Thursday, August 6, 2009

AKU DAH LETIH BEKERJA..




Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

> Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
> 1.7 juta darinya sudah bersara.
> Jadi tinggal 21.3 juta orang.
> 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
> Jadi tinggal 20 juta orang.
> Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).
> Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
> Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
> Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
> Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
> Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
> Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja,
> surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
>Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
>Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
>Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....
> Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.

> Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
> Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...
> Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...
>Mana aku tak letih!!
> Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

> P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
> Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak ????

Saja..nak release tension...jangan maree erk....gurau jer tu...


Share/Bookmark

31 comments:

Unknown said...

fuh - menariknya fakta ini..
saya termasuk dalam sorang tu.
duduk depan kmputer...
saya sedang berkerja sekarang...

Anonymous said...

Warganegara haram yang ada IC & PATI belum kira lagi!

Cik Skaf said...

ekekekek.. lawak lah entry ini. terhibur petang2 hari membacanya. Salam Nisfu Syaaban kak zai.

Maiyah said...

kweng.. kweng.. kweng, sori ek, wat keje sorang2.. takpe saya bleh tulun.. tulun dok depan tenet negok keje kak zai.. heeee

Dearie Pearls said...

salam kak..
aiseh..
terkena penampar wajah LOL.
Haha...
dah..
dah..
nak buat kej adah nie..
hehe..

adeh..
insaf..

Tirana said...

hehehe..saya duduk depan komputer sebab nak baca apa yang Zai tulis ni.. Karang tak ada pulak orang nak baca... Apakah ini boleh dianggap satu kerja..?

Keri AlHaj said...

ehhhh... saya bukak intenet dah tgh2 malam buta tunggu masa nak tido. mana ada org buat kerja dah masa tu... (ada!! tu yg kerja kat 7eleven tu)...

hai said...

ooo..saya termasuk kategori yang 2.7 juta tu..tapi biasanya saya boleh je dok depan komputer sambil...ikan saya tgh dalam kuali tu!!

Kakcik Seroja said...

iye..iye.. dah betul la sangat tuuuuuuu ... kihkihkih.... :)

Hanisham Ab Halim said...

Hahhahaha.. lawak-lawak....

ASYIQ said...

Isy...orang yg tengah taip entry pun wat keje juga ke?? Hihi....

Saya sokong kak Tirana...tolong baca entry zai pun kira buat keje gak...kalau idak tak meriah dunia blogger kita..haha.

Suka ngan lawak berfakta ni....

Gambar tu...belum berkata2 lagi sy dah senyum! Lawak juga tu...dia wat keje lawak la tu...

abu muaz said...

Maaf surirumah orang yang sangat kuat bekerja bukan kategori orang tidak bekerja. Bukan 24jam oooiiii......tetapi 25jam. Orang yg tak pernah jadi surirumah sepenuhmasa tak mungkin faham kerjanya atau buat-buat tak faham. Maaf ya kalau menganggu perasaan.

Abd Razak said...

Salam kak zai...

Sesekali akak buat lawak...leh nampak kat screen pc ni putih jer gigi saya ketika ketawa...hihi

Guru said...

hahaha...

> Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.

ni... termasuk saya lah ni...

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
sedikit info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. sila
klik disini.

kak.. nak sy tolong buangkan window roaming ni x? contact ym sy kak.. insyaAllah sy cuba terangkan mcmana nnt. rubber_tapperz@yahoo.com

i love you full.. ha..ha..ha..ha...ha..

Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
wassalam

zai said...

Salam Jinggo...

Saya memang tahu anda sedang bekerja tu..hmm teruskan kerja anda menaip entri2 yg bagus..

zai said...

Salam Zaidi...

Eh ye tak ye kan..warganegara PATI & IC tak citer lah plak kan..hmmm..diaorang pun dah berapa juta kat Malaysia nie. ada yg lebih kaya dari orang malaysia pun..

zai said...

Salam Cik Skaf,

Salam Belated Nisfu Syaaban..hmm..sekejap jer masa berlalu kan..kak zai rasa tak sabar nak menyambut Ramadhan..semoga kita semua dapat meningkatkan amal stp masa...

zai said...

Salam Maiyah...

Baca blog zai pun keje jugak tu hehehe..

zai said...

Hi LoL..
Mesti LoL pun sedang buat kerja tu..kalau LoL tak gerakkan jari kepapan keyboard dan tekan mouse kesana kemari tak nampakle apa yang kak zai tulis tukan..so kejelah jugak tu kan hehehe

zai said...

Salam Tirana..

hmm..good question..hmm..kalau duduk saja tak menekan apa2 kat komputer tu maknanya mmg tak buat kerja tapi kalau kena gerakkan juga jari tu..kerja jugaklah tu..

zai said...

Salam Chime...

Patutla susah sangat nak online tengah malam nie..chime punya keje lah nikan selalu buat traffic jem..satu etika yang bagus..buka internet masa oranglain dah tido..hehehe..akak tabikla kat chime sbb akak jarang bebeno stayback sampai midnight.

zai said...

Salam Hai...

Hehehe...satu pendekatan yang bagus..two in one..selalunya ibu2 macam tulah kan..boleh buat 2,3 keja dalam satu masa...jangan sampai hangus ikan kat dalam kuali dah lah ye..

zai said...

Salam Kak Cik..

Sesekali kena release tension gak kan..hihihi

zai said...

Salam Echam...

hahahaha..tu dia aih..gelak besar nampak..sampai akak boleh nampak anak tekak echam...hehehe sabo ajelah..dik oiii

zai said...

Salam Asyiq..

hmm..betul sangat2 kalau tak der korang komen kat blog zai nie..mmg dah tak meriah dah..sunyi dan sepi dan terpaksalah gelak sorang2..dan komen sorang2 dan baca sorang2...trm kasih..

zai said...

Salam Abu Muaz..

Mmg benar tu..surirumah adalah pekerja tak berbayar yang plg innovatif, kreatif dan cemerlang..sbb tulah disenaraikan antara pekerja yang betul2 buat kerja..

zai said...

Salam Razak..

Patutla masa on9..akak ternampak barisan gigi putih bersih kat depan PC tu..iklan gigi razak rupa2nya hehehe...

zai said...

Salam Teacher..

hehehe..nasib Teacher tak marah lak cakap org keje gomen tak buat keje..nak tau sebabnya sbb zai tgk sampai kat letterhead surat Mahkamah pun terpaksa tulis "BUAT KERJA"..harap2 ia beri kesan yang mendalam kpd mereka yang suka curi tulang tu..

zai said...

Salam BS..

Ok dik, trm kasih banyak atas nasihat yang sangat berguna..nanti akak YM adik secepat mungkin k..tapi harap2 takder service charge erk...

Relevan said...

Masa muda kwn pernah buat mcm2 kerja..kontrek/motong getoh/gali lubang/..tak boleh nak letih2 kerja demi kehidupan..skrg dapat kerja tak menghempaskan tulang empat kerat..tapi duk banyak perah otak..habis guana..? he..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA