Saturday, March 20, 2010

CINTA YANG HILANG..

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (QS Ar-Rum:21).



Saat manis Lan bersama isterinya Marcella, sayangnya ketika ini dia sendiri kesepian setelah ditinggalkan.

SUATU masa dahulu, namanya cukup popular. Digilai ramai anak gadis,Lan A To Z antara artis yang berjaya di era 90-an apabila kumpulanberkenaan meraih sukses dalam penjualan album dan pertunjukan pentas.

Kaya, mewah dan bergaya, Lan mampu menggapai apa saja yang diinginkan termasuklah mengahwini wanita kacukan yang cukup jelita, Marcella Casissi Shariff, bekas pramugari penerbangan Royal Brunei.

Pun begitu, itu cerita 11 tahun lalu. Hari ini, lelaki yang pernah digilai ramai itu semakin ‘layu’ dan dilupakan. Dia tidak lagi meraih populariti sama seperti 11 tahun lalu. Malangnya, Lan bukan sahaja kehilangan peminat dan populariti, sebaliknya turut kehilangan kekasih hatinya, Marcella.

Marcella memilih untuk kembali ke tanah kelahirannya di England dengan membawa bersama permata hati mereka, Puteri Nur Aqmar,10, Puteri Nur Syafiqah,9, dan Puteri Nur Farhana,3.

Pancaindera secara eksklusif menjejaki Lan, lelaki yang kini hanya punya impian. Ia, setelah tiga tahun ditinggalkan, masih ada ruang dihati lelaki berusia 41 tahun, bernama lengkap Norazlan Abdul Aziz iniuntuk bermimpi bersatu semula dengan isteri dan anak-anaknya.

Sesaat pun tidak lupa Dalam pertemuan kami pada petang Isnin lalu, Lan mengakui sesaat pun dia tidak pernah melupakan anak dan isterinya itu. Tapi apalah daya, segalanya berlaku tanpa dijangkakan apabila isterinya membuat keputusan pulang ke England dan tinggal bersama ibunya di sana.

“Ia terjadi selepas saya mengalami kejatuhan dalam dunia muzik.Kesempitan hidup membuatkan saya hilang segala kemewahan dan sukar untuk menggembirakan hati anak-anak dan isteri.

“Akhirnya saya membenarkan isteri membawa anak-anak untuk tinggal bersama ibunya di Lancashire, England,” cerita Lan, membongkar rahsia saat awal perpisahannya dengan keluarga tersayang.

Tambah Lan detik hitam bermula pada tahun 2007 sewaktu dia menghadapi zaman kejatuhan. Ketika itu album tidak laku. Perniagaan yang dijalankan juga jatuh merudum.

Untuk menampung kehidupan keluarga, Lan terpaksa bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah kolej swasta.

Tetapi sayang, ia tidak bertahan lama kerana sebagai seorang ahli dalam dunia muzik, mana mungkin dapat menjalankan kerja-kerja pejabat.

“Kerana kesusahan hidup itu, rumah tangga saya diuji. Sebelum ini saya tak nafikan kami pernah hidup dalam keadaan yang mewah. Inilah akibatnya apabila kita menjadi artis, kesenangan itu tidak bertahan lama.

“Akhirnya ibu mertua saya datang dan dia macam kurang selesa denganapa yang terjadi, seolah-olah saya tidak mampu untuk menyara keluarga kerana kesempitan hidup.

“Akhirnya dia mencadangkan untuk membawa Marcella ke England bersama tiga anak saya. Tanpa berfikir panjang, saya merelakan kerana saya tahu tahap kewangan saya pada ketika itu benar-benar menguji.

“Saya benarkan isteri dan anak-anak ke England tetapi saya harap iatidak lama. Ingatkan dalam setahun sahaja tetapi sekarang sudah sampai tiga tahun.

“Ketika tahun pertama berpisah, jiwa saya macam orang gila. Tengok basikal anak, tengok baju anak dalam almari pun tak boleh. “Walaupun saya selalu berhubung dengan mereka melalui telefon tapi benda tu semua tak ada erti kalau dia orang tak ada depan mata.

“Akhirnya saya buat keputusan keluar dari rumah saya di Rawang, saya suruh adik saya jaga rumah itu dan bawa diri ke Jakarta. Di sana saya bekerja dengan syarikat jualan langsung berbekalkan wang saku RM800.

“Selama setahun di Jakarta, saya belajar untuk menjadi seorang yangtabah serta mengawal perasaan rindu terhadap anak-anak dan isteri. Dan syukurlah, hati saya dapat diubati berkat kekuatan dan semangat tinggi saya itu.

“Selepas setahun di sana, akhirnya saya pulang dan membuka SimpleRock Studio di Damansara Damai, Selangor. Saya sewakan studio untuk budak-budak di kawasan sini bermain muzik.

“Saya juga ada beberapa artis baru dan sedang giat buat lagu untuk memulihkan kerjaya seni saya.

“Alhamdulillah... Rezeki saya ada di sini,” katanya. Menurut Lan, seringkali dia terfikir adakah masih ada sayang di hati anak-anak terhadap dirinya sebagai bapa? Juga masihkah ada sayang seorang isteri yang didamba?

“Anak saya yang sulung, Puteri Nur Aqmar nampaknya suka kalau saya telefon. Dia mesra dengan saya. Tapi yang kedua dan ketiga tu, mungkin dia orang masih tak faham. Bila bercakap pun macam hendak tak nak saja.

“Saya tak salahkan mereka sebab mereka jauh. Bila sudah lama tak berjumpa, macam-macam boleh jadi.

“Sekarang pun kalau nak bercakap kena banyak guna bahasa Inggeris kerana mereka agak kurang fasih berbahasa Melayu.

“Cuma saya harap mereka tidak lupa mengucap dua kalimah syahadah dan mempunyai pegangan agama sebagai seorang Islam,” katanya. Mahu mengubat rindu kepada anak- anaknya, Lan berhasrat untuk menemui mereka di England pada tahun ini.

Tetapi sekiranya kunjungan itu tidak disambut dengan baik oleh anak-anak dan isteri, dia berserah kepada takdir Allah. Walaupun hatinya masih berteka-teki bagaimanakah perasaan si isteri dan anak-anaknya di masa depan, Lan tidak mahu persoalan itu mengganggu fikirannya.

Kalaulah mereka masih menerimanya dia bersyukur tetapi jika sebaliknya, apakan daya, dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa. “Saya faham, dekat di mata lagikan boleh berubah apatah lagi kalaujauh. Bila jarang bersua, terpisah sekian lama kita tidak boleh jangkaapa yang akan berlaku,” ujarnya dalam nada sebak.

Iktibar kes Nurin Jazlin
Ketika hatinya berkecamuk dengan cerita sedih ditinggalkan,masyarakat Malaysia kecoh dengan kes kanak-kanak bernama Nurin JazlinJazimin, yang dibunuh kejam kira-kira tiga tahun lalu. Hati siapa yang tidak sedih dengan peristiwa itu walaupun kisah malang tersebut berlaku pada orang lain.

Kerana amat merindui anaknya itu, Lan mengambil peluang menyertai sembahyang jenazah Allahyarham di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Ketika itu, satu kekuatan hadir dalam dirinya membuatkan perasaan sayu diatasi apabila dia melihat kuatnya semangat ayah kanak-kanak itu. Ujar Lan, kalau ibu bapa arwah adik Nurin kelihatan tenang dengandugaan apabila anak tercinta mati dibunuh, ujian dalam dirinya tidaklahsehebat itu.

“Kerana pengalaman itulah hati saya jadi kuat. Semangat saya bangunsemula. Sebelum itu, saya tidak boleh melelapkan mata kerana anak-anak.Tapi bila difikir-fikirkan sehebat mana ujian hidup kita itu, ada orangyang lebih teruk dilanda masalah.

“Syukurlah kerana Allah menggerakkan hati dan perasaan untuk sayamenziarahi jenazah adik Nurin yang akhirnya membuatkan saya mampu mengawal keadaan, dapat semangat semula,” katanya.

Tidak ceraikan isteri

Mengakui cinta terhadap isterinya tetap tidak berubah kerana dia seorang yang setia pada ikatan perkahwinan, Lan tidak pernah sekalipun terdetik untuk menceraikan Marcella walaupun jiwanya menderita ditinggalkan sekian lama. Nyata kasih sayangnya masih tebal dan utuh buat wanita yang berjaya mencuri hati remajanya suatu ketika dulu. Rasa kasih itu tidak pernah padam sementelah wanita itu jugalah yang mengandung dan melahirkan ketiga-tiga zuriatnya.

Tetapi dalam masa yang sama, dia akur seandainya sekian lama tidak bertemu, barangkali cinta hati isterinya itu sudah pudar. Ketika Marcella dan anak-anak tinggal di kota besar dan mewah, kudus cinta Lan barangkali sudah menjadi sejarah. “Saya tahu saya kurang pada harta tetapi istimewanya saya ini ialah seorang yang setia terhadap isteri. Saya masih mengharap agar semua akan menjadi pulih seperti sediakala” katanya.

Ditakdirkan si isteri tidak mahu menerima Lan sebagai suami lagi, lelaki ini reda dengan ketentuan itu.

Tapi ujar Lan, kasih terhadap Marcella tetap utuh dan seandainyasuatu hari nanti ketika usianya sudah lanjut, dia akan tetap menerimaMarcella jika terbit cinta baru di hati wanita itu.

“Apa juga yang berlaku kepada kami selepas ini, cuma satu harapan saya. Semoga cinta Marcella dan anak-anak kepada Islam tidak akan pudar,” katanya menoktahkan bicara.

***********************************************************************************

p/s : Terharu mengenangkan kerinduan seorang suami terhadap isteri yang kini entahkan masih setia atau tidak....dan anak-anak yang entah masih kenal ayah mereka atau telah lama melupakan..

Wahai Marcella..kembalikanlah semula CINTA YANG HILANG...



Share/Bookmark

14 comments:

piewahid said...

pernah terbaca ugak briter ni baru2 ni. tapi ini cerita versi lan, kan..

bukan nak menyalahkan sesiapa tetapi rasanya payah si isteri nak meninggalkan suami walau sesusah manapun keadaan kecuali jika ada alasan2 yang kuat.

(lainlah kalau suami, eh, trase sendiri lah pulak!)

kdg2 sikap kita sendiri dlm waktu2 susah gagal meyakinkan pasangan bahawa yg kita btul2 telah cuba berusaha membaiki diri.

lagi sekali saya tidak bmaksud menyalahkan sesiapa. semoga beliau tabah dan keluarga kembali bersatu.

wallahu a'lam!

a kl citizen said...

ya, dah baca juga tentang Lan ni
setuju ngan piewahid tu.
biasanya si isteri tetap setia walau camana pun
tapi
mungkin yang ini luarbiasa kut

maiyah said...

kehidupan yg pasti akan memberi sejuta cerita

Dunia artis..

zaijb said...

mmm... kesian pulak...

iqbalsyarie said...

menarik kisah ni.jarang2 kot dengar mcmni...moga si lan diberi bantuan oleh Allah utk tetap istiqamah bersabar dan berusaha

Werdah said...

Salam Zai,

pernah terbaca cerita lan ini.. kak yakin setiap kesukaran pasti ada kemudahan.. insyaAllah..

uminas said...

salam Zai..
Pernah baca kisah ni...luahan dari sebelah pihak..tak adil untuk orang lain menghukum.
Sebagai seorang muslim..memintalah pertolongan Allah..dekatkan diri dengan Nya.
Sebagai seorang lelaki..usahakan untuk pergi mencari isteri dan anak anak..jangan satu masa nanti anak anak persalahkan si ayah krn tidak mencari mereka.

piewahid said...

salam zai,
lupa nak bgtau. arini saya buat 1 n3 khas utk menyimpan awards yg sy trima tmasuk dari zai baru2 ni dlm n3 yg btajuk 'my awards' t kasih byk2. sy sgt2 mghargai..:D

wanshah said...

Saya tak pernah baca lagi pasal lan ni kak. tapi dulu waktu kecik2 dulu memang minat gak la dengar lagu dia. :-) kita patut bersyukur bila setiap kali diuji oleh Allah. kerana dia masih sayangkan kita. jika dia sentiasa beri kita kesenangan, nescaya kita boleh lalai dan tersesat dalam nikmat dunia.

http://wanshah87.blogspot.com

Kunang-Kunang said...

Salam Zai,

Sedih pulak baca cerita Lan ni. Itulah adat orang berumahtangga, ada isteri setia, suami kurang, atau suami setia, isteri pula hilang kasih dan sayang bila kewangan mengendur.

Teringat lagi Dahlan Zainudin satu ketika dulu kalau tak silap lagunya ialah "kemiskinan Keluar di Pintu, cinta lari di Jendela", mungkin betul tajuk, tapi maksudnya sama.

Sebenar kerana kesempitan hidup, rumahtangga boleh bergoyang.

ARIFF BUDIMAN BIN ZAINAL ABIDIN said...

Salam zai..manusia pasti diuji. Ujian yang datang pasti ada kebaikannya dihari mendatang

nahmy said...

semoga Allah permudahkan segalanya...lebih2 lg jika ia berkisar tentang sesuatu yg 'baik'...insyaAllah

wanshah said...

Salam. hai kak zai. ada hadiah utk kakzai diblog saya. jemput la datang amik ye. :-)

http://wanshah87.blogspot.com

pakcik said...

cinta yg dasarnya rupa
pasti mengundang gila
dan akhirnya hampa

cinta yang dasarnya harta
pasti mengundang gulana
dan akhirnya entah bila

cinta yang dasarnya tahta
pasti mengundang buta
dan akhirnya amat sengsara

cinta yang dasarnya DIA
pasti mengundang sentosa
dan akhirnya bahagia

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA