Tuesday, August 11, 2009

APAKAH KESUDAHANNYA ???

Salam para sahabatku...

Maafkan aku kerana telah hampir beberapa hari tidak meng"update" entri yang baru..ntahlah..mood manusia mmg macam tu agaknya..ada masa kita terasa begitu teruja sekali untuk membuat sesuatu dan adakalanya tak berminat langsung untuk melakukannya walaupun sebelum ini ia adalah merupakan satu kebiasaan...

Mood aku kurang elok sejak sebulan kebelakangan ini..terasa begitu down sekali apatah lagi selepas kehilangan beberapa orang yang kukasihi pergi menemui yang Esa untuk selama-lamanya..ada diantara mereka langsung tidak nampak tanda2 berpenyakit...hari ini kita berjumpa, bertegur sapa dan bergurau senda..tahu-tahu besoknya terdengar beliau sudah tiada..alahai terasa gelapnya dunia seketika..

Dan minggu ini anak2 yang diasrama pula diserang demam, batuk dan selsema tapi syukurlah menurut doktor bukan H1N1 cuma sekadar demam dan batuk biasa tapi harini sekolahnya dengan rasminya ditutup seminggu kerana terlalu ramai pelajar yang jatuh sakit..aduh sebagai ibu mmg aku terasa begitu risau dengan keadaan yang berlaku sekarang ini....terasa seakan satu bala yang Allah telah turunkan ke atas kita...dan aku pasti ini adalah kesan peringatan secara tidak langsung dari Allah terhadap kita hamba-hambaNYA yang telah lalai dan kian jauh terpesong dari ajaranNYA...

Aku sendiri masih merenung nasib diri, apakah aku telah berjaya menjadi seorang islam yang sebenarnya dan menjalankan rukun islam yang lima dengan sempurna iaitu :-

  • Mengucap 2 kalimah syahadah...
  • Menunaikan solat 5 waktu;
  • Berpuasa sebulan dibulan Ramadhan;
  • Menunaikan haji; dan
  • Membayar Zakat..

Kita mungkin mudah untuk menghafalnya..tetapi untuk melaksanakan tanggungjawap itu yang sebenarnya tidak begitu berat menjadi begitu payah bagi sesetengah insan. Berapa ramai diantara kita yang sering melengah2kan SOLAT..dan tidak pernah mengambil kesempatan ruang masa yang ada untuk sujud kepadaNYA walaupun ianya hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit..jadi sekiranya SOLAT yang merupakan tiang agama gagal kita laksanakan jadi adakah kita masih teringat untuk mengucap 2 kalimah syahadah setiap hari..Betapa ramai diantara kita yang paginya islam petangnya telahpun menjadi kafir dan apabila petangnya kafir, paginya pula kembali islam..

Sesungguhnya kita adalah manusia yang lalai..Berapa ramai diantara kita masih gagal untuk melaksanakan Puasa sebulan dibulan ramadhan tanpa alasan yang munasabah..betapa ramai yang tidak sakit sebelum bulan puasa tiba2 menjadi uzur dan tidak mampu berpuasa dan dengan tanpa segan silu makan dan minum dikhalayak ramai terutamanya kaum Adam yang langsung tiada pengecualian kecuali diatas sebab sakit yang mudarat.. Aku sendiri pernah mengalami gejala gastrik yang serius tapi alhamdulillah berkat keyakinan bahawa segala2nya adalah datang dari Allah, ku gagahi jua berpuasa walaupun agak perit utk melawan penyakit itu dan akhirnya aku tetap mampu menyudahkan puasaku selama sebulan KERANA ALLAH tanpa sebarang masalah..syukur alhamdulillah selepas itu penyakit gastrikku telah sembuh dengan sendiri...tapi apa pula alasan mereka2 diluar sana yang tidak langsung berpenyakit tetapi enggan berpuasa. Amat malu rasanya melihat anakku yang berusia 5 tahun mampu menyudahkan puasanya selama sebulan tetapi orang dewasa yang sihat tubuh badan tidak mampu melaksanakannya.

Betapa pula ramai diantara kita yang kaya raya tapi masih leka dibuai nikmat dunia dan enggan menunaikan ibadah haji walaupun mempunyai harta yang menimbun..janganlah berburuk sangka pada Allah dengan mengatakan Allah belum menakdirkan ianya berlaku dan belum sampai seru dan sebagainya sedangkan kita sendiri yang dikurniakan akal yang sempurna perlu sentiasa bersyukur dan menanamkan azam untuk kerumah Allah apabila berkemampuan... sesungguhnya ajal tidak pernah lewat walaupun sesaat, justeru itu kejarlah dunia seakan2 kita akan hidup selama2nya tetapi beribadatlah seolah2 kita akan mati keesokan harinya..Allah tidak pernah menyuruh kita meninggalkan terus dunia dan mengejar akhirat sebaliknya menyuruh kita menyimbangkan dunia dan akhirat dan dalam pada masa yang sama mensyukuri nikmatnya tapi berapa ramai diantara kita yang benar2 bersyukur diatas kurniaan anggota dan pancaindera yg sempurna tetapi masih sombong untuk sujud kepada NYA..

Akhir sekali ZAKAT....adakah anda telah menyerahkan sebahagian daripada pendapatan anda kepada mereka yang berhak ? sudahkah anda tunaikan zakat pendapatan, zakat ternakan, zakat perniagaan, zakat emas perhiasaan apabila telah cukup haulnya..??

Fikir2kanlah..adakah kita insan yang berjaya atau gagal disisi Allah.. dan jika perhitungannya adalah GAGAL..bermakna tunggulah AZAB SEKSANYA yang amat pedih disana nanti..MATI ITU PASTI..BILA INSYAALLAH... !!!

...Wallahualam...


Share/Bookmark

34 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Alamak kak zai... Sangat terasa kekurangan dalam diri bila kak zai bukak cerita ni. Tengok atas kertas nampak mudah je Rukun Islam tu tapi bila nak selesaikan semua tanggungjawab tu terlalu banyak dugaan. Terutama sekali sakit M(MALAS)

Pn Kartini said...

Salam..
Sememangnya terasa terlalu kerdil..dan serba kekurangannya..

Unknown said...

salam kak,
Banyak2 n3...hari ini baru saya menitiskan air mata..terima kasih kak kerana sudi mengingatkan siapa kita yang sebenarnya..
Untuk pengetahuan akak..mood saya pun begitu juga akhir-akhir ini..entahlah kak..
apa pun selamat berpuasa kak

hai said...

salam zai,
betul la...antara 5 tu yang paling senang yang pertama je...tapi ada jugak orang yang terlupa,camana nak melafazkannya.yang ke2 la paling susah skali org nak buat..padahal kalau kita fikirkan..apa la sangat..tak sampai 5 minit pun dah siapkan??yg ke 3 tu ramai orang sanggup buat walaupun meninggalkan yg ke2...kita yang sebenarnya menzalimi diri sendiri!!

Guru said...

sebab tulah kita bersahabat dengan orang-orang yang baik2 sebab masing2 saling ingat mengingatkan

IMANSHAH said...

bercakap pasal ZAKAT ni, puasa dah dekat..kepada semua muslimin di luar sana termasuk saya, jangan buat3 luapa untuk menunaikan hak orang2 miskin...salam ramadhan

Unknown said...

Doa hindari wabak penyakit
http://chendering.blogspot.com/2009/08/peringatan-wabak-h1ni-dan-doa.html

Maiyah said...
This comment has been removed by the author.
Maiyah said...

salam.. rkun yg ke 4 tu ntah bleh gi ke dak, ya Allah permudahkanlah.. Amin

Dida... said...

Salam Kak Zai...

InsyaAllah kak..... sekiranya kita sentiasa muhasabah diri kita begini.. akan datang kesedaran buat kita utk sentiasa memperbaiki diri kita dari sehari ke sehari.. saya pun dulu jahil juga... selalu lengah2 solat... Alhamdulillah.. hidayah Allah datang.. saya tak mahu lagi lalai hidup di dunia ini... berkawan2 dgn org2 yg selalu memberi peringatan begini adalah amat baik sekali....

Moga kita perbaiki lagi amalan kita ini.. dan istiqomah hingga ke nafas kita yg terakhir dgn kalimat 'lailahaillallah.. Muhammadarrasulullah'

Unknown said...

bila baca N3 Zai kali ni rasa seram gak .. betuuuul , kdg2 kita lalai sangat .
rasa diri ni terlalu nipis sangat amal nya.

Abd Razak said...

Salam kak zai...

Kita kena selalu muhasabah diri...

Saya tak sihat sejak semalam...demam & batok

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Apa yg kak tuliskan, LoL banyak belajar daripada seminar ESQ yg LoL hadiri beberapa bulan lepas.

Dan lagi, Bos LoL ada buat 'kuliah pagi' berkaitan dengan kematian.
Memang menakutkan.
Semoga kita yg masih bernafas di bumi ini akan lebih peka dengan peringatan2 yg DIA turunkan di bumi dan banyak mengingatiNYA.

Thanks by sharin this to us.
meaninful..
Take care ok Kak. :)

Ummu Mishkah said...

Sama2lah kita perbaiki diri yer...

Unknown said...

Ni alamat blog kristian yang saya katakan kat dalam blog saya tu,yang jumpa dengan cuping merah tu,hati2 ni blog kristian.
http://cahayanusantara.blogspot.com/

singamaraja said...

Salam ramadan al mubarak

Werdah said...

selamat menjalankan ibadah.. semoga ibadah kita diterima.

Keri AlHaj said...

salam kak...

Pejam celik pejam celik... dah nak tiba semula bulan mulia ramadan... takziah, atas kehilangan mereka2 yg rapat dgn akak tu... kita daokan bersama kesejahteraan mereka di sana... saya pun mood tak berapa ok jugak... penat... kerja, subhanallah makin bertimbun kena siapkan... tapi masih lagi ok.

Terima kasih atas peringatan. Kita manusia memang sering perlu dingatkan kerana sifat2 kita memang mudah lupa. sekali diingatkan sekali sedar... sekejapa je, pastu lupa balik... jadi, tangjungjawab kitalah utk saling tegur menegur, ingat mengingati...

moga kehadiran Ramadan kali ini memberi sejuta rahmat kepada kehidupan kita...

zai said...

Salam Echam...

Penyakit M... tu mmg semua org ada..tapi itulah tak boleh diikutkan sangat sbb kalau dah terbiasa mmg susah nak dibuang kebiasaan tu..

zai said...

Salam Tini..

Mmg kita tiada yang sempurna..terlalu banyak sangat kekurangan tapi ada juga yg masih sombong mungkin krn mereka terlupa agaknya..

zai said...

Salam Zawal..

Bertuahlah zawal klu yg mengalir itu adalah airmata keinsafan kerana pastinya ia telah dikira sbg pahala diatas rasa kerdilnya kita disisi Allah..

zai said...

Salam Hai..

Mmg benarpun, nampak mudah tetapi menjadi susah kerana kita sendiri yg menyusahkannya..kalau dah terbiasa ia akan jadi mudah..Allah tidak zalim tapi manusia itu yg sering menzalimi diri sendiri.

zai said...

Salam cikgu..

Ameen...mudah2an kita semua dapat berusaha menjadi yg terbaik..

zai said...

Salam imanshah...

Betul tu..kita semua harus tidak lupa utk berzakat kerana stp dari pendapatan kita juga mmpunyai hak ke atas insan yang lain...

zai said...

Salam ijoks...

Terima kasih atas doa itu..marlah kita bersama-sama amalkannya.

zai said...

Salam Maiyah..

InsyaAllah..jika diizinkan Allah dan dengan kuasaNYA TIADA YANG MUSTAHIL..yg mustahil adalah kpd kita tetapi jika Dia telah memilih kita utk bertamu dirumahNYA...tidak ada perkara yg dapat menghalangnya dari itu tidak terjadi..

zai said...

Salam Dida..

Begitulah hendaknya..kita bertuah kerana masih saling mampu ingat mengingati..inilah yg sentiasa menyedarkan kita agar selalu bermuhasabah diri agar tidak terlalai dan terleka..

zai said...

Salam Ummi Humaira...

Mmg seram sbb rasa2nya apabila memikirkan usia semakin meningkat...tiada apa lagi yg tinggal utk dibawa kesana..keindahan dunia hanya sementara..kita yg sering terlupa dan lalai.

Mudah2an kita tidak tergolong antara mereka yang lalai.

zai said...

Salam Razak..

Betul tu.. itu yg terbaik..
Jaga diri baik2 yer dik, rajin2 minum madu agar cepat sembuh..

zai said...

Hai LoL...

Wah bagusnya LoL punya kesempatan hadiri kelas motivasi macam tu...jgn lupa pesanan BOS yer..
dan banyak mengingati MATI akan menjadikan kita lebih baik..

U take care too..k :)

zai said...

Salam Ummumishkah..

InsyaAllah..kita pasti boleh melakukannya krn dimana ada kemahuan pasti ada jalannya kan..

zai said...

Salam singamaraja..

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen..salam ramadan al mubarak juga buat anda..

zai said...

Salam Werdah...

Terima kasih krn kerap berkunjung...kak zai pun berharap kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dan ibadah2 lainnya dgn jayanya tahun ini.

zai said...

Salam Chime..

Kita ni manusia mmg begitulah sentiasa lupa utk bersyukur dan sering berjanji dan kerap pula memungkiri tetapi Allah tetap mengampunkan walau sejuta kali kita mengulangi kesilapan asalkan kita ikhlas utk bertaubat..cuma manusia yg masih mempunyai ego yg sukar utk dikikis..

Perasaan ego tidakkan kemana..apabila jatuh sakit tak boleh bangun lagi pada masa itu barulah kita terperasan betapa kerdilnya kita dan betapa telah hilang segala nikmat yg diberi dan apabila nikmat dicabut mmg kehidupan didunia telah hilang serinya..

Marilah kita sama2 terus beribadat sementara kudrat masih kuat..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA