Friday, August 14, 2009

MASIH TERKENANG-KENANG

Mmg sukar untuk menjadi yang terbaik walaupun kita telah melakukan yang terbaik. Tidak mudah bagi seorang perempuan utk menjadi isteri "superwoman" yang dapat melakukan segala2nya dalam satu masa..apatahlagi bagi wanita yang berkerjaya sptku..kadang2 sebaik sampai kerumah belum sempat menukar baju telah terkejar-kejar masuk ke dapur mencapai penyapu menyapu lantai rumah yang bersepah kerana seharian ditinggalkan, memungut kain baju yang berselerakan dengan baju anak2 disana sini, mengangkat kain diampaian dan kemudian melipatnya dan mendengar suara anak2 yang meminta itu dan ini...dan melihat jam waktu solat sudah hampir kehabisan, terkejar2 pula untuk sembahyang dan kemudian kembali lagi kedapur untuk memasak bagi hidangan masakan malam...MasyaAllah kadang2 rasa tak tertanggung letihnya untuk memikul semua tanggungjawap ini..

Inilah yang berlaku kepadaku seharian semenjak aku tidak lagi memakai pembantu rumah. Aku dan suami mengambil kata sepakat untuk tidak lagi memakai khidmat pembantu rumah selepas pembantu aku yang terakhir pulang berhari raya dan tidak kembali lagi..rasa2nya sudah penat melayan orang indon ini yang terkadang apabila mendapat majikan yang baik tak tahu pula untuk berterima kasih...Walaupun begitu aku tetap bernasib baik kerana mendapat pembantu rumah yang baik2 belaka dan tidak panjang tangan cuma yang terakhir itu yang paling kusayangi kerana hubungan kami tak ubah seperti sahabat tapi semuanya salah aku juga kerana terlalu sayang sehingga terlalu percayakannya sehingga memberi kesemua wang gaji utk dibawanya pulang dan kemudian ku hadiahkan lagi sepasang subang emas, blender, periuk nasi, sebuah oven pembakar kek dan 6 kotak kain baju baru2 yg tak laku dijual oleh ibuku dipasar malam..Dia mungkin pulang sebagai seorang jutawan disana dan tinggallah aku menjadi tidak ketahuan disini...Aku tahu "ibu maisarah" pembantuku mempunyai anak2 yang sering menyusahkannya. Sering menalipon meminta beliau mengirim wang walaupun anak2nya semua telah bekerja dan berkahwin..dan aku percaya anak2nya yg telah menghasut beliau utk tidak lagi datang ke Malaysia setelah pulang berhariraya 3 tahun yg lalu al-maklumla sudah pulang dengan berjuta2 rupiah dan barang2 elektrik yang banyak..tak cukup dengan itu aku hadiahkan lagi pula 6 kilo Milo utk dibawanya pulang ke Indon kerana katanya di indon tidak ada Milo..

Allah itu Maha Kaya dan Maha Mendengar..pembantuku pulang ketika aku sarat mengandungkan anak aku yang ke 5. Aku masih ingat ketika suamiku menunggu untuk mengambilnya dari jeti pelabuhan 3 tahun yang lalu..Penantian kami semenjak dari pukul 6 petang sehingga 11 malam krn menyangka beliau akan kembali spt menunggu bulan jatuh keriba.dari jam ke jam dan akhirnya aku menangis terisak2 apabila menyedari dia tidak muncul dipelabuhan di hari yang dijanjikan..Hatiku terasa sayu mengenangkan keadaanku yang sedang sarat mengandung dan tergamak dia menganiayaku dengan berjanji utk kembali tetapi sebaliknya hanya menipu. Dan semenjak pada malam itu aku sering bangun bermunajat kepada Allah pada waktu tengah malam memohon petunjuk adakah kepulangannya tidak kembali lagi atas kesalahan dan dosa2ku kepadanya. Dan aku juga memohon agar Allah memberi petunjuk seandainya aku berlaku kejam kepadanya.

Allah itu sesungguhnya Maha Kaya dan Maha Mendengar doa hamba2nya yang teraniaya..genap 2 tahun dia pulang tak kembali. Tiba2 satu hari aku menerima panggilan darinya. Dia memberitahu dia berada di Malaysia dan kini bekerja dengan sebuah keluarga isterinya Cina, suaminya Melayu tetapi beliau telah disiksa dan dicaci nista oleh Majikannya dan dipaksa buat macam kerja2. Dia juga beberapa kali memohon maaf kepadaku di atas perbuatannya dan menyesali tindakannya terhadapku dulu. Dalam sedu sedan dan tangisan yg terhenti2 aku turut bertanya kenapa beliau tergamak melakukan sebegitu kepadaku dulu sedangkan apakah dosaku kepadanya. Dia meraung sebaik sahaja aku berkata begitu dengan mengatakan aku langsung tidak berdosa dan sebenarnya adalah majikan yang terlalu baik dan dialah yang menganiayaku. Dia berkali2 memohon dan merayu agar aku datang menebusnya dari majikannya yang baru dan berjanji utk menebus kembali kesalahannya kepadaku.

Tapi hatiku telah berbekas, walaupun aku telah memaafkannya tetapi sukar utk melupakan kesan perbuatannya kepadaku dulu. Aku katakan kepadanya aku tidak berdaya utk membantunya kerana ia diluar kuasaku dan memintanya berterus terang dengan majikannya menyuruh mereka menghantarnya pulang atau diberikan kembali kepada ajen. Aku yakin majikannya bukanlah majikan yang baik kerana sesungguhnya sewaktu "Ibu Maisarah" tinggal bersamaku beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sekali, rumahku sentiasa kemas dan susah hendak melihat habuk disana-sini dan kain bajuku, suami dan anak2 sentiasa terlipat kemas. Ibu maisarah juga tidak kedekut berbelanja dengan wang saku yang terkadang diberi oleh ibubapaku dan/atau saudara mara yang sukakan kerajinannya itu. Sebagai balasan diatas segala kebaikannya kepadaku. Kemana saja aku bercuti, dia tidak pernah kutinggalkan dan kubawa bersama-sama dan aku dapat merasakan betapa seronoknya dia menikmati percutian bersama kami kerana kalau di Indon pasti dia tidak mungkin dapat merasa berjalan-jalan kesana kemari..Percayakah kalian kalau aku katakan harga pakaiannya, tudungnya dan kasutnya sama nilai dengan harga pakaian, tudung2 dan kasut2 yang kupakai..Aku tidak pernah membezakan dia antara majikan dan pembantu..dan kerana itulah hatiku sangat berbekas kerana kehilangannya dulu..

Semenjak itu aku tidak lagi mendengar berita mengenainya. Hidup ini tetap perlu diteruskan dan akulah kini BIBIK yang baru utk anak2ku..Mmg agak perit utk membuat segala2nya seorang diri walaupun sesekali dibantu oleh suami dan anak2 tapi terkadang aku kalah juga dgn airmata ini..terasa sedih kerana terlalu letih kerana terpaksa membahagikan masa antara kerjaya dan rumahtangga apatah lagi suamiku pula mmg tidak suka makan makanan diluar. Letih macamnpun aku tetap harus pulang memasak kerana walaupun suamiku tidak pernah menyuruh dan memaksaku utk memasak tapi aku pula yang kesian apabila melihatnya dlm keadaan letih ketika pulang bekerja terpaksa pula memasak kerana aku tidak memasak.

Tetapi apabila kukenangkan kembali pengorbanan Fatimah r.a. yang kehidupannya yg sangat susah bersama saiyidatina Ali r.a, serta Aisyah dan Siti Khadijah isteri rasulullah yang lebih berat pengorbanan mereka ketika bersama Rasulullah, hatiku kembali terhibur. Barulah aku tersedar, apa sangatlah bebanan yang kutanggung jika dibandingkan dengan anak dan isteri2 Rasulullah SAW yg lebih dahsyat pengorbanan mereka membantu perjuangan Rasullullah.

Apapun..aku terasa sedikit ringan kerana meluahkannya dientri ini...Maaf ye walaupun kalian tak sudi mendengarnya dan cerita ini sebuah cerita yang boring dan biasa bagi sesetengah orang tapi aku rasa lega kerana masih ada yang sudi membacanya...terima kasih kerana sudi menjadi pembaca yang setia dan meninggalkan komen kepada Bibik..





Share/Bookmark

46 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Salam Kak Zai,

Besarnyer pengorbanan seorang Isteri dan Ibu ni....

Dearie Pearls said...

huh...
baru membacanya dah terasa penat.. apa lagi jika mengalaminya.
Syabas buat akak..

Dan kepada pembantu itu, kenapalh kau sakiti hati kak zai?

Secara keseluruhannya, n3 akak ni tidak membosankan dan tak panjang. Telah dibaca dengan jayanya oleh LoL.

Werdah said...

salam Zai,

Kdg2 betul juga pepatah mengatakan buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali.. tapi kita disuruh berbuat baik dan kita selalu ikhlas buat baik akhirnya terjadi seperti ini.

bc cerita zai ini ada juga persamaan dgn kejadian yang menimpa kak.. tapi kes kak lain, pembantu pun bukan orang seberang.. kak buat dia macam adik sendiri apa yang kak pakai kak beli untuknya baju sama mahal macam kita tp.. sukar juga nak tulis di sini.. akhirnya sejak itu kak tak pakai org gaji lagi anak2 hantar nursery dan semua kerja buat sendiri.. berlaku pun ketika kak mengandung anak kelima juga..

w/b/pun bersabarlah ya.. setiap sesuatu yg berlaku tu ada hikmahnya, anggaplah itu sebagai ujian selagi kita hidup.

AzMaslenda said...

Kak Zai..

sesape jek yang dah bergelar isteri.. ni lah kerjanya hari2. tapi kita ikhlaskan. Sian isteri yang kena "fitnah" dek suami semata2 nak kan gurl lain. Siap cakap lagi "bini" tak pernah masak ler, tak jaga pakaian laki ler, bini bukan yang de best.. lagi haru bila cakap gurl lain adalah yang de best forever dalam hidupnya. Abis "bini" yang ikhlas melakukan rutin harian ni apa? Kuli ke? hu hu hu.. sadis sadis sadis

Dida... said...

Salam Kak..

InsyaAllah.. takpe kak.. bibik pun bibik la... besar ganjarannya di sisi Allah nanti.. penat lelah akak nanti akan terbayar di syurga nanti yg penting akak ikhlas melakukannya...

Kakcik Seroja said...

Salam Zai...

membaca kerenah BIBIK.. hmmmmm.. mcm yg pernah kakcik ceritakan di blog kakcik... dibuat baik mcmn pun, akhirnya kita juga yang makan hati...

cerita2 yg beginilah, yg membuatkan pintu hati kakcik tak pernah terbuka untuk punya BIBIK....

Cik Skaf said...

Salam kak zai. Besar pengorbanan isteri dan ibu. Saya mmg selalu kagum dgn isteri/ibu2 yg bekerjaya ini. Tanpa pembantu rumah lagi. Saya yg tidak punya "sesapa untuk dihadap" ni pun bila pulang ke rumah dr bekerja, selalu keletihan, mau memasak utk mkn sendiri pun terasa malas. Syabas utk isteri/ibu bekerjaya yg tak pernah culas jlnkan tnggungjawab. InsyaAllah keikhlasan akan Allah balas di dunia dan di akhirat sana. Di dunia terbalas dengan kesetian suami dan kejayaan anak2. Di akhirat terbalas dgn syurga Allah. InsyaAllah.

Sofia said...

Hehe, akak bkn bibik separuh masa, akak ialah ibu n isteri mithali :)

Bapak said...

Kak Zai,

Bapak rasalah bibik Kak Zai bisnes air milo kat indon, maklumlah dpt 6 kg milo..dah abis milo tue, keje balik kat malaysia..hehee

takpelah kak, semua kejadian ada hikmahnya. alhamdulillah banyak pahala Kak Zai kumpul menguruskan rumah tangga sejak 3 tahun lalu pas kes itu terjadi

Ariff Budiman said...

Salam zai
Syurgalah tempat mereka yang taat akan perintah Allah dan suami. Apa yang mereka buat adalah ikhlas belaka. Zai letih didunia tetapi diakhirat insyaallah zai akan bahagia. Dunia pun bahagia no cuma letih saja.

Abd Razak said...

Salam kak zai...

Sungguh besar pengorbanan akak kepada keluarga...

Moga Allah membalasnya dengan kebaikan yang byk

almuna said...

zai, lebih kurang samalah cerita kita...cuma akak tak pernah ada bibik. memang letih tak usah nak kira. cuma suami akak tak kisah kalau kadang2 kami beli pizza ke apa ke masa malas masak sebab penat.
weekend akak suruh orang datang kemas rumah iron baju.. ada le lega sikit....
syabas buat zai...may allah reward u.

Guru said...

mungkin ditakdirkan Allah begini kerana ingin memberi peluang pada zai utk mendapat pahala yang lebih dariNya...setiap kali kita memasak , mengemas kerana Allah untuk keluarga kita pasti pahalanya terlalu besar kan...
tapi menangis kerana penat tak apa...
itu cuma luahan sahaja, bukannya penyesalan.. kalau tidak bibik tu la yang kutip pahala setiap hari...

pecinta_Islam said...

bibik pun bibik la..klu akak nk tau pahala seorang perempuan ni terlampau bnyk hnya duk kt umh je sbgi seorng istri..bwt semua kje suri rmh dh dikira ibadah.mksdnye istri bkn cam suami..kne cr nafkah,kne berjuang,berjihad dan bnyk lg la yg ptt dibuat suami..tp kalau seorng perempuan yg bernama istri sdh memadai dia menjaga makan minum suami dan anak2 dan bwt apa yg istri wajib bwt tuk suami dh ckp besar sngt2 dh ganjaran pahalanya

Maiyah said...

salam.. baru2 mak ada bik pembantu umah tapi dia keje sehari jer.. sebab terdesak perlukan pembantu.. bik jer yg takde permit baru sampai.. dia keje lak kat umah belakang tapi berhenti jugak, pelik betul.. padahal majikan yg dia dapat adalah baik.. dengar kata dia nak cari calon suami Malaysia.. haaa sapa lah yg kene gak nyer

Tirana said...

Zai...saya memang tak pernah ada pembantu rumah.. Semua kerja saya buat sendiri..dan faham sangat bila Zai kata letih. Kadang-kadang boleh keluar airmata kalau dah terlampau letih sangat.. Jangan paksa diri..buat sekadar yang kita termampu..maksud saya kerja2 rumah tu...

Relevan said...

Tahniah Zai..yang terbaik dari yang terbaik..

Keri AlHaj said...

salam kak...

begitulah manusia. mana pernah puas dgn apa yg ada. Dia mewah hidup dgn akak, mungkin dia mahu kemewahan yg lebih-lebih lagi, mungkin menyangka majikan baru dia tu akan beri lebih kemewahan... tapi berani ambik risiko, kenalah berani tanggung akibat dia...

see - ada hikmahnyakan. org gaji tu pergi, memanglah memenatkan akak...tapi dah beri akak peluang untk berbakti dgn lebih byk pd suami dgn anak2 kan... haaaa, kan dah ada kesempatan nak kumpul pahala byk2 tuu....

hai said...

salam zai,
Itulah kan...memang menyakitkan..bila orang mengambil kesempatan atas kebaikan yang diberikan..Apa2 pun tahniah kerana Zai tabah menghadapinya...

Unknown said...

Salam kak..
Syahdu betul baca n3 akak ni..
Syurgalah tempat akak nanti..
Kepada BIBIK tu..mungkin anda senang buat begitu didunia..diakhirat esok belum tahu...
Sabar ye kak Zai

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam kak zai..
kesian kak za.. xperla kak zai.. mgkin sbg ujian dr Allah..
huhu.. sy duk sorg ni pun susah gak.. lg cam akk ni.. dah ada byk anak kan..
tp xper.. insAllah berkat kesabaran akak.. semuanya ada ganjaran yg besar dr Allah.. insAllah

uminas said...

Salam Zai..
Cerita Zai lebih kurang macam kisah yang terjadi pada teman uminas..Tapi lebih menarik cos bibiknya lari tinggalkan dompet,wang gaji dan pasport. Pastu boleh telefon suami teman tu suruh poskan semuanya pada dia..alahai..macam2 crita..
Nak cakap lebih2 pasal indon tak leh cos biras uminaspun orang indon..hehe..tapi dijamin baik punya..

zai said...

Salam Echam,

Trima kasih sbb memahami..so hargailah isteri seadanya dan kalau boleh tu ringan2 tulang sikit k..jangan ringan tangan pulak...hehehe..gurau jer

zai said...

Hi LoL..

Thanks for your concern..rasa2nya LoL pasti seorang anak yang bertanggungjawap kan..so kena rajin2 tolong mama kat umah tau..

zai said...

Salam Kak Werdah..

Itulah kak..orang indon atau orang malaysia sbnrnya sama jer..kalau dah lupa diri tu mmg tak leh nak buat apa kak...tapi tak semua mcm tukan..nasibla kan..apapun zai tetap redha dengan apa yang telah berlaku..spt kata akak pasti ada hikmah disebaliknya..

zai said...

Salam AzMas...

Mmg benar tu..Mgkn ada suami yg kurang prihatin terhadap peranan isteri kat rumah agaknya..mungkin mereka fikir tugas is teri tu mudah..tambah2 yang tak bekerja..ramai yg mengadu tidak dihargai oleh suami. tak sama layanan thdp mereka spt isteri yg berkerjaya..dan banyak yang berakhir dgn kecurangan lantaran suami krg prihatin thdp tugas dan peranan sbnr srg isteri.

apapun mgkin ini antara ujian dan cabaran bagi seorang isteri utk mendapat pahala walaupun nampak mudah bagi sesetengah orang tapi sbnrnya sukar klu kita tidak betul2 beristiqamah dan sabar.

zai said...

Salam Dida..

Itulah yg diharapkan moga2 tugas dan peranan kita sbg isteri tidak sahaja dihargai oleh suami dan keluarga tetapi juga mendapat ganjaran yang sebaiknya dari Allah SWT.

zai said...

Salam Kak Cik..

Rasa kagum dengan kak cik kerana tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah..pasti kak cik super mom..

Zai dulu tpksa ambil krn tak berdaya menjaga anak kembar tambah2 dengn kos pengasuh yg berganda..

Tapi semua susah senang ketika ada dan tiada pembantu telah dilalui dan rasa2nya sekarang walaupun penat jiwa lebih tenang kerana tak perlu lagi sakit jiwa memikirkan kerenah pembantu..

zai said...

Salam Skaf..

Terima kasih atas doa skaf tu..sejuk hati kak zai..Moga2 jasa2 semua isteri dan ibu mendapat sebesar2 ganjaran disisi Allah dan semoga skaf juga akan dikurniakan seorang suami yang terbaik antara yg terbaik suatu hari nanti...insyaAllah..

zai said...

Salam Sofia..

Bertuahnya akak kalau sofialah anak kandung akak yg mendoakan spt itu ..

Thanks dik .. i love u too :)

zai said...

Salam Bapak..


Hehehe...Milo 6 kilo bawak balik tu boleh buat bisnes ke dik ?

Bila baca blog Bapak..kak zai dapat rasakan Bapak adalah srg suami dan bapa yg penyayang pastinya Bapa juga menghargai jasa2 dan pengorbanan srg isteri..teruskan berkasih sayang dan kak zai harap rumahtangga bapak juga akan berkekalan sehingga kehujung nyawa..

zai said...

Salam En Ariff Budiman...

Zai masih berusaha buat yg terbaik walaupun sedar diri ini masih tidak sempurna..

Terima kasih atas doa..Ameen...Moga2 sedikit penatlelah didunia ini walaupun tidak terbanding dengan penat lelah dan pengorbanan Siti Fatimah ra, Aisyah ra dan Siti Khadijah ra..ttp berharap suami dan Allah redha..

zai said...

Salam kak almuna...

Trm kasih kerana berkunjung dan tinggalkan komen..maaf yer kak kalau sblm ni pernah beri komen tapi zai tak perasan..

Dulu ingat nak ambil juga orang membantu masa hari minggu tapi lps difikirkan kembali msh boleh melakukannya bersendirian digagahi juga..bagus juga untuk exercise sesekali sbb anak2 zai masih kecil takut penat orang yang nak membantu sbb diaorang asyik nak buat sepah jer..tapi kak muna mmg worksmart..good idea.. !!!

zai said...

Salam Razak..

hehehe..sbnrnya tak lah besar sgt pengorbanan akak tu..akak jer yg rasa penat sangat kadang2 kot..mgkin sbb anak2 masih kecil..dah besar nanti moga2 dah berkurang tekanan kerja tu sbb dah ramai yg membantu..

Trm kasih jua atas doa..ameen..

zai said...

Salam Teacher..

Mmg benar tu..kalau buat dengan keluh kesah dan tak iklas..alamatnya bibik yg lama tulah yang dapat pahala...

zai said...

Salam Dik Syahbandar...

Wah..kagum akak dengan pengetahuan adik tntg jasa dan pengorbanan dan srg isteri dan ibu..mcm dah buat persediaan jer ni..dah ada calon ke dik ?

Apappun thanks dik atas kata2 nasihat tu..akak really appreciate..Mmg benar dik wanita ni senang dapat pahala tapi senang juga dapat dosa tambah2 kalau buat dgn hati yg tak iklas..

Moga setiap pengorbanan dan jasa yg ditaburkan mendapat ganjaran sebaiknya disisi Allah SWT.

zai said...

Salam Maiyah..

Itulah..kadang2 yang datang ke Malaysia ni sbnrnya bukan iklas nak bekerja sbg pembantu. ada pula yang berniat utk lepas dari indon jer..sbb tu ramai yg datang akhirnya buat hal dan ada yg lari dari majikan walaupun majikan srg yg baik..

tak mengapalah.Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui dan Dia lebih tahu apa yg terbaik buat hamba2nya..stp yg berlaku pasti ada hikmahnya dan kita harus melihatnya dari sdt positif.

zai said...

Salam Tirana...

Zai rasa Tirana adalah one of the superwoman tu sbb berjaya istiqomah tanpa pernah ambil srg pembantu pun..

Apapun benar spt kata Tirana..buat sekadar yg terdaya tapi itulah zai pula jenis tak boleh tgk rumah berselerak sikit mulalah naik tension.

Mgkin selepas ni kena buat2 bertenang dan fikir dlm N3 Tirana berkenaan perkara ini juga..bahawa kita harus bersyukur apabila melihat rumah bersepah bermakna kita masih ada insan2 yang disayangi disekeliling kita...rasa2nya tak boleh bayangkan hidup tanpa mereka..

zai said...

Salam Relevan..

Trima kasih..alangkah indahnya kalau perkataan itu keluar dari mulut suami zai..tapi dia srg yg praktikal dan logik..so dia ckp perkataan mcm ni tak perlu diucap tapi perlu diluahkan dengan perbuatan dan bukan kata2..hmm..lain padang lain belalang kan..??? Mungkin benar pada pendapat dia tapi oranglain berpandangan sebaliknya.

zai said...

Salam Chime..

Akak rasa ada benarnya kata2 chime tu..mgkin dia rasa tak berbaloi dengan gaji RM400 yang akak bayar dan mgkin menyangka ada majikan yg lbh baik dari akak..

Apappun benar kata2 chime..mgkin inilah peluang utk akak mendapat pahala yg lebih..tapi sejak tak der pembantu tu akak ni dah jadi mcm komando jer asyik nak menjerit kat anak2 jer..itu yg rasa tak berapa nak berkenan tu tapi apa nak buat seme emak ni mmg mcm tu kan.suka membebel..

zai said...

Salam hai..

Agak2nya inilah rona2 kehidupan yang terpaksa dilalui bukan oleh zai sorang jer seme isteri harus melaluinya kecuali mereka yg bernasib baik dpt pembantu yang baik2 dan setia..mcm kak pah Tadika Aulad...

zai said...

Salam Zawal...

Komen2 zawal kat N3 kak zai always very touching.. Kak zai rasa Zawal pasti seorang suami yang very understanding, concern dan bertanggungjawap...

Semoga Zawal juga srg suami yang loving dan understanding..kak zai doakan rumahtangga zawal kekal bahagia selamanya.

zai said...

Salam NorulLisza...

hehehe..kak zai mmg mcm nielah selalu Norul...kadang2 tu rasa dekat sangat dengan kawan2 blogger semua..bila dah terluah apa isi dihati terasa lega sedikit bebanan tu..

zai said...

Salam Uminas...

hehehe..kelakar giler cite uminas tu..mesti dia ingat majikan tu bodoh bendul macam dia tu...

terfikir balik zai nilah majikan lurus bendul terlalu mendengar cakap pembantu..kadang2 terlupa pula siapa majikan dan siapa pembantu..

abu muaz said...

Sebenarnya bibik yang dulu tu memberikan ruang untuk pn. zai menambah pahala bahkan mendapat bonus lagi. Menjadi isteri sepenuh masa dan sentiasa berada ditengah keperluan anak anak dan suami adalah pahala percuma dari Allah untuk seorang isteri,.... soalnya kini ramai isteri tak memahami erti taat pada suami. maaf ya bukan bermaksud untuk menyinggung sesiapa.Saya yg dah hampir separuh abad ni pun kalau tiada isteri dirumah rasa ada sesuatu yg tak lengkap dan sempurna.Itu belum lagi kehilangannya....

ummu said...

salam kak Zai;
apa khabar kak?saya temui blog akak di carian saya tentang pembantu (perkataannya pjg sangat, kaka saya taip).
Dari kisah akak, insyaAllah saya akan ambil pengajaran.Allah memang Maha Kaya, maha Mendengar, Maha Adil dan Maha Pengasih kan kak..Saya tersentuh dan bagis aya ia peringatan untuk saya juga.
Saya pernah rasakan bgaimana rasanya bila dah sarat hamil dalam keadaan diri tak berupaya dan terlantar,pembantu tidak mahu membantu tapi Allah hantar bantuan ikut cara lain.Dari situ rasa sangat, walaupun pembantu aniaya kita, Allah akan tolong kita ikut mana pun..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA