


Ramai manusia mengalami tekanan jiwa akhir-akhir ini, ramai juga yang mengakhiri hayat mereka dengan jalan membunuh diri, Ramai juga yang melepaskan tekanan perasaan kepada orang lain dengan melakukan penderaan. Dan pada saat itu sudah hilang rasa kemanusiaan dijiwa, tiada lagi kasih sayang dihati walaupun pada darah daging sendiri..
Dan aku sendiri semakin tertekan melihat keadaan sekeliling yang seakan tidak lagi aman. Dunia terasa semakin mengecil kerana dimana-mana saja bumi yang kupijak pastinya akan ada peristiwa kejam dan berdarah yang terpaksa ditonton saban hari.... Kini kisah pembunuhan, rompak, rogol, sumbang mahram, penderaan kanak2 dan aktiviti tak bermoral seperti seks bebas, gay, lesbian semakin berleluasa dimana-mana sahaja...
Terlalu banyak manusia yang tertekan di akhir zaman ini.., mungkinkah kerana tekanan ekonomi global yang semakin mencengkam menjadi puncanya ? atau generasi kini sudah tiada lagi IMAN didada dan IBUBAPA mula tidak peduli kepada pendidikan akhlak dan pendidikan AGAMA kepada anak-anak atau mungkinkah terlalu banyak pengaruh budaya barat dan pendedahan melalui Media dan internet yang terlalu meluas sehingga kita tidak lagi dapat membezakan antara buruk dan baik...
Mungkin anda ada cadangan untuk mengurangkan tekanan-tekanan ini bagi pembaca yang turut mengalami situasi yang tertekan....???

39 comments:
Sedih lihat gambar tu...dunia akhir zaman kak
sian nye baby tu.. ape la dosa budak sekecil tu.. zalim nye ibu bapa @ penjaga yg trgamak melakukan perkara sekeji itu.. rase nak nangis tgk gambar baby tu.. sedih2
Allahuakbar!!!tergamaknya manusia melakukan perbuatan sezalim itu....telah hilangkah segala kasih sayang dan rasa peri kemanusiaan di akhir zaman ini???
Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) (surah Ibrahim 42-43).
Salam Zai.
"kerana tekanan ekonomi global yang semakin mencengkam menjadi puncanya"...tepat sekali!
Masyaallah,ni kerja manusia ke kerja harimau.Memang binatang la sapa sanggup buat macamni kat budak kecik tak berdosa.sedangkan Iblis pun tak pernah mendera anaknya.Memang manusia kalau jahat lebih jahat dari iblis la.
Antara golongan yang dibolehkan kita mencaci mereka ialah golongan yang zalim seperti ini.Memang babi betul la sapa yang buat kerja ni.
(tolong bagi komen cerita ni pula.http://ijoks2009.blogspot.com/2009/08/kisah-kuda.html)
salam.. ya sedih betul dengan kejadian yang tak diduga ini kan!.. hari Ahad baru ni abang kpd isteri anak sepupu kakak telah dirompak kawan sendiri..3 orang lwn sorang.. tengah2 malam dan terlantar sehingga keesokan harinya pukul 12tgh hari baru ditemui anaknya terbaring berdarah keluar ikut mulut.. cuma Allah mahu selamatkannya lagi.. alhamdulillah.. subhaanallah.. mmg dah tak ada hati perut..
Kita tertekan dari pelbagai sudut.. Jika kita tidak berpegang kuat pada agama..gitulah jadinya..ada yang membunuh diri..ada yang membunuh..ada yang mendera dan sebagainya...
Assalamualaikum wbrt :)
Huhuhuhu, menitis air mata saya kak zai... melihat bayi yg comel mcm ni didera. Kalau diaorg tak nak anak, bagilah kat saya. Saya sgt2 sudi menerimanya.
Kak..
Sape2 yang tak nak anak tu baik bagi aje kat saya. Saya sanggup ambik daripada biarkan dia kena dera kena seksa sampai macam tu rupanya.
Manusia semakin hilang pertimbangan!
Kucing pun tahu sayangkan anak - saban hari kakcik melihat kucing di belakang rumah kakcik - dari anaknya kecil sampailah anaknya sama besar dengan ibunya. Sebaik sang ibu mendapat makanan, dia akan menggigit makanan itu sehingga anaknya datang. Bila si anak datang, makanan itu dilepaskan untuk anaknya. Bila anak dah tak mahu, baru siibu pula makan.....
Salam kak,
Kenapalah manusia ni zalim sangat ye kak..Anak tukan anugerah Allah kepada para hambanya..Kalau ye pun tension janganlah buat macam tu,,ambil wudhu'..Solat..InsyaAllah selamat
MasyaAllah... menyayat hati sungguh tgk gambar tu... dunia dah semakin hmpir ke pangakhiran.. gejala-gejala tak bermoral sekarang dah jadi kebanggaan pulak oleh pelaku-pelakunya...
moga Allah memberi petunjuk kepada mereka... kepada kita juga.
sedih tak terkata...
kehilangan iman... di akhir zaman
astaghfirullahalazim.. saya tak bleh tengok.. sedih.. mmg terkutuklah pelakunya, semuanya adalah berpunca dari mental yg rosak, Ya Allah saya jadi semput nengok camtu
Ya Allah, nanges saya kak zai, tgk gambar tu. Kenapa tergamaknya manusia? Apalah dosa si kecil diperlakukan mcm tu. Bila masing tak ada iman, tak ada pegangan, hidup hanya bedasarkan nafsu, maka hidup akan menjadi semakin tertekan.
Salam Kak Zai,
Begitulah keadaan di akhir zaman, rahmat Allah sudah tercabut maka kehidupan sudah rasa tidak selamat semuanya, kemungkaran berluasa.
Semoga Allah selamatkan kita yang dalam golongan yang amat sedikit bersyukur...ameen
Salam Imanshah..
Mmg dunia dah akhir zaman sangat2 dah dik..,kasih sayang dah semakin hilang..sedihnyer hati srg ibu mcm akak nie tgk budak2 kena dera dan bunuh dgn kejam..apala yg diaorang tau lagi..akal pun tak der lagi
Salam Moy..
Sedih jgn citela...akak tgk jer dah fobia, tak leh nak tido byk hari terbayang2 camnelah keadaan baby tu masa kena cucuh puntung rokok dan dipukul kat kepalanya tu sampai mati...eeeii kejam sungguh..
Salam hai...
Mmg ini bukan manusia lagi dah..lebih kejam dari binatang pun..sedih sangat2 tak leh terbayang lagi dah..kesian sangat2 sbb comel sungguh budak tu..kecil lagi pulak tu apalah yang dia tau..
Salam Zool&Tod,
Mungkin manusia itu lupa Allah sedang melihat dan telahpun menyediakan pembalasan yang setimpal atas kekejamannya..Dunia hanya sementara, anak itu sudah confirm masuk syurga..yg membunuhnya akan menyesal krn tak mampu mengelak dari siksaan Allah yg akan kekal utknya selama2nya..
Salam Zaidi Ali,
Mgkin benar tekanan berlebihan boleh membuatkan manusia hilang akal dan tiada lagi keimanan didada dan bertuhankan iblis kerana tergamak menyiksa kanak2 yang tidak berdosa..
Pembalasan Allah akan tiba jua nanti..insyaAllah kezaliman tetap akan dibalas dengan berganda2 azab penyiksaan atas perbuatan mereka.
Salam ijoks,
Babi pun sayangkan anak2nya, dia tak bunuh, tapi yang melakukan ni bukan mcm babi lagi dah lebih teruk dari tu...
Salam Werdah,
Alhamdulillah..hayatnya masih panjang, pastinya kesempatan yang ada dapat dipergunakan sebaiknya selepas ini..Mmg manusia diakhir zaman tiada lagi perasaan kasih sayang..agaknya sebab tulah ramai pasangan yang baru berkahwin dan lama berkahwin ramai yang bercerai..
Salam Tirana,
Ada manusia yg kadang2 pada mulanya kuat beragama tetapi akhirnya mati didalam kekafiran..ada manusia yang paginya islam, petangnya menjadi kafir..semoga kita dijauhkan dari golongan itu..
Salam Sofia..
Betul tu sofia. Masih ramai yang tak der anak kat luar sana..kalau tak nak bagikan jer kat oranglain jgn disiksa sampai macam tu sekali..kejam sungguh namanya tu..kak zai pun menangis bila tengok gambar tu..boleh terbayang keadaan bayi tu sewaktu disiksa pasti sengsara..
Salam AzMas,
Jangan katakan AzMas, akak pun sanggup terima dik..anak perempuan lak tu..eeeiii kejam sungguh orang yang mendera dan membunuhnya nie..akak dah tak terkata lagi dah..mmg sedih sungguh.
Salam KakCik,
Benar tu kakcik...kalau kita tengok kat binatang.seganas2 manapun binatang tu tapi kalau anak2nya mereka tetap sayang dan protect keselamatan anak2 sepenuh jiwa raga..contohnya mcm buaya..boleh bunuh orang yang kacau telur dan sarang anak2nya...
Mmg yang buat ni setaraf dgn israel..
Salam Zawal..
Betul tu dik...kalau marah2 pun kenalah banyak beristigfar dan ingatkan Allah..setiap manusia walaupun kanak2 tetap ada perasaan sakit, sayang, marah dan sebagainya...tetapi kanak2 itu telahpun tetap tempatnya disyurga..pembunuhnya tetap tidak akan terlepas, kalaupun didunia dia selamat..tapi tidak diakhirat nnti...
Salam Chime,
Manusia mmg makhluk yang terbaik tetapi apabila nafsu menguasai akal, Dia boleh jadi lebih teruk dari binatang..Ingat yer dik, nnti bila dah kawin, jadilah seorang suami dan bapa yang penyayang pada family k..
Salam a klcitizen,
Mmg tak terkata..sedih tak terucap...nauzubillah, minta dijauhkan kejadian seperti ini dari keluarga kita..
Salam Maiyah..
Mmg yang melakukannya jelas rosak mental..tak ada perasaan dan rasa kasih sayang kat kanak2 sekecil tu...apalah yang bayi tu rasa masa kena cucuh, dera seteruk macam tukan..
Salam Cik Skaf,
Benar sangat2 kata adik..Kak zai pun tak dapat nak kata apalagi dah..fobia berhari2 terbayang mcmmn kalau kak zai sendiri jadi bayi tu..mesti sengsara sehingga diakhir hayatnya ..apapun ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang..sYurgalah tempatnya bagi Bayi yang tak berdosa tu..
Salam Razak..
Ameen..Semoga Doa Razak dimakbulkan Allah dan kita diletakkan didalam golongan hambaNYA yang beriman..
inshaAllah kalau kembali kepada Islam.. semuanya under control!
terkejut tengok gambar tu
kejam..tidak berperikemanusiaan
I'm speechless, Zai!!
nie kat mesia ke?? CELAKA la sapa yg buat nie.. BINATANG 1000x lebih baik daripada yg dera budak nie.. sangat KEPARAT... mau dicincang 100
Hello sir, it is nice to be in your site,,,, I really love and May I put it in my blog list?
it is a honor if I put your site site in my blog list,, more over it so great if you could put my blog in your friend list
Here is my blog
http://www.khmerlovekhmer.org/
Best regards
Post a Comment