Tuesday, March 2, 2010

BENARKAH LELAKI ZAMAN INI SEMAKIN MALAS ???


Salam....

Aku banyak menerima rungutan kawan-kawan tentang sikap suami mereka yang PEMALAS, malahan ada pula kawan-kawan yg lebih malang terpaksa menanggung makan minum teman lelaki atau suami yang tanpa segan silu MALAS bekerja dan ada pula yang gemar bertukar tempat kerja dan majikan dengan alasan yang tidak berapa diketahui..

Masalahnya...benarkah Sindrom lelaki berkeluarga malas bekerja kian menular di negara ini ???

Apa yang menakutkan akan wujud jurang ketara antara lelaki dan wanita dalam soal kerjaya, kepercayaan dan tanggungjawab. fenomena lelaki tidak suka bekerja, manakala wanita pula mengambil alih tugas mereka, sedang menular di kampung-kampung sehingga ada lelaki sanggup menjaga anak di rumah. Sebenarnya perkara seumpama ini telah lama berlaku di beberapa negeri sehinggakan ada wanita terpaksa dilantik sebagai pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kerana calon lelaki menolak tanggungjawab itu sehingga akhirnya diberikan kepada wanita.

Ini adalah merupakan satu fenomena serius apabila wujud kecenderungan lelaki lebih suka duduk di rumah berbanding wanita yang kuat bekerja. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, dibimbangi akan lebih banyak tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepada golongan wanita, sehingga mewujudkan jurang ketara antara lelaki dan wanita dan jika keadaan itu dibiarkan berlarutan, dibimbangi kaum wanita akan memilih untuk hidup membujang selama-lamanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang sepatutnya ditanggung oleh kaum lelaki.


“Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa dosa pertama yang dihitung bagi seorang lelaki ialah dosa mengabaikan nafkah rumah tangga". Ini menjelaskan, bahawa seorang lelaki yang mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarganya adalah berdosa di sisi Islam. Fenomena ini banyak berlaku di kalangan lelaki golongan bawahan yang tinggal di kampung sehinggakan wanita yang berkahwin dengan lelaki berkenaan terpaksa bekerja sebagai penoreh getah bagi menanggung keluarga.


Malah kadang-kadang lebih menyedihkan, ada keluarga yang sanggup memberi duit bulanan kepada anak lelaki mereka yang tidak mahu bekerja, seolah-olah menyokong perbuatan anak mereka itu, yang disara oleh isteri masing-masing. Gejala itu kini sangat serius menyebabkan ada wanita bujang takut untuk berkahwin kerana bimbang mendapat suami yang malas bekerja. Sindrom ini jika dibiarkan boleh menggugat institusi perkahwinan dan kekeluargaan yang sangat-sangat dituntut oleh Islam.


Jadi bagi kawan-kawanku diluar sana...apa pendapat anda ??? Benarkah LELAKI ZAMAN INI SEMAKIN MALAS ??


Share/Bookmark

18 comments:

abu muaz said...

kenapa jadi begini ya?

kenapalah kaum lelaki memalukan aku ?

xiiinam said...

Salam tuan rumah..
Minggu lepas keputusan STPM keluar...dan minggu depan SPM....
Dan kita akan lihat....senarai pelajar terbaik, perempuan melebihi lelaki.


Masa peperiksaan berlangsung....hanya murid lelaki yang berani keluar dari dewan peperiksaan sebaik menulis nama dan angka giliran pada test pad, sedang yang perempuan tekun menjawab hingga tamat...

Itu yang remaja...

Bila dewasa kelak...ahhh..
Maka itulah, kebejatan/kekeliruan institusi keluarga juga semakin menjadi-jadi...

Antara tanda-tanda akhir zaman...kan!

syahbandar87 said...

salam kak..apa yang perlu dipertahankan lagi jika ianya sememangnya benar..mudah2an insaf lah hendaknye

piewahid said...

mmg hakikat tersebut semakin ketara!

a kl citizen said...

assalammualaikum zai

saya kira masalah ini ada sedikit pengaruh dengan cara dibesarkan di rumah

anak2 yang segala persediaan diri disediakan oleh emak/bibik dari kecil lagi ni,
akibatnya sampai ke tua perlukan orang lain menjagakan dirinya...

maiyah said...

mmg amai pun tp ada gak wlau x keje tp rajin urus rmh tngga

Abd Razak said...

Salam...

Sifat manusia ni bermacam-macam dan yang tidak baik itu adalah kelemahan pada asalnya kejadian kita semua. Pun begitu jika manusia itu sentiasa mengawasi kelemahan itu seperti malas dengan melakukan perubahan pada dirinya maka itu adalah sebenarnya lahir dari iman yg ada dlm hatinya. Andaikata disebaliknya maka ianya jauh dari rahmat Allah.

atie said...

Salam Kak Zai...

Ada juga kebenaranya... org lelaki sekarang nie banyak yang berangan nak jadi kaya terus la kak zai usaha... ciput... banyak yg masuk skim cepat kaya kan lelaki... kalau tak silap la kan... sebab pempuan nie selalunya lebih berhati2.... tanda2 akhir zaman agaknya...

atie said...
This comment has been removed by the author.
hai said...

lelaki skrg kalo bleh,nak wat keje senang..tapi nak duit banyak!!

relevan said...

Salam Zai..
Saya rajin..

Riesna Zasly said...

salam kak zai..

dah lali pun dengan sikap lelaki begini...

dah buat cerpen pun ...

tapi percaya tak, lelaki melayu yang byk begini... mintak spedo...

bangsa lain susah nak jumpa... kebykan semua gentlemen

LanaBulu said...

Benarkah kaum wanita sekarang bertambah rajin...???

Werdah said...

Salam Zai,

Kali ni dah kali ke 5 ke ke 6 nak komen, akhirnya jadi spt ini:

Mengikut ustaz dr hj juanda mufti perlis, dalam MM kelauaran disember januari 20008. kita org2 perempuan ni jgn bagi muka sangat kepada org lelaki ni, jika pun kita ni superwoman bila berhadapan lelaki yg pemalas mcm ni, jgn biarkan dia org buli. kita jgn tunjukkan kita boleh buat semua, walaupun kita diberi pahala jika kita ikhlas namun kita seolah2 membiarkan lelaki mcm ni merendah2kan syariat Islam. Macam kasar lah pulak ayat kak ni.

maaf ya Zai, ramai lelaki mcm ni sejak dulu hingga sekarang. dulu2 tak ada kursus perkahwinan kira ok lah juga jika lelaki berperangai mcm ni, tetapi sekarang berkursus..

Maaf ya bagi para suami, ramai juga lelaki yang bertanggungjawab, ramai kak temui, bila isteri ke dapur dia turut ke dapur, bila anak berak dia cuci dan pakaikan lampin. Jadi apa salahnya jika sama-sama bertolak ansur, lebih2 lagi wanita dikatakan dp unsur yg lemah, kenapa nak dilemahkan lagi.

Yg lebih penting destinasi terakhir kita kan.. husnul khotimah dan syurga menanti.

Wassalam

Ummi Humaira said...

salam Zai..

lama tak bertegur sapa kan...

mungkin lelaki gitu hanya segelintir jer kot , yg tak bertanggungjawab la tu .

Kunang-Kunang said...

Susah nak cakap, sebab rasanya masih banyak lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan rumahtangga mereka.

Tapi rasanya fenomena ini tak bolehlah dibiarkan, nanti makin merebakkan.

nahmy said...

mungkin juga. tp mungkin
'kemalasan' itu bersebab....cuma klu sbbnya tak masuk akal maka mmg silelaki itu malas tahap maksima le tuh...

Anonymous said...

Malang rasanya nasib....dpt suami yg super pmlas,kerja mkn tido...smua bnda isteri yg kna buat

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA