Tuesday, August 18, 2009

KERANA KAU....

Salam semua..

Sebenarnya posting kali ini lebih kepada untuk mengenang jasa2 teman blogger yang tak putus-putus memberi award kepadaku yang sebenarnya award2 yang diterima sangat2 kuhargai cuma aku belum berkesempatan untuk berbicara soal ini..

Terkenang kembali award pertama yang diterima dari seorang rakan blogger, srg guru yang bijaksana. Aku sukakan pandangannnya yang santai tentang kehidupan sekeliling dan juga krn minatnya yang suka membaca dan blognya yang sarat dengan pelbagai ilmiah sesuai dengan peranannya sebagai seorang guru iaitu a kl citizen, anda boleh melayari blognya utk mengetahui keistimewaan blog beliau.

dan kemudiannya aku menerima pula award juga dari seorang guru Tirana srg yang cukup optimis dan membaca blognya boleh merangsang minda krn penuh dengan kata-kata semangat dan disusun dengan ayat-ayat dan bahasa yang indah..juga satu blog yg bagus utk mereka yg ingin memulakan hari dengan semangat..

kemudian pula aku menerima lagi award diberikan oleh MOY blognya juga dipenuhi dengan cerita2 kehidupan seharian dan luahan rasa srg ibu muda yg sedang sarat menanti kelahiran anak ke 2 pastinya srg anak dan isteri yg rapat dgn family, rasa2nya anak manja juga kot.hehehe juga srg yg penyayang dan caring thdp oranglain,

kemudian aku menerima award lagi dari Ustaz Saifun srg blogger yang baru berjinak2 dgn dunia blogger tapi telahpun dengan cepat belajar dan mengatasi aku dalam sesetengah perkara hehehe..ini dah kira lawan tokeh ni Ustaz saifun ooii...aku suka menjengah blognya krn sarat dengan nasihat dan pengajaran dan ilmu pengetahuan disamping itu juga srg yg mudah mesra dengan sesiapa saja dan adakalanya ada N3 juga walaupun lucu tapi penuh pengajaran..

satu lagi award aku terima dari pn-iena juga srg blogger yg cukup cantik yg baru kukenali dan aku sangat suka tgk gambarnya bersama suami dan anak2 semenya gebu2 belaka boleh diibaratkan sbg pasangan yg sgt sepadan bagai pinang dibelah dua dan blognya juga sentiasa dipenuhi dengan cerita2 keluarga bahagia. Walaupun baru dikenali dialam maya, pn-iena masih sudi memberi award kepadaku..aduhai very touching..rasa sedihla akak sbb tak pandai nak create an award to giveaway for somebody..

dan yg terakhir aku terima award adalah dari srg adik blogger syahidah yg juga baru kukenali dari alam maya..membaca blognya juga sarat dengan cerita2 santai dan ada juga diselitkan cerita2 ilmiah yg bagus dibaca oleh oranglain juga...

Buat semua rakan2 blogger yang lain, terutamanya cik skaf dan mereka2 yang lain yang pernah memberikan tag kepadaku dan belum dijawap...maaflah yer..rasa2nya tntg tag2 nie dah letih menjawabnya tapi apapun thanks juga kepada moon krn masih teringat juga nak tag kak zai walaupun kita baru berkenalan...insyaAllah nanti bila ada kelapangan kak zai jawap yer dik..

Diam tak diam..dah ramai followers akak yer..apapun terima kasih banyak2 kepada semua yang sudi menyokong kehadiran blog "Islam My Way of Life..." Doa dan harapan akak zai buat semua rakan2 blogger yang sudi mengikuti blog akak nie terutamanya yg rajin beri komen dan bertandang iaitu :-

  • a kl citizen
  • Maiyah
  • Dida
  • Tirana
  • Razak
  • Zaidi Ali
  • Echam
  • ImanSyah
  • Cik Skaf
  • Ummi Humaira
  • Chimera
  • Hai
  • Kak Cik Seroja
  • Zool&Tod
  • Zawal
  • kak Pah
  • Saifun
  • Bujang Susah
  • LoL
  • pn-iena
  • Pn-kartini
  • Ummumishkah
  • Kak Ja
  • Bapak
  • Werdah
  • Wardah
  • Sofia
  • Ariff Budiman
  • Uminas
  • AzMas
  • Abu Muaz
  • Abdul Wahab Arbain
  • Ijoks
  • Syahbandar
  • Norullisza
  • AieBahri
  • Relevan
  • Singamara

Terima kasih banyak2 semua yer..Semoga Islam terus subur dihati dan marilah kita bersama-sama menimba ilmu dan beramal dengannya dan marilah juga kita sama-sama doakan moga2 ikatan persaudaraan diantara kita semua akan terus berkekalan...

Kalau ada yang nak buat kenduri tu jangan lupa jemput akak zai yer..kalau ada kesempatan waktu dan masa yang tepat ..apa salahnya kita bertemu dan bersuai kenal yer tak...manatau kot2 ada yang boleh jadi calon adik ipar kak zai ke..hehehe..tapi tak lupa juga nak ucap terima kasih banyak kat En Ariff Budiman, yang berbesar hati menjemput zai ke majlis perkahwinannya dulu...Bukan zai tak nak pi..kebetulan bulan tu terlalu banyak undangan perkahwinan saudara mara, tak sempat nak bertandangla en diman..sorry sangat2 yer..tapi lepas nie klu ada majlis apa2 jangan lupa jemput yer...insyaAllah zai akan cuba hadir...
Oklah dulu..buat kali ini...jumpa lagi di episod akan datang.. dah ada N3 baru sebenarnya tapi sibuk sikit kat ofis ni sbb ada 2 mak-mak labu dah nak meletup anytime kat ofis ni so akak kenala cover kerja diaorang sbb kesian plakkan...sbb akak pun dah pernah jadi mak labu jadi tahula betapa siksanya nak membawa perut yang memboyot tu selama 9 bulan lamanya..ishk..bila nak stop N3 nie kalau asyik berceloteh kan..so..sblm chow terimalah kata-kata ini..
INDAH NAMA KERANA SEBUTAN
INDAH BUDI KERANA SOPAN
INDAH OTAK KERANA KEINTELEKTUALAN
INDAH ORANG KERANA KECANTIKAN
INDAH BAHASA KERANA PERBAHASAN
INDAH MATA KERANA JELINGAN
INDAH PIPI KERANA KEGEBUAN
INDAH TUDUNG KERANA PEMAKAIAN
INDAH BUKU KERANA TULISAN
INDAH KAYU KERANA TULISAN
"INDAH WATER" TU JER..... KERANA JAMBAN...hehehe
...Wassalam...

Share/Bookmark

25 comments:

Kakcik Seroja said...

huhuhu..kakcik tak pandai nak buat award.....
tapi kakcik tetap menjadi 'pengintai' blog zai ni....

Indah mata kerana penglihatan
Indah kata-kata mengakrabkan persahabatan...

Abd Razak said...

Salam Kak Zai...

Tahniah kak... teruskan menulis

Dearie Pearls said...

Salam Kak..

wah, banyaknya dapat hadiah kak..
tahniah ok..
kena beli rak khas utk award nie..

dan thanks kerana menyenaraikan nama LoL di sana..

hehe....

masib ader nama..
kalau xder, majuk nie.. hehe..

ok kak..

i love ya blog..


-LoL-

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Sama2... Memang suke baca ceritera kawan2 kat dlm blog nie, penuh dgn kasih sayang, cinta n perasaan :)

Werdah said...

salam, mmg patut pun Zai dapat banyak hadiah.. banyak cerita yg menarik dan banyak menyumbang pengetahuan n pengajaran.. tahniah

Pn Kartini said...

Salam...
InsyaAllah...org sini sentiasa senang singgah ke blog yg indah ini..:):)

Anonymous said...

Salam.
Blog ni memang best..berilmu dan bersih dari kucar kacir politik..hehe.

Unknown said...

salam puan zai
harap puan zai terus menulis dalam blog ini. Satu blog untuk 'pemakanan' rohani dan mengecas semula iman yang kadang2 terlupa kepada Tuhan.Insyallah ada kesempatan nanti kita jumpa =)

Guru said...

wah sempat berlawak di hujung ntri ya...
teringin juga berjumpa ngan zai...
insyaallah
kalau diizinkan Allah
pasti berjumpa juga...

pn-iena said...

slm k.zai..ahah xsangka ada entry khas rupanya.. Terima kasih atas segala kata2 indah itu. Award bukan ukurannya tapi persahabatan yg terbina dr alam cyber ini.. Moga ianya akan kekal sampai bila2..

hai said...

salam zai,
semoga persahabatan di alam cyber ini menjadi jambatan(bukan jamban) yang dapat mengeratkan silaturrahim antara kita!!
Saya selalu berdoa agar ditemukan dengan kawan2 yang boleh membawa saya ke arah jalan kebaikan...

Keri AlHaj said...

terima kasih untuk kak Zai kembali...

Errrr... kak zai ada adik pompuan ke kak??? hmmmmmm.... ni yang nak buat baik dgn kak Zai ni... hahahahah

Maiyah said...

salam zai.. wah asyik dapat award best nyer.. nanti raya bleh lah datang umah

Unknown said...

aduhai nk kasi hadiah n award tp punya kesempatan waktu lg , tp apa2 pun doa akak iring kan semoga kita semua dilindungi Ilahi dr segala musibah dan selamat menyambut ramadhon yg mubarak . ameen

AzMaslenda said...

kak zai..
suka datang sini.. cari info berguna. TQ so much

Dida... said...

Salam Kak Zai...

Haa.. ni ada award lagi satu utk akak.. sudi2kan lah ambil ya..

Best kata2 dekat atas tu... Indah water tu yg kelakar.. hehehehe..

Cik Skaf said...

salam kak zai. hehehe.. sempat kak zai buat lawak. Serius2 saya baca, tiba2 tergelak. Ttg tag tu, tak pe kak, tak yah jawab pun takpe... bila dah banyak sngat, dah selalu sgt, pun naik bosan kan? hehehe.. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Moga kesihatan kita, keluarga dan sahabat2 lain terjaga sempurna dan bebas dr wabak penyakit.

abu muaz said...

Me kasih,me kasih.... nama saya pun disebut juga tu....

atie said...

Tq kak Zai masih singgah blog atie, atie pun dah lama tak ke sini agak sibuk membuat tempahan reben untuk hamper hari raya... masa nie lah tekun buat kerja utk cari duit raya coz hari raya suami tak ada bonus inilah kerja utk bonus hari raya... hari luangkan jugak masa depan komputer nie betulkan blog yg baru di betulkan nie sebab ada bloger yang kata tak boleh tinggal komen kat blog saya...... terima kasih sekali lagi semoga kak zai berbahagia selalu ... Tinggal kat mana ye kita kat Gombak aje...

Dearie Pearls said...

Salam Ramadhan Kak..

pecinta_Islam said...

sbb blog akak best.hehe..papepun trskn menulis
:)

Unknown said...

Salam kak..maaflah saya takde award dan tag untuk diberikan kepada akak..cuma award yang saya boleh berikan adalah DOA YANG BERPANJANGAN agar kak zai sekeluarga sihat sejahtera dan senantiasa berada dibawah peliharaan Allah swt.walaupun saya tidak pernah bersua dengan akak sekeluarga,namun bila akak layari blog saya,saya tahu bahawa akak adalah insan yang amat istimewa.
salam ramadhan dari saya sekeluarga.
dan ini jemputan khas dari saya,jemputlah datang ke rumah pasa Syawal nanti...
Wassalam

Ariff Budiman said...

Salam Zai. Terskan menulis. Bakat yang ada jangan dipersiakan. Terima kasih juga kerana sudi ziarah blog saya yang tak seberapa

zai said...

Salam Kak Cik,
Tak memberi award tidak bermakna tak sayang...saya sgt hargai persahabatan kita..Moga2 ikatan ini akan terus subur selamanya..Ameen..

Salam Razak..
Terima kasih ustaz..jasa2 ustaz didalam memberi tazkirah sgt kak zai hargai..trima kasih krn sudi menyumbang ilmu kepada semua para blogger.

Hi LoL..
I love u too dear..thanks for your support..kak zai sangat hargai persahabatan kita..

Salam Sofia..
Yeke dik, blog nie penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang..alhamdulillah..kak zai pun sayangkan sofia juga hehehe..

Salam Kak Werdah..
Terima kasih kak..walaupun kita baru kenal tapi zai rasa macam dah kenal kak bertahun lamanya..suka dgn celoteh akak, maaf ye kak sbb jarang2 komen kat blog akak..sibuk giler skang ni..insyaAllah nnti kalau ada byk kesempatan masa zai ziarah lagi k..thanks kak.

Salam Tini..
Zai pun suka juga ke blog Tini sbb ttp banyak info yg berguna..suka dengan idea tntg IQ test tu..hehehe

Salam Zaidi Ali,
Zai pun mmg sukakan blog anda krn sgt berilmiah penuh dengan pengetahuan luarbiasa utk orang biasa2 mcm zai ni..thanks jgk for your support..

Salam Zharif.,
hmm..akak pun teringin juga nak jumpa bakal pemimpin negara 1 hari nnti nie, insyaAllah oneday k..akak pun suka blog Zharif penuh berwawasan..mmg ada gaya pemimpin adik nie..teruskan usaha mu..hidup Zharif Badrul...

Salam iena..
Itulah kak zai tak pandai nak buat award so sesekali kenala tinggalkan jer nota2 penghargaan buat rakan2 blogger yg baik hati mcm iena kan...thanks dik..

Salam Hai..
Ameen...itulah doa kita bersama, moga2 ia akan menjadi jambatan yang panjang dan dapat mengeratkan kita ibarat dalam satu keluarga yg besar..nnti oneday kita buat perjumpaan k..

Salam Chime...
hehehe...oh ada udang sebalik mee erk..mentang2la kak zai ada adik pompuan..tapi kalau nak jadi adik ipar pun apa salahnya kan...wakaka..

Salam Maiyah...
InsyaAllah..kalau tiada aral melintang, tak semestinya hari raya jer..hari lain pun boleh kan ?

Salam Ummi Humaira..
Tak pe Ummi..sbnrnya saya dah dapat award pun dari ummi..award tu adalah jalinan ukhwah antara kita..terasa dekat dihati..terima kasih ummi sbb sudi bersahabat dgn zai.

Salam AzMas...
Kak Zai pun suka juga g blog Azmas..macam2 ada..cite2 kelakar pun banyak..terhibur rasanya..dah boleh bayang your personality

Salam Dida...
U are one of my favourite blogger, blog dida penuh pesanan dan peringatan dan tazkirah buat diri akak sama cam Ustaz Razak..terima kasih atas award tu..nnti kak zai ambil yer..

zai said...

Salam Skaf..
hehehe..tula menjawap tag ni mmg agak meletihkan tapi akak cuba juga tunaikan satu hari nanti k tupun kalau masih teringat tapi kak zai mmg suka sgt g blog skaf sbb macam2 info berguna ada kat situ..teringin nak bertemu..tapi entah bila sbb masing2 sibuk.

Salam Abu Muaz..
Terima kasih..itu adalah tanda ingatan jalinan ukhwah antara kita.

Salam Atie..
Bestnye jadi macam atie nie..kreatif dan innovatifla..dan pandai masak plak tu..kak zai suka dgn ciri2 yg ada kat atie tu..mmg nampak srg wanita yang begitu bersemangat jitu,tabah dan sabar..kak zai tinggal kat Perda, Bukit Mertajam la..GOMBAK tak jauh sangat..nnti bila2 kak zai g melawat atie k..

Hi LoL..
Salam Ramadhan to you too..tak nak try berpuasa ke LoL bagus utk kesihatan perut kita tau..!! ramai non muslim yg dah mencuba..i think u should give a try..hehehe..mesti nanti LoL dapat rasakan perbezaannnya..thnks LOL..you are so caring person..i like u so much..

Salam Syahbandar..
Walaupun kita baru kenal tapi akak boleh rasakan betapa Syahbandar srg lovely and nice person..kak zai appreciate sgt2 kesemua komen2 syah kat blog kak zai..thanks dik.

Salam Zawal..
Sbnrnya Zawal adalah insan yg berhati mulia jika dibandingkan dgn kak zai kerana sentiasa berbesar hati utk menjemput kak zai kerumah zawal..insyaAllah dik, satu hari kita akan bertemu jua..masatu bagitau wife suruh masak special k..hehehe...kak zai bergurau jer tu...terima kasih zawal atas sebuah jalinan
persahabatan yang indah ini..

Salam En. Ariff Budiman.
Terima kasih en. diman. sbnrnya idea utk rajin menulis blog ini tergarap hasil dari membaca tulisan en diman kat blog WARNA NOSTALGIA yg cukup indah..Saya berbangga krn mengenali insan mulia spt en. Diman..trm kasih juga diatas ingatan tulus ikhlas..moga2 satu hari kita akan dapat bertemu dan berkenalan.

Salam teacher a kl citizen,
insyaAllah Teacher, zai banyak sgt sedara kat KL tu..kakak, adik, sepupu dan mak sedara pun ramai ada kat sana..nnti oneday zai turun KL bolehla kita jumpa k..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA