Sunday, February 21, 2010

SHIDEE : SAYA TAK PERNAH CINTAKAN IBU MERTUA..

Meskipun mencecah usia 50 tahun, namun penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Sayang Semuanya Sudah Terlambat’ Shidee, sebenarnya masih belum terlambat lagi. Ini berikutan perkahwinannya dengan Siti Fairunnisa Aziz, 22 tahun, pada 13 Februari 2010 di Bukit Sentosa Rawang, Selangor diibaratkan oleh segelintir pihak seperti ‘anak dengan bapa’..

“Saya tidak pandang faktor umur, yang penting suami pilihan saya seorang yang bertanggungjawab dan mampu menjaga saya. Kami berkenalan empat tahun lalu dan apabila melihat ada keserasian, tambahan pula dia juga kelakar, Kami mengambil keputusan untuk berkahwin,” kata Siti Fairunnisa dipetik sebagai berkata.

“Soal jodoh Allah yang tentukan, sebelum ini memang saya ada berusaha tetapi gagal, namun akhirnya bertemu jodoh dengan Siti Fairunnisa. Seperti dia, saya juga berdoa kepada Allah supaya dikurniakan cahaya mata kerana anak itu umpama harta yang tidak ternilai.

“Selepas berumahtangga, saya akan menumpukan terhadap perniagaan, tetapi bidang nyanyian sudah sebati dalam hidup ini,” ujar Shidee sebagai berkata. Tambahnya, dia juga bercadang menerbitkan album baru tidak lama lagi.

Kesimpulannya, itulah jodoh! Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukannya. Semoga perkahwinan Shidee dan Siti memberi kebahagiaan pada mereka berdua hingga ke anak cucu… Amin!


Share/Bookmark

19 comments:

abu muaz said...

apa erti semua itu jika semuanya jadi haru biru?

Guru said...

assalammualaikum zai

susah juga kalau ibu mertua tak restu....
susahnya nanti pada bini tu...

Maiyah said...

salam kak.. pening gak sbb x tau keadaan mrk yg sbnrnya.. anak n mak cintakan 1 lelaki hai.. bagai dunia ni

hai said...

sokmo tertinggal tren...apa cer???

mamawana said...

Salam Zai...

Ini kes kekasih impianku dah tukar jadi menantuku. Pempuan jgn mudah perasan, kalu lelaki baik dgn kita tak bermakna lelaki tu cintakan kita. Lama lama okeylah tu...

piewahid said...

buat baik bpada2, ckp siang pandang2, ckp mlm dengar2, jgn lebih lajak dari laju, akal jgn lebih dari syari'ah....

Unknown said...

salam kak zai..

SUdah jodoh. Buang yang keruh ambik yang jernih.

Werdah said...

Salam Zai,

tak berani nak komen apa-apa sebab tak tau cerita yang sebenarnya.. apa-apa pun selamat menempuh hidup baru bagi pasangan ini yang telah memilih untuk hidup bersama. Mudah2an dapat sakinah, mawaddah dan rahmah. Jika benar apa yang dikata harap2 mereka sekeluarga berjaya atasi masalah dengan sebaik-baiknya.

ibundo said...

salam zai. lama tak menjengah.
dah ketentuannya begitu kan.. jodoh, ajal...

endiem said...

dah jodoh..

Aidil Fadzil said...

Salam, Begitulah Cinta...

KETIKA CINTA BERTASBIH

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
seindah goresan sabdamu dalam kitabku
cinta yang bertasbih,mengutus hati ini
kusandarkan hidup matiku padamu

bisikan doaku dalam butiran tasbih
kupanjatkan pintaku padamu maha cinta
sudah diubun-ubun cinta mengusik resah
tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

ketika cintaku bertasbih nadiku berdenyut merdu
kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
sujud syukur pada mu atas segala cinta

Unknown said...

Berkahwin itu adalah lebih baik dari berzina..
Menikah pulak bukan sekadar nak syok dgn bini sahaja tapi harus menjadikan semua ahli keluarga kedua2 belah pihak sebagai rumpun keluarga yg saling hidup bersama2 dalam apa susah-payah sekali pun..
p/s-pasai apa yg dok tunggu umuq dah senja baru nak menikah...?
nanti masuk kawasan warga emas..anak baru nak pi sekolah darjah satu...?

pecinta_Islam said...

dah jodoh nk wak cane..sama2 sesuai latu..muga jodoh mereka berpanjangan..

transformed housewife said...

dah jodoh diaorg ye. tak terbaca pulak pasal Shidee kawin ni. yelah sejak duduk jauh, jrg nak baca gossip artis Msia sbb dah malas.

vict said...

kalau Allah dah tentukan jodoh... apa/siapa pun tak dpt menghalang...

lama-lama sejuk lah tu...

salam singgah.

Kakcik Seroja said...

Skrg ni dah macam jadi trend pulak orang muda pilih pasangan berusia.. x kira lelaki/perempuan, sama saja. ...

insan pendidik said...

salam,

moga dorang bahgia ke ank cucu...

nahmy said...

apapun...semoga kekal ke anak cucu perkahwinan tu.

Rizzuan Shah said...

itulah jodoh namanya.. kalau dah jodoh, xkan kemana. kan kak zai? betul ke mak farunnisa tu pun suka kat shidee tu kak?..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA