Monday, August 24, 2009

TAHUKAH ANDA ?

"Rasulullah merindui umat akhir zaman" .....****

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.

Selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w..."Berselawatlah untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuk nya 10 kali” hadis riwayat muslim(1/288, no.384)

Sabda Nabi SAW “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)

Sabda Nabi SAW : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.“ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya.“ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)

Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku.“ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Diberitakan oleh Ubay bin Kaab r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat.“ (Hadis Riwayat Thabarani)

Berdasarkan dari hadis-hadis diatas, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.


Fadilat Selawat - untuk renungan

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Ayuh jangan kita melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

SUMBER : Al-Hikmah @ Facebook

Share/Bookmark

30 comments:

relevan said...

Sejuk bila membaca entri Zai nin..

Werdah said...

Salam Zai,

Mudah2an kita semua dapat mengamalkan berselawat setiap hari kepada Nabi Junjungan kita Muhammad SAW.

- jinggo - said...

semuga kita teranjak kehadapan setapak lagi...dengan N3 begini...

Pn Kartini said...

Sayu bila mengingatkan betapa sayangnya Nabi Muhammad SAW kpd umatnya...
Namun kesayuan itu tercalar bila mengingatkan ada yg masih jauh ..masih leka..dgn kenikmatan & keseronokan dunia sementara..

Tirana said...

Semoga kita termasuk dalam golongan yang menyayangi Nabi Muhamad dengan kasih sayang yang tulus ikhlas

Razak said...

Salam Kak Zai,

Tanda mencintai Rasulullah SAW adalah dengan memanfaatkan Al-Quran yang menjadi mukjizatnya dalam segala aspek kehidupan kita. Ibnu Ma’sud berkata: Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai Al Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.

hai said...

Saya tak dapat nak membayangkan,betapa Rasulullah masih mengingati umatnya sehingga di dihujung pengakhiran hayatnya....tapi kita tak pernah menghargainya...terasa sedih sangat!!!

a kl citizen said...

rindu juga untuk bertemu Rasulullah...

memang terasa sangat lebih lagi bila membaca entri ini
tq so much

maiyah said...

salam.. selalu bayangkan camne wajah Rasulullah

Dida... said...

Salam Kak Zai..

Baru tahu bila telinga berdengung kena selawat... selama ni tak tahu pun... thanks kak..

Smmgnya Rasulullah SAW amat prihatin ttg umatnya di akhir zaman.. kita sepatutnya bersyukur menjadi umat akhir zaman kerana diberi byk kelebihan.. ttp malangnya, ada lagi segelintir manusia yg mempersenda2kan sunnahnya...

syahbandar87 said...

iye..rasululllah amat mengasihi umatnya..teramat sngt2..jd knp kita meninggalkan sunah2nya..sdngkn ikut sunnahnya sbgi tanda cinta kita kpd baginda..kerna itu yg baginda ajarkan kpd kita..spya mengikuti sunnahnya jika betul2 mencintainya

abu muaz said...

zaman lening ni org sangat sibuk...tak sempat nak berselawat...sementara tunggu lampu isyarat pun dah lebih 10 kali boleh selawat.

Mari kita mulakan hari ini juga.

imanshah said...

Bukan orang sibuk tapi buat2 sibuk..Nauzubillah, sayapun sama..moga hari ini kebih baik dari semalam

zawal said...

Salam kak,
Marilah kita sedekahkan fatihah serta pahalanya sekali buat junjungan mulia kita serta keluarga dan sahabatnya.
Al-Fatihah

Cik Skaf said...

Salam kak zai, juga sdg mendidik diri, untuk benar2 cintakan Baginda, bukan dr ucapan di mult sahaja, tapi juga seluruh hati dan fikiran, dan tidak mencampuradukkan dgn cinta kepada yg lain.

zai said...

salam relevan..

Semoga kita semua juga mencintai Rasulullah sehangat kasih baginda thdp umatnya...

zai said...

Salam Kak Werdah..

Semoga begitulah hendaknya kita setiap hari..tidak juga melupakan baginda dgn berselawat keatasnya.

zai said...

salam jingggo..

Semoga apa yg dirasai oleh saudara turut dirasai oleh semua pembaca blog ini.

zai said...

salam Tini...

Mmg benar tu, terasa sangat sayu mengenangkan betapa kasihnya dan kerinduan baginda Rasulullah SAW kpd kita umatnya tapi sejauhmana pula kerinduan kita kpd baginda itu yg patut menjadi renungan kpd semua umatnya..Semoga kita berpeluang utk bersama2 baginda diakhirat nanti...

zai said...

Salam Tirana..

Ya..itulah sepatutnya yg kita semua harapkan..mengasihi baginda dan mengikut kesemua sunnah baginda sbg bukti kasihsayang..

zai said...

Salam Razak..

Mmg sangat benar kata ustaz, mencintai baginda bermakna kita harus menuruti segala suruhan Allah spt yg termaktub didalam AlQuran dan mencontohi akhlak baginda.

zai said...

Salam Hai..

Benar tu Hai..sehinggakan sewaktu Izrail ingin mencabut nyawa baginda pun masih tidak terlepas perkataan umatku, umatku dibibir baginda..kasihnya baginda kpd kita tidak terperi sehingga baginda memohon kepada Allah agar meringankan azab terhadap umat2nya..terasa sayu sangat mengenangkan kasih sayang Rasulullah kpd umatnya yg masih ttp engkar dgn perintah Allah.

zai said...

Salam aklcitizen..

Mmg benar..zai sendiri terasa teruja utk bertemu baginda dan sentiasa berselawat keatasnya dan ttp berharap agar diberi peluang utk dapat bertemu Rasulullah SAW disana nnti.

zai said...

Salam Maiyah..

Ada beberapa hadis yang memberi gambaran tntg bentuk wajah baginda...yang pastinya sangat kacak...orang arab mmg hensem2 belaka kan..

zai said...

Salam Dida,

Alhamdulillah..bertambah lagi ilmu Dida harini kan..

Itulah yg dikesalkan..kerana baginda telah meninggalkan AlQuran dan sunnah utk menjadi ikutan tapi kita hamba2nya ttp ingkar sdgkan baginda begitu menyayangi kita..alangkah sedihnya melihat umat islam diakhir2 zaman ini hidup dlm penuh kesesatan.

zai said...

Salam Dik Syahbandar,

Mmg benar tu dik, menyintai baginda bererti harus menuruti setiap pesanan baginda...

Semoga kita diletakkan diantara golongan hamba yang beriman dan berpeluang bertemu baginda disana nnti.

zai said...

Salam Abu Muaz..

Trm kasih atas saranan yg sgt baik..Marilah kita bersama2 berselawat ke atas baginda stp masa..

zai said...

Salam imanshah..

Mmg benar, zaman skrg kebanyakan dari umat telah jauh tersasar dari landasan yg sebenar..pasti Rasulullah sgt bersedih melihat keadaan umatnya diakhir zaman krn itulah baginda sentiasa merindui kita krn sgt sedikit dari umatnya yg beriman dan mengingati pesanan baginda.

zai said...

Salam Zawal..

Alfatihah buat Rasulullah dan ahli keluarga dan sahabat handainya..semoga kita sentiasa berada dijalan yg benar dan hidup berlandaskan AlQuran dan sunnah baginda.

zai said...

Salam Skaf,

Benar tu Skaf, mencintai Baginda bererti harus mengikuti sunnah baginda dan menurut segala apa yg diperintahkan oleh Allah tanpa sebarang syarat.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA