Bulan Ramadhan Al-Mubarak telahpun tiba... besok kita semua akan menyambutnya.. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menunaikan Solat Tarawih dengan jayanya....dan seandainya terdapat sebarang salah dan silap dan tutur kata yang menyinggung perasaan dan juga N3 yang menyakitkan perasaan rakan2 sekalian kumohon beribu2 kemaafan.. dan semoga tiada sengketa antara kita cuma perasaan kasih dan sayang dan ukhwah yang berpanjangan...
Aku memohon ribuan kemaafan kerana tidak berkesempatan untuk meng"update" blog sejak akhir-akhir ini lantaran kesibukan kerja dipejabat kerana terpaksa mengambil alih beberapa tugas rakan2 yang sedang sarat mengandung ditambah lagi dengan kehadiran bulan Ramadhan yang sememangnya kutunggu untuk menambahkan bekalan amal dibulan yang mulia ini.
Oleh yang demikian, seandainya tiada N3 baru selepas ini untuk tempoh yang agak lama..aku berharap rakan2 blogger semua tidak merasa hampa..dan aku berjanji seandainya punya kesempatan waktu pasti aku akan menemui kalian lagi tapi aku berharap sangat agar rakan2 semua sudi meninggalkan jejak dan komen agar mudah untuk aku membalasnya nanti..
Dan semoga kita semua dapat menyempurnakan puasa untuk tempoh sebulan ini dengan penuh rasa keinsafan dan juga tidak lupa untuk menunaikan solat wajib dan solat2 sunat dengan tekun dan sabar...
Sebelum berundur diri renungilah hadis yang kulampirkan bersama-sama ini...
"Imam Al-Ghazali berkata : "Berapa banyak orang yang berpuasa, namun ia tidak mendapatkan dari puasanya itu, selain lapar dan haus. Sebab puasa itu bukanlah semata-mata menahan lapar dan haus, akan tetapi adalah menahan hawa nafsu. Boleh jadi orang tersebut berdusta, menggunjing dan memandang dengan syahwat, sehingga yang demikian itu membatalkan hakikat puasa." (Ihya' Ulumiddin)".
...Wassalam....

9 comments:
Salam Ramadan utk Zai..semoga semua di berkati..
Salam Ramadhan Kak..
Semoga terus ceria..
Jangan lupa melawat blog LOL tau.
hehe..
Salam,
Selamat Berpuasa dan Beribadah pada Bulan Ramadhan, semoga Allah merahmati kita semua.
Sesungguhnya, Ramadhan boleh menyebabkan kita dirahmati, Ramadhan juga boleh menyebabkan kita dilaknat.
Semoga rahmat Allah sentiasa di sisi kita, dan semoga Ramadhan pada tahun ini menjadi Ramadhan terbaik yang pernah kita lalui.. Amiin.
salam puan zai
selamat menyambut bulan ramadhan.Semoga mendapat keredhaan Tuhan dan bertambah iman kepadaNya amin
salam.. selamat berpuasa
Salam Ramadhan..Moga Allah mempertemukan kita dengan segala sifat Kasihnya.
selamat beribadah zai...
semoga dipermudahkan Allah
ok kak..slmt menjalnkn tugas yg bnyk tu.hehe..and slmt beribadat..salam
:)
Salam Kak Zai,
Selamat menjalankan ibadah puasa, semoga puasa dapat menjadikan kita insan yang bertaqwa
Post a Comment