Thursday, August 13, 2009

AKU JUGA YANG DICARI..


Salam...

Semalam sewaktu selepas maghrib, ketika aku baru hendak mula memasak aku terima panggilan dari seorang kawanku seorang gadis yg berusia 25 tahun yang bekerja disebuah bank. Aku bahasakan dia sebagai Siti sahaja..Sebaik sahaja aku menjawab panggilannya dia terus bertanya ku "Asmkm kak zai, Siti ni.., kak zai buat apa ?", aku menjawab "wkmslm, ada kat umahla..napa siti ?, siti kat mana nie ?..", Dia menjawab "Siti ada kat kelas lagi nie..jap lagi siti nak g umah nak jumpa kak zai boleh tak ?" Dia sebenarnya sedang mengambil pengajian jarak jauh disebuah institusi pengajian berhampiran rumahku. Pada mulanya aku agak keberatan utk menerima kunjungannya memikirkan anak2ku yg kurang sihat kerana demam dan batuk apatahlagi aku berhajat utk menyudahkan masakanku untuk kutinggalkan buat anak2ku dirumah keesokannya tapi nampak mcm beliau begitu beria2 nak berjumpaku seperti ada sesuatu yg menganggu fikirannya..lalu aku bersetuju dan menyuruhnya datang ke rumah sebaik sahaja kelasnya habis pukul 9 malam.

Jadi disebabkan keadaan rumah yang masih berselerak kerana seharian ditinggalkan, aku terus kelam kabut berkemas dan menyapu lantai, almaklumla dek kerana nak menerima tetamu yg datang. Nasib baik anakku adam yg berusia 3 tahun yg sdg demam tidak banyak meragam dan kebetulan tidur awal pula dipetang itu. Jadi memudahkan kerjaku sedikit utk mengemas.
Tepat sangkaanku, lebih kurang jam 9.15 malam, Siti telahpun terpacak didepan rumahku. Aku juga telah siap menyediakan keropok lekor goreng dan air teh perisa oren didatangkan khas dari cameron highland utk dihidangkan kepada beliau. Siti memberitahu dia sebenarnya terlalu ingatkan aku sejak akhir2 ini kerana katanya akulah tempat terbaik utk beliau mengadu masalahnya..Dari riak wajahnya aku tahu pasti berat masalah yang ditanggungnya..
Sebenarnya utk pengetahuan semua, aku mmg tahu dia telah terperangkap dengan cinta dengan suami orang. Teman lelakinya itu seorang kontraktor berusia dlm lingkungan 50an. Aku rasa lebih layak bergelar ayah buat siti. Mereka telah 5 tahun berkawan dan menurut siti isteri kontraktor itu mmg tidak merestui hubungan mereka dan gara2 cinta butanya itu, dia telah menerima tekanan dari pelbagai pihak tidak sahaja dari pihak isterinya yg begitu kecewa dan bersungguh2 utk memisahkan siti dan teman lelakinya itu dan selain itu keluarga siti terutama ibu, ayah dan abang2nya juga turut menentang perhubungan mereka. Aku percaya tidak ada ibu bapa atau keluarga yang sanggup melihat anaknya menjadi perosak rumahtangga oranglain dan apatahlagi cuba merampas kebahagiaan oranglain.
Siti memberitahu kontraktor itu pernah memberitahunya yang beliau sedih kerana isterinya kurang memberi perhatian kepadanya dan tidak pernah memasak utk beliau. Sepanjang perkahwinan mereka, mereka kerap makan diluar atau membeli makanan yg telah siap dimasak dan apabila menjalinkan hubungan dgn siti, berlainan pula caranya. Siti pula gemar memasak dan sering memasak sesuatu untuk beliau dan menurut siti lelaki itu sukakan layanan siti kerana siti sering memasak dan menyuapkan makanan kepadanya dan itulah satu2nya perkara yang tidak pernah dilakukan oleh isteri beliau kepadanya semenjak 23 tahun berkahwin. (Awas Kaum Perempuan..ini satu peringatan buat isteri2 yg malas diluar sana...!!!)
Dan kini siti tersepit kerana beliau terlalu ingin bergelar seorang isteri dan ibu tetapi mendapat tentangan yg hebat dari keluarganya dan isteri teman lelakinya itu..Fikirannya buntu kerana mereka telah lama berkawan dan lelaki itu juga tidak sanggup berpisah dan siti sendiri sanggup menjadi isteri kedua dan menurut siti beliau telah berusaha utk berbaik2 dengan isteri lelaki tersebut tetapi gagal kerana setiap kali bersemuka hanya sumpah seranah yang diterimanya dan isterinya pasti akan menyumpah beliau dengan pelbagai perkataan lucah yg tidak sanggup kudengar..Tapi siti turut bersumpah kepadaku dgn mengatakan hubungannya dengan lelaki itu masih terlalu suci kerana lelaki itu tidak pernah membuat perkara2 yg terlarang dan belum pernah mengambil kesempatan keatasnya walaupun siti dengan jujur mengakui pernah menguji iman lelaki itu dan menurut siti, apa yg membuat dia semakin jatuh hati adalah kerana teman lelakinya itu tidak pernah mengambil kesempatan dan telah banyak berhabisan wang kerana beliau. Dan beliau sering menekankan pada siti bahawa dia tidak sanggup melakukan apa2 kerana beliau juga mempunyai anak gadis lebih kurang sebaya siti dan tidak mahu perkara spt itu dilakukan oleh lelaki lain terhadap anaknya.
Sebagai seorang kakak dan sahabat, aku hanya mampu menasihatkan siti agar berfikir panjang kerana perkahwinan bukanlah suatu perkara yg mudah dan terlalu banyak ranjau, onak dan duri yang terpaksa dihadapinya nanti apatah lagi jika berkahwin tanpa restu ibu bapa dan menjadi perampas dan orang ketiga pula didlm rumahtangga oranglain..dan pastinya apa yg dilaluinya sekarang dan selepas berkahwin nanti tidakkan sama...perhatian 100% yang didapatnya sekarang mungkin akan tinggal 50% selepas itu atau mungkin lebih rendah lagi kalau suaminya nanti mula terasa bosan dan kelemahan dan kekurangan diri mula terserlah selepas berkahwin..apapun sbg kawan aku juga tidak mahu dia terus bergelumang hidup dalam dosa. walaupun sekadar berjumpa dan berpegangan tangan dan bersentuhan ia tetap haram disisi Islam dan jalan terbaik utk mengekang diri dari zina adalah perkahwinan. Dan menurut siti dia telah mengambil keputusan utk berkahwin di Siam slps ini dan aku sendiri merasa itulah saja jalan yg terbaik yg boleh dilakukannya kerana dia sendiri memilih utk menempuh jalan yg penuh berliku itu dan dia haruslah berani menempuhi segala musibahnya nanti. Aku tidak mampu utk menasihati lebih dari itu kerana perhubungan mereka telah 5 tahun berlangsung..Jadi aku lebih memandang beratnya dosa kita masyarakat disekeliling terutamanya isteri2 yg memiliki suami yg berkemampuan tetapi ttp menghalang suami mereka dari berkahwin lain tetapi rela pula membiarkan suami utk terus hidup bergelumang dgn dosa..
Sebenarnya wahai kaum perempuan..apalah sangat yang kita tamakkan dan kejarkan dipentas sementara ini sedangkan nikmat yang Allah janjikan diakhirat sana lebih kekal abadi, Suami kita bukanlah insan terhebat, mereka juga manusia biasa yg pasti akan adakalanya turut tersasar dari landasan..Bersabarlah dan Yakinlah bahawa setiap ujian yang diturunkan oleh Allah sesungguhnya pastinya ada sesuatu yang lebih baik yang dirancangkan olehNYA untuk kita. Sentiasalah kita berbaik sangka terhadap Allah dan bagi mereka yang mempunyai suami yang jahat perilaku tetapi tidak sanggup berpisah, jgn lupa utk terus sujud kepadaNYA memohon petunjuk dan hidayah dan moga2 diberi kekuatan dan kehebatan jiwa spt ASIAH, isteri firaun dan MASYITAH.
Selepas hampir 3 jam dirumahku, pukul 12.00 tgh malam, siti memohon diri utk pulang. Kebetulan suamiku pula bekerja shift petang dan biasanya hanya akan sampai kerumah dalam pukul 12.30 mlm....
Dalam hatiku..aku ini sekarang dah tak ubah macam kaunselor, terlalu ramai yg bermasalah datang mencariku sebagai tempat mengadu..sedangkan aku sendiri pun alahai....
Terfikir jugak aku alamak..aku tak masak lagi nie..dah pukul 12.15 tgh mlm.. Yang bermain difikiranku selepas dia pulang adalah.....AKU JUGAK YANG DICARI...


Share/Bookmark

36 comments:

kak ja said...

Menarik citer ni.. Citer yg biasa tp jd luarbiasa bila kita sdiri atau org yg dkt dgn kita yg mengalaminya..

Tuhan mengizinkan poligami tu bkn tanpa sebab.. Dia maha mengetahui kelemahan dan kekuatan hambaNya.. Kalau sang suami mmg mampu beristeri lbh, izinkan sjlah.. Bnyk ganjaran yg menanti, i Allah bkn sj di akhirat, malah di dunia ni jugak..

Webmaster@Echam said...

Kak Zai,
Oklah tu. Boleh kak zai training jadi Kaunselor. Esok2 kalau saya ada poblem boleh minta nasihat ngan kak zai. Tapi sblm datang tu saya pesanlah suh masak mee grg dulu ke, nak lebih mesra siap masakkan nasi sekali.

Cik Skaf said...

salam kak zai, Mmg benar suami bukan hak mutlak kita,dia dipinjamkan oleh Allah kpd kita, dan jika benarkan dia berkahwin lain, besar pahala yg kita akan dapat, dan payung emas menanti di akhirat sana. TETAPIIIII..... huhu..Ya Allah, betapa lah sakitnya nak menanggung tekanan perasaan bermadu itu kak.... jd tak mau komen apa2, berharap saya boleh mengelakkan berada dalam kedua2 keadaan sama ada sbg perempuan 25 tahun itu yg bercinta dgn suami org, ataupun sbg isteri kontraktor itu yg bermati2an tidak benarkan suaminya berkahwin lain....(baru membayangkan teman skrg ada bermain2 perasaan dgn org lain pun dah rasa remuk rendam hati.. huhu..)

kakcikseroja said...

Salam Zai...

kakcik paling sakit hati atau lebih tepat 'sangat benci' dengan lelaki yang memburuk2kan isteri yang telah dikahwini bertahun2 @ berpuluh2 tahun demi menagih cinta baru....... Kalau pun isteri itu ada kekurangannya, cubalah renungkan semula segala apa yang telah dilalui bersama, kesanggupan sang isteri melahirkan anak2, kdgkala (atau selalunya) lbh susah dlm bab menjaga anak2.

Tak bolehkah suami menegur kekurangan isteri, atau pun menerima seadanya kerana dlm rmhtangga, selalunya isteri lebih 'letih' dari suami. Kalau tidak, masakan suami ada masa utk 'bersuap2an' dengan org lain!

Dida... said...

Salam Kak Zai..

Berat mata memandang.. berat lagi bahu yg memikul.. saya tak pandai komen bab2 begini..

Kita doakan je lah yg terbaik buat dirinya moga dia temukan jalan penyelesaian yg sepatutnya...

AiE bAhRi said...

Semoga dijadikan panduan untuk menjadi lelaki atau suami terbaik dalam keluarga sendiri pada masa akan datang.
InsyaAllah...

Sofia said...

Ye, akak la kaunselor terbaik :)

ZOOL@TOD said...

Kak Zai memang terrer, siap boleh jadi kaunselor lagi.

Saya simpati dengan Siti, cuma pada pandangan saya elok Siti cari lelaki bujang lain (macam Bujang Susah, dia pun mengaku tak tahu memasak).

Kalau dia boleh cari perempuan lain sebab isterinya tak tahu memasak, tak mustahil dia akan cari satu lagi untuk sebab2 lain. Wallahhua'lam.

AzMas said...

Salam kak zai..
maaf saya sikit emo baca entry ni. sekadar alasan aja sebenarnya sang suami mengatakan isterinya tak memasak untuknya. Sebagai seorg isteri... bahagianya bila suami makan hasil air tangan sendiri.. sampai tak kesah kalau perut suami tu dah nampak macam nak meletup sangat. Macam mengandung kembar 3. Suami, Kalau dah nakkan orang lain.. itulah alasan terhebat untuk memburukkan isteri.

Untuk siti.. baguslah dia percaya bulat2 dgn setiap alasan lelaki tu. Kenapa tak fikir semula, kalau dgn isteri yang dia boleh hidup sampai berpuluh tahun tu... dia sanggup fitnah. Adakah dgn siti yang baru dikenali selama 5 tahun dia tak akan fitnah? Atau bila dah jumpa perempuan lain.. fitnah macam mana pulak yang nak dilemparkan pada siti sebagai alasan untuk mengusir gadis naif ni dari hidupnya?

Maaf kak..

pn-iena said...

baik buruknya datang dari diri kita sendiri.. kalau jalan baik kita pilih maka baik lah jadinya.. tepuk dada tanya selera lah.. sendiri cari penyakit..

zai said...

Salam Kak Ja..

Sbnrnya inilah yg banyak berlaku disekeliling kita..sukar juga utk zai menghadapi situasi sebegini krn bertepuk sblh tangan tak mungkin menjadi..

Cinta itu Buta..kalau sudah terjadi mmg susah utk orglain masuk campur kerana selalunya mereka yg sudah mabuk cinta ni sukar mendengar nasihat oranglain spt yg berlaku kpd siti ini..

Hendak dibiarkan begitu saja pasti lama2 akan terjadi perkara yg lebih buruk..apapun siisteri msh boleh terus berusaha menyelamatkan rumahtangganya disamping harus redha dengan ketentuan takdirnya. Mungkin sudah tersurat utk beliau tpksa hidup bermadu..

zai said...

Salam Echam..

Siapalah kak zai nak jadi kaunselor oranglain..tapi kak zai ni boleh menjadi seorang kawan dan pendengar yg baik..kak zai tak cepat melenting dgn sesuatu isu panas spt ini dan lbh suka melihat, merenung jauh2 dan berfikir masak2 sblm mmberi pendapat..ttp itu adalah hanya merupakan pandangan peribadi.

zai said...

Salam Skaf..

Tanyalah mana2 perempuan yg normal didunia ini pasti takkan ada yg sanggup bermadu tetapi apabila Allah memberi kelebihan kpd lelaki utk berkahwin lbh malah bukan saja 1 tapi sampai 4 pasti bersebab..sbb Allah tidak pernah menzalimi hamba2nya tapi kitalah manusia yg selalu berlaku kejam kepada oranglain..dan perkara spt ini tak mungkin berlaku jika tiada tindak balas kedua2 pihak..

Kak Zai percaya tiada masalah yg tidak boleh diselesaikan. Yang penting haruslah mengguna cara yg berhemah dan bersikap rasional dan bukannya emosional..

Terkadang sesuatu yang buruk pada padangan kita sebenarnya adalah sbnrnya terbaik disisi Allah..stp dari kita akan tetap diuji dari pelbagai sudut dan poligami juga adalah merupakan satu dari ujian yg ditetapkan utk melihat sejauhmana lelaki yg diamanahkan oleh Allah utk menjadi pemimpin memimpin ahli keluarganya..

Kita sbg wanita tidak harus menyerah kalah. Benar...Suami kita bukanlah hakmilik sejati..dia juga adalah pinjam2an dari Allah..yang pasti Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui..kita harus sabar dan redha dgn stp ujiannya..

zai said...

Salam Kak Cik..

Begitulah hakikat hidup..tak semua orang dapat memiliki apa yg diidamkan dan tidak semua isteri bertuah dan mempunyai suami yg baik..

Terlalu ramai isteri2 yg menderita diluar sana diatas sikap suami yg zalim, curang, kaki minum, kaki judi dan sebagainya..

Lelaki yang Beriman pastinya tidak akan mencerca dan menceritakan keburukan isterinya kepada oranglain dan akan sentiasa menjaga ahli keluarganya dari segala perbuatan mungkar dan dari ahli neraka..

Benar juga kata kak cik mmg trdpt lelaki spt itu yg memburuk2kan isterinya demi utk menagih cinta wanita lain dan mmg bnyk yg berlaku spt itu diluar sana tapi bak kata pepatah bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..

Lelaki hanya dikurniakan 1 nafsu dan selalunya tertewas juga walaupun dikurniakan 9 akal...krn wanita adalah antara perhiasan dunia yg paling mengasyikkan utk lelaki..mmg sukar utk berhadapan dgn orang2 spt ini yg selalunya mmg sukar utk menerima nasihat oranglain..

5 tahun menganyam cinta adalah satu jangkamasa yg sudah lama dan pastinya satu hari akan kalah jua atas hasutan syaitan..Sbg kawan sudah puas menasihati ttp siti ttp memilih utk bersama lelaki itu walau apa yg trjadi..

Ttp Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba2nya..sbnrnya takdir kita telahpun tertulis dari azali, ajal, maut, rezeki dan jodoh pertemuan adalah merupakan sesuatu diluar bidangkuasa kita...Allah yg mengaturkan segalanya..walaupun kita tidak rela sekiranya Allah telah menakdirkannya utk berlaku ia ttp akan berlaku..

zai said...

Salam Dida..

Kak Zai turut berdoa moga2 kita semua ditetapkan iman dan dijauhkan dari segala Maksiat..

Sesungguhnya kita manusia adalah insan yg sering menzalimi diri sendiri dan terkadang seakan cuba melawan takdir dan ketentuan hidup yg telah ditentukan sebegitu..semoga kita sentiasa beringat2 bhw Dunia ini adalah hanya pentas sementara..tiada yg berkekalan utk dimiliki selamanya..suami juga adalah hanya pinjaman..

zai said...

Salam Aie Bahri..

Semoga dapat mengambil iktibar dan menjadi suami contoh dan terbaik krn wanita ni tak susah dijaga sebenarnya cukuplah sepenuh perhatian dan kasih sayang..wang ringgit hanyalah pelengkap kebahagiaan..sekiranya dijaga dgn baik pasti ia akan berkembang menjadi bunga yg mekar dan harum..

zai said...

Salam Sofia...

No la..sofia..you are wrong!!!! tapi mungkin akak ni seorang kawan dan pendengar yg baik.. itu jer agaknya..

LotsOfLove-Pearls said...

tak berani nak komen lebih2..
tapi better siti fikir dalam2 b4 buat apa2 yg tak mendapat restu banyak pihak..

zai said...

Salam Zool.

Ar'aa..kan, Bujang Susah pun ada tapi tulah akak dah nasihatkan dia tapi dia tetap nakkan bujang tua tu jugak...itu yg susahnya..

Mmg bahaya lelaki yg pandai mengayat ni...tambah2 yg menggunakan ayat2 cinta dan wang utk menarik perhatian wanita.apapun berwaspadalah kaum lelaki jgn bermain api..hargailah isteri kalian seadanya...namapun kita adalah hanya manusia biasa pasti stp dari kita ttp ada kelebihan dan kekurangannya..

Seharusnya saling menghargai bukan saling mencari kelembahan pasangan yg hanya membawa bencana kpd rumahtangga...

zai said...

Salam AzMas..

Akak bersetuju benar dgn kata AzMas tu..tapi kita bukan mereka..jadi mmg sukar utk menasihati org yg sdh mabuk cinta sebegini..pokok pangkalnya adalah hati..kalau lelaki itu ikhlas terhadap isterinya pasti dia akan berbincang utk memulihkan keadaan rumahtangganya tapi 5 tahun menganyam cinta pasti sukar utk melepaskan siti begitu saja..

Klu benar lelaki itu berkemampuan, biarlah mereka kahwin saja dari terus bergelumang dosa..kita hanya mampu menasihati ttp tuan tubuh belum tentu akan mendengar nasihat oranglain...

selalunya mereka spt ini hanya akan tersedar selepas mengharungi jerit perih kehidupan bermadu..tak semuanya indah...apatah lagi apabila terpaksa berkongsi kasih dan segalanya...Jadi kak zai percaya dia akan belajar juga satu hari nanti jadi biarkanlah dia belajar melalui pengalamannya sendiri..

zai said...

Salam Eina..

Betul tu..sendiri cari penyakit, sendiri juga yg harus mencari ubatnya..kalau awal tepuk dada tanya selera..mungkin setelah nasi menjadi bubur..mungkin akan hantuk dahi tanya surat cerai la plak kot..

hai said...

salam zai,
kisah ni sebijik dengan kes kawan saya,tapi dia dah berumur 39 tahun.Dia dah berkawan 8 tahun.Dia tidak mengharapkan apa2 selain dari mengimpikan zuriat untuk menemaninya di hari tua.Dia bukan saja di sumpah seranah oleh isteri lelaki tu tapi kena maki ngan anak2nya sekali.
Saya cuba memberi pandangan,tapi keputusannya tetap ditangannya!saya bersimpati dengannya kerana dia pernah mengungkapkan kata2"jadi andartu jadi umpatan orang,hidup bermadu pun jadi umpatan orang juga,jadi mana jalan yang harus dipilih???"

zawal said...

Salam Kak..
Perit juga situasi ni..macamana ye nak settlekan..
Pelik..tapi itulah yang terjadi...salah siapa ye kak...

zaidi ali said...

Salam Zai.

Nisbah penduduk dunia skrg ni 1(lelaki):3(wanita).
Tu yang masalahnya kita kena fikir nak buat camna.

chimera said...

tak nak komen apa2.. sebab saya tak kawin lagi heheh...

tapi nak bagi pendapat sikittt je...

Masalah yang paling rumit ialah masalah melibatkan hati dan perasaan... cinta, sayang... sekali dah terkena, bukan perkara yg mudah nak dihilangkan. buruk mcmana pun akan nampak lawa... busuk macm mana pun tetap wangi... hahah.

ya. bukan hal yg mudah jugak nak kongsi kasih. Fitrah dan naluri mansia yg normal... lebih2 lagi kaum wanita - cemburu.. itu fitrah. lebih-lebih lagi bila secara kebetulan tak byk cth elok kes2 poligami yg dipaparkan dln hidup seharian... kot-kot ada pun, sikit sangat dan malas pulak orang pompuan jadikannya sebagai bahan cerita atau gosip sebab boleh menyentuh rasa syahdu wanita.

saya ada jugak sorang kawan (sorang je) yg berpoligami tapi hidup bahagia sangat. Sementara di pihak lain pulak ada jugak yg tak berpoligami tak tapi sepanjang masa dok berperang tanpa ada gencatan senjata. Ini ragam hidup yg Allah dah aturkan dalam usaha kita mencapai rasa bahagia di dunia.

Wanita, sering terperusuk perasaan akibat lupakan ganjaran pahala...
Kalau nak bahagia serta ganjaran syurga, wanita jugak hendaknya jgnlah byk merungut. dikhuatiri nanti ia jadi ungkitan yang bakal menghapuskan segala ganjaran baik untuk jalan pulang ke sana...

Yang Allah dah tentukan, itulah yg terbaik...

Werdah said...

salam.. kak dah jumpa beberapa kes begini.. jenuh dinasihatkan supaya cari bujang.. tetapi mereka kata tu takdir..bila dah kawin baru menyesal..

yang kak fahamlah takdir boleh diubah dengan doa yang sungguh2. Allah bagi kita akal dan Allah bagi kita buat pilihan.. walaupun akhirnya Allah jua menentukan. jika bukan begitu kenapa Allah turunkan al-Quran dan Nabi2 serta para rasul sebagai contoh untuk hadapi semua ujian.

maiyah said...

salam.. soal hati dan perasaan ni susah nak pertikaikan.. apabila hati dah mula ada betul2 sayang.. tak mampu nak elak, bukan suma wanita bleh terima hanya segelintir, walau pun mereka tahu suami bleh kawin 4, kalau cinta pasangan berlandaskan keikhlasan.. apa salahnya beri sikit ruang pada mereka

ummi humaira said...

salam , kalu dah tenggelam dlm bercinta , semua nya baik , tp bila dah masuk perangkap , nnti tggung le sndiri , tp klu dah jodoh x de yg blh mhalang ,pd Siti buat le solat istikhorah mnta pnduan dr Pencipta kita ,tnpa restu mak ayah , susah hidup kita nnti .. entah le ummi pun x pndai masak gak . bab poligami jgn disebut pd hubby ummi ..dia fobia kisah silam ayah dia abaikan mak dia krn perempuan lain.

zai said...

Hai LoL...

Mmg sukarkan ? Kak Zai pun terasa kesian juga pada siti tu..tapi itulah dunia..kita tak mungkin dapat memiliki kesemuanya..

zai said...

Salam Hai...

itulah hakikatnya, tak semua yg cuba memiliki suami orglain itu sbnrnya wanita yg jahat ada juga yg berjaya melayari rumahtangga dgn jayanya sehingga keakhir hayat, yg penting adalah peranan suami didalam keluarga. kalau 1 isteri pun tak terbela dan terjaga macammnla nak menjadi pemimpin kepada keluarga yang baru..
tapi terkadang silap percaturan. Mungkin kaum lelaki hanya ingin mengambil sunnah nabi yg berkahwin 4 tapi terlupa utk melihat peranan nabi sebenarnya disebalik knp baginda berkahwin banyak..

zai said...

Salam Zawal..

Manusia tak mngkin ada yg sempurna..mencari dan menuding kesalahan pasangan semata2 adalah lelaki dan wanita yg ego dan tidak pernah muhasabah diri. Kita bukan insan kamil seharusnya apabila telah berjanji utk hidup bersama seharusnya masing2 snggup utk menerima kelebihan dan kekurangan masing2 dan berusaha utk memperbaiki dan bukannya dengan mengambil jalan pintas mencari cinta baru, belum tentu akan bertemu penyelesaiannya..

zai said...

Salam Zaidi...

Penyelesaian terbaik adalah suami dan isteri harus bersedia menerima kekurangan pasangan dengan seadanya dan ego yg terlalu tinggi tidak akan kemana jika saling menuding jari tak mungkin akan bahagia walaupun beristeri sampai 4.

zai said...

Salam Chime..

Wah..walaupun belum berkahwin dah ada pengalaman kawan2 nampaknya..hmm..biasalah kaum perempuan mana yg suka kalau berbahagi kasih..kaum lelaki pun yg tau isterinya curang akan naik angin apatah lagi kaum perempuan yg sememangnya tahu lelaki boleh buka cawangan sampai 4..

Tapi apapun kita harus berbalik kepada perintah Allah..berusaha memperbaiki diri dan kehidupan agar mendapat keredhaanNYA..Cintakan manusia, manusia kan mati tapi cintakan Allah, Allah hidup selamanya dan lebih banyak nikmat kebahagiaan yg dijanjikan dari janji manusia yg tak berpaksi sentiasa berputar2..

zai said...

Salam Werdah..

Manusia mmg tak pernah puas dengan apa yg dimiliki. Walaupun Allah membenarkan kaum lelaki utk kahwin sampai 4 tetapi ttp ada peraturan yg harus dipatuhi agar tidak menganiaya isteri2 yg dikahwini tp yg susahnya dizaman ini kesemuanya mendahulukan nafsu dari akal dan akhirnya tunggang langgang juga rumah tangga walau beberapa kali berkahwin..

zai said...

Salam Maiyah..

Lelaki yg baik dan beriman semakin kurang..tengoklah sejak akhir2 ini yg baik2 banyaknya meninggal diusia yg masih muda...dan yg tua2 pula ada yg masih tidak sedar diri, walau diusia senja masih tidak sedar lubang kubur telahpun sedia menanti..

Mungkin yg baik tu sangat sedikit dan berbaki dan kebetulan pula ada yg jatuh hati..jadi CINTA itu adalah perasaan halus yg dicipta oleh Allah keatas setiap insan..kalau salah letak cinta itu dan terkena pada suami orang, sendiri buat sendiri mau ingatlah..mungkin awal nampak indah..penghujungnya belum tentu..

zai said...

Salam Ummi..

Bagusnya suami ummi belajar dari pengalaman..pasti dia takkan mengulangi kesilapan yg dibuat oleh ayahnya itu..
tapi utk wanita spt siti dia mungkin menyangka hanya lelaki ini yg terbaik buatnya..kita tidak tahu apa yg berlaku..spt saranan ummi sembahyang istikharah itu adalah sebaik2nya utk memohon petunjuk..mmg benar susah nak mencari pasangan yg bahagia kalau berkahwin tanpa restu ibubapa krn ibubapa lbh tahu menilai anak2nya dan makan garam..tapi mmg payah apabila telah tenggelam dengan cinta..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA