Sunday, May 31, 2009

ANAK MURID VS CIKGU

Semalam semasa g kenduri salah sorang kawan aku, aku bertemu dgn kawan lama yg kini dah pun bergelar pendidik di sebuah sekolah menengah di Teluk Bahang Pulau Pinang. Dia mengadu murid2 sekarang dah sangat2 kurang ajar, langsung x tau hormati guru dan bila ditegur oleh guru2 supaya bercakap dengan beradab dan menghormati guru..bukannya nak dibalas dgn ucapan maaf dan berterima kasih diatas teguran cikgu yg ingin mendidik akhlak diaorng tu..tapi balasannya adalah kata2 makian dan caci nista kat cikgu dan siap angkat penumbuk tunjuk kat dahi cikgu lagi....pastu ugut plak cikgu tu agar jangan cuba amik port apa yg dia buat klu x nak terkena padahnya...lagi satu kes yg teruk srg ustaz siap kena penumbuk dgn anak2 murid diaorng sbb menegur sikap biadap budak2 tu..... Aku rasakan perkara ini sangatlah kritikal dan xdak boleh dipandang ringan oleh semua pihak, tambah2 ibu bapa kepada anak2 generasi masa kini yg semakin runtuh akhlaknya...entah kemana hilangnya nilai penghormatan mereka kepada seorang guru yg sepatutnya diletakkan disatu tempat yg sgt istimewa krn tanpa jasa guru2 anak2 murid x mungkin akan berjaya menjadi manusia satu hari nanti..Aku sgt yakin 80% kesalahan terletak dibahu ibu bapa kerana gagal memberi didikan yg sempurna kepada anak2 dan aku percaya dizaman yg serba moden ini, ramai ibu bapa yg bekerja demi untuk memenuhi tuntutan kehidupan yg semakin menekan dan kebanyakan ibu bapa hanya menghantar anak2 untuk kelas akademik semata2 sementara kelas fardhu ain, mengaji alquran diabaikan terus dan tidak diambil berat..akibatnya anak2 terkapai2 mengemudi kehidupan yg bergelora menurut arah dan haluan masing-masing tanpa mempelajari batas2 dan nilai2 keperibadian srg islam..Dizaman aku dulu sekitar tahun 80 an, kami semua sgt menghormati guru dan kalaupun pernah dirotan xdak pula ada dendam dihati kerana aku yakin pada ketika itu murid2 masih tahu membezakan diantara darjat seorang pendidik dan seorang anak murid..Malah ada diantara guru2 pada zaman persekolahan aku dulu menjadi ayah angkatku, kakak angkat dan sebagainya melambangkan betapa keakraban diantara srg guru dan anak murid..Mungkin disebabkan itu juga ilmu2 yg diajarkan kepada seme anak2 muridnya sgt berkat..malah sesetengah dari guru tersebut walaupun telah lama meninggal dunia...kenangan terindah bersama mereka masih terus melekat dihatiku. Tapi melihat apa yg berlaku dizaman sekarang, ia sangat menakutkan aku...dan pastinya pilihan untuk menjadi PENDIDIK bukanlah satu kerjaya yg indah lagi tapi menakutkan bagi sesetengah guru yg telahpun melalui detik2 hitam bersama anak2 murid semakin kurang ajar. Apapun sebagai srg ibu, aku xdak pernah menyalahkan guru seandainya anak2 aku nakal kerana aku sgt yakin xdak ada guru yg ingin melihat anak2 muridnya gagal dan guru juga adalah manusia biasa yg tidak terlepas dari rasa marah, geram dan lain-lain lagi...jadi ibu bapa jgnlah terlalu emosional klu anak2 dirotan oleh guru2 sbb guru2 yg memukul pasti ada alasan yg tersendiri..apapun sbg srg guru didiklah anak2 murid dgn penuh kasih sayang dan bukannya melepaskan geram krn klu dah berbekas dibadan kesan pukulan guru2..mungkin ada sesetengah ibu bapa yg xdak dapat menahan perasaan pula..haa...lepas tu mulalah terjadi isu tuduh menuduh dan pukul memukul dan sebagainya....apa pun marilah kita sama-sama bermuhasabah diri..Wallahualam...

Share/Bookmark

JANGAN OVER SANGAT !

Semalam aku dan husband sibuk attend jemputan kawin dari 2 org kawan dan 1 sepupu ..satu kat Sungai Petani, satu kat Yan, Kedah dan satu lagi kat Jitra kedah (my cousin)...tapi antara salah satu wedding ni mmg vouge giler, siap ada silat, marhaban, nyanyian dan malam plak siap ada pertandingan karoke dan pertunjukan wayang kulit lagi, almaklumler org businessman kawin..tapi aku rasa over sangat dah kalau camtu sbb x ikut syariat yg ditetapkan dlm islam..tapi apapun itu hak masing2lah kan..sbb ada org2 ni kdg2 bila kita menegur utk tujuan kebaikan ada plak dgn bangganya ckp..ikut suka hati akula..kubur masing2..!!! alahai senangnya cakapkan mcm ler kat dalam kubur nanti dia confirm selamat ..dan malaikat cuma ajak main "chess" jer kot..hmmm ntahla...sbb tula agaknya semasa perjalanan nabi naik kelangit masa israk mikraj, dia tgk kebanyakan penghuni syurga adalah dikalangan org2 miskin..sbb org miskin ni selalunya lebih byk bersyukur dari org kaya dan sedekah dari org2 miskin ni lagila ALLAH suka sbb klu dah miskin tu slalunya mmg payah sikit nak bersedekah sbb namanya pun org miskin, mesti diaorng ni samada x cukup makan atau cukup2 makan jer.. apa2 pun aku nak ingatkan juga kaum2 wanita, nabi pun beri peringatan yg 2/3 isi neraka tu adalah terdiri daripada para wanita, so perbanyakkanlah sedekah yer utk menghalang daripada bahang api neraka tu..aku nak ingatkan diriku sendiri dan kesemua kaum wanita kat luar sana tu...berhati2lah dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan kita tambah2 yg dah bsuami tu, kena byk bersabar..So berbalik bab kenduri tadi bila dah attend byk wedding ni tau2 jerla kan mcm2 jenis lauk pauk yg aku jamah..tapi nasib baikle perut aku ni x jadi apa-apa, alhamdulilah...aku ngan suami bergilir2 bawak keta, almaklumle dia baru abis keje malam so time siang ni dia jadi x leh tahan bwk keta lama2 mengantuk katanya...nasib baik aku reti jugak bawa keta, dapat lesen dah 10 tahun. tapi dulu sblm dapat lesen suami aku ler pengkritik terhebat..dia sllu perlekeh ckp x nampak tanjak yg aku boleh lulus sbb masa tu dia tgk aku mcm fobia kat serba serbi dan masa time aku g belajar kete pun dia masih x confident aku boleh bawa.. tapi disebabkan panas telinga dan panas hati dgn cabarannya akhirnya sebaik dapat lesen "L" lagi (lesen yg aku panggil LANTAK LER) aku dah bawak keta g sana sini..pastu terus dia tukar topik ckp "saje jer, abg nak bagi zai tercabar..."..elleh..ngaku jela yg dia tu yg tercabar dek isteri yg sbnrnya ada AURA DALAMAN yg tersembunyi selama ni..hehehe..klu aku x geram dan sakit hati x pela..haaa..klu dah geram..aku nekad dan berjaya jugak bawak keta akhirnya dan harini....no hal la....stkt hentam punggung kete lain tu, hentam belakang moto org len dan langgar binatang2 yg melintas tu sampai x sempat nak mengucap tu ..seme aku dah ada kes sbb klu kat highway ni aku memang selalu ter"speed" juga kadang2 tu, tau2 meter dah tunjuk 160 ..baruler aku slow balik.. hehehehe..nasib baikla belum ada kes langgar org sampai mati, klu x korang bolehler ziarah aku kat lokap yer...heeee..nauzubillah... abis kenduri balik umah sampai kul 12 malam..balik umah tgk anak2 dah tido tapi umah macam tongkang pecah..hmm...lagila aku letih...!!!

Share/Bookmark

Friday, May 29, 2009

RASA SEMACAM

Harini merupakan hari yg pelik buat aku..kat ofis aku arini ofis mate aku ..angin semacam jer..seme orang dia nak marah..pantang dicuit nak mengamuk jer..x tau sebab ape mgkn bgaduh dgn suaminya kot agaknya tapi mai waktu petang ok plak...boleh gelak kuat2 plak..hee..heran aku..pastu suami aku plak..selalunya x pernah2 risau aku nak balik keje kul bape tapi arini tepon tny plak..pastu bila aku tny nape ??? Dia ckp x der pape saja tanya..pastu aku ingat dia ada plan nak kemana-mana tapi balik umah dia x kemana2pun ...agaknya dah tensyen dgn gelagat anak2 aku yg seramai 5 org kat umah tu agaknya..maklumler anak2 selalunya ada kat asrama tapi minggu dpn dah stat cuti sekolah 2 minggu ..apalagi berpesta sakanla diaorang kat umah sbb klu kat asrama mcm2 undang2 dan peraturan kena ikut..tapi balik umah..aku ngan suami x ler straight sangat...tapi sekali aku jadi incredible hulk tu siapler korang...haaa time tu baru korang tau ..!!! Lagi satu yg aku pelik..dulu laki aku mmg x pandai masak dan malah x pernah masak pun tapi masak air tu adala.... tapi harini bila aku balik dia siap masak ayam masak kicap lagi kat anak2 aku..pastu bila aku tny anak2 aku, sedapke ayah masak ???, diaorng cakap sedaaaapppppppppp.......Aku pandang muka laki aku ...bergerak2 misainye...tersenyum sumbing dgr pujian anak2..Aku terus ckp kat die "aiiii bang, pelik sangat la perangai abg sejak akhir2 nie..jgn2 dah nak mati kottt..." Tapi suami aku masih jawap masih dgn senyum sumbing2 dia tu yg membuatkan muka aku dah mula nak mengembang mcm pancake..aku pun pelik..tapi sebenarnya bukannya pelik kerana aku x suka tapi suka sgt2 sbb kalaulah dari dulu suami aku rajin camni...tapi dalam hati aku berbicara..lebih baik jgn komplen ....this is the best time to amik kesempatan dan aku mesti gunakan sebaiknya...WAKAKAKAAKA......so my trick is to continue bodek2 n puji2 dia ...so mesti laki aku tambah rajin lepas ni...terima kasih jugak kat anak2 aku sbb pandai bodek ayah korang tuh !!! SELAMAT AKU...
*********************************************************
Share/Bookmark

Thursday, May 28, 2009

Laa..ada plak dah !!!!



Aku rasa kelakar lak bulan nie, sbb tjumpa dgn byk kawan2 aku yg baru jer lepas beranak, baby diaorang pun masih baru belajar nak meniarap dan baju mengandung pown belum sempat lipat masuk dalam kotak balik...tau2 dah pakai baju tu balik..bila aku tanya seme ckp ....x sengaja, x plan., x sangka dan mcm2 x lagilah...tapi yg best semenya punya alasan yg sama..(dah g klinik dah atau dah g farmasi dah minta ubat tapi seme doktor dan kat farmasi tu suruh tunggu datang bulan dulu baru mai ambil ubat....) hmmm..korang pun faham2 jela kan kalau dok tunggu mai bulan ni, dari sebulan ke sebulan sampai 3 bulan, x datang2 gak...last3...p check doktor cakap tahniah baby puan sihat...... hehehe..apo nak dikato layi....bukan salah ibu mengandung..betul x ..??? ada sorang kawan aku tu lg kesian, siap kene marah ngan laki dia plak sbb x mkn ubat..ada ke patut isteri jer disalahkan...bodo niiiiiii !!! apa pun alasannya..jgn sesekali merasa sedih dan bersalah klu termengandung tu ...sbb rezeki tu kat yang Maha Kuasa..Dia lebih tahu... kerana setiap insan tu bila lahir jer kedunia..ALLAH dah tetapkan perjalanan kehidupannya x kirela rezeki ke, ajal ke, jodoh ke semenya dah tertulis...so anak2 pun adalah satu rezeki dan amanah yg sgt xdak ternilai buat kedua ibu bapa kerana merekalah penyambung episod kehidupan kita yg seterusnya..Kalau ada yg dah terlajak perahu tu...jgnla plak bila dah bawa sampai cukup bulan..bila lahir jer ke dunia ..dibuang merata2 plak..sedih sangat2 bila aku baca paper atau dgr mana2 siaran berita berkenaan kisah buang bayi ni...Binatang yang Ganas pun tau sayangkan anak..ini kan pula manusia yg Allah bagi akal fikiran..Inilah yg dikatakan Syaitan yg Bertopengkan Manusia...Itulah dalam al quran dah tentukan jenis2 hukuman utk org yg buat maksiat ni ...tentula ada sebabnya knp hukum2 tu dibuat..haa...sbb nak kekang masalah mcm nila..tapi tula...manusia tetap manusia..Hukum Tuhan dipandang sepi..hukuman dunia yg ntah ape2 jugak diterajui ..hmmm...foreverla masalah ni x kan selesai...!!!!!! Apapun ikut suka korangla.. aku pun x boleh la nak komen byk2 sbb aku pown anak dah selori...Dua Kali Lima Lima Kali Dua...
******************************************************************************

Share/Bookmark

Wednesday, May 27, 2009



APA SEBENARNYA ?

Aku fening tengok banyak sangat kad kawin yg diterima bulan nie...kira2 hampir 16 jemputan kawin semenya..termasuklah sanak sedara, sepupu sepapat, sahabat handai dan jiran tetangga..fuyoooo x terbilang banyaknya...naik fening aku nak fikir mana satula aku nak p nie..semenya tarikh berdekatan dan ada yg sama sehari pun ada..pendek kata semenya mmg org2 yg penting dlm hidup aku gakla selama ni...haiii bila difikirkan sesekali yg kerap buat kenduri kawin ni kan mmg x lain x bukan org melayula yg paling suke dan boleh kata paling byk buat kenduri kawin kalau dibandingkan dengan bangsa lain kat negara Malaysia ni..tapi last2 org melayu gakla yg bersesak sesak dan berebut-rebut kat mahkamah syariah nuh..nak failkan penceraian...sbb ape ???? Aku pun x pasti knp jadi mcm tu sdgkan kita sbg umat islam dan tambah2 lagi dilahirkan sebagai org islam sememangnya telah sedia maklum bahawa Perkahwinan itu memang satu perkara yg sangat mulia krn ia dapat menghindarkan kita dari melakukan maksiat dan byk hikmah disebalik perkahwinan itu sebenarnya yg patut dihayati oleh setiap pasangan tapi ntahle..aku pun x faham kekadang aku tgk yg kawin semenye molek2 belaka, cantik2 dan hensem2 belaka..malah yg terpelajar pun banyak ..tapi masih gagal utk belajar sesuatu didalam perkahwinan masing2...masa kawin tu.buat kenduri bukan main gah lagi...macam hikayat seribu satu malam...tapi tup2 lepas tu belum lagi habis tahun dgr2 dah bercerai ...Bagi akulah kan...kalau dah mengikat janji utk hidup bersama tu..baik lelaki atau pompuan kenalah belajar menghargai antara satu sama lain dan saling menerima kelebihan dan kekurangan masing2 tanpa syarat walaupun selepas itu pasangan kita xdak lagi secantik atau setampan dulu, walaupun badannya dah mula mengembang disana sini, walaupun perut suami kite dah memboyot mgalahkan ppuan mgandung, walaupun isteri kita dah hilang cutting no. 8 nyer tu..whateverlah..but what most important is ..try to understand each other..dan terima pasangan kita seadanya..mcm org tua2 kata sedangkan lidah lagi tergigit..Bila sebut bab2 ni ..aku teringat masa aku mengandung dulu..wajah dan fizikal aku berubah menjadi hodoh, hidungku kembang mcm badut, kulitku menjadi bertambah gelap seme org ckp aku x lawa tapi suami aku jer ckp...("abg tengok Zai tetap cantik mcm dulu2 jgk, x berubah pun....huk huk huk.. aku pun senyum sumbing.., terima kasih bang atas pujian yg melampau tu cissss!!!") tapi aku pun x faham kenapa ramai yg memilih utk bercerai hny utk perkara remeh temeh..seandainya ada pihak ke3 sekalipun..aku rasa mulut tu jgn ringan jer minta cerai..sesekali kite kena juga muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri krn x seme lelaki tu jahat dan x seme ppuan tu baik..sbb mmg ramai yg berkahwin dan berharap pasangan masing2 akan beralah...tapi sebenarnya bagi aku prinsip aku mudah jer "MENGALAH TAK SEMESTINYA KALAH" ...JADI kalau kita memilih utk bercerai bererti byk hati yg akan berkecai..bukan saja hati kita tetapi juga hati anak2 yg menjadi mangsa penceraian tersebut..Justeru itu aku juga berdoa2 moga2 nanti xdak ada seorang pun pasangan yg aku terima jemputannya ni juga akan bercerai akhirnya kerana..aku sendiri x faham APA SEBENARNYA yg dimahukan oleh setiap pasangan yg berkahwin...dan akhirnya memilih utk bercerai...Jgn selepas bercerai menyesal plak sudahla pastu jadi GILA TALAK lagi susah..alahai..APA SEBENARNYA nie..
*************************************************
Alahai....syoknye kawin....!!!!





Share/Bookmark

SENDIRI MAU INGATLA..

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik
bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi
dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Share/Bookmark

Monday, May 25, 2009

~semalam aku mimpi~

Alahai..dah lama aku x mimpi yg indah2.., tibe2 smlm aku mimpi mcm cite dalam filem hindustan plak..fuyooo..bestnyer..!!! Aku mimpi aku g jalan2 kat luar negeri tapi x pasti lak kat mana sbb aku tgk ramai mat2 dan minah saleh jer dalam mimpi aku tu...yg bestnye aku ada bodyguard lak..dan bodyguard aku punyala hensem giler..badan tough mcm slyvester stallone..tapi dlm mimpi tu x perasan lak aku ni cantik ke x..hehehe saja kot x tunjuk muka aku takut aku sendiri yg nyesal nnti, pastukan bodyguard aku tu bawa aku ronda2 kat bandar tu naik kete hebat sgt, canggih giler siap boleh terbang lagi langkau kete lain kalau jalan jem hehehe..sewel punye mimpi...!!! pastu yg best nyer lagi aku boleh plak berguling-guling kat atas rumput kat taman kat tengah pekan tu dan berguling-guling sampai kat celah2 kaki orang dgn bodyguard aku tu..lagila punye sewel !!!..tgh org ramai lak tu..tapi yg herannya dalam mimpi tu laki aku ngan anak2 aku semenye x der..diaorang x ikut aku plak g jalan2..agak2nya saje kot nak bagi chance aku g ronda2 ngan pakwe baru..lagipun bukannya boleh kena tangkap basah pown !...taw2 masa dok jalan2 tiba2 bodyguard aku tu bagi bunga dan ajak aku kawin lak pastu ajak aku pindah ke Australia ikut dia..tapi aku ckp mana boleh camtu..nanti laki dan anak2 aku nak buang kat mana ??? Dia cakap buang jer kat laut...aku perasan jap sbb dah tua kerepot pun ada lagi mamat yg berkenan dan ajak aku kawin rupa2nya..pastu elok jer aku nak cakap "I DO"..tiba2 aku rasa gedebuk punggung aku kena tampar..."Ooi maknyer..subuh dah nak abis ooiii...bangun sembahyang !!!!" aiseyman..mimpi rupanya aku nih...!!! hmmm geram gak kat laki aku ni sbb x sempat biarkan aku abiskan endingnye..x sempatla aku naik pelamin sekali lagi...aku cite kat laki aku pasal mimpi tu..dia ckp..dah jgn nak berangan lagi...layan abg sorang dahle...knp rasa power sgt ker ???? hmm..kesitu plak laki aku ni...terus aku capai tuala masuk tandas...fedup betulll.. !!!

Share/Bookmark

Friday, May 22, 2009

~HAJAT AKU TERTUNAI~

Dah lama aku x kuar makan2 tgh malam dgn suami aku..rasa2nya hampir 3 tahun dah kot..Aku rasa semenjak aku x der maid agaknya, sejak tulah aku dah punya kesempatan nak merayau2 kuar tengah malam ngan suami aku..dulu seronok gak g ronda2 naik moto ke, keta ke ngan dia..tapi malam ni hajat aku tertunai akhirnya..tadi aku sms suami aku ckp yg aku teringin nak merayau tgh malam g kedai makan mcm dulu2..kebetulan malam ni suami aku keje shift petang balik kul 12.30 mlm..n seme 4 org anak2 aku yg dok kat asrama ada kat umah balik bercuti so diaorang boleh ler tgk2kan si Adam anak aku yg umo 3 tahun tu sbb nak bawa dia sekali takut dia tertido awal plak nanti..Lepas tu aku dok suspen tunggu sms balasan laki aku..x sampai 5 minit lps aku antar mesej, bunyi mesej masuk kat HP aku...suami aku ckp "OK, Zai tunggu abg balik nanti ye, kita g makan2 n ronda2 k.." "Wow.. bestnyer !!!! dah lama aku mimpikan saat2 indah mcm tu berulang lagi... tambah2 lagi dapat naik moto jaguh yg suami aku baru beli tu....hmmm syoknye aku, rasa mcm dok bercinta lak...HAI..awatla perasan sangat aku ni, x sedar umo pun dah 36 tahun... anak2 pun dah selori masih nak berlagak dan berperasaan mcm org muda lagi...tapi apa pown...aku x kisahla janji aku x kacau idup oranglain..aku punya sukala...
Share/Bookmark

Wednesday, May 20, 2009

~Payung Emas~

hehehe...korang tgk tajuk entri aku pun mesti korang dah dapat agak ape cite yg aku nak bawakan kali ni kan ??? Bagi yg pernah lalui atau sdg melalui atau akan melaluinya aku nk ucapkan tahniah.tambah2 kat isteri pertama yg merelakan dgn sepenuh hati suaminya kawin ngan wanita lain dan kemudiannya dengan rela sanggup melalui hidup susah dan senang bersama suami nan tercinta..aku bukan ape saja teringat tentang satu cite berkenaan org kampung aku yg mmg aku kenal rapat dgn kuarga diaorang ni sbb anak pempuan bongsu nyer adalah kawan karib aku masa aku tingkatan 4 dulu...yg aku nak citekan ni adalah berkenaan kakak kawan aku tu yg membuatkan aku begitu kagum dan salute padanya sbb mempunyai jiwa yg sgt hebat..dan mmg layak dapat payung emas kat syurga nanti..Kakak kawan aku tu mmg anak yg baik, taat kpd ibubapa dan suka berniaga..so menurut cite dari mak aku...kakak kawan aku yg aku panggil "kak Bab" ni ada sorang kawan karib..nama shima, seorang janda anak satu..mmg diaorang ni ckp akrab malah sanggup bersusah senang bersama-sama..pendek cite..x pernah bergaduh langsung ler..so diaorang ni berpakat utk bersama2 berniaga kedai makan..so one day..kak bab yg masih anak dara ni dipinang orang..so disebabkan dia anak yg taat dia menurut jer pilihan kedua orang tuanya tu..so pastu berkahwinla kak bab tu..tapi taw2 lps kawin kak bab jadi sedih sbb teringatkan kawan dia si janda tu tpaksa berniaga sorang2 plak nnti sbb kak bab kena ikut suami dia dah..so disebabkan terlalu sayangkan kawannya tu dan memikirkan kesusahan kawannya nnti nak idup tanpa dia..lps jer 2 minggu kawin...kak bab terus offer suami dia kawin ngan kawan dia tu...suami dia tu apalagi terlopong la skjp dgr permintaan kak bab yg sungguh2 tu sbb mestila laki dia terpikirkan..gile ke ape bini aku ni..baru 2 minggu kawin dah offer aku kawin ngan orang len plak...tapi mestila laki dia suka kan siapalak x nak berbini dua..tambah2 kalau bini sendiri yg offer..mcm dpt bonus lak kan ??? hehehe pastu slps dpt persetujuan suami dia yg sememangnya excited giler dpt 2 bini dlm masa 2 minggu tu..maka kak bab pun g bersemuka ngan kawan karib dia tu dan berterus terang tntg hasrat dia tu..mula2nya kawan dia tu terkejut dan x bersetuju sbb dia takut dianggap perampas dan dikutuk orang kampung plak nanti tapi lps kak bab pujuk berkali2 dan bagitau yg dia benar2 sygkan kawan dia tu..akhirnya barulah kawannya bersetuju dgn terharunya...so after that you all just guess what happened next ?? Bila kak bab bagitau kat family dia..apalagi mengamuk sakanla mak kak bab dan ckp kak bab giler sbb baru 2 minggu kawin dah berani offer laki dia kawin ppuan lain..dah tu nak hidup bermadu lak..mak dia sampai bersumpah x nak mengaku dia sbg anak lagi klu dia teruskan hasratnya tu..tulah jodoh namenya kan...akhirnya setelah melihat kesungguhan dan keiklasan kata2 kak bab x nak berpisah ngan kawan dia tu sbb sygkan persahabatan diaorang tu..kuarga dia pun setuju dan akhirnya berkawinlah kawan dia tu ngan suami dia ..dan lepas tu aku dgr cite..sama2 mengandung dan yg lawaknya sama2 beranak bulan yg sama..hahaha..baru adillkan ???? dan sampaila sekarang diaorang masih hidup aman damai..dan aku pernah terserempak diaorang sama2 jemput anak kat sekolah..mmg harmoni giler..dan jgn tanya aku sanggup ke x aku jadi cam diaorng tu..jawapannnye...hehehe....NO KOMEN...korang plak camne ??? eleh...kaum lelaki mesti seme suke nyer kan..!!!! sbb tu aku x berani tanya suami aku takut dia pown suruh aku cari calonnye hehehe..tapi apepun mmg aku tabik spring la kat kak bab diatas pengorbanan dia yg sgt besar tu...mmg layak pun dia dapat payung emas kat syurga nanti...
************************************************************************************

haii.....bestnye jadi lelaki kannn !!!!
Share/Bookmark

Tuesday, May 19, 2009

~Pelik~

Aku pelikla dgn perangai sesetengah lelaki ..knpla tergamak nak mempermainkan hati wanita yg lurus, jujur dan tulus menyintai diaorang ni..mcm kawan aku si ibu tunggal tu..aku mmg kenal dia srg wanita yg cantik, lemah lembut, manja dan paling aku sedih dgn sikap lurus bendulnye tu..slps puas aku nasihatkan dia tntg sifat2 lelaki tu yg sgk ku curigai..dan cuba celikkan mata dia tntg beberapa cite yg x logik aku nampak dari apa yg dia citekan pada aku tu..kawan aku masih lagi pcaya dgn kata2 sijantan tu..yg aku geram sgt kwn aku ni pun betul bendulla plak p cite kat jantan tu yg aku was2 dgn cite jantan tu seme dan aku ckp kat kawan aku tu..aku x fikir sijantan tu mmg iklas nak berkawan dgn dia..mesti ada udang disebalik batu..adake bekas leftenan muda boleh excited sgt dapat tau kawan aku tu keje bank..sdgkan apala sgt keje kerani bank kalau dibandingkan dgn dia si-ex leftenan tu erk...??!!! pastu ckp plak kata kawan aku tu yg skrg dia keje dgn DRB HICOM bhg sales.. sllu kene terbang sana sini tapi yg lawaknya nak call kwn aku tu pun x leh sbb memanjang x der kredit..pastu suh kawan aku tu plak yg call dia selalu..haiiiii nampak sgtla sengkeknya sijantan ni...ex-leftenan muda ke, ex-security guard nih ???? Lps tu jantan tu siap bagitau kawan aku tu..yg si jantan tu teringin sgt nak jumpa aku sbb rajin bagi nasihat kat kawan aku tu....huissh..x naklah aku..x pasal2 nanti dgn aku sekali kena ayat dan kena jampi dgn sijantan tu yg datang dari planet mana tah..x berminat aku nak kenal dia lngsg...lgpun aku bkn berminat kat dia...aku cuma kesiankan kat kawan aku tu jer sbb dia tu dahla ibu tunggal..nanti klu dia kena tipu ker, jadi apa2 kat dia ker..sape yg susah dia jgk yg merana...Tapi aku yakin wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik jgk..jadi aku doakan moga2 kawan aku tu dipertemukan dgn lelaki yg baik2 jgk..

***********************************************************************************
bila terfikir tntg nasib kawan aku tu dan perangai jantan tu..aku terasa sgt bersyukur dan merasa betapa bertuahnya aku memiliki lelaki sebaik suamiku...
Share/Bookmark

Monday, May 18, 2009

~~Pastikan~~

Arini after had my lunch kat ofis..aku tiba2 trima call dari kawan sekolah anakku yg anak aku yg sulung nur amalina demam panas pastu kawan dia cakap "mak cik tadi ina demam kuat...pastu dia mengadu sesak nafas..cepat m.cik datang tgk dia !!!!."...aku apalagi panik giler..dlm hati ni berdebar mcm nak pecah jantung aku...tkejut dgr berita camtu..pastu aku tgk kat kat HP plak ada 6 mis call dari suami aku...alamak apa dah jadi nih...aku pun apalagi terus capai h/bag n blah terus dari ofis lps inform kawan2 seme..diaorg pun panik tgk aku kelamkabut mcm ibu ayam hilang anak...sambil bawak keta aku tepon suami aku..dia pun panik sbb terima call dari pihak sekolah...aku pun aku dah x leh concentrate...asyik nak pecut jer..kalah karamjit singh...!!! sampai kat sekolah aku tgk kawan2 anak aku dan cikgu dok kerumun anak aku..aku terus g peluk dia ..pekap kepala dia..uissh demam ni..terus aku minta izin cikgu dia nak bawa dia g klinik..masa kat klinik nasib x ramai org..doktor ckp x der ape sgt cuma demam panas sikit n mgkin dia ada gastrik...hmmmm..aku ingat ntah apa lagi..pastu terus bawa dia balik umah..lps g mkn ubat..dia terus tido..dah sampai umah baru terasa letih...hmm bukan senang jadi isteri dan ibu ni...aku ingat dulu kawin ni mcm main masak2 dan semenye indah dan x der cabaran ..mula tu ingat mcm dalam cite cinderella tu jer...rupa2nya sukar juga nak ambil peranan isteri dan ibu ni kann...tambah2 time anak2 sakit ke, suami sakit ker.., anak2 meragam ker..dan seribu satu mcm masalah lagilah !!!! Jadi nasihat aku utk yg bakal nak jadi ibu ataupun bakal mendirikan rumahtangga ker..PASTIKAN buat persediaan secukupnye..klu boleh persiapkan diri dgn ilmu agama dan ilmu rumahtangga selain ilmu keibubapaan krn aku pcya ramai muda-mudi yg rosak akhlak pada zaman ni byk berpunca dari kurangnya pendidikan agama dan silapnya dari ibubapa itu sendiri yg byk mementingkan aspek material dan akademik semata2..sedangkan pendidikan agama dipandang sepi seolah2 x membawa apa2 makna..dan kesemua gejala sosial yg bertambah dari hari sehari inilah buktinya knp kita harus mulai sedar betapa pentingnya AGAMA....DAN KENAPA ALLAH ANDAIKAN SEMBAHYANG ITU TIANG AGAMA...berapa ramai yg mengaku islam tapi x tau cara2 nak sembahyang malah x kenal muqaddam pun....huk huk hukk..sedihnyer aku !!!!!!
Share/Bookmark

Sunday, May 17, 2009

~~CINTA ITU BUTA~~

CINTA ITU BUTA...aku nak tanya korang, betul ke cinta itu buta ???? ke cinta tu indah tapi manusia yg bercinta tu yg buta..hmm..ntahlah..aku rasa cinta itu indah tapi yg butanya manusia yg bercinta tulah kan..sbb ape aku cakap camtu sbb aku dulu pown kawin dgn org yg aku cintai dan menyintai aku..hehehe nasib baik selamat...saja je aku bawak topik ni sbb aku teringat kat kawan baik aku si ibu tunggal keje kat Bank yg pernah aku ceritakan dlm entriku yg lepas2 tu..walaupun byk jugak cerita x logik yg dicipta oleh jantan yg baru dikenali oleh dia tu..tapi herannya kawan aku macam pcaya jer seme cite2 karut si jantan tu..ada ke org bedah otak buang darah beku boleh sms x henti2 lps operation tu..bukan ke.bedah otak tu serius kan..mestila dia dlm ICU jap beberapa hari ke...ni x...laju jer balas sms kawan aku tu..pastu mula2 cakap kat hospital ampuan rahimah pastu bila kawan aku siasat taw2 wad yg dia bagi no wad tu rupa2nya wad tu wad ppuan pastu dia kelentong plak dari wad pppuan dia kena transfer ke wad kanak2 ..sbb dia bagi no. wad tu ingat kawan aku yg kat penang ni x leh siasat..masa tu mmg kawan aku mcm geram dan syak dia kena tipu..tapi lepas dia perli2 si jantan tu.taw2 jantan tu ckp tsilap info sbnrnya dia dah kena tukar ke hospital UPM plak..pastu ntah ape dia goreng kawan aku si ibu tunggal ni pown pcaya gak..pastu dia ckp skang dia dah discharge n ada kat kg but for a while my kawan x leh kontek dia sbb kg dia x der line..sbb dia pakai hp buruk jer sbb hp dia yg canggih 2 ribu lebih kena curi..tapi yg peliknya...dulu dia rajin gak sms kawan aku bila balik kg skang dia ckp x der line plak..tapi kawan aku tu cam biasala pcaya jugak ckp si jantan tu...wlupun aku ckp kat kawan aku tu..aku x pcaya lngsg ape yg sijantan tu cite..garenti jantan tu ada bini n sngaja off hp atau pakai no len sbb takut bini dia tau..sbb dia cuma akan sms kawan aku time masa2 tertentu jer..pastu dia bagitau kawan aku dia bekas leftenan muda..tapi aku tgk bahasa inggeris dia berterabur mcm org x terpelajar jer..ishh..tapi aku x faham kawan aku cam confident jer yg lelaki ni baik orgnye... Aku cite ngan suami aku ... suami aku sengih2 cakap kan ker CINTA ITU BUTA sayanggg ooiiiiiii!!! ...pastu aku ckp kat laki aku betul gakkkannn...sbb abg dulu pernah janji masa bcinta LAUTAN API AKAN KURENANGI..tapi skrang kena api dapor masak sikit pun meraung mcm budak kecik...iskkkkkk.........!!! suami aku terus peluk aku kuat2 sbb geram..eeeiiii nyampah bebenor teman !!! skarang cube korang cite kat aku lps aku cite seme ni..rasa2nya logik ke x ???? wahai lelaki2 mata keranjang n mata duitan dan matas ape2 lagilah sedarlah sikit..jgnle nak mempermainkan kaum hawa yg dah mmg jelas mmg kaum yg lemah..kesian tawww
Share/Bookmark

Friday, May 15, 2009

~~KOLEKSI PETUA ORG TUA2~~

Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

Hampas Teh Suburkan Tanaman:

Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

Mengatasi Sengal Tulang:

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.

Merawat Kulit Berkedut:


Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.

Daun Puding Atasi Gatal Di Kepala:

Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.

Legakan Sakit Gigi:

Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.

Segarkan Mata:

Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

Kunyit Atasi Hidung Bayi Tersumbat:

Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan
airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

Kulit Limau Hilangkan Bau Badan:

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu.

Mengurangkan Dengkur:

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Cara Menghilangkan Ketuat:

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Menaikkan Seri Muka:

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

Mengelakkan Nafas Berbau:

Sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu. jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. minumlah air suam selalu.

Limau Nipis Mewangikan Rambut:


Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas.

Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur:


Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan
menggunakan tuala tadi.

Mengelak Keguguran Rambut:

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor.

Ubati Bibir Yang Pecah:

Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.

Menghilangkan Kembong Perut.


Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian
layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas
ditekapkan kepada perut.

Atasi Tumit Pecah:

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.

Ubat Sakit Angin:


Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir.

Menghaluskan Kulit Muka:


Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Melembutkan Tapak Kaki:

Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

Mengatasi Mabuk Perjalanan Jauh:

Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

Menghapuskan Urat Timbul Dikaki Sewaktu Mengandung:

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.

Mencantikan Telur Rebus:

Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah kedalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian rebuskan kembali telur itu.

Menghalau Semut:

Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

Mengelakkan Lipas:

Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

Mengelakkan Sawang Atau Sarang Laba-Laba:

Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

Hilangkan Lebam Di bawah Mata:

Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.

Menghilangkan Bau Mulut:


Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tiga hari sekali.

Merawat Sakit Lecur:

Titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.

Meredakan Batuk:

Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman didalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin:


Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Mencantikan Kulit Janin:


Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti terhindar dari mendapat ruam lampin.

Mengembalikan Kesegaran Kepala:


Ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. kemudian barulah dibilas. lakukan diwaktu petang.

Menghaluskan Kulit Muka:

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.

Mencabut Kutu Babi:

Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi. selepas itu ianya akan menjadi senang untuk dicabut.

Mari Hapuskan Kelemumur.


Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.

Putihkan Kulit Melecur.

Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.

Pulihkan Bengkak Di Kaki.

Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh.

Meredakan Batuk.

Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.

Pening Kepala:

Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

Lemah Otot:

Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

Demam Selsema:

Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

Susah Hadam:

Rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

Serangan Angin:


Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu.kacau dan minum campuran itu setiap hari.

Serangan Cacing:


Amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari.

Gigi Putih

Wajah yang cantik akan lebih kelihatan lebih menarik dengan secebis senyuman. Namun yang lebih manis lagi jika senyuman itu turut di iringi dengan gigi yang putih dan sihat. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.

Haluskan Siku & Lutut


( kalau nak lebih berkesan gunalah kertas pasir disagat setiap malam sebelum tidur..ekekek )

Dalam aktiviti seharian, mungkin tanpa kamu sedari bahagian siku dan lutut menjadi tumpuan utama dalam pergerakan tubuh. Siku yang terawat dan lutut yang indah dapat menjadi daya penarik yang tersendiri, terutamanya jika kamu penggemar skirt pendek atau seluar pendek. Oleh itu, berikan sedikit perhatian pada dua bahagian ini.

Mulailah merawatnya secara teratur!Tidak perlu dengan kosmetikyang mahal, melainkan cukup dengan menggunakan buah NENAS. Caranya mudah, parut buah nanas segar yang telah dicucibersih terlebih dahulu, lalu sapukanpada siku dan lututkamu. Gosokkan perlahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nanas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali.

Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara teratur dan nikmati hasilnya!!

Lembut Rambut

Alamak, rambut aku macam hantu MAK LAMPIR ni... nak pergi dating pulak tu... macamana ni ?" ANDA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA.... JANGAN RISAU.

Saya ada SATU rahsia yang ingin saya kongsikan bersama.

Sebelum anda mencuci rambut anda, ada baiknya anda melumurkan sedikit minyak baby ke rambut anda, sebaiknya jika anda hendak mencuci rambut anda sebelah pagi elok anda melumurkan minyak baby pada sebelah malamnya. Tapi jika anda sesuntukan masa...lima minit sebelum pun boleh juga tapi hasilnya tidaklah seberapa. Selepas itu barulah anda menbasuh rambur anda seperti biasa.Apabila rambut anda sedah kering anda akan dapat rasa kelembutannya.

Mewangikan Rambut


Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

Kilatkan Cermin Mata

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Jemput-Jemput Menjadi Lembut

Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda.

Elakkan Kelemumur

Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.

Mencuci Barangan Perak


Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.

Segar Taugeh

Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

Limau Nipis Cantikkan Badan


Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.

Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong

Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang

Hilangkan Bau Kaki


Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pada kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.

Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian

Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis dan larutkan bersama air rendaman pakaian dan biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Bau Badan.


Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandian.

Merawat Demam Campak.

Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering).

Menormalkan Suhu Badan.

Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga.

Menghilangkan Panau.

Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.

SELAMAT MENCUBA.
Share/Bookmark

Wednesday, May 13, 2009

~~Tanda Awal Serangan Kanser~~

(1) Kanser pangkal rahim- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan
(2) Kanser payudara- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air
(4) Kanser paru-paru- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan
(5) Kanser perut- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit
(6) Kanser limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak
(7) Kanser ovari- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam
(8) Kanser otak- sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti
(9) Kanser prostat- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan
(10) Kanser darah (leukimia)-letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi
(11) Kanser tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di nagara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.

Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6, dan evening primrose oil

Wassalam

Share/Bookmark

~~Kenapa Perlu Minum Air Panas~~

Melihat air sejuk di dalam gelas memang mengujakan. Terasa sejuk dan nyaman ketika air sejuk membasahi tekak. Apatah lagi ketika cuaca di luar panas terik. Namun, tanpa disedari amalan minum air selepas makan ini sebenarnya ada kaitan dengan jantung.

Secara logiknya, ada kebenaran di dalam kes ini. Jika diperhatikan, orang-orang Cina dan Jepun mengamalkan meminum air teh panas selepas makan. Berbeza dengan amalan yang selalu kita amalkan. Biasanya hidangan air sejuk dan berais lebih enak dinikmati selepas makan. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengubah amalan yang tidak sihat ini.

Kepada sesiapa yang sering meminum ais, tidak dinafikan kita akan lebih merasai nikmatnya. Namun, ais sebenarnya akan membekukan makanan berminyak yang kita makan. Ia akan memperlahankan proses penghadaman. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran. Lama-kelamaan, ia akan menyebabkan lemak terkumpul dan kita akan menjadi semakin gemuk. Kegemukan atau obesiti ini pula boleh membawa kepada pelbagai penyakit bahaya.

Jalan terbaik bagi yang mahu bermula untuk mengubah amalan minum air ais adalah dengan menikmati semangkuk sup panas selepas makan, ataupun untuk lebih menjimatkan bagi mereka yang sering makan di luar, anda boleh cuba mengubahnya dengan cara meminum air panas atau suam setiap kali selepas makan.
Share/Bookmark

Monday, May 11, 2009

~~MIRACLES OF ALLAH





RUKUK PICTURE--- (Act of Bowing to Allah)
This is a recent Miracle discovered in the forest near Sydney (Australia). This tree is bowed in a posture of Muslim's prayer. Moreover, the tree is bowed directly to the direction of Kaa'ba at Mecca (the Holy Mosque in Saudi Arabia). Closer sight shows Turban on head and even the shape of the hands touching the knees. Also Scientists noticed that there is not a sign of any artificial shaping of the tree. ALLAH-U-AKBAR!

KALIMAH PICTURE-----
The branches clearly say in Arabic that - there is no God but Allah, and Muhammad (P.B.U.H.)is the Messenger of Allah. This is said to be a scene on a piece of cultivated farmland in Germany. Many Germans have been said to have embraced Islam upon seeing this miraculous sight. The German government has put steel fences around that part of the farm to prevent people from visiting and witnessing this miraculous site.

ALLAH NAMES WRITTEN ON EGGS
About five years ago 33 year old Mikail Guclu from the Regent Quarter of the Hague, Holland, bought some eggs fresh from the farm and as usual had them on sale in his shop. But two of the eggs seemed slightly strange. "I noticed that the shells were a little misshapen." he said "Very odd, just like Arabic letters, And then suddenly I saw it: 'Allah'." Reason enough for him to call a friend. He himself speaks four languages but his knowledge of Arabic is limited and besides, he wanted to hear all the 'ins and outs' of it.
"But I could hardly believe what he said - what he could read on the egg was "There is but one God, Allah, and Mohammed is his prophet." That’s why I asked others just to be on the safe side, and I went to the mosque, to the imam. Everyone said the same thing."

MIRACLE BEANS
Guclu discovered the "miracle beans" while sorting through them two days after he had purchased the eggs. He had bought about five kilos of beans, about 500 grams of which bear the name 'Allah'.

Guclu believes that what subsequently happened with the beans is even more of a miracle. He gave some of the 'Allah beans to friends. Out of respect he did not feel he could sell the remaining beans; he decided to give them to the mosque, and requested that they be cooked and shared among the congregation. " About forty people enjoyed a complete meal from those beans and there was still food left over. The imam told me later; " We could serve as much as we wished, and the supply was still not exhausted."

SUBJECT : From Quran Surat Ar-Rahman Ayah 37 and the Hubble Telescope via NASA See the attached picture file, the RED ROSE NEBULA, see what Quran said at Surah 55 (Ar-Rahman), Ayah 37!We see it now in the years 1999/2000! and Quran mentioned it almost 1400 years ago. The picture is taken by the NASA Hubble Space Telescope of the "Cat's Eye Nebula." It is an exploding star 3,000 lightyears away. They should have called it the "Oily Red Rose Nebula." As the Quran states in Ar-Rahman, "When the sky is torn apart, so it was (like) a red rose, like ointment." Quran[Surah55:Ayah37]
Share/Bookmark

Sunday, May 10, 2009

~~PAHALA TERAKHIR BUAT SUAMI~~

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yangtelah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, dikalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan. Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan
kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap
suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan
menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong - menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan
Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja.
Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,
bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang
berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak
melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang
suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak
oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu,
hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

Itulah harapan saya .semoga Allah perkenankannya. ****

Nota:

Seperti yang pernah disarankan oleh Dr Fadhilah Kamsah.. pohon la
kemaafan kepada suami sebelum tidur... maafkan juga mereka2 yang ada kaitan
dengan kita sebelum kita tidur.. kerna kita tak tau.. apakah esok kita masih
boleh bangun or.. macam dalam kesah ni.. :)...

Share/Bookmark

~~Untuk Renungan Wanita~~

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat
wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan
dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih
akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya
dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang
dibuat daripada yakut.
10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang
itu dengan doa keberkatan.
12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan
rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu
lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya
untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika
wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di
dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc....

Hadis Nabi Mengenai Wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam..
Share/Bookmark

Friday, May 8, 2009

~~ERTI KASIH SAYANG SRG SUAMI~~

Dilihat dari usianya beliau sudah tidak muda lagi, usia yg sudah senja bahkan sudah mendekati malam, pak Suyanto, berusia 58 tahun rutin sehariannya diisi dengan menjaga isterinya yang sakit, isterinya juga sudah tua. Mereka telahpun berkahwin selama 32 tahun dan dikurniakan 4 orang anak. Disinilah bermulanya ujian didalam hidup mereka, setelah isterinya melahirkan anak yang keempat tiba2 kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan dan berlarutan selama 2 tahun, menginjak tahun ketiga seluruh tubuhnya menjadi lemah malah tulang lidahnya pun sudah tidak boleh digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyanto memandikan, membersihkan kotoran, menyuapi, dan mengangkat isterinya keatas tempat tidur. Sebelum berangkat kerja dia letakkan isterinya didepan TV supaya isterinya tidak merasa kesepian.
Walau isterinya tidak dapat berbicara tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, beruntunglah tempat kerja pak suyanto tidak begitu jauh dari rumahnya dan setiap dia dapat pulang untuk menyuapi isterinya makan. Selepas habis bekerja diwaktu petang dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian dan selepas maghrib dia akan menemani isterinya menonton TV sambil menceritakan apa2 saja yg dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya boleh memandang tanpa memberi sebarang reaksi, pak suyanto sudah cukup gembira malah sering berbicara dan sesekali mengusik isterinya seolah-olah isterinya boleh bergurau senda seperti dulu..sesekali airmatanya menitis mengenangkan nasib isterinya itu..

Perkara rutin ini dilakukan pak suyanto lebih kurang 25 tahun, dengan sabar dia merawat isterinya malah makin mengagumkan beliau juga mampu membesarkan kesemua empat buah hati mereka, sekarang anak2 mereka sudah dewasa tinggal si bongsu yg masih menuntut.

Pada suatu hari kesemua anak suyanto yg telahpun berumahtangga ketika itu berkumpul dirumah orangtua mereka sambil menjenguk ibunya. Selepas kesemua anaknya berumahtangga dan tinggal dengan keluarga masing2 dan pak suyanto memutuskan untuk terus tinggal bersama isterinya, yang penting kalian semua hidup bahagia bersama keluarga...tegasnya lembut kepada anak-anak beliau..

Dengan kalimat yg cukup hati2 anak yg sulung berkata “Pak, kami ingin sekali menjaga, semenjak kami kecil melihat bapak merawat ibu tidak ada sedikitpun keluhan
keluar dari bibir bapak………bahkan bapak langsung tidak mengizinkan kami menjaga ibu” . Dengan airmata berlinang anak itu melanjutkan kata2nya” sudah yg keempat kalinya kami menyuruh bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya, kapan bapak menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini kami sudah tidak tahan melihat bapak, kami janji kami akan merawat ibu sebaik-baik secara bergantian”

Pak suyanto menjawab hal yg sama sekali tidak diduga anak2 mereka.

” Anak2ku ……… Jikalau perkahwinan & hidup didunia ini hanya untuk nafsu, mungkin bapak akan menikah……tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian disampingku itu sudah lebih dari cukup, dia telah melahirkan kalian…sejenak kerongkongannya tersekat,… kalian yg selalu kurindukan hadir didunia ini dengan penuh cinta yg tidak satupun dapat menghargai dengan apapun. coba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini.

Kalian menginginkan bapak bahagia, apakah batin bapak bisa bahagia meninggalkan ibumu dengan keadaannya sekarang ?, kalian menginginkan bapak yg masih diberi Tuhan kesehatan dirawat oleh orang lain, bagaimana dengan ibumu yg masih sakit “

Sejenak meledaklah tangis anak2 pak suyanto. Merekapun melihat butiran2 kecil jatuh dipelupuk mata ibu suyatno.. dengan pilu ditatapnya mata suami yg sangat dicintainya itu. Sampailah akhirnya pak suyanto diundang oleh salah satu stesyen TV swasta untuk menjadi sumber inspirasi dan merekapun mengajukan pertanyaan kepada suyanto
kenapa mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isterinya yg sudah tidak mampu berbuat apa2. disaat itulah meledak tangis beliau dengan tetamu yg hadir di studio. kebanyakan kaum perempuanpun tidak sanggup menahan haru disitulah pak Suyatno bercerita;

* Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta dalam perkahwinannya, tetapi tidak mau memberi (memberi waktu, tenaga, pikiran, perhatian ) adalah satu yang sia-sia. Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya, dan sewaktu dia sehat diapun dengan sabar merawat saya, mencintai saya dengan hati dan batinnya bukan dengan mata, dan dia memberi saya 4 orang anak yg comel2. Sekarang dia sakit karena berkorban untuk cinta kita bersama…dan itu merupakan ujian bagi saya, apakah saya dapat memegang komitmen untuk mencintainya apa adanya, sehatpun belum tentu saya mencari penggantinya apalagi dia sakit..."

Kesemua hadirin yg mendengar kata-kata hikmat yg keluar dari mulut pak suyanto turut menangis dan terharu diatas kesetiaannya sebagai seorang suami...

**********************************************************************************

KISAH INI ADALAH KISAH BENAR YG BERLAKU DI INDONESIA..TENTANG KESETIAAN SEORANG SUAMI MENJAGA ISTERINYA YG SAKIT SELAMA 25 TAHUN LAMANYA..Sungguh kuterharu !!!
Share/Bookmark

~~Bila Nak Kawin~~~



Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)
Share/Bookmark

~~Lelaki Idaman Saya~~

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya adalah…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
DAN SUAMI SAYA.....Dialah lelaki idaman saya…
Share/Bookmark

~~LELAKI SEJATI~~~

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…
Share/Bookmark

~~Masih Suami Isterikah dialam Akhirat?~~

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
Share/Bookmark

~~SELAMAT HARI IBU~~~

Hari ini aku cuti..ada beberapa perkara yg perlu kulakukan. Salah satu tujuanku adalah utk ke Penang bagi menyusun semula pinjamanku dgn pihak bank krn kegawatan ekonomi, aku dan suami turut merasa tempiasnya..maklumla suamiku cuma bekerja kilang...jadi bila kilang krg bisnes..OT pun kurang..so jadi wang dikocek turut berkurangan..dan akibat dari itu ia turut membantutkan byk rancanganku dan suami..bisnes MLM yg kujalankan juga krg menggalakkan jadi apalagi..sblm aku karam..baiklah aku dan suami pergi berbincang dgn pihak bank utk menyelesaikannnya alhamdulilah..syukur pada Allah krn dipermudahkan semua urusan dgn lancar... segalanya selesai jam 12 tengahari tadi...kesian suamiku yg baru pulang dari shift malam terpaksa menemaniku kesana kemari..bukan aku x boleh pergi sendirian tapi malas pula rasanya nak memandu kereta sendirian ke penang...semalam sebelum tidur aku sempat sms pada suami mengajaknya mengikutku ke penang pada pagi ini..alhamdulilah bersyukur aku kpd Allah krn suamiku sgt sporting dan bertimbangrasa...jarang benar permintaanku ditolaknya..apatah lagi kalau bab pergi jalan2 makan angin dgn anak2..ajaklah kemana2 jua pasti suami aku hny menurut saja..yg penting kata suamiku bagitau awal2 supaya mudah dia nak mengambil cuti dan merancang hal2 kerja dikilangnya..sesekali terfikir jgk aku tntg perananku didalam keluarga..aku x ubah spt perdana menteri yg mentadbir dan suamiku pula adalah sultan yg hanya akan menandatangani apa2 jua memorandum utk persetujuan..mmg aku sgt bersyukur memiliki suamiku yg digelar dgn gelaran "pak aji" ditempat kerjanya..x tau pulak knp kwn2 dia memanggil begitu..sesekali bila aku menalipon kekilang aku pulak yg digelar "mak aji"..hehehe..suka juga aku..manatau masin mulut korang..jadilah aku dan suami betul2 haji dan hajjah satu hari nanti..Amin !!!! aku kerap mendengar rungutan dari ramai isteri2 yg mengadu betapa sukarnya utk mengajak suami mereka utk berbincang dan meminta pertolongan..adakalanya segala tugas terpaksa dilakukan bersendirian..simpati aku mendengar rungutan mereka..WAHAI PARA SUAMI..XDAK SEMUA ISTERI BERSIKAP MATA DUITAN DAN MENGIMPIKAN YG BUKAN2 DARI PARA SUAMI.Aku percaya masih ramai wanita yg iklas menerima suami mereka dengan seadanya dan hanya inginkan sebuah perhatian dan kasih sayang dan sifat tolak ansur didalam berumahtangga...andainya sesebuah keluarga itu kaya dgn kasih sayang dan mengamalkan kehidupan sebagai muslimin sejati..aku percaya dgn sendirinya Allah akan memberi limpah rahmat dan rezeki..dan pastinya setiap masalah juga akan menemui jalan penyelesaiannya...Mudah2an kita semua diberkati Allah sepanjang masa...buat ibu2 dan bakal ibu yg menyambut hari Ibu..aku ucapkan SELAMAT HARI IBU...SEMOGA ALLAH MERAHMATI SEMUA IBU2 DI DUNIA INI..

***********************************************************************************
sesungguhnya tangan yg menggoncang buaian juga boleh menggoncang dunia...tapi yg x bestnye...kaum wanita juga merupakan penghuni NERAKA yg teramai..nauzubilah..doaku setiap detik dan waktu..moga2 aku bukan salah seorang dari penghuninya...Ya Allah kau ampunilah segala dosa2ku..amin !!
Share/Bookmark

Thursday, May 7, 2009

~~nilai erti kemanusiaan~~

Naluri kewanitaanku amat tersentuh membaca kesemua pengalaman yg diharungi oleh arwah pn aisyah isteri kpd saudara en.ariff budiman di dlm "blog warna nostalgia" yg terpaksa mengharungi azab akibat perbuatan sihir org keatasnya sehingga membawa kepada kematian beliau (moga2 rohnya ditempatkan diantara roh para syuhada..amin)..dan berderaian lagi airmataku apabila melihat klip video rakaman saat2 manis terakhir arwah bersama sdr ariff.....Ahhh !!! betapa kejamnya manusia2 yg melakukan perbuatan sihir itu ke atas beliau xdak kira walau sebesar mana pun kesalahan beliau ke atas manusia yg lain tapi perbuatan membalas dendam dengan menyihir dan menganiaya manusia lain adalah sesuatu perbuatan yg kejam..sgt kejam bagiku kerana sesiapa juga yg melakukan demikian dgn jelas telah membunuh insan yg lain tanpa menjalani proses keadilan yg sepatutnya..arwah pn aisyah xdak diberi peluang utk membela diri dan memberi penjelasan knp dan mengapa ianya terjadi dan akhirnya dendam kesumat tersebut dilunaskan dengan menggunakan jin utk menyihir beliau..satu perbuatan khurafat, syirik yg turut mempersekutukan Allah....dan dengan jelas orang itu telahpun menempah tiket terawal utk menghumbannya ke neraka....xdak dpt kubayangkan perasaan srg suami dan anak2 yg kehilangan insan yg paling dicintai dlm hidup mereka selama ini......yg sebelum ini telah mengharungi susah senang, pahit maung kehidupan bersama......menghayati cerita ini membuatkan aku insaf dan semakin menghargai insan2 lain disekelilingku terutama jasa dan pengorbanan suamiku dan kesabaran beliau menghadapi cabaran hidup berumah tangga dgnku ....juga jasa2 kedua ibu bapaku yg membesarkanku selama ini dan juga anak2ku yg memahami kesibukan seorng ibu yg berkerjaya sprtiku...

Aku bersyukur kepada Allah krn disaat aku terleka..pasti akan ujian yg hadir dan setiap ujian yg diberikannya aku terima dengan redha dan menerima dgn berlapang dada krn setiap kali aku mempunyai masalah..pastinya aku akan jadi lebih dekat padaNYA..dan itulah tujuan ujian tersebut diberikan pdku selama ini utk meng"upgrade"kan lg imanku..alhamdulillah...klu dulu aku xdak pernah bersolat sunat..kini disebabkan ujian2NYA yg diberikan kpdku ..itulah menjadi rutin makanan rohaniku kini, malah kini wlu 1 haripun aku meninggalkan solat2 sunat yg terbiasa dilakukan olehku utk bermunajat padaNYA ditengah malam pasti akan terjadi kekesalan dihati keesokannya..kekesalan yg xdak berkesudahan...masih byk impian2 ku yg xdak tercapai..salah satu utk mengunjungi rumah Allah..entah bila aku mampu berbuat demikian krn duit simpanan belum bercukupan krn anak2 masih ramai bersekolah...tapi aku yakin dgn kuasa Allah.tiada yg mustahil utk berlaku..aku pernah terbaca kisah2 keajaiban dimana org2 miskin yg xdak mempunyai langsung harta dan wang ditangan tetapi dek kerana ALLAH dpt melihat kecintaannya terhadap Allah lalu diangkatkan jua olehNYA ke bumi Mekah dgn bantuan yg xdak disangka2...
justeru itu aku jadikan amalan bersolat fardhu dan sunat sebagai rutin harianku krn aku yakin Allah maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi..dan aku yakin satu hari nanti segala doa2ku akan termakbul jua akhirnya....sbnrnya terlalu byk doaku yg termakbul sblm ini tetapi dulu aku kurang bersyukur sehinggalah terjadi suatu musibah dlm hidupku tahun ini..barulah aku sedar Allah sebenarnya masih mengasihiku..dia berbuat demikian supaya aku sedar kedudukanku sbg hambaNYA...dan apa yg kuperlu lakukan utk mengatasinya...Aku kembali tersedar dari lena yg panjang bahawa meminta kepada manusia..sgt terbatas pertolongannya jadi knp aku harus mencari manusia yg lain sedangkan tempat meminta pertolongan yg terbaik adalah ALLAH...sbgmana firmannya dlm al-quran."wahai manusia..mintalah kepadaKu nescaya akan kumakbulkan doa2 hambaku..." justeru itu aku yakin masih ramai insan2 diluar sana yg masih tersasar krn mereka mudah putus asa apabila diberikan ujian...dan kurang menambahkan amal justeru itu apabila doa xdak termakbul..mereka mula mencari manusia lain sbg jalan utk meminta pertolongannya sdgkan kita sendiri xdak tahu yg membantu itu adakah menggunakan doanya kepada Allah ataupun menggunakan perantaraan jin dan syaitan yg dgn jelas telah dari mulanya bersumpah utk menyesatkan manusia...
Justeru itu aku telah berjanji kepada diriku utk menjadikan blog ini sebagai salah satu medan dakwah utk memperjuangkan islam yg semakin xdak diendahkan oleh segolongan manusia yg sememangnya lahir sebagai islam..selagi nyawa masih dibadan krn aku xdak mempunyai harta utk kudermakan kecuali ilmu yg sedikit utk disampaikan moga2 ia dapat mengajar nilai erti kemanusiaan.....

***********************************************************************************
Kenapa terlalu cintakan dunia sedangkan ia adalah hanya sekadar persinggahan sementara...?????
Share/Bookmark

Wednesday, May 6, 2009

~~sebuah kisah untuk renungan~~~



"Abang! Ini adalah takdir Allah s.w.t. Kita terima bang dengan penuh redha." Ujur si isteri kepada suami sambil meriba anak cacat yang baru dilahirkan itu. "Ahhh!! Begitu mudah kau kata takdir. Ini adalah akibat dirimu yang sial, maka lahirlah anak yang cacat ini...!" jawab suami menafikan kata-kata isterinya.Si suami terus marah-marah menyalahkan isterinya. Kelahiran anak cacat yang tidak diingini itu kononnya berpunca dari si isteri, isteri yang membawa sial. Isteri bawa malu kepada suami dan seluruh keluarganya.

"Keturunan abang adalah molek-molek belaka. Tak ada yang cacat seperti anak kau ini." berleter si suami dengan bibir mencebik menghina isteri. Isteri terdiam kaku. Dia tidak mahu bersuara lagi. Dia hanya terus menangis dan terus menangis. Itulah bermulanya detik kepahitan hidup yang dirasai oleh seorang ibu muda. Mimpi indah selama ini telah padam dan diganti dengan kepahitan. Derita dan susah. Dirinya dihina dan dicemuh oleh suami sendiri.

Bayi yang masih merah disisinya itu belum tahu erti penderitaan dalam hidup. Ibunya tidak mahu menyoal kenapa anaknya dilahirkan cacat. Cacat yang belum pernah dialami oleh anak-anak lain dikampungnya. Ccat kurang jari pernah berlaku. Bibir sumbing pernah terjadi.

"Tapi, anakku cacat tak punya kaki, tak punya tangan." bisik si ibu didalam hati. Hatinya sebak dan dia menangis lagi, sedih dan pilu. "Tak apalah suami ku menghina, jiran-jiran pun turut menghina aku." bisik hati si ibu dengan sedih dan terus menangis. "Ya Allah! Berilah kesabaran kepadaku..." Dia berdoa sambil menadah tangan.

Si ibu menarik nafas panjang. Alhamdulillah lega sedikit. Sebahagian ruang rumahnya mulai disinari cahaya matahari pagi. Kini dia hanya bersama dengan bayinya. Suaminya telah keluar entah kemana. Wajah bayi yang comel itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Bayi itu diberi nama Hasan.

"Hasan, anak ku sayang! Aku tetap sayang padamu. Kelahiran mu adalah atas kehendak Allah s.w.t.. Kau ditakdirkan Allah s.w.t. jadi begini. Allah Maha Kaya, nak." bisik hati si ibu dengan tenang, penuh radha atas ketentuan Ilahi.

"Ya Allah, Kau takdirkan anak ku cacat begini. Aku yakin Engkau jugalah yang akan melimpahkan rahmat dan berkat pada dirinya." bisik hati si ibu lagi menaruh harapan penuh pada Tuhan Yang Maha Kaya.

Si anak semakin membesar. Kini dia telah berusia dua tahun. Si bapa telah lari entah kemana. Si ibulah yang tetap membelanya dengan penuh kasih sayang. Apabila kepasar, bayi itu dimasukkan didalam periuk. Periuk itu dibimbit kesana-kemari. Ada orang yang bersimpati dan memberi wang, tetapi ramai yang terus mencemuh dan menghina. Ketika si anak masuk usianya lima belas tahun, penderitaan si ibu semakin bertambah berat. Ramai orang, terutama wanita-wanita terus menghina dan mencemuhnya. Akhirnya dia berpakat dengan anaknya untuk menginggalkan kampung halaman.

"Hasan, Ibu ada cadangan." ujur si ibu kepada anaknya pada suatu pagi. "Cadangan apa ibu?" tanya Hasan. "Kita jual harta pusaka peninggalan atuk dan kita pergi ke Tanah Suci Makkah. Kalau boleh kita terus tinggal disana." ujur si ibu kepada Hasan. "Elok cadangan ibu tu. Disana kita boleh ibadah banyak-banyak. Bumi Allah s.w.t. ini luas bu..." anak yang lincah dan cerdik iru beri persetujuan.

Alhamdulillah, akhirnya hajat dua beranak itu dimakbulkan Allah s.w.t.. Setelah mohon maaf kepada sanak-saudara, maka keduanya pun berangkatlah ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan kampung halaman yang terletak disalah sebuah wilayah kawasan Melayu diselatan Thailand. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 50-an.

Bumi Makkah kini telah meriah. Tidak seperti mula-mula dahulu, ketika diteroka oleh keluarga Nabi Allah Ibrahim a.s. Waktu itu sunyi sepi. Tiada manusia yang tinggal disana, tiada air dan tiada tumbuh-tumbuhan. Berkat ketakwaan Siti Hajar dan berkat doa Nabi Ibrahim a.s. kini Makkah menjadi sebuah bandar yang makmur. Ramai penghuninya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Dan, disana ramai orang-orang yang datang dari tanah Jawi. Maksudnya dari kawasan Tenggara Asia termasuk dari selatan Thailand. Si ibu bersama anaknya yang baru datang itu telah disambut dan diterima dengan baik oleh orang-orang Makkah, khususnya yang berasal dari selatan Thailand yang banyak menetap disana.

"Jangan susah-susah, kak. Tinggallah dirumah kami. Anggaplah kami ini seperti keluarga kakak. Kita sama-sama merantau, mengharap Rahmat dibumi Makkah." ujur seorang yang berasal dari Yala yang baik hati.

Kedua beranak itu pun tinggal dirumah tersebut. Si ibu membantu kerja-kerja rumah. Anak yang cacat tetapi pandai membaca al-Quran itu mengajar mengaji kepada anak tuan rumah dan anak-anak jirannya. Alhamdulillah, kehidupan mereka berdua benar-benar berubah. Hilang segala penderitaan dan kesusahan bertukar aman tenteram. Rezeki datang tak putus-putus.

Pada suatu hari, ketika waktu solat, si ibu kemasjid bersama anaknya. Anaknya itu didudukkan diatas kerusi roda. Sampai dimasjid, anaknya itu ditinggalkan diserambi masjid. Si ibu masuk ke kawasan kaum wanita didalam masjid. Di Makkah boleh dikatakan sudah menjadi satu budaya iaiatu sesiapa yang kelihatan dhaif, lebih-lebih lagi cacat maka amat mudahlah menerima sedekah daripada para dermawan. Bersedekah amat digalakkan dalam Islam terutama kepada yang susah, tetapi umat Islam dilarang daripada menerima sedakah kecuali jika miskin, cacat dan tak mampu untuk bekerja.

Hasan secara terpaksa untuk menerima sedekah orang ramai yang mencurah-curah sebelum dan selepas orang ramai menunaikan solat. Kehidupan dua beranak itu agak lega, Bagaimanapun Hasan tidak lupa kaum keluarganya yang susuh dikampung. Dia selalu mengirimkan wang dan hadiah kepada mereka menerusi jemaah haji yang datang dari kampungnya.

Pada suatu hari, salah seorang Raja Saudi berkunjung ke Masjidil Haram. Baginda telah bertemu denga Hasan. Hasan telah disoal dengan panjang lebar. Dari mana asal datangnya, dengan siapa dia tinggal di Makkah dan lain-lain lagi. "Kamu mulai dari hari ini jangan minta sedekah lagi. Beta akui kamu sebagai rakyat Saudi. Kamu akan diberi sara hidup bulanan. Kamu juga dianugerahkan sebuah rumah." titah Raja itu kepada Hasan. Betapa gembiranya Hasan pada masa itu, kerana terlalu gembira hinggakan dia menitiskan airmatanya membasahi pipinya. "Alhamdulillah syukur...! Terima kasih tuanku, Terimakasih tuanku, Terimakasih tuanku" ujur Hasan beberapa kali denga rasa kegembiraan yang tidak terhingga.

Apabila si ibu mengtahui akan hal itui, betapa gembiranya si ibu. "Inilah berkat dan rahmat limpahan Allah kerana kita bernaung dibawah lindungan Kaabah-Nya, wahai anakku." ujur si ibu dengan menitiskan air mata gembira sambil memeluk dan mengucup dahi anaknya.

Beberapa tahun kemudian usia Hasan telah pun meningkat kepada dua puluh lima tahun. Walaupun dia kudung kedua-dua belah tangan dan kakinya, namun badannya dalam keadaan sihat, dan sebagai insan biasa dia juga memiliki naluri sebagai manusia yang lain.
"Aku sihat, wang saraan hidup aku setiap bulan sangat lumayan, lebih dari cukup untuk keperluan diriku dan ibuku, malah rasanya aku mampu untuk meyara isteri dan anak-anakku yang bakal lahir." bisik hati Hasan. "Tetapi aku cacat.... siapa yang sudi menjadi isteriku?." Hasan bersedih mengenangkan nasib dirinya. Kesedihan itu berlarutan beberapa hari sejak kebelangan ini dan hal ini diketahui oleh ibunya.
"Kenapa kau sedih Hasan? Apa yang kurang untukmu. Wang ada, makanan cukup, rumah tempat kediaman pun ada." tanya si ibu kepada Hasan, anak kesayangannya. "Kau beritahulah kepada ibu, Hasan. Apa masalahmu?."

Hasan tak menjawab dan hanay mendiamkan diri. Si ibu yang tajam pemikiran itu akhirnya dapat mengagak kenapa anaknya bersedih. "Hasan, Kau ingin mencari jodoh?." tanya si ibu. "Siapalah orangnya yang sudi menjadi isteri saya, ibu? saya cacat." jawab Hasan. "Hasan, kalau sungguh kau ingin beristeri, jangan suah. Ibu akan berdoa kepada Allah s.w.t. dan kau pun berdoa juga. Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Hasan." nasihat si ibu dengan suara yang lunak.

Hasil perbincangan kedua beranak itu maka akhirnya dihantarlah seorang utusan kekampung halaman mereka di selatan Thailand dengan membawa sekeping gambar wajah Hasan yang memang lawa itu. Orang itu diamanahkan untuk mencari jodoh wanita solehah dan berbudibahasa. Dia diwakilkan menerima akad bagi pihak dari Hasan.

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah s.w.t, jodoh ditemui dan akhirnya diijab-qabulkan. Beberapa hari kemudian, wanita itu dibawa ke Makkah dan dipertemukan dengan pasangannya yang sedang menunggu disana. Wanita itu diperkenalkan dengan suami dan ibu mertuanya. Aduh... alangkah terperanjatnya wanita itu apabila terpandang suaminya yang cacat. Dia terperanjat besar. Dia sama sekali tidak menyangka suaminya cacat sedemikian rupa. Wanita itu jatuh pengsan. Hasan pun bersedih mengenangkan nasib dirinya. Isteri yang baru ditemui nampaknya enggan menerima Hasan sebagai suaminya.

Melihat keadaan demikian, si ibu yang solehah itu segera mengambil wuduk lalu pergi ke Masjidil Haram lalu mendirikan solat dua raka'at, kemudian berdoa kepada Allah s.w.t. semoga wanita tadi sembuh dari pengsannya.
"Ya Allah, sembuhkanlah menatuku, isteri kepada anak kesayanganku. Limpahkan perasaan kasih dan sayang dihatinya terhadap anakku, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani." doa si ibu dengan sungguh-sungguh didepan Kaabah.
Si ibu pun lalu mengambil air Zamzam untuk diberi minum kepada menantunya dirumah. Sesampainya dia rumah, Alhamdulillah, si ibu mendapati menantunya sudah sedar. Dia sudah mula mengorak senyum. Sedih telah hilang berganti kegembiraan. Dia bangun memeluk ibu mertuanya dengan erat sambil berkata. "Maafkan saya, ibu. Maaafkan saya, ibu. "Kemudian dia mendekati suaminya sambil berkata "Maafkan saya, bang. Maafkan saya, bang." sambil mencium dahi Hasan, suaminya. Hasan menitis air mata kegembiraan. Dia bersyukur kepada Allah s.w.t. Nampaknya si isteri sudah menerima dirinya sebagai suaminya.

Ya, berkat doa ibunya maka Allah s.w.t. telah meletakkan dihati wanita itu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada suaminya yang cacat. Mungkin dia berkata didalam hatinya "Kalau aku tidak mahu menjadi isterinya, siapakah wanita lain yang sudi menerimanya sebagai suami."

Hasil perkahwinan mereka itu telah dikurniakan lapan orang anak. Hasan sekeluarga tinggal disebuah perkampungan kira-kira empat kilometer dari Masjidil Haram. Mereka tinggal disebuah rumah dua tingkat yang selesa. Hasan hidup bahagia, mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Ilahi. Hasan mempunyai sumber pendapatan tetap sara hidup yang lumayan. Dia juga memiliki sebuah kereta siap dengan pemandunya serta pembantu rumah.

Kali terakhir penulis kisah benar ini bertemu dengan salah seorang anak Hasan ialah pada tahun 1998. Penulis tidak dapat bertemu dengan Hasan pada ketika itu kerana Hasan berkebetulan keMadinah.

Sungguh Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mencipta hamba-Nya dan Dialah yang memberi nikmat kesenangan kepada siapa yang dikehendakiNya. Biarpun cacat, kudung kedua tangan serta kakinya, namun Hasan tetap berjiwa takwa. Orang yang bertakwa dikasihi Allah s.w.t.

Allah s.w.t. melimpahi rezeki yang tidak putus-putus dan segala masalah mendapat penyelesaian sebaik-baiknya. Hasan sungguh bahagia, lebih-lebih lagi apabila dia mendapat kasih sayang ibunya dan selalu didoakannya dengan doa-doa kebaikan, tambahan pula segala doa-doa itu dipanjatkan didepan Kaabah.

Nota: Kisah ini dipetik dari buku Siri Bimbingan Mukmin (Amalan penting dalam Islam)
Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA