Tuesday, March 9, 2010

PERKAHWINAN DGN KANAK2..WAJARKAH ???



Salam...

Saya ingin bertanya pendapat rakan-rakan blogger semua tentang isu perkahwinan dengan kanak-kanak yang usianya ada diantara mereka baru berumur 7 tahun seperti gambar di atas yang berlaku di sesetengah negara didunia ini..wajarkah ia dibiarkan berterusan.. ??? ataupun kita patut membiarkannya saja perkara ini turut berlaku dinegara kita...??

Sebenarnya saya melihat dari sudut sejauhmana umat islam dizaman ini memahami Islam dengan sebenar-benarnya..Masih ramaikah lelaki yang beriman diMalaysia..sedangkan kalau melihat keadaan Masjid-Masjid yang begitu kurang jemaahnya ketika waktu solat dan majlis ilmu jika dibandingkan jika diadakan majlis hiburan dan konsert-konsert sebagainya..

Ditakuti tidak ramai yang dapat mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang berkahwin dengan saiyidatina Aisyah ra. kerana mendapat wahyu dari Allah SWT ketika Aisyah berusia 9 tahun..dan ramai pula yang mengahwini kanak-kanak atas dasar kepuasan nafsu syahwat semata-mata..(Harap diperbetulkan jika saya tersilap fakta..)

Dari satu sudut, dalam keadaan dunia akhir zaman ini...saya melihat perkahwinan lelaki dewasa dengan kanak-kanak adalah tidak lebih daripada merupakan satu penganiayaan kepada kanak-kanak tersebut yang belum mengerti apa-apa... lainlah kalau lelaki tersebut sememangnya sangat arif tentang hukum hakam dan memahami adab perkahwinan dengan sedalam-dalamnya dan baik pula akhlaknya...

Persoalan saya adalah apakah jawapan yang terbaik untuk meleraikan isu "sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri mengahwini Saiyidatina Aisyah ketika Aisyah berusia 9 tahun ????" dan benarkah Nabi SAW mmg berkahwin dengan Saiyidatina Aisyah ketika beliau berusia 9 tahun ? kerana saya pernah terbaca isu diblog ini klik disini bahawa sebenarnya Nabi mengahwini Aisyah ra ketika beliau berusia 16 tahun dan hanya bersama dengan Aisyah ra ketika beliau berusia 19 tahun dan bukannya 9 tahun seperti didakwa kerana fakta tersebut kononnya telah diselewengkan oleh puak Syiah..

Jadi apa kata anda ??

Share/Bookmark

9 comments:

piewahid said...

slm tuan rumah.

boleh klik sini utk mendapatkn sedikit info tambahan dlm isu yg sama: http://mountdweller.blogspot.com/2010/03/harus.html

TQ

transformed housewife said...

salam K.Zai,

mmg satu penganiyaan jika lelaki mengahwini kanak2 perempuan yg belum cukup matang. Teringat dulu2 di zaman tok nenek kita yg mana kebanyakan berkahwin di usia muda. Zaman mereka
kanak2 perempuan tidak berpeluang utk belajar tinggi2. jd sbb itulah ramai yg berkahwin muda. tapi zaman skrg apa alasan kita? takut anak terjebak dlm maksiat? jd penyelesaiannya mengahwinkan anak? tidak adakah penyelesaian lain?

Abd Razak said...

Salam...

Apabila Allah tunjukkan sesuatu yang jelas halal dan harus dalam masalah perkahwinan maka akan ada manusia menentangnya, namun jika ianya jelas haram seperti zina, berkhalwat, sumbang mahram dan sebagainya yang melibatkan dosa besar tidak seorang pun mahu bertindak menghalangnya hingga ke akar umbi.

feyus said...

Assalamualaikum Kak Zai, saya tdk pasti samaada gambar ini menggambarkan perkahwinan atau tidak.Mungkin majlis ini adalah majlis keraian atau hari lahir kanak2. Jika betul ini menunjukkan gmbar perkahwinan dgn kanak2, ia sepatutnya tidak boleh dijalankan.Kerana kanak2 itu tidak mengetahui apa2. Ia hanya menurut kehendak org dewasa.Dan kanak2 seumur itu belum mencapai tempoh matang lg.

terokai seni said...

kalaupun ada perbezaan pendapat tentang usia Nabi berkahwin dengan Aisyah, tidak semua sunnah tersebut boleh dilakukan oleh kita contohnya nabi mempunyai 9 isteri dan muslim hanya dibenarkan berkahwin tidak lebih dari 4 orang.


ni kawin bebudak yang belum akil baligh ni naya betui. orang dulu-dulu pon kawin muda tapi tak le bawah 12 tahun rasanya

mamawana said...

Salam Zai,

Kalu perkahwinan dgn kanak2 perempuan spt dlm gambar tu memang tak aci...tak aci...heee...sebab bebudak tu belum matang dan tak pandai urus diri sendiri pun. Main masak2 kat pondok bleh ler. Mana pergi para gadis remaja negara tu (dah kawin dgn atok2 pengantin lelaki tu ker?) Jgn marer andai ni... Camner nak tunaikan t'jawab sbg isteri.

Walau apa2 pun ramaii pendtg Indonesia (perempuan) yg mai kat Malaysia ni dah bernikah dan di usia 12 tahun dan beranak pinak di usia tersebut. Jiran mama seorg Indon berusia 32 tahun dan sudah punya seorg cucu. Beliau berkahwin di usia 12 tahun dan anak beliau juga berkahwin di usia 12 tahun. hmmmmm...

Frodo Baggins said...

>>___<<


woohaaaaaa ~~~
masa kat hindon dulu
ada sorang budak kecik kawen ngan "ustaz" beliau ...

kecoh kat tv2 ~~

Ben Sedqi said...

bagi mereka yg membuat alasan...'nabi pernah kahwin dengan Siti 'Aisyah...bla3x' perlu menela'ah syahkhsiah nabi betul2....pelik, sedang para sahabat yang lebih cinta dan kasihpun tidak pula beriya2 melakukan perkara itu, inikan pula orang yang belum tentu sempurna solatnya terhegeh2 nak beralasan begitu, kebelakangan ramai yang cuba menghidupkan sunnah, tetapi hanya sunnah yang bertepatan dengan nafsu mereka sahaja, yang selainnya ditolak pula......

Riesna Zasly said...

memang peraniayaan pada kanak2 kan...
biarpun kanak2 perempuan terbabit sudah baligh pada umur 12 tahun sekalipun... dia perlu ada pengalaman dalam rumahtangga...

lainlah kalau dua2 muda mcm datok nenek kita dulu... hehe

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA