan hidupnya. Itulah sebabnya, lelaki yang kematian isteri mereka kemudiannya akan berkahwin lain.

``Berlainan dengan kaum wanita yang boleh meneruskan hidup selepas kematian suami. Mereka boleh hidup sendirian, boleh menguruskan diri, rumahtangga dan anak-anaknya sendiri, tetapi lelaki tidak, walaupun bukan semua lelaki demikian, tetapi itulah yang berlaku kepada lelaki. Sama seperti kejadiannya. Apa yang saya ceritakan ini sedikit sebanyak turut melibatkan hidup saya, saya katakan demikian kerana keadaan hidup saya yang selalu kesunyian walaupun ada isteri tetapi dia yang tidak memperdulikan kebajikan saya menyebakan atau menjadi faktor utama yang menolak (pushing faktor) saya ke arah hidup berpoligami.

``Sebagai suami siapa boleh sabar kalau isteri pun tidak mahu bertegur sapa dengan kita, kerana egonya terlalu tinggi. Malahan hubungan kelamin pun tidak mendapat layanan sewajarnya, baginya, hubungan suami isteri semata-mata untuk mendapatkan zuriat sahaja. Adakah itu adil, adakah itu sewajarnya sikap seorang isteri terhadap suaminya. Dan sikapnya yang sedemikian tidak boleh ditegur dan dinasihat.

``Bagaimana pun bagi saya, hubungan seks itu bukanlah menjadi keutamaan, tetapi saya amat kesunyian dan memerlukan 'companionship' yang lebih lagi. Saya selalu memikirkan apakah akan terjadi kepada diri saya apabila saya tua kelak. Rasanya pada masa itu seks bukanlah perkara utama lagi malahan saya amat memerlukan seorang rakan hidup.

``Pada pandangan saya zaman ini kebanyakan kaum wanita setelah mereka diberikan pendidikan, pekerjaan dan taraf kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat, mereka telah gagal memahami fungsi mereka sebagai ibu dan isteri di dalam institusi keluarga. Malahan, mereka beria-ria ingin setanding dengan lelaki yang mana akhirnya membawa kemusnahan kehidupan keluarga itu sendiri.

``Apa yang saya cuba ceritakan ini adalah pengalaman saya sendiri di mana sikap dan perbuatan isteri saya sendiri jika ditegur kepada kebaikan, isteri saya akan meminta menceraikannya dengan alasan bahawa kami sudah tidak sesuai lagi sebab saya menegurnya. Apakah salah suami, yang menjadi nakhoda menegur isteri?

``Sebab itulah apabila kaum lelaki ingin bernikah lain, kebanyakkan isteri akan melenting malah sanggup meminta cerai daripada hidup bermadu tanpa memikirkan atau muhasabah diri sendiri di manakah silap mereka terdahulu.

``Itulah sebabnya mengapa saya katakan bahawa ego isteri zaman ini amat tinggi sekali. Kaum wanita tidak ingin diperlekehkan oleh masyarakat yang memandang serong dengan tanggapan bahawa mereka tidak tahu melayan suami sehinggakan suami cari lain, atau berkahwin lagi.

``Secara jujur dan ikhlas saya nyatakan bahawa saya memang berhasrat untuk menikah lagi dan saya kini sedang berkenalan dengan seseorang. Beliau banyak membantu saya di dalam melalui kehidupan yang amat kesunyian ini dengan menjadi rakan hidup saya yang baik.

``Bukan itu sahaja beliau selalu mengingatkan saya tentang tanggungjawab saya sebagai suami dan bapa kepada anak-anak saya. Beliau tidak ingin digelar perampas suami orang. Itulah peliknya kaum hawa. Mereka hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan apakah perasaan kaum lelaki.

``Jadi kaum hawa juga perlu ingat tanggungjawab mereka sebagai isteri dan menjaga hak-hak suami. Jangan memperlekehkan suami. Jangan hanya memikirkan tentang apa yang anda harus dapat daripada suami tetapi berilah apa yang hak kepada suami anda.

``Kepada mereka yang mempunyai tanggapan serong tentang kaum lelaki yang ingin berpoligami semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka, lihatlah ke dalam diri sendiri dahulu. Ada juga kaum lelaki hanya mahukan rakan hidup lebih daripada seks. Perkahwinan ini adalah segala-galanya bukan hubungan kelamin sahaja.

``Jika agama itu dijadikan landasan hidup berumahtangga, maka tidak akan menjadi porak peranda kehidupan masyarakat kita hari ini. Hidup ini amatlah pendek dan kita hidup di dunia ini hanyalah pinjaman sahaja. Nyawa kita adalah pinjaman dan ingatlah jika kita melakukan yang hak kepada suami kita dan suami kita redha dengan kita, maka Syurga itulah pembalasannya dan itulah yang kekal.

Demikian cerita Encik S tentang pengalamannya dan pandangannya tentang kebanyakan isteri zaman ini dan mengapa suami mereka kahwin lagi. Benarkah wanita ego atau sebaliknya, tentu anda sebagai pembaca sendiri lebih tahu dan lebih memahami.
Jadi..ibu-ibu..bapak-bapak...apalagi ???? komen sikit..

Share/Bookmark

31 comments:

Teja Evalea said...

giler pjg,,,
xde summary kew??
sinopsis kew,, huhu

Teja Evalea said...

yea,, 1st!

INNA AB said...

salam...sptutnya memang itulah fitrahnya ke wujudan hawa...no komen...pada sya..awal perkhwinan suami kena tegas dlm menjalani tugas nakhoda..bkn sudah sparuh jln...baru nk ubah !! apa pun sikap tolak ansur 2 penting...

Maiyah said...

skrg ni x bleh nk kata.. lelaki n pompuan sama aje

Unknown said...

salam Zai..

kebahagiaan sesebuah rumahtangga tu bergantung kepada kesefahaman suami isteri tu sendiri...

bertolak ansur lah , bawa berbincang segala masalah dlm rumahtangga.

mungkin rumahtangga org lain berbeza dgn yg lain.sebagai jalan tengah , kedua2 suami dan isteri pandai2 lah mainkan peranan kita dialam rumahtangga , isteri tak salah mengalah , kerana kita diwajibkan taat kpd suami , tp kpd suami2 , jgn ambil peluang pula untuk cari kesempatan.

Anonymous said...

Saya rasa berkahwin lain bukan jalan penyelesaian.

Sebaliknya bermaufakatlah dengan baik supaya rumahtangga yang sedia ada boleh dikekalkan.

Aidil Fadzil said...

Salam, Si SUAMI: banyaklah bersabar

abu muaz said...

ada banyak benarnya tuuu...institusi keluarga kita sudah tunggang terbalik sekarang ni.

nahmy said...

utk wanita...spt hadith nabi, buatlah 4 petkara ini :
1. taat suami.
2. jaga kehormatan.
3. solat.
4. puasa.

maka masuklah syurga ikut mana-mana pintu yg dia hendak.

dari no.1 tu terpecah pd 2 pula iaitu :

1. patuh/memberi layanan yg baik.
2. menghilang kesunyian.

amacam? sikit tp mmg sukar nak buat..wallahualam

AzMaslenda said...

tiada kesilapan yang tidak boleh di perbaiki.. berusah bersama2 untuk kebaikan.

transformed housewife said...

salam K.Zai,
saya rasa kalau ada org tengah yg boleh membantu mereka lebih elok contohnya berjumpa kaunselor di Jab. Agama. Tiada masalah yg tak dpt diselesaikan.

Werdah said...

Salam Zai,

Kak suka petik kata-kata ini: "Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat, pupuklah kepercayaan. Kepercayaan itu akan melahirkan tanggungjawab dan tanggungjawab adalah oksigen cinta. Oksigen inilah yang akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia ke syurga".

Biasanya pergeseran akan berlaku berpunca daripada kurang percaya sesama pasangan, saling tuduh menuduh, saling rasa diri lebih hebat, bila berlaku ini masing-masing terasa hati dan menyimpan kata-kata (perasan) bahawa dirinyalah yang betul dan pasangannya salah. lalu selepas itu timbullah pula masalah lain seperti tak nak dgr cakap dan macam-macam lagi.

Seharusnya persoalan ini ditangani dengan cara lebih profesional, kita ada Allah yang sudi mendengar setiap permohonan kita, bahkan kak ada dengar bahawa Allah malu jika permohonan hambaNya tidak ditunaikan. Namun kita kenalah tingkatkan diri kita supaya menjadi benar2 HAMBA ALLAH, sebab bukan semua hamba Allah itu boleh dipanggil HAMBANYA.

Adakah dengan berkahwin lagi disebabkan kekurangan isterinya masalahnya akan selesai???

Usahlah anggap isteri atau suami ego, sebab hakikatnya suami isteri adalah manusia yang lemah, saling memerlukan antara satu sama lain.

Mudah2an pasangan suami isteri ini dapat menyelesaikan masalah mereka dan hidup dalam keredhaan Allah swt. Amiin.

zaijb said...

salam k.zai..

bukan mudah untuk mengharungi alam perkahwinan... byk perkara yg perlu difikirkan dan yg penting tanggungjawab yg perlu kita laksanakan....
yang lebih utama mesti ada kesefahaman dan bertolak ansur... maybe itu boleh membantu dan mengujudkan keluarga bahagia...

Idalara said...

salam zai..
apa kata lelaki tersebut bawa isterinya ber honeymoon sekali lagi..mungkin dapat mengubah pendrian isteri beliau.
rasanya jangan terlalu cepat menjalin hubungan dgn wanita lain bila hadapi msalah begini..berbincang dan cari org org tengah untuk menyelesaikan masalah..berkahwin satu lagi bukan jalan penyelesian tapi akan timbulkan lebih banyak masalah..waallahuaklam.

Unknown said...

Salam Kak Zai,
Maaf yer..saya ni pun bukanlah pandai sangat dalam hal2 begini..cuma luahan pendapat sahaja..teman2 lain,kalau salah harap betulkan..
Bagi saya tak kira laki ke pompuan ke..EGO tu tetap ada..terpulanglah pada diri masing2..jika nak kebahagiaan..buanglah ego.Tak dinafikan saya juga EGO..tapi taklah sampai tahap nak kawin g..bagi saya isteri saya nilah segala2nya.buruk baik dia tetap isteri saya yang SAH..Tak guna nak ego2 ni...Kepada si isteri kawan kak zai ni..ubahlah perangai,dan kepada si suami tu..bawa2lah bincang elok2..jika tak berhasil juga..tepuk dada tanyalah iman.kahwin ni mudah...

Abd Razak said...

Salam kak zai...

Barangkali ada silapnya ketika kita mendoakan ketika masuk ke alam perkahwinan dgn doanya 'Moga bahagia hingga ke anak cucu.' Pasti kebahagiaan itu terhenti bila sudah ada anak atau cucu sebab doa kita sebegitu diawalnya.

Kena ubah isi doanya

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak...entahla....ada salah isteri...ada juga salah suami...ada isteri baik suami buat hal...ada suami baik isteri buat hal...macam2

atie said...

Salam Kak Zai..

Bagi saya pula ... Suami adalah ketua keluarga jadi sang suamilah yg mencorakan keluarga... suami perlu tegas dalam semua hal ... sayang isteri berpada-pada... jangan dah dipertengahan perkahwinan baru nak bentuk isteri itu dah terlambat... akhir... kembalilah kepada islam itu asasnya...

shan said...

salam kak zai,

bukan moy nk ckp ape , yg berlaku ade depan mata moy.ibu mertua ku ..macamtu la perngainye, ayah kalau balik mesti dtg umah moy nak makan nasi ngan berbual. bile tnye kenape yah,, jawapan nye same je "malas bahso ke mok awok tegur x buleh" moy sebagai menantu mane la brani nak tegur ibu mertua.. tup2 ayah nikah satu lagi..org nye x secantik mak.. tp moy selalu la singgah umah wife ayah sorang lg ni.. moy suke tgk dieorg mmg mesra..lain la dgn mak mertua moy ni.. cume yg kesian nye. ayah nak pencen anak paling kecik br tadika..sebaya ngan anak moy.. wakakak.. ish terpanjang lak cerita kat sini.. hikhikhik... wslm.

Unknown said...

Zai..
Suami malang..
Bila ada masalah rumah tangga..
Suami senang je..kira nak menikah satu lagi..
cakap senang..
nanti anak2 ..?
Kena dok dan merenung..
pasai apa si bini tu mula bersikap ego..?
Muhasabah diri sendiritu dulu..
Cuba ingat selama ini..berapa kali bawa isteri tu pergi menghadiri majlis2 ilmu..samada dimasjid atau disurau2 atau dimana2 pun majlis ilmu..fardu ain..ilmu agama/..
atau masing2 asyik dok syok dgn kerja sahaja..
Berusaha lah berjumpa dgn pihak ketiga..beranggapan baiklah..
segalanya adalah doa tu..
Kalau dok ingat kat pompuan baru dikenali tu..dan akal pun dok pikiaq nak nikah satu lagi saja..memang lah takkemana..
Dok kira bini saja yg nak romantik..si-laki tu pulak lagu mana???
kena 22 lah dalam hal ini..
Kalau nak kawin lain pun tak salah..bukan haram pun..
kawin je..tak payah tunggu bini ada masalah ego atau pun tidak..
Kadang2 bini ni depa tak jalan dengan teguran tapi berkesan dgn tindakan...kawin je satu lagi ..kota kan ada lagi 3 tu..
Onnn je lah...
Teman sokong 101 %..
Perkahwinan bukan bermaksud nak menzalimi sesiapa..
pandai2lah menjalankan tanggung-jawab yg diamanahkan tu..
Sendiri mau ingatlah..segalanya akan dipersoalakan di SANA nanti..
SO kepada sisuami tu ..kalau nak kawin lagi dan tak tahu kat mana nak kawin di malaysia ni..haaa senang je contact teman.

Nanti teman akan tolong uruskan.
Sah lagi bersijil.
Benda baik ni kita kena tolong menolong..
Amacam Zai..?

azlanlin said...

Perjalanan bahtera rumahtangga bertitik-tolak pada persefahaman dan kebijaksanaan 'komunikasi' antara keduanya. Melalui komunikasilah, 'ego', 'memahami', 'merendah diri' akan terbentuk.

Asasnya, pembentukan personaliti dua jiwa (suami-isteri) tersebut bermula dalam 2 buah keluarga yang berbeza.

Malah, ketidakbergantungan antara satu sama lain pastinya menyebabkan tiada fokus dlm rumahtangga tersebut. Percayalahhh...

insan pendidik said...

salam,

manusia tu dijadikan berpasangan ... perkahwinan ialah manifestasi ikatan suci... antara suami isteri saling melengkapi... dengan hasrat mencapai kebahgiaan duniawi dan ukhrawi.

mamawana said...

Salam Zai,

Rang tuo2 dulu kawin lebih tu lambang kekayaan yg melimpah ruah. Zaman skrg kawen lobih ni mampu ke tanggung dua piuk, dua rumah, terkejar sana terkejar sinuun. Makin tuo larat lagi ker.? Yang di kejor tak dpt yg dikendong berciciran. Nanti anak2 gaduh plak dgn bapak eh... Permisi. Ampun.

hentian said...

Heran aku. senang-senang je nak pasang satu lagi. yg ada ni pun herot dibuatnya...

Ainur68 said...

Interesting story! Life is like that...

Hamba Allah said...
This comment has been removed by the author.
Hamba Allah said...

Kisah saudara lebih kurang sama dgn saya. Perkahwinan hanya utk mendapatkan zuriat semata2. Egonya terlalu tinggi, sehinggakan saya yg perlu bermanja dengannya. Saya yg perlu mulakan dulu, tetapi dia ikut mood nk layan ke dak. Hidup terasa sunyi sgt2. Tidur di penjuru sorang2 sedangkan dia dgn anak2 shj. Ditegur pasal agama, hukum-hakam terasa dirinya tercabar. Agama baginya hanyalah solat, berpuasa dan membaca al-quran shj. Hukum hakam seorng isteri jarang dipedulinya sbb akan menjatuhkan egonya. Sbb kebanyakkan hukum-hakam seorg isteri lebih berat kepada suami. Cara pertuturan dgn suami, mcm ckp dgn adiknya shj. Pergaulan dgn bkn mahram terlalu ramah (terutama di ofis dan juga FB [dgn kenalan2 lama dan baru] kebanyakkannya lelaki shj yg melayannya) smp berjumpa teman2 ofis di majlis2 kenduri tak ada langsung rasa malu dgn org2 sekeliling dan suami. Tahukah benda2 semua tu aurat bg perempuan? dan haram bagi wanita. Saya pun mmg pernah ada buat silap, tp saya cuba perbaiki kesilapan saya. Saya dengar ceramah2 tentang tanggungjawab suami, perbaiki kelemahan pada diri saya. Saya suruh dia dgr dan lihat ceramah2 yg saya download. Tp itulah egonya perempuan, takkan dia nk tgk benda2 yg menjatuhkan maruahnya? Tgk tu maybe tgk gak tp sekadar tengok je lah. Itulah dinamakan ego seorang isteri. Kalau para2 sahabat diatas ni minta saya berbincang dgnnya, dah berpuluh kali dah saya cuba berbincang. Dan semestinya saya yang akan memulakan dulu utk berbincang, kalau tidak dia akan pertahankan egonya. Dia takkan mulakan berbincang kerana itu akan menjatuhkan egonya. Tp hasilnya mcm tu jugaklah. Terima sajalah ketentuan yg di uji utk saya. Mudah2 ada kebaikkan yang tersirat.

Anonymous said...

(ISTERI&IBU):saya tak nafikan, mmg perempuan sgt ego. saya sedar kadang kala saya juga seperti itu.. memang agah sedih juga bila teringat suami makan hati.

lagi satu, majoriti pmpn tak suka suaminya poligami. itu hukum allah, mana ada pilihan tak suka pula. senang je nak bentuk isteri ni, fahaman ilmu agama perlu ditanam dan dididik pada isteri, insyaalah dgn hati rela dan redha, para isteri boleh menerima suaminya berpoligami. suami pula, jgn menyalahguna kuasa, klu nak poligami, pastikan diri anda betul2 mampu dan bersedia utk pikul tanggugjwb berganda.

nasihat saya pada para isteri, jangan kata tak suka atau benci pada poligami, ape yg penting anda perlu sedia hadapi kemungkinan itu.

sesungguhnya Allah pasti membalas kebaikan atas pengorbananmu wahai para isteri..

Anonymous said...

Berkata Ibnul Arobi, “…Syaikh Abu Muhammad bin Abi Zaid memiliki kedudukan yang tinggi dalam ilmu dan agama. Ia memiliki istri yang buruk akhlaknya dan tidak menunaikan kewajiban-kewajibannya dengan baik, bahkan ia menyakiti Syaikh dengan perkataan-perkataannya. Orang-orangpun menegur Syaikh tentang kelakuan istrinya namun ia meneruskan kesabarannya. Syaikh berkata, “Aku adalah seorang lelaki yang telah dikarunai nikmat yang sempurna oleh Allah berupa kesehatan tubuh, ilmu, dan budak-budakku, mungkin saja istriku itu diutus (untukku) sebagai hukuman bagiku karena (kurangnya) agamaku, dan aku takut jika aku mencerainya maka akan turun hukuman lain yang lebih parah” [Ahkamul Qur’an I/468-469]

Hantu Raya said...

Kita tau lelaki pun banyak juga kekurangannya. Tapi sekali isteri naik ego dan melalaikan suaminya dalam urusan zahir dan batin, si suami akan kesunyian. Itu yang banyak jadi scandal je kat luar.

Anonymous said...

Memahami masalah brader tu.saya pun mengalami masalah yang sama.

Semenjak isteri di naikkan pangkat dan gajinya lbh 5 angka.isteri mula merasa ego dan tidak.dpt di bawa berbincang.asal ada je isu timbul semua benda dia akan kaitkan asalkan dia menang.walaupun punca dan pokok masalah tu berkisar pasal benda lain tp semua seluruh alam isu akan dikaitkan.

Penah tringin rasa hati menasihati kenapa sejak naik pangkat you semakin keras kepala dan rasa betul dlm semua aspek.

Bila di ajak bersama selalu akan memberikan alasan penat.tp bila dilihat dr sudut kerja rumah hampir separuh saya laksana.menjaga anak(isteri bekerja jauh) , masak ...salunya main order, pakaian cuci sdr, lipat sdr dan gosok sdr.Tp tetap isteri memberikan alasan penat.celah mananya penat.

Kalo ada sengketa isteri akan cuba menyarankan untuk bercerai.kononnya you dah mungkin ada calon lbh baik.cuma dpt mendiamkan diri dan bersabar.
Tp ada kalanya kesabaran teruji.

Di tengking dan di herdik dah jadi norma bila marah.

Ntahlah ...
Perkahwinan dah cecah 15 thn ...nak di ceraikan rasa berat tp bila timbul masalah...bersedialah.
Takkan menang walaupun tak salah.

Maybe perceraian adalah yg terbaik dan mungkin itu akan mengajarnya duit bukan menjamin kebahagiaan tp layanan dan hormat itu kunci kebahagiaan.ada isu selesaikan dgn baik.Semoga Allah lembutkan hatinya dan memberi pengajaran kpdnya


Nukilan suami yg pasrah

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA