Sunday, August 9, 2009

AKU BERGURAU JE LA...

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.

Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Tetapi, sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan di sini bermaksud betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak berniat nak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin tak ada apa-apa yang salah. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta."

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.

Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”

Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.”


Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.

Sayyidina Umar r.a. pernah berkata: “Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab: “Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”

Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~

Share/Bookmark

36 comments:

Jard The Great said...

sy suka bergurau.. harap takde uh kecik hati dgn gurauan ku.. huhu..

Idya said...

Bergurau ni ada tempatnya...kadang2 tu rasa nyampah kat org yang suka bergurau tak bertempat...tak tau ke kiter ni tgh busy wat keje ker?? tengah angin ker?? so...pada mereka2 yang suka gurau2 tu...renung2kanlah yer...jom change link K Zai...

Cik Skaf said...

salam kak zai. Terima kasih atas tazkirah nie. Memang benar. kadangkala, ada sesetengah org (mungkin tanpa sedar)cuba bergurau dengan menyelit2 kata2 dusta, dgn niat untuk menyedapkan lagi cerita dan membuatkan org tertawa mendengarkannya. Sdgkan perkara itu merupakan perbuatan yg dilarang. Dan 1 lg, kdgkala kita niat utk bergurau, tapi ada kata2 kita rupa2nya menyinggung dan telah melukai hati org2 yg mendengarnya. Bila dah terlanjur kata, baru lah menyesal..hmm.
Moralnya - sama2 lah kan kak kita berwaspada dengan setiap patah perkataan yg keluar dr mulut kita.

Razak said...

Salam kak zai...

Terima kasih atas peringatan akak itu....

Islam tidak menghalang untuk bergurau asalkan ianya gurauan yang haq (benar)

Banyak ketawa boleh menghilang kewibawaan dan banyak bergarau boleh menghilangkan harga diri

Webmaster@Echam said...

Yelah kak zai.... saya kadang2 camtu gak. Salu gurau ngan kawan2. Pasni akan lebih berhati2....

Tirana said...

Lepas ni..kena beringat-ingat bila bergurau...bergurau pada perkara yang benar aje...

Dida... said...

Salam Kak Zai...

Bergurau tanda mesra... tp tu lah.. kdg2 lidah ni nak kena pelihara selalu spy bergurau tak mendorong kita drpd berbohong.. agak2 artis2 pelawak yg selalu membuat org ketawa dan bergurau dgn cerita2 rekaan tu mcm mana ye kak?...

Moga Allah memberi petunjuk kepada mereka dan kita semua & memelihara kita daripada tipu daya syaitan...

abu muaz said...

Yang bahayanya hari-hari kita bergurau dengan kawan kita tu. Suatu hari dia naik angin dgn gurauan kita tapi kita masih tak sedar dan masih menganggap dia masih suka dgn gurauan kita.Tiba-tiba dapat penumbuk free saja.....

maiyah said...

salam.. bergurau mmg perlu gak, kalo tak nanti tak seronok tapi mmglah jangan sampai ada unsur tipu, jujur dalam kehidupan seharian dengan pelbagai cara

chimera said...

salam...

mcm tu rupanya ya... ingatkan kalau dah namanya bergura tak pe lah buat menipu sikit2 tu... tak bolehjugak rupanya ya...

terima kasih utk entri berguna ni. kena hatilah lepas ni masa bergurau. saya memang suka bergurau dgn member2 nih....

hai said...

salam zai,
bila bergurau tahap'over',memang mudah berlaku unsur2 yang tidak kita sedari...

syahbandar87 said...

bagus kak..nasihat yg kdng2 kita terlalu amek remeh ttngnye tp sebenarnye amatlah penting

atie said...

Salam Kak Zai,

Tq, N3 yang baik utk semua, bukan semua org boleh kita ajak berguraukan....

Wassalam

pn-iena said...

Hidup ni kan kalau tak bergurau tak sah! dari senda gurauan tu lah kita rasa happy happy sakan.. tapi guraun yg ada batasannya lah kan. kalau dah terlebih2 tu melampau lah...

Entahlah kan apa maknanya pula bohong sunat??? semua tahu tak baik menipu..tapi kenapa kita sering menipu? usah menipu diri sendiri jika pernah melakukannya.... betul tak?

relevan said...

Bergurau skit2 tak per kot..elakkan bergurau tahap terlampau nanti kene penampau..

ummi humaira said...

selalunya matlamat sebenar bergurau adalah untuk menghiburkan hati semua orang , tp kadang2 tanpa kita sedari ayat2 gurauan kita membuatkan seseorang tu dah berkecil hati, dah payah jadinya..

syahbandar87 said...

salam kak...sy pnh tnye sorang ustazah soal menipu ni..menurut pndptnye berdasarkan kitab usul fiqh yg dia blaja dlu,kita boleh menipu hanya kalau pada ketika kita hendak menyelamatkan diri sahaja.cnthnye melibatkan nyawa kita..dan hukumnya adalah harus..tidak lebih dari tu..harus bermaksud bwt x pe x bwt pun x pe..tiada pahala dan tiada pula dosa..
:)

syahbandar87 said...

tu pndpt dr ustazah..bkn dr sy..just nk kongsi..klu sape2 de pndpt yg berbeza dr ustaz2 laen ke jngn lupa kongsi eh...skurang2nye kita dah cbe mencari pendapat yg terbaek di kalangan yg terbaek dr orng yg lbh arif

zai said...

Salam Jard..

Bergurau mmg boleh asalkan kita menjaga batas2nya k krn kadang2 kita terlupa ada gurauan yg sensitif sehingga menjatuhkan maruah oranglain..itulah yg perlu dielakkan.

zai said...

Salam Idya..

Betul tu..ada juga insan yang suka bergurau tidak memilih tempat sehingga menimbulkan rasa krg senang pada oranglain..sebaik2nya pilih masa dan waktu yg sesuai bukan sesuka hati utk membuat lawak bodoh yg terkadang blh mengeruhkan pula keadaan.

zai said...

Salam Skaf..

Betul tu..terkadang kita ingin menceriakan suasana dengan mengada2kan cerita tetapi sebenarnya ia banyak diselitkan penipuan dan tidak sedar kita telah melakukan dosa dgn menipu dengan menokok tambah perkara yg tidak benar dan seharusnya kita sentiasa berhati2 ketika mengeluarkan kata2 agar tidak bergurau menggunakan kata2 yg menyakiti hati oranglain.

zai said...

Salam Razak..

Begitulah yg sebaiknya, berguraulah atas perkara yg haq asalkan tidak menyinggung mana2 pihak..

tapi tanpa gurauan hidup pun akan menjadi terlalu dingin dan hambar...jadi biarlah walaupun bergurau tetapi kita ttp menjaga batasan dan adabnya.

zai said...

Salam Echam..

hmm..kak zai pun noticed yg echam ni mmg jenis happy go lucky dan suka bergurau..mmg bagus krn kita sentiasa menceriakan suasana tapi awas yer kang ada yg naik angin pula sbb tersalah gurauan...

zai said...

Salam Tirana..

Ye betul tu..sama2lah kita beringat kerana takut mendatangkan fitnah dan dosa pula kan ?

zai said...

Salam Dida...

ingatkan lama lagi nak menghilang..pasti Dida masih sibuk, syukran krn masih meluangkan masa utk memberi komen..mmg kita harus berhati2 ketika bergurau..begitu juga mereka yg membuat lawak..tidak boleh menggunakan oranglain sbg agenda lawak krn boleh mencipta fitnah..sebaik2nya kita elakkan terlalu banyak bergurau dengan menokok tambah cerita dengan perkara2 yg tidak wujud krn ia adalah berdosa dan mereka yg sengaja mereka2 cerita termasuk didalam mereka yg membuat fitnah juga tanpa disedari telah membuat dosa walaupun sekadar utk bergurau...

zai said...

Salam Abu Muaz..

Kalau dah naik penumbuk kat muka tu...itulah hadiah bagi orang yg tak tau bergurau..sbb itu kita harus menjaga lidah ketika bergurau..

zai said...

Salam Maiyah..

Begitulah sebaiknya..bergurau dengan cara yg berhemah...dan berkata benar agar tidak menjadi fitnah..

zai said...

Salam Chime..

Kalau dalam konteks agama..menipu tukan berdosa wlupun sekadar utk bergurau krn seandainya ada unsur2 penipuan dan diketahui pula oleh oranglain bukankah sudah membuka pekong didada tntg keburukan sifat kita. pastinya akan ada orglain yg mula rasa hilang hormat apabila menyedari kita sebenarnya menipu..jadi sebaiknya elakkanlah agar tidak menimbulkan salahfaham.

zai said...

Salam Hai..

Terkadang kita lupa apa yng kita guraukan ttp telahpun meninggalkan kesan yg mendalam dihati orang lain..yg ter"over" lah yg akan menyesal nnti krn mulut badan binasa..betul tak ?

zai said...

salam syahbandar..

Mmg benar tu..kadang2 perkara yg remeh temeh pun sangat penting krn ada perkara2 dan adab2 yg masih tetap perlu dipelihara..

zai said...

Salam Atie..

Bnr tu atie, manusia tak sama, ada orang yg sensitif dan sukar utk bergurau jadi kita harus berhati2 agar tidak menimbulkan perasaan sakit hati pula..

zai said...

Salam Eina..

Berbohong mmg berdosa ttp kita dibenarkan utk berbohong demi utk kebaikan pihak yg lain,
Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)

zai said...

salam relevan..

Mmg benar, bergurau biar ada batasnya jangan sampai melampau dan kena hinggap penampau..kang dah tak namanya bergurau tapi dah bermusuh tu..

zai said...

Salam Ummi..

mmg benar tu..terkadang salah bergurau boleh mendatangkan akibat yg tidak baik pada perhubungan..kita harus sentiasa berhati2 agar tidak mengundang padah.

zai said...

Salam Syahbandar,

Mmg benar menipu diharuskan didalam beberapa keadaan dimana ianya semata2 dilakukan demi utk kebaikan pihak2 yg terlibat. Boleh dirujuk sptmana ulasan akak kpd pn-eina.

s@yangh@sni said...

gurau menipu nie dah macam jadi tabiat...
lepas nie kena hati2 nak bergurau..
takpun cakap jer betul2 kan senang...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA