Tuesday, December 28, 2010

BERBAIK SANGKALAH..


“Dan barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan dialah yang paling baik untuk kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan dialah yang paling buruk untuk kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya” (al-Baqarah, ayat 216)."

...PERINGATAN DARI ALLAH YANG SERING DILUPAKAN OLEH HAMBA2NYA....terutama aku yang lemah ini...
Share/Bookmark

Monday, December 13, 2010

ANAK DERHAKA, CELAKA DAN KEJAM ....!!!

Oleh kerana bapa terlalu panjang umurnya dan lambat mati, maka anak-anak mengambil keputusan untuk mencampak bapanya ke laut dan membiarkannya sampai mati, apabila bapanya telahn mati dimbil dah di kebumikan di darat berlaku di India.


Share/Bookmark

KERINGNYA TASIK GALILEE DAN TURUNNYA NABI ISA

Apakah kaitannya Tasik Galilei dan kedatangan turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi?

Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau.

Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajjal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering'..(Riwayat Imam Muslim dalam Sahih Muslim)

Share/Bookmark

Sunday, December 12, 2010

BAHANA MULUT CELUPAR

Do’a ibu bapa kepada anak-anak adalah mustajab dan cepat diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Oleh kerana itu, janganlah diucapkan kata-kata yang jahat-jahat dan tidak baik kepada anak-anak yang nakal atau cerdas, kerana tersebut di dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Ada tiga do’a yang diterima oleh Allah Ta’ala iaitu do’a orang yang kena zalim atau kena aniaya ke atas orang yang menzaliminya, do’a orang yang sedang belayar dan do’a ibu bapa ke atas anaknya.”

(Hadis riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)
Kanak-kanak yang nakal atau cerdas menunjukkan ia cerdik dan pandai. Mereka akan sentiasa bergerak, dan ada sahaja perkara yang hendak dibuatnya. Mereka tidak ingin duduk diam. Kelakuan ini adalah sifat semula jadi kanak-kanak. Karenah seperti ini kadang-kadang menimbulkan rasa tidak menyenangkan kepada setengah ibu bapa. Bagi ibu bapa yang kurang kesabaran, mereka akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik seperti menyumpah seranah dan lain-lain perkataan yang boleh membawa akibat yang tidak baik ke atas anak mereka.

Dari itu, ibu bapa hendaklah melayani anak-anak mereka dengan penuh sabar dan sifat kasih sayang, sebab di tangan ibu bapalah yang akan mencorakkan warna-warni kehidupan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa tentulah berharap anak-anak mereka akan menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara pada masa yang akan datang. Bahagia anak-anak ada di tangan ibu bapa, demikian juga sebaliknya. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maksudnya:

“Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu katanya: Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Tidak ada seorang kanak-kanak yang dilahirkan melainkan dalam keadaan suci (fitrah), maka kedua ibu bapanya yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak mereka daripada terjerumus ke jurang api neraka. Dalam hubungan ini, tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik, mengajar dan membimbing mereka dengan tunjuk ajar, nasihat, adab sopan, pelajaran agama, mengerjakan ibadat sembahyang dan lain-lain ibadat wajib, cara berpakaian dan sebagainya dari sejak mereka kecil lagi. Firman Allah:
Tafsirnya:

“Hai mereka yang beriman, ambil perlindungan diri kamu dan ahli-ahli kamu, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu daripada api neraka dengan berbuat taat kepada Allah dan beramal dengan hukum-hakam Allah.”

(Surat at-Tahrim:6)
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad yang sahih daripada sahabat Jabir Radhiallahu Anhu telah berkata : “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maksudnya:

“Jangan kamu do’akan (menyumpah seranah) di atas diri kamu, jangan kamu menyeranah di atas anak-anak kamu, jangan kamu menyeranah di atas pakaian kamu, jangan kamu menyeranah di atas pekerjaan kamu, jangan kamu menyeranah di atas harta-harta kamu, jangan kamu berjumpa suatu saat yang diterima do’a kamu dengan seranah kamu itu, maka Allah akan menerimanya daripada kamu, yakni ada saat-saat dan waktu yang sangat dilulus permintaan dan do’a seseorang itu. Oleh takutilah kamu akan saat yang baik jadi tempat diterima do’a jahat dan seranah kamu itu.”

(Hadis ini tersebut dalam Sahih Muslim)
Di dalam hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Sunni, daripada sahabat Huzaifah Radhiallahu Anhuma telah berkata: “Saya mengadu kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan jahat mulut saya,” sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud:

“Di mana kamu daripada mengucap istighfar, yakni jangan jauh daripada istighfar, bahawa demi saya (Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mengucapkan yakni mohon ampun daripada Azzawajalla tiap-tiap hari 100 kali.”

Menurut hadis di atas, sebagaimana pendapat Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, ibu bapa yang celupar mulut itu sunat baginya mengucap istighfar pada setiap masa supaya hilang celupar mulut dan menyeranah itu daripada mulutnya.
Di dalam kitab Sunan Abu Daud dan Ibnu Majah daripada sahabat Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhu telah berkata: ‘Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud:

“Barangsiapa selalu mengucap Istighfar nescaya Allah lepaskan dia daripada segala kesusahan dan daripada segala masalah dan daripada segala perkara berbangkit yang menyusahkan, dan Allah Ta’ala lepaskan dia daripada segala sedih dan bimbang dan Allah Ta’ala murahkan rezekinya dan diberi rezeki daripada pihak yang tidak disangka.”

Oleh yang demikian, khusus kepada ibu bapa atau siapa saja yang celupar mulutnya hendaklah memperbanyak ucapan istighfar setiap hari supaya terhindar daripada ucapan-ucapan yang tidak baik kepada anak atau orang lain

Sumber : Mufti Brunei

Share/Bookmark

Wednesday, December 1, 2010

AKIBAT MAKAN UBAT CAMPUR COCA COLA






Share/Bookmark

Sunday, November 28, 2010

RINDU BERTANDANG LAGI...

Assalamualaikum...

Rindunyaaa.....itulah perkataan yang paling tepat untuk diucapkan apabila BLOG kesayangan ini ditinggalkan seketika..walaupun kini kita mempunyai banyak pilihan lain seperti, FB, TWITTER dan lain2....aku tetap merasakan BLOG adalah medium yang TERBAIK untuk aku coretkan segala2nya disini...baik dari segi perkongsian ilmu dan rasa hati...

Tiba2...hati ini menjadi RINDU...rindu serindu-rindunya...dengan selingan background music yang mendamaikan..tiba2 hati ini menjadi terlalu teringat kepada wajah2 kesayangan hamba yang lebih dahulu pergi menyahut panggilan ilahi...sesekali mereka seakan terlalu dekat dihati ini...tambah-tambah wajah arwah nenekku BASAH BT SAAD..., HATUN BINTI HAMID, arwah kakak iparku, dan arwah saudaraku ABD GHANI BIN ISHAK...AL-FATIHAH...Sayangnya tiada sebarang gambar mereka didalam simpananku dirumah ini untukku paparkan disini..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman... Walaupun mereka telah lama pergi meninggalkan dunia fana ini tetapi kehilangan mereka masih aku terasa sehingga kini...mereka adalah insan2 yang begitu dekat dihati ini sewaktu hayat mereka dulu...ALHAMDULILLAH...aku bersyukur masih punya kedua ibu bapa, ibu mertua yang masih hidup yang masih sempat aku berbakti untuk mereka...

YA ALLAH YA TUHANKU KAU PANJANGKANLAH usia kedua ibu bapaku dan ibu mertuaku yang sangat ku sayangi...dan berilah kesempatan dan ruang masa dan kelapangan untukku agar dapatku curahkan baktiku kepada mereka yang sangat banyak berjasa didalam membesarkanku dan mengajarku tentang erti kehidupan didunia ini....

SELAINNYA aku juga mendoakan kesejahteraan keluargaku, SUAMI DAN ANAK2KU dan juga untuk seluruh umat muslimin dan muslimat semua ..semoga kita semua dikembalikan kepadaNYA nanti dalam keadaan yang bersih dari dosa2 besar dan dosa2 kecil dan mudah2an kita juga terpilih untuk menghuni SYURGA..meskipun dengan amalan yang terlampau sedikit ini seakan tidak layak untuk mendapatkannya...

Marilah kita berusaha tingkatkan amal ibadat menanam biji benih sepanjang jalan ke sana selagi termampu..mudah2an hasil tuaiannya di akhirat nanti dapat menampung kekurangan dan menghapuskan dosa2 yang tak terlihat, dilakukan dengan sengaja atau tidak dan disedari atau tidak...sampai ketemu lagi....wassalam....

Share/Bookmark

Saturday, October 16, 2010

Mari Baca Kisah Mustafa Kamal Ataturk

salam,

dah lama nak post entri cerita pasal Mustafa Kamal Ataturk ni.. disamping menambah pengetahuan dapat juga mengambil iktibar atas apa yang terjadi pada mustafa kamal atartuk..

siapa dia kamal atartuk ni? ini adalah cerita benar zaman 1924m, iaitu orang yang menentang ajaran agama Islam dan mengunakan pengaruhnya untuk tidak mempercayai ajaran agama suci Allah swt dan menghancurkan umat Islam di Turki.. merupakan asal usul dari orang berketurunan Yahudi juga.. salah silah keluarganya merupakan keturunan yahudi dan mendakwa menganut agama islam tetapi sebenarnya secara senyap2 menganut agama yahudi.. (talam dua muka)..

kematiannya adalah balasan Allah kepadanya yang mengingkari ajaran Allah agama islam ,al-quran dan sunnah.. dia langsung tidak boleh dikebumikan dalam tanah, walaupun selepas 15 tahun dia mati dan dikebumikan semula.. bumi Allah tidak juga menerima mayat mustafa kamal artartuk ni.. bagaimana nak kebumikan mayat yang tak diterima oleh Allah ni.. jom baca dengan teliti sejarah mustafa kamal atartuk yang saya copy paste di bawah :


Kamal Ataturk Bapa Sekular Turki Menerima Penghinaan Allah Dikala Matinya. KEJAHATAN dan keganasan Kamal Ataturk menghancurkan umat Islam di Turki begitu dahsyat sekali. Sekiranya Kamal Ataturk ini lahir di zaman adanya rasul iaitu ketika wahyu masih ada, tentunya namanya akan disebut seperti Firaun, Namrud dan Abu Lahab.

Keingkaran dan kejahatannya menentang Al-Quran dan Sunnah di zaman moden ini telah diabadikan dalam sejarah sepertimana terabadinya kejahatan Namrud dan Firaun yang menentang ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. dalam Al-Quran.

Al-Quran telah menerangkan bagaimana bentuk pembalasan yang Allah telah turunkan kepada Qarun, Firaun dan Abu Lahab. Allah menghinakan mereka kerana penghinaan mereka terhadap hukurn Allah.

Penghinaan ini menjadi pengajaran sepanjang zaman. Ini adalah pengajaran bagi setiap penguasa atau pemerintah berhati-hati supaya tidak mendustakan hukum Allah dan berlaku zalim. dengan kekuasaan yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T.

Cara kematian yang Allah telah datangkan kepada mereka amat tragis sekali. Mereka mati dengan cara yang aneh sekali. Contoh nya Namrud, mati kerana sakit otak akibat dimasuki oleh seekor nyamuk melalui telinganya. Setiap kali ia menjerit, doktor peribadinya memerintahkan dipukul kepalanya dengan kasut untuk mengurangkan kesakitannya. Setelah lama bergelut dengan sakratul maut, akhirnya beliau mati dalam keadaan terseksa dan terhina. Begitu juga dengan Firaun yang mati lemas di dalam laut.

Jadi, tidak hairanlah kalau Kamal Ataturk turut menerima pembalasan yang sama setimpal dengan pembalasan yang diterima oleh Namrud dan Firaun. Apa yang dideritai oleh Kamal Ataturk menjelang kematiannya tidak kurang dahsyat daripada kematian yang dihadapi oleh Namrud dan Firaun. Seperti penzalim-penzalim terdahulu, Allah tidak membiarkan mereka tanpa mendapat pembalasan ketika hidup di dunia lagi.

Begitulah yang telah terjadi kepada Kamal Ataturk. Mengikut catatan. dalam buku-buku biografinya, malah yang ditulis sendiri oleh peminat-penminatnya, Kamal telah mati akibat ketagihan arak. Tetapi penyakitnya bukan itu sahaja. Malah pelbagai sakit lain yang begitu aneh telah dihadapinya. Beliau pernah diserang dengan penyakit kelamin, malaria dan sakit buah pinggang. Tetapi secara rasminya kematiannya disebabkan. sejenis penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak.

Walaupun beliau meninggal dunia pada 10 November 1938 tetapi beliau mula diawasi oleh seorang doktor peribadi yang mengikut ke mana sahaja ia pergi semenjak 19 Mei 1919. Sungguhpun begitu, hingga ke akhir hayatnya, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat. Manakala rakyatnya terus menganggap Kamal Ataturk di tahun-tahun akhirnya sebagai seorang yang penting dan kuat. Kemampuan seksnya sudah terlalu lemah kerana banyak minum arak, tetapi beliau terus memburu wanita. Walaupun pengalaman wanita yang merelakan diri mereka kepadanya mengatakan Ataturk sekadar memandikan mereka dan selepas itu beliau tertidur.

Ataturk di akhir usianya sering ke kasino dan parti, berlagak seperti orang sihat, tetapi bila pulang menjadi begitu keletihan dan kelesuan. Beliau diserang dengan penyakit radang paru-paru (pneumonia) selepas menghadiri parti tari menari buat kali terakhir di Bursa.

Ada juga pakar jiwa yang mengatakan sikap Ataturk yang kuat minum (walaupun tahu itu adalah berbahaya) ialah tindakan membunuh diri. Ketika tibanya tahun 1937 telah berlaku suatu perubahan fizikal yang sangat ketara kepadanya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat. Wajahnya kelihatan pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat marah. Waktu itu beliau sangat takut tinggal keseorangan dan sangat marah bila ditinggalkan bersendirian. Orang kanan Ataturk, Celal Bayar, mengatakan Ataturk mudah naik darah dan sering kebimbangan di akhir hayatnya. Beliau menjadi nyanyuk. rahannya bertukar-tukar dengan sekejap masa.

Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa. Walaupun beliau telah memberi kepercayaan kepada Perdana Menternya, Ismet, untuk mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi hatinya dipenuhi kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal hilang. Waktu itu beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara.

Kulit di tubuh badannya berkedut dengan cepat dan dganggu pula oleh penyakit gatal-gatal. Doktor-doktor sudah memberi bermacarn-macam krim untuk disapu pada kakinya yang sudah calar balar dan luka-luka kerana digaru oleh kukunya. Walaupun begitu beliau masih angkuh. Di akhir-akhir hayatnya iaitu ketika menderita sakratulmaut, beliau dibawa ke tengah laut dengan botnya. Tetapi bila diangkat ke darat, beliau tidak mahu baring di atas stretcher kerana tidak mahu orang lain tahu beliau telah lemah.

Sebelum tiba saat matinya, ia telah dibelasah habis-habisan oleh berbagai bala yang ditimpakan Allah. Beliau rasa terlalu tidak berdaya, demam, kulit kekuningan, gatal gatal, darah tinggi, luka-luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perut membengkak, pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul dan bengkak-bengkak.

Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi lagi. Keadaan tetap tidak berubah walaupun doktor pakar didatangkan dari Peranchis. Doktor pakar mengalami masalah mengubatnya kerana Kamal Ataturk terlalu degil untuk mematuhi arahan mereka supaya tidak minum arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya.

Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Beliau berasa sangat panas walaupun ketulan-ketulan ais dilekapkan ke badannya. Malah bomba dipanggil untuk memancutkan air pada dinding biliknya. la minta dipindahkan dari bot besarnya, Savarona, untuk menyejukkan badannya yang sangat kepanasan. Tetapi bila dipindahkan ke istana, beliau berasa bertambah panas.

Walaupun sewaktu masih kuat Kamal Ataturk sangat antikan ubat-ubat kampung (Tradisional) dan jampi-jampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengubat penyakitnya. Ini satu tamparan kepada sikapnya yang anti kerohanian dan selalu menganggap bahawa itu adalah ajaran kolot.

Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Bila jerit-pekik Ataturk menahan seksanya semakin kuat (hingga kedengaran ke kawasan sekeliling), beliau dipindahkan ke tengah laut dalam sebuah bot besar. Beliau melalak-lalak kesakitan dalam sakratulmautnya dengan penuh azab di tengah-tengah laut.

Pada 29 September 1938 Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, beliau mengalami koma kali kedua. Dan sewaktu itulah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau kemudiannya tidak sedarkan diri selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia.

Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu juga selepas kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu hina sekali. Ia TIDAK dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan secepat mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran Islam. Tetapi sebaliknya, mayatnya diAWETkan dan diletakan di ruang takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam.

Selepas 9 hari, barulah mayatnya disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya. Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November, dipindahkan pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang berhampiran Dewan Rakyat.

Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah dikebumikan. Sebenarnya, MAYAT ATTATURK TIDAK DITERIMA OLEH BUMI. Oleh sebab itu mayatnya tidak dapat dikebumikan. Tiada tanah yang layak untuk menjadi kuburnya. Akhirnya sebuah lembaga khusus ditubuhkan untuk menangani masalah ini.

Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu. Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan kepulangannya kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar tersebut. SEBENARNYA MAYAT ATTATURK DIMUNTAHKAN SEMULA OLEH BUMI setiap kali hendak dikebumikan.

Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah.. Musnah mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia.

Apa yang menimpa Kamal Ataturk masih ringan jika dibandingkan dengan nasib penentang kebenaran yang terdahulu. Kerana kebenaran yang ditentang oleh Kamal Ataturk di zamannya bukanlah kebenaran yang dijanjikan seperti yang ditentang oleh Firaun, Namrud atau Abu Lahab. Kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah kebenaran yang dijanjikan oleh Allah. Oleh sebab itulah, Namrud, Firaun dan Abu Lahab menerima padah yang begitu dahsyat sekali.

Mujurlah kebenaran yang ditentang oleh Kamal Ataturk bukan kebenaran yang dijanjikan. Jika tidak, nasibnya akan lebih parah lagi. Kalau ditakdirkan beliau menentang kebenaran yang dijanjikan, beliau akan mendapat pembalasan atas dua sebab, sebagaimana nasib yang menimpa Firaun dan Narnrud.
Pertama, kerana mereka zalim. Kedua, kerana kebenaran yang mereka tentang adalah kebenaran yang dijanjikan. Sedangkan Kamal Ataturk dihukum hanya kerana Satu sebab sahaja iaitu zalim.

Hal ini sesungguhnya satu peringatan yang mesti kita pandang serius disebabkan kita hidup di zaman kebenaran yang dijanjikan. Sesiapa yang menentang kebenaran di Timur zon kebenaran yang dijanjikan ini akan menerima nasib yang lebih parah daripada apa yang menimpa Kamal Ataturk. Mungkin bala yang menimpa lebih dahsyat daripada apa yang telah menimpa Namrud, Firaun dan Abu Lahab. Cuma kita tidak tahu bagaimana bentuk penghinaan itu.

Zaman ini berbeza dengan zaman Kamal Ataturk. Kamal hidup bukan di awal kurun, iaitu ketika tidak dijanjikan datangnya seorang mujaddid yang membawa kebenaran yang dijanjikan. Tetapi kini kita hidup di awal kurun ke-15 Hijrah, iaitu di zaman seorang mujaddid muncul membawa kebenaran yang dijanjikan. Justeru itu penentang kebenaran yang dijanjikan kali ini akan Allah balas atas DUA SEBAB, iaitu KERANA ZALIM dan KERANA MENENTANG KEBENARAN YANG DIJANJIKAN. Jadi, bayangkanlah betapa BURUKNYA NASIB penentang kebenaran kali ini.

Era keganasan Kamal Aartuk kebetulan berlaku bukan di awal kurun (mengikut kurun Hijrah) iaitu pada tahun 1920-an hinga 1930-an. Ertinya, Kamal Ataturk hanya menentang kebenaran bertaraf biasa bukan kebenaran yang dijanjikan seperti yang dibawa oleh seorang Mujaddid. Zaman Kamal Ataturk juga tidak dijanjikan Islam akan bangkit dalam bentuk yang lebih global iaitu di tahap ummah seperti yang dijanjikan, oleh Allah pada zaman ini.

Oleh sebab itu Allah izinkan juga Kamal Ataturk berjaya mencapai cita-citanya. Matlamatnya hendak menjadikan Turki sebuah REPUBLIK SEKULAR dengan MENAFIKAN ISLAM sebagai WAY OF life dalam amalan masyarakat dan perlembagaan negara telah tercapai. Walaupun begitu, Kamal Ataturk tetap menderita dan telah menerima pembalasan kerana kezalimannya. Allah tidak akan membiarkan manusia yang menzalimi manusia lain hidup tanpa pembalasan sebelum tamat riwayatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Dua dosa yang Allah segerakan pembalasannya, iaitu dosa kepada ibu bapa dan penzaliman ke atas manusia lain.

Justeru itu Kamal Ataturk dimatikan dalam keadaan yang begitu terhina sekali. Beliau mati membawa nama yang begitu jijik sekali. Bukan sahaja orang yang baik-baik tidak menyebut namanya dengan nama terhormat malah orang-orang jahat pun sudah melupakan dirinya.

Tetapi siapa yang menentang kebenaran di awal kurun ke-15 Hijrah ini, iaitu di zaman kebenaran yang dijanjikan, beliau tidak akan berjaya. Musuh Islam setaraf atau lebih jahat daripada Kamal Ataturk sekalipun, tidak akan dapat menyekat kebenaran ini.

Padah yang bakal diterima akan lebih dahsyat daripada Kamal Ataturk. Mungkin selain daripada mati dalam keadaan paling menghinakan (sama seperti Ataturk), perjuangannya, pun tidak akan berjaya. Ertinya, nasib penentang kebenaran yaang dijanjikan zaman ini akan dua kali lebih malang daripada Kamal Ataturk.

SEJARAH KAMAL ATATURK

Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel…… Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Beliau telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 – 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, “Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai.”

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”. Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dang mengulingkan baginda.

Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami.”

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung.

Dalam urusan munakahat, beliau melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

Mustafa Kamal
dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).

sumber : berita harian online.. sabahdaily.. jomlayan
Share/Bookmark

Friday, October 15, 2010

Neutrofil (sel darah putih) Mengejar Seekor Bakteria

Tiap hari kita menghirup udara dan memegang berbagai benda. Oleh yang demikian, pastinya juga kita akan selalu berinteraksi dengan bakteria. Seperti diketahui, begitu ada kesempatan maka bakteria akan menyelinap masuk ke dalam darah, kemudian berkembang biak dan mengeluarkan toksin (racun) yang dapat merosak kualiti darah.

Kalau memang demikian, apakah itu bererti bahwa setiap hari ada kemungkinan bagi individu untuk menderita suatu penyakit, karena aktiviti seharian yang dilakukan individu?

Jangan cemas. ..tidak semua kenyataannya akan terjadi sedemikian. Bagaimanapun juga hanya sedikit sekali orang yang dalam setahun sakit secara terus-menerus. Mengapa boleh terjadi sebegitu ? Kerana dalam darah manusia terdapat suatu pasukan tempur yang berjumlah sangat besar yang tak henti-hentinya bertempur dan memberantas bakteria.

Pasukan tempur itu tidak lain adalah sel darah putih yang juga dikenal dengan sebutan leukosit. Jumlah sel darah putih dan trombosit ternyata hanyalah 0,5% dari jumlah total darah dalam tubuh manusia. Dalam setiap milimeterkubik darah normal, terdapat 5 – 10 ribu sel darah putih. Berlainan dengan sel darah merah, sel darah putih tidak mempunyai bentuk yang tetap. Hal ini dikarenakan sel darah putih perlu selalu berubah bentuk untuk memudahkannya bertempur melawan bakteria.

Luka yang kita peroleh akibat kulit tergores benda tajam atau tenggorokan yang tergores duri ikan merupakan media yang paling tepat bagi masuk dan berkembangnya bakteria di dalam tubuh. Kerananya, bahagian tubuh yang terluka merupakan tempat berkumpulnya sel darah putih. Sel darah putih akan mengepung dan memakan bakteria yang menempel pada luka tersebut hingga habis. Seringkali juga pada bahagian tubuh yang luka tampak merah membengkak dan merasa panas kerana berlakunya pertempuran sengit antara sel darah putih melawan bakteria. Bahagian yang memerah dan membengkak itu adalah medan pertempuran, sedangkan nanah yang terdapat di sana tak lain adalah mayat sel darah putih dan bakteria yang gugur. Bila pertempuran itu dimenangi oleh sel darah putih, maka bengkak merah tadi akan segera menghilang dan luka juga akan segera sembuh. Akan tetapi, jika sel darah putih mendapatkan perlawanan yang sangat gigih dari bakteri sehingga tidak mampu mengalahkannya dengan cepat, maka bakteria itupun akan berkembang biak dan kita akan menjadi sakit. Pada saat seperti inilah kita memerlukan bantuan dari luar, terutama ubat-ubatan agar segera dapat membasmi bakteria tersebut.

Ada kalanya bakteria tidak masuk ke dalam pembuluh darah, namun hidup menumpang di selaput bahagian dalam lambung, paru-paru, usus, ataupun organ tubuh lainnya. Dalam keadaan seperti itu, sel darah putih dapat berubah menjadi sangat lembut dan merembes ke luar dari pembuluh darah untuk mengepung bakteria dan membasminya hingga habis.

Fungsi sel darah yang demikian inilah yang menyebabkan para ahli kedoktoran menggelarnya sebagai “Sel Pembenteras Bakteria”.


Share/Bookmark

KALAU NAK TAHU.....

Amalan Ayat Dan Surah Serta Kebaikannya

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.

Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, , dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.

Imam Jaafar Shadiq ra. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membac ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (Anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' (Saba')

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."

Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.

Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.

Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat berkat


Share/Bookmark

Tuesday, October 12, 2010

INILAH ERTI PEMIMPIN YANG SEBENARNYA...

Assalamualaikum...

Kali ini sekadar ingin berkongsi cerita mengenai kisah pemimpin berjiwa rakyat....yang rasa-rasa2nya sukar dicari dizaman ini..apabila terbaca kisahnya di KOSMO...aku ingin berkongsi mengenai PERIBADI SULTAN KELANTAN yang dikagumi....

TUANKU Muhammad Faris pemimpin berjiwa rakyat yang mementingkan aspek keagamaan.

“MAK CIK kena makan ubat, jangan simpan dalam rumah saja. Jangan selang-seli, kalau terasa mahu muntah pun paksa juga makan. Insya-Allah kalau mak cik makan ubat ikut jadual akan sihat mungkin tidaklah gemuk macam Datuk (Datuk Dr. Awang Adek) atau saya, tapi makin sembuhlah badan mak cik," gurau Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail kepada seorang wanita berpenyakit kronik, Hasnah Ibrahim dalam ziarahnya ke rumah wanita itu di Kampung Peropok dekat Bachok, Kelantan, Ogos lalu.

Gurauan baginda yang ketika itu merupakan Pemangku Raja menyebabkan tetamu yang ada di rumah itu tersenyum termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Mungkin itulah gambaran mudah siapakah Tuanku Muhammad Faris, 41, yang baru dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan.

Mesra dan prihatin akan keadaan rakyat. Sepanjang bergelar Pemangku Raja atau Tengku Mahkota, baginda kerapkali dilihat mencemar duli menziarahi golongan miskin dan ditimpa musibah.

TUANKU Muhammad Faris semasa bergelar Pemangku Raja berdoa bersama jemaah selepas selesai solat maghrib pada satu majlis berbuka puasa, Ramadan lalu.

Pemangku Raja

Antaranya, baginda menghadiri majlis tahlil di rumah bapa kepada mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Pilatus, Muhammed Zulrihan, 39, dan menemui keluarga arwah Ustazah Norliza Ishak dan anak lelakinya yang mati dibunuh di Port Dickson, Negeri Sembilan Ramadan lalu.

Tuanku Muhammad Faris diputerakan pada 6 Oktober 1969 dan telah dianugerahkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.

Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lalu setelah ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra gering dan dibawa ke Singapura untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth.

Tuanku Muhammad Faris dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru selaras dengan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan pada 13 September lalu.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Oakham School Rutland, England sehingga tahun 1989. Baginda seterusnya memilih untuk menuntut ilmu di Oxford dalam bidang Pengajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Tuanku Muhammad Faris bukan sultan biasa. Selain baginda disifatkan oleh bekas Pengerusi Majlis Perajaan Negeri, Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd. Hamzah sebagai mencipta sejarah baru kesultanan Kelantan apabila dilantik ketika ayahandanya masih hidup, Tuanku Muhammad Faris juga mempunyai penampilan yang jarang dilihat pada sultan biasa.

AYAHANDA dan bonda Tuanku Muhammad Faris, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu baru-baru ini.

Berjubah

Baginda sering memakai jubah atau berbaju ‘gumbang’ serta berkopiah. Baginda juga seorang imam kepada makmumnya.

Januari lalu, kala Sultan Ismail gering, baginda sendiri yang menjadi imam kepada ribuan rakyat jelata Kelantan menunaikan solat hajat berdoa akan kesejahteraan ayahandanya.

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu menjadi saksi baginda mengimamkan solat hajat yang dihadiri lebih 1,000 rakyat negeri itu.

Tuanku Muhammad Faris sudah lama diketahui rakyat sebagai putera istana yang cintakan agama dan sering menjadikan masjid sebagai lokasi utama lawatan semasa program menziarahi rakyat di seluruh negeri.

Pada hari-hari biasa, Masjid Muhammadi di pusat bandar yang merupakan Masjid Negeri adalah masjid utama tempat baginda menunaikan solat berjemaah.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberitahu Jurnal, Tuanku Muhammad Faris sememangnya gemar mendekati golongan agama.

Dedahnya, dari dahulu lagi setiap orang daripada 15 anggota Jemaah Ulama, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri sudah mempunyai nombor telefon bimbit baginda untuk kemudahan berhubung bagi memberi sebarang pandangan dan nasihat.

TUANKU Muhammad Faris Petra (dua dari kanan) berkenan bersalaman dengan para tetamu di rumah terbuka baginda di Istana Negeri Kubang Kerian baru-baru ini. Hadir sama Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kanan).

“Tuanku Sultan memberi nombor telefonnya kepada kami secara peribadi dan berpesan supaya menelefon baginda pada bila-bila masa jika ada perkara yang dirasakan perlu ditegur dan dinasihati.

“Baginda memberi peluang sebegitu terbuka kepada ahli Jemaah Ulama untuk menegur baginda secara langsung tanpa ada sebarang halangan atau protokol.

“Saya tidak mengetahui jika ada ulama yang pernah menghubungi baginda khusus untuk tujuan itu tetapi begitulah istimewanya Tuanku Muhammad Faris dalam memberi pengiktirafan kepada ahli agama,” katanya.

Tambahnya, baginda juga sudah beberapa kali menunaikan fardu haji dan kali terakhir menyempurnakannya pada tahun 2004.

“Pengukuhan asas dan ilmu agama baginda ini sebenarnya bermula sejak baginda kecil lagi. Ia sudah menjadi tradisi keluarga diraja untuk menjemput para ulama datang ke istana negeri memberi kuliah agama.

“Antara yang pernah menjadi guru kepada Tuanku adalah bekas Mufti Kelantan iaitu Allahyarham Datuk Mohd. Nor Ibrahim manakala selepasnya pula ilmuwan tersohor Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yaacob.

“Pelbagai aspek agama disentuh daripada bab akidah, fekah dan akhlak menerusi pembacaan kitab-kitab khusus,” kata Mohamad Shukri yang kini menyambung tugas menyampaikan kuliah agama kepada keluarga diraja.

Beliau berkata, sejak dari kecil, baginda berguru mengaji al-Quran dengan seorang qari yang pernah menjulang nama negara di peringkat antarabangsa yang juga bilal ternama negeri ini iaitu Nordin Idris.

‘Ambo’

Katanya, sejak bersemayam di Istana Telipot beberapa tahun ini, Tuanku Muhammad Faris tetap meneruskan amalan memanggil ulama ke istana itu dan baginda tidak meminggirkan petugas-petugas dan pegawai pengiringnya dalam majlis ilmu tersebut.

“Kesemuanya dijemput hadir. Kuliah itu diadakan setiap minggu dan akan ditunda jika bertembung dengan jadual tugas Tuanku yang lain,” katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd. Norhamzah Engku Hussin pula memberitahu, baginda seorang yang merendah diri.

“Seingat saya, semasa baginda menjadi Tengku Mahkota, baginda sering menggunakan perkataan ‘ambo’ sebagai kata ganti dirinya apabila berbicara. Ia jelas melambangkan keperibadian yang merendah diri memandangkan ‘ambo’ itu berbunyi seperti hamba,” ujarnya.

“Tapi apabila baginda kini bergelar sultan, mungkin baginda perlu lebih mengikuti protokol,” katanya. sambil melafazkan pertubuhannya menjunjung kasih dan taat setia kepada sultan sepenuhnya.

Tengku Mohd. Norhamzah memberitahu, baginda juga banyak mewarisi sifat ayahandanya yang menggemari sukan berkuda dan menembak.

Akhbar pernah melaporkan sebelum ini bahawa baginda turut meminati sukan lasak seperti ekspedisi 4X4.

Minat mendalam turut ditunjukkan terhadap sukan memanah, memburu, boling dan memancing. Baginda juga gemar memelihara haiwan seperti kuda, kucing, ayam, rusa dan burung.

P/S....HEBAT...!!! Kalaulah semua pemimpin-pemimpin di Malaysia boleh jadi sepertinya..rasa2nya kuranglah masalah sosial dinegara kita ni kan ????

DAULAT TUANKU......!!!!

Share/Bookmark

MAKANLAH MENGIKUT SUNNAH..

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud).

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu? Pahala yang berlipat ganda dan Keberkatan.

ADAB MAKAN

1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan.

2. Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan.

3. Makan dengan menggunakan 3 jari.

4. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”

5. Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. A

6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“

7. Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi.

8. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita lebih-lebih lagi yang dah berkahwin.

9. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

10. Menutupi makanan jika tidak makan

11. Tidak tidur selepas makan.

12. Jangan terlalu banyak jenis lauk/makanan

13. Makan dalam keadaan gembira bukan dalam kekecewaan dan kesedihan.

14. Jangan makan makanan/minuman yang terlalu panas (tapi orang kite kalau tak panas tak best)

15. Kunyah makanan hingga lumat (hadis sebut sampai 33, 70 dan 77 kali kunyahan)

16. Tidak makan daging setiap hari, tetapi berselang hari.

17. Makan ramai-ramai.

18. Cuci tangan sebelum dan selepas makan.

19. Dan yang terkahir sekali, Makan buah-buahan dahulu sebelum makan makanan utama. Terbalik la pula, kita makan buah last sekali, kononnya pencuci mulut.


8 makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan:


KISMIS,
KURMA MADU,
KURMA AJWAH,
MADU,
BUAH TIIN,
MINYAK ZAITUN,
ZA’FARAN,
HABBATUS SAUDA’,
KARAPS (BIJIRIN),
ZANJABIL (UBI TUMBUHAN),
KHARDAL (BIJIRIN),
BARLI/TALBINAH , (SYAEER),
LIMAU (UTRUJJ),
SUSU KAMBING,
ROTI (KHUBZ).

Selain itu juga Nabi makan daging kambing (bukan setiap hari)

Antara Makanan Yang disebut dalam al-quran

1. Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
”Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.

2. Halia. Firman Allah (Q:76:17)
Maksudnya: “Dan mereka dalam syurga itu ,diberi minum sejenis minuman yang dicampurkanya dari halia.(zanjabil)

3. Tamar dan Ruthob (Kurma kering dan basah). Firman Allah:
Maksud: “Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan

4. Anggur. Allah Taala telah menyebut mengenai buah Anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali. Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya.

5. Madu Lebah. Firman Allah: (Q:16:68-69)

Maksudnya: “Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah “hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.

6. Buah Tin. Allah berfirman :
“Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”

7. Zaitun. Allah berfirman Surah An-Nur [Ayat 35]
“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya.

8. Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 18,
Maksudnya : “.....mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil.”

9. Susu. Surah An Nahl : 66.
"Dan Sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya."

10. Daging Burung: Al-Waqiah : 21
"Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan."

11. Susu Ibu [Al-Baqarah:233]
"Para ibu hendaklah menyusukan anaknya selama 2 tahun penuh"

12. Adas. Adas adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61
"Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak sabar (tahan) dengan satu jenis makanan sahaja. sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, iaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya".

p/s: Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini (bawang putih) maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang

Share/Bookmark

Monday, October 11, 2010

NASA PUN MENGAKUINYA...!!!

Assalamualaikum....

Allahuakbar...sesungguhnya Allah Maha Besar..Maha Agung dan Maha Mengetahui atas segala-galanya...

Satu lagi bukti yang perit untuk diakui oleh kaum kafir tentang kebenaran ayat-ayat suci Al-Quran dan hari kiamat tentang kebenaran...bahawa antara tanda-tanda akhir kiamat salah satunya adalah MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT....!!!

MASIH ENGGAN BERIMAN ....??? MASIH ENGGAN MENGAKUI BAHAWA HARI KIAMAT ITU BENAR ???..Kalau benar anda percaya kenapa anda masih SOMBONG ???? Tanya pada diri sendiri..cukupkah sembahyang 5 waktu sehari...adakah kita rajin melakukan amalan sunat selain amalan wajib...berapa ramai antara kita yang hanya mampu berpuasa tetapi tidak sembahyang...???''

Alahai alangkah ruginya apabila kesedaran itu hanya timbul apabila nyawa hanya tinggal ditenggorok....masih ada peluang lagikah disaat itu....fikir-fikirkanlah....tentang kedatangan hari kiamat..bagi seorang mukmin...kiamat telahpun berlaku apabila ajalnya telahpun menjemput....tiada lagi peluang kedua untuk kembali kedunia dan bertaubat...FIKIR-FIKIRKANLAH wahai saudara-saudaraku....marilah kita sama-sama kembali bertaubat kepadaNYA.......Astagfirullahal'azim....

Share/Bookmark

Tuesday, October 5, 2010

ERTI NILAI KASIH SAYANG...PERTEMUAN SELEPAS SETAHUN...

Assalamualaikum...

Kali ini aku ini berkongsi satu klip video yang menyentuh hati...

Singa ini dibesarkan ketika masih baby lagi oleh dua orang lelaki.Namun setelah membesar, tuannya ini terpaksa dgn berat hati melepaskannya ke hutan Afrika kerana singa ini terlalu besar.

Setahun kemudian, dimaklumkan secara saintifiknya, singa ini akan menjadi singa liar dan tidak akan mengenalli kedua-dua tuannya ini. Namun, tuannya teramat rindu dan ingin juga menanggung risiko untuk berjumpa dgnnya.

Apakah kepala tuan nya ini dilibas olehnya?atau sebaliknya? saksikanlah....

Satu lagi bukti kekuasaan yang Maha Esa yang Maha Agung.. Maha Kaya ...SUBHANALLAH !!!


Share/Bookmark

Friday, October 1, 2010

KEJAMKAH ADOLF HITLER ???

Assalamualaikum...

Kali ini aku ingin berkongsi suatu kisah yang mungkin kita tak pernah ketahui sebelum ini...cerita sebenar disebalik siapakah ADOLF HITLER.....benarkah beliau sangat kejam sewaktu zaman pemerintahannya...mari kita baca kisah2 mengenai kehidupan sebenar pemerintahannya sewaktu hayat beliau...


Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini…

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir.

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah.

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi.

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau. Minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas.

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

LAGI RUJUKAN MENARIK UNTUK DIBACA:
http://www.TellTheChildrenTheTruth.com


KOLEKSI GAMBAR:

The Arabic Grand Mufti of Jerusalem, Amin Al Husseini with Adolf Hitler

Amin Al Husseini meets Heinrich Himmler, Head of Nazi SS

Amin Al Husseini at Nazi meeting in Berlin during World War II

Bosnian Nazi Muslim Flag under Amin Al Husseini

The pictures above shows Bosnian Muslim SS-soldiers in their Handschar Muslim uniforms

The pictures above shows Bosnian Muslim SS-soldiers in their Handschar Muslim uniforms

Muslim Nazi troops in traditional Muslim prayer -1943

Pictures above show the Arabic Grand Mufti of Jerusalem with Bosnian Muslim SS-soldiers

Pictures above show the Arabic Grand Mufti of Jerusalem with Bosnian Muslim SS-soldiers

Pictures above show the Arabic Grand Mufti of Jerusalem with Bosnian Muslim SS-soldiers

Yasser Arafat (far-right) at Amin Al Husseini's funeral (with Mufti of Lebanon)

Palestinian soldiers under Yasser Arafat doing Nazi salute

Palestinian Police give Nazi Salute

Mein Kampf, written by Adolf Hitler, is a best-seller in the Arab World

A religion of peace

Nazi salute, West Bank, Jenin, June 19, 2007

A Muslim mother in Melbourne Australia with her daughter, 2009

Hizbullah Salute

Arab Muslim police give the Nazi salute (May 9, 2006)

Incoming search terms for the article:


Share/Bookmark

Thursday, September 30, 2010

BOIKOT ????

Assalamualaikum....

Terasa begitu lama tidak mengupdate blog ini...hampir 3 bulan lamanya aku tinggalkan blog ini dek kerana keseronokan ber"FB"...Al-maklumlah ramai yang mengakui bahawa FB adalah medium perhubungan yang terbaik untuk JEJAK rakan-rakan lama terutamanya rakan-rakan sekolah kita yang sering dirindui semenjak dari sekolah rendah hingga ke pusat pengajian tinggi...dan ternyata memang benar..FB banyak telah menemukan aku semula dengan semua rakan-rakan sekolah yang terputus hubungan hampir berpuluh tahun lamanya...dan apabila bertemu kembali disaat usia masing-masing telahpun menginjak ke era 40an tidak lama lagi...terasa masa terlalu cepat berlalu..sedar tak sedar masing-masing telahpun berumahtangga, beranak pinak dan mungkin juga ada diantara kami yang telahpun mempunyai cucu...siapa tahu...kalau kawin awal seawal selepas zaman persekolahan..16thn, 17 thn mungkin....TETAPI ..apapun berwaspadalah..gunakan FB hanya untuk perkara yang baik-baik saja..sebenarnya agak sukar untuk memisahkan manusia termasuk juga umat islam dengan teknologi moden ini meskipun kebanyakan penciptaan teknologi ini dikuasai oleh kaum Yahudi yang hidup mewah dan kaya raya juga kerana sokongan orang-orang islam seperti kita yang turut teruja dengan teknologi buatan kaum mereka....apa taknya ..bolehkah anda cuba pisahkan diri anda dari tidak menggunakan komputer dan internet yang kesemuanya boleh dikatakan dicipta oleh kaum Yahudi...???.tahukah anda siapakah pemilik Microsoft...mari kita lihat fakta disini yang saya dapat sekitar tahun 2007 mengenai Manusia yang kaya raya dan hidup mewah dengan ciptaannya ini yang turut dikongsi dan diguna pakai oleh kita umat islam seluruh dunia..siapakah...BILL GATES...



  1. Bill Gate memperolehi pendapatan sebanyakUS$250 (RM875) setiap SAAT, Ini bermakna US$20 Million (RM70 Juta) dalam sehari dan US$7.8 Billion (RM27.3 Bilion) dalam setahun!
  2. Sekiranya US$1,000 tercicir dari poketnya, itu bukannya masalah besar bagi dia. Jumlah sebanyak itu akan diperolehi kembali dalam masa 4 saat sahaja.
  3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gate sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.
  4. Sekiranya dia memberikan US$15 (RM52.50) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM17.5 Juta) dalam simpanannya.
Dan tahukah anda lagi siapa pemilik Facebook yang menjadi kegilaan seluruh dunia sekarang ini...Mark Zuckerberg

Tahukah anda!!!Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda!!! bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda!!! bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Walau apapun berkenaan fakta diatas.....walau sejauhmana kita cuba untuk memisahkan kita dari mereka memang agak sukar untuk kita melakukannya walaupun kita pernah cuba untuk memboikot kesemua produk-produk keluaran mereka sebelum ini seperti KFC, MCD, COKE, COCA COLA dan bermacam lagi produk yang tidak tersebut disini adalah agak mustahil untuk melakukannya kerana kita umat islam gagal untuk hidup bersatu padu sepertimana mereka yang menyokong dan memberikan DANA untuk setiap aktiviti kaum mereka...??? Jadi dimanakah kekuatan umat Islam hari ini jika segala-galanya sekadar TUNGGU DAN LIHAT..oranglain dah kebulan...kita masih lagi baru nak membuat kajian dan mencari bahan-bahan untuk membuat roket....

Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA