Wednesday, August 5, 2009

ASAL USUL SAKA



Definasi:

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Dalil:

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t. "Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

Pertalian Antara Jin Dan Saka:

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.

Dalilnya:

Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."

Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.

Ciri-ciri Orang Yang Memiliki Saka:

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:

1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.

2. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.

3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung tidak dapat difahami.

4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.

5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.

Masa Saka Berpindah:

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.

Proses Perpindahan Saka:

Berikut adalah kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:

Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.

Iblis telah memohon kepada Allah SWT "Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16

Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.

Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.

Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.

Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka:

>Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
>Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
>Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
>Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
>Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
>Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenek moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
>Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.

Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka:

Gejala pada waktu tidur:

>Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
>Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
>Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
>Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
>Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
>Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
>Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
>Berdiri dan berjalan ketika tidur.
>Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
>Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
>Mimpi berada di tempat sunyi.
>Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan >sebagai hantu.
>Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
>Mimpi melihat salib atau gereja.
>Mimpi bertemu paderi.
>Merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala pada waktu jaga:

>Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
>Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
>Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, >orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.
>Sering lesu dan malas.
>Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
>Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
>Lenguh di sendi-sendi utama.
>Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
>Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
>Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
>Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
>Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
>Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
>Mudah marah dan panas baran.
>Emosional dan terlalu sensitif.

Jadi para sahabatku sekalian, berwaspadalah dengan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan manusia. Sekiranya kita ditimpa musibah dan sebarang penyakit yang sukar dikesan melalui perubatan moden. Eloklah berjumpa dengan pakar perubatan yang benar2 bertauliah sahaja dan bukannya bomoh tradisional yang tidak dipastikan cara perubatan samada menggunakan ayat2 suci Al-Quran dan/atau sebaliknya...

Sebaiknya merujuklah kepada alim ulama dan mereka yang mahir didalam perubatan secara Islam bagi mengatasi gangguan jin kerana Al-Quran adalah sebaik2 Mukijizat yang diturunkan oleh Allah kepada manusia dimana didalamnya terkandung segala ayat-ayat suci yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit..




Share/Bookmark

16 comments:

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Alhamdulillah sis, banyak sumber ilmiah yang saya dapat dengan mengenali blog akak nie :) Teruskan usaha sis... :)

Ummu Mishkah said...

saka ni cukup unik kan.. hrp2 tak de lagi lah amalan2 saka ni.. kesian kat orang!

Hanisham Ab Halim said...

Salam Kak Zai,
Menarik info ni. Saya skang ni tengah belajar musnahkan saka guna ayat-ayat yang Allah dah bagi kat dalam Al Quran. Selama ni tak tau tapi bila dah belajar ni sangat seronok. Banyak yang kita boleh tau.

Werdah said...

salam.. ya Zai.. syaitan akan terus menggoda manusia kecuali hambaNya yang mukhlis.. untuk mengelakkan syaitan dan saka tak bolehlah kita simpan umpannya bersama kita.. jgn seperti menghalau anjing sedangkan di tangan kita ada memegang tulang.

Guru said...

banyak info ni...
wah echam tengah belajar buang saka ya...

ZOOL@TOD said...

Biasanya Saka ni diwarisi dan dalam banyak kes si anak terpaksa mengambil Saka tersebut (tiada pilihan untuk memudahkan ibu/ bapanya meninggal dunia).

Ada spesis Saka yang memilih siapa pewarisnya dan untuk menurunkan Saka sebenarnya melalui pelbagai cara, biasanya melalui pemberian barang (keris, barang kemas, baju, amalan ayat-ayat tertentu dan sebagainya).

Nak buang Saka bukan senang, kerana Saka ni (terutamanya yang kuat) tidak "dimakan" ayat Al-Quran kecuali mreka yang betul-betul mahir.

Saya banyak tahu perkara ini melalui saudara saya yang mengamalkan kaedah perubatan Islam.

Maiyah said...

salam.. kalau dulu saya selalu sangat dengar dan nampak org yg ada saka ni tapi skrg dah tak berapa dengar lagi, masih lagi ada cuma segelintir yg masih mengamalkan cara pengubatan tradisional

zai said...

Salam Sofia...

Terima kasih..semoga apa yg akak kongsikan menjadi ilmu yang bermanfaat. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk tu adalah dari Kak Zai sendiri...

zai said...

Salam Ummimishkah..

Rasa2nya ilmu saka ini selalunya diwarisi oleh pewarisnya secara tanpa disedari..hanya mereka yang berilmu sahaja yang mampu membuangnya kerana kebanyakannnya telah sebati didalam badan..

Moga2 keturunan kita dijauhkan dari segala ilmu hitam ini..

zai said...

Salam Echam,

Wah...kiranya dah belajar ilmu perubatan islam lah nie...bagusnya, tak lama lagi bolehler buka pusat rawatan yer..takut nanti kena tackle dengan saka yang lawa2 lak tak terkampoi nanti tu..hihihi

zai said...

Salam Werdah..

hmm.. Betul sangat2 kata Werdah tu..sebaik2nya sentiasalah kita tidak berhenti dari berzikir memuji Allah..mudah2an kita tidak akan lalai dan terleka dibuai syaitan..

zai said...

Salam Teacher,

Kadang2 kita sakit..tapi tak dapat kesan puncanya asyik telan painkiller..tau2 rupa2nya..ada peninggalan nenek moyang yg bersarang kat badan..

zai said...

Salam Zool...

Mmg benar tu..kadang2 ianya diwarisi secara tidak disengajakan melalui barang2 warisan peninggalan nenek moyang..

Sebaik2nya kita tidak berhenti dari melakukan perkara fardhu dan sentiasa menghiasi lidah dengan amalan berzikir agar ia tidak mampu memilih kita sebagai tempatnya berteduh..

zai said...

Salam Maiyah..

Susah nak cakap sbb benda ni tak nampak., kadang2 kita nak percaya dan tak percaya sama banyak tapi IBLIS dan SYAITAN mmg telah berjanji utk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat..sebaik2nya jika terjadi sebegitu baik merujuk kepada mereka yang arif dalam perubatan secara islam shj takut berubat pula dengan mereka yg berdampingan dengan syaitan...

Cik Skaf said...

kak zai, terima kasih atas entri saka nie. Alhamdulillah. ada ilmu baru. selalu dengar saka, tapi tak faham apadia, dr mana puncanya dan apa tanda2nya. Semasa membaca agak meremang2 juga bulu roma. Masih ada lgi rupanya saka ini.

S@Y@NGH@SNI said...

dulu aku pun rasa begitu...
kena kaji balik nie

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA