Sunday, February 28, 2010

MANUSIA MEMANG KEJAM



Denmark is a big shame
The sea is stained in red and its not because of the climate effects of nature.



It's because of the cruelty of the human beings (civilised humans) that kill hundreds of the famous and intelligent Calderon dolphins.


This happens every year in Feroe island in Denmark. In this slaughter the main participants are young teens.

WHY?
To show that they are adults and mature.... BS...




In this big celebration, nothing is missing for the fun. Everyone is participating in one way or the other, killing or looking at the cruelty “supporting like a spectator”




Is it necessary to mention that the dolphin Calderon, like all the other species of dolphins, is near extinction. They come near men to play and interact in a way of PURE friendship








They don’t die instantly; they are cut 1, 2 or 3 times with thick hocks. And at that time the dolphins produce a grim cry that is extremely compatible with the cry of a new born child.

But he suffers and there’s no compassion till this sweet being slowly dies in its own blood
Share/Bookmark

Sunday, February 21, 2010

SHIDEE : SAYA TAK PERNAH CINTAKAN IBU MERTUA..

Meskipun mencecah usia 50 tahun, namun penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Sayang Semuanya Sudah Terlambat’ Shidee, sebenarnya masih belum terlambat lagi. Ini berikutan perkahwinannya dengan Siti Fairunnisa Aziz, 22 tahun, pada 13 Februari 2010 di Bukit Sentosa Rawang, Selangor diibaratkan oleh segelintir pihak seperti ‘anak dengan bapa’..

“Saya tidak pandang faktor umur, yang penting suami pilihan saya seorang yang bertanggungjawab dan mampu menjaga saya. Kami berkenalan empat tahun lalu dan apabila melihat ada keserasian, tambahan pula dia juga kelakar, Kami mengambil keputusan untuk berkahwin,” kata Siti Fairunnisa dipetik sebagai berkata.

“Soal jodoh Allah yang tentukan, sebelum ini memang saya ada berusaha tetapi gagal, namun akhirnya bertemu jodoh dengan Siti Fairunnisa. Seperti dia, saya juga berdoa kepada Allah supaya dikurniakan cahaya mata kerana anak itu umpama harta yang tidak ternilai.

“Selepas berumahtangga, saya akan menumpukan terhadap perniagaan, tetapi bidang nyanyian sudah sebati dalam hidup ini,” ujar Shidee sebagai berkata. Tambahnya, dia juga bercadang menerbitkan album baru tidak lama lagi.

Kesimpulannya, itulah jodoh! Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukannya. Semoga perkahwinan Shidee dan Siti memberi kebahagiaan pada mereka berdua hingga ke anak cucu… Amin!


Share/Bookmark

Saturday, February 6, 2010

EGO SEORANG ISTERI...APA KATA ANDA ??

Kali ini aku ingin berkongsi satu email yang kuterima dari seorang lelaki bergelar suami yang mengadu tentang masalah rumahtangganya yang kian meruncing dan tentang sikap isterinya yang dikatakannya seorang yang terlalu ego dan sukar menerima teguran. Agak menarik email tersebut dan aku paparkan disini pandangan beliau yang rasanya tidak kurang menariknya untuk dibaca dan diteliti.

Kerana beliau sendiri menceritakan mengapa dia mahu berkahwin lagi, sebab dan apa kekurangan isterinya. Di mana silap isteri sampai suami merasa amat kecewa dengan sikap mereka yang terlalu ego.

`Saya tahu ramai kaum hawa yang tidak sukakan kenyataan saya ini tapi dengarlah kisah saya sehingga keakhirnya dan anda nilaikanlah sendiri, kenapa saya perlu kahwin lagi..

``Kaum wanita suka menyalahkan kaum lelaki bila rumah tangga mereka kucar kacir, mereka tidak pernah melihat ke dalam diri mereka sendiri, mengapa suami mereka ingin kahwin lagi, dan apa punca dan masalah suami mereka sampai sanggup berbuat demikian. Sebenarnya bukan mudah lelaki berkahwin dua tanpa sebab tertentu.

``Pada pandangan saya kebanyakkan wanita Melayu mempunyai ego yang teramat tinggi. Mereka ingin kahwin tetapi tidak mahu jadi isteri solehah. Berbeza dengan wanita bukan Melayu, mereka mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan setia.

``Sebagai contoh saya mempunyai seorang kenalan hasil daripada penglibatan saya dengan PERKIM. Beliau merupakan seorang wanita Inggeris yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu. Dia sanggup meninggalkan kehidupan Metropolitan beliau pada masa lalu dan kini menetap di pendalaman di Selangor bersama suaminya tanpa keperluan asas seperti elektrik mahupun air.

``Semua ini dilakukan untuk kebahagiaan suami dan keluarga. Itulah pengorbanan namanya yang mana jarang kita temui daripada kaum hawa Melayu, kesanggupan wanita Inggeris ini meninggalkan kemewahan hidup hanya untuk bersama-sama suami amat mengkagumkan saya dan beliau telah membahagiakan suaminya.

``Nabi pernah bersabda bahawa sekiranya manusia ini boleh menyembah selain dari Allah, maka isteri akan disuruh menyembah suami. Dan bagi wanita, sesungguhnya Syurga itu amat mudah jika di bandingkan dengan lelaki, sembahyang, puasa dan taatlah pada suami, maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.

``Saya bukanlah bersikap menegakkan bendera orang lelaki atau mengangkat mertabat kaum lelaki, tetapi ini adalah yang hak, dan anda syang menggunakan Nabi sebagai kayu pengukur, sepatutnya menjadi lebih insaf.

``Pada pandangan saya kebanyakkan kisah yang didengar seolah-olah menyalahkan kaum lelaki
berpoligami, seolah-oleh dengan berpoligami itu satu cara yang sah untuk kaum lelaki memuaskan nafsu mereka. Tanggapan ini bagi saya adalah tidak benar malah ia lebih menyakitkan hati kaum lelaki.

``Jika kita melihat fitrah kejadian Adam, Nabi Adam hidup senang lenang di Syurga dan kenapakah dijadikan Hawa. Kerana Allah mengetahui bahawa Adam kesunyian dan dijadikan Hawa itu, sebagai pasangan hidupnya. Itulah sebabnya, lelaki yang kematian isteri mereka kemudiannya akan berkahwin lain.

``Berlainan dengan kaum wanita yang boleh meneruskan hidup selepas kematian suami. Mereka boleh hidup sendirian, boleh menguruskan diri, rumahtangga dan anak-anaknya sendiri, tetapi lelaki tidak, walaupun bukan semua lelaki demikian, tetapi itulah yang berlaku kepada lelaki. Sama seperti kejadiannya. Apa yang saya ceritakan ini sedikit sebanyak turut melibatkan hidup saya, saya katakan demikian kerana keadaan hidup saya yang selalu kesunyian walaupun ada isteri tetapi dia yang tidak memperdulikan kebajikan saya menyebakan atau menjadi faktor utama yang menolak (pushing faktor) saya ke arah hidup berpoligami.

``Sebagai suami siapa boleh sabar kalau isteri pun tidak mahu bertegur sapa dengan kita, kerana egonya terlalu tinggi. Malahan hubungan kelamin pun tidak mendapat layanan sewajarnya, baginya, hubungan suami isteri semata-mata untuk mendapatkan zuriat sahaja. Adakah itu adil, adakah itu sewajarnya sikap seorang isteri terhadap suaminya. Dan sikapnya yang sedemikian tidak boleh ditegur dan dinasihat.

``Bagaimana pun bagi saya, hubungan seks itu bukanlah menjadi keutamaan, tetapi saya amat kesunyian dan memerlukan 'companionship' yang lebih lagi. Saya selalu memikirkan apakah akan terjadi kepada diri saya apabila saya tua kelak. Rasanya pada masa itu seks bukanlah perkara utama lagi malahan saya amat memerlukan seorang rakan hidup.

``Pada pandangan saya zaman ini kebanyakan kaum wanita setelah mereka diberikan pendidikan, pekerjaan dan taraf kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat, mereka telah gagal memahami fungsi mereka sebagai ibu dan isteri di dalam institusi keluarga. Malahan, mereka beria-ria ingin setanding dengan lelaki yang mana akhirnya membawa kemusnahan kehidupan keluarga itu sendiri.

``Apa yang saya cuba ceritakan ini adalah pengalaman saya sendiri di mana sikap dan perbuatan isteri saya sendiri jika ditegur kepada kebaikan, isteri saya akan meminta menceraikannya dengan alasan bahawa kami sudah tidak sesuai lagi sebab saya menegurnya. Apakah salah suami, yang menjadi nakhoda menegur isteri?

``Sebab itulah apabila kaum lelaki ingin bernikah lain, kebanyakkan isteri akan melenting malah sanggup meminta cerai daripada hidup bermadu tanpa memikirkan atau muhasabah diri sendiri di manakah silap mereka terdahulu.

``Itulah sebabnya mengapa saya katakan bahawa ego isteri zaman ini amat tinggi sekali. Kaum wanita tidak ingin diperlekehkan oleh masyarakat yang memandang serong dengan tanggapan bahawa mereka tidak tahu melayan suami sehinggakan suami cari lain, atau berkahwin lagi.

``Secara jujur dan ikhlas saya nyatakan bahawa saya memang berhasrat untuk menikah lagi dan saya kini sedang berkenalan dengan seseorang. Beliau banyak membantu saya di dalam melalui kehidupan yang amat kesunyian ini dengan menjadi rakan hidup saya yang baik.

``Bukan itu sahaja beliau selalu mengingatkan saya tentang tanggungjawab saya sebagai suami dan bapa kepada anak-anak saya. Beliau tidak ingin digelar perampas suami orang. Itulah peliknya kaum hawa. Mereka hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan apakah perasaan kaum lelaki.

``Jadi kaum hawa juga perlu ingat tanggungjawab mereka sebagai isteri dan menjaga hak-hak suami. Jangan memperlekehkan suami. Jangan hanya memikirkan tentang apa yang anda harus dapat daripada suami tetapi berilah apa yang hak kepada suami anda.

``Kepada mereka yang mempunyai tanggapan serong tentang kaum lelaki yang ingin berpoligami semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka, lihatlah ke dalam diri sendiri dahulu. Ada juga kaum lelaki hanya mahukan rakan hidup lebih daripada seks. Perkahwinan ini adalah segala-galanya bukan hubungan kelamin sahaja.

``Jika agama itu dijadikan landasan hidup berumahtangga, maka tidak akan menjadi porak peranda kehidupan masyarakat kita hari ini. Hidup ini amatlah pendek dan kita hidup di dunia ini hanyalah pinjaman sahaja. Nyawa kita adalah pinjaman dan ingatlah jika kita melakukan yang hak kepada suami kita dan suami kita redha dengan kita, maka Syurga itulah pembalasannya dan itulah yang kekal.

Demikian cerita Encik S tentang pengalamannya dan pandangannya tentang kebanyakan isteri zaman ini dan mengapa suami mereka kahwin lagi. Benarkah wanita ego atau sebaliknya, tentu anda sebagai pembaca sendiri lebih tahu dan lebih memahami.
Jadi..ibu-ibu..bapak-bapak...apalagi ???? komen sikit..

Share/Bookmark

Friday, February 5, 2010

MUHASABAH DIRI : NASIHAT UNTUK WANITA

Salam....

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "2/3 dari isi neraka" adalah terdiri daripada kaum wanita dan paling banyaknya adalah terdiri daripada wanita-wanita yang menderhaka kepada suaminya... satu kenyataan yang kadang2 diambil lewa oleh ramai kaum wanita dan kita banyak menyalahkan lelaki diatas segala macam perkara..semuanya dikatakan tidak kena dan jarang-jarang sekali kita hendak berterima kasih kepada suami diatas segala jasa dan pengorbanannnya di dalam membantu kita di dalam tugas seharian, malah yang sering ternampak dimata adalah hanyalah sifat-sifatnya yang tercela dan terkadang apabila diberikan peringatan sebegini berkali-kali kita pula dituduh sebagai tidak menyokong kaum wanita..

Sebenarnya..antara kita memang tidak ada yang sempurna, suami dan isteri adalah ibarat leher dan bahu lengkap melengkapi antara satu sama lain..sekiranya masing-masing tahu akan tanggungjawap dan peranan masing-masing didalam rumahtangga tidak mungkin akan berlaku pertikaman lidah dan pergaduhan didalam rumahtangga...

Adakalanya terdapat isteri-isteri yang terlalu mengambil kesempatan diatas kebaikan suami sehingga terlupa bahawa suami itu adalah ketua rumahtangga dan harus dihormati selayaknya dan sanggup pula mengherdik, menghina dan melakukan pelbagai perkara yang tidak disukai oleh suami dan dengan tanpa sedar kita telah melukai hatinya tanpa menyedari bahawa lama-kelamaan luka itu akan menjadi nanah didalam rumahtangga sehingga menyebabkan tiada lagi istilah RUMAHKU SYURGAKU didalam hati para suami...

Wahai Para Wanita...INGATLAH .............

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,

" Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r. ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu. b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu. c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu. e. Ingat kepada Allah s. w. t. f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu. h. Ingat kepada mati

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar. d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya. e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk. f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami. g. Minta talak. h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan. j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya. b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. e. Berdiri menyambut kedatangannya. f. Berdiri menghantar pemergiannya. g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. l. Memuliakan keluarga suaminya. m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.

Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim"
100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami/mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s. w. t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah.

Sumber : Koleksi Nasihat Terpilih

Share/Bookmark

Wednesday, February 3, 2010

SEDANGKAN LIDAH LAGIKAN TERGIGIT....


Salam,

Sengaja kubawakan entri ini kali ini kerana akhir-akhir ini ketika berYM dengan rakan-rakan baru aku terperasan bahawa aku telah menjadi tempat untuk kawan-kawan bercerita masalah rumahtangga masing-masing...tidak terkecuali si dara dan teruna, janda atau duda yang turut meluahkan rasa risau masing-masing tentang perhubungan mereka dengan pasangan masing-masing...

Aku bukanlah kaunselor dan bukanlah insan yang hebat. Aku juga seperti mereka-mereka lain yang berumahtangga...sesekali terjadi juga perselisihan faham diantaraku dan suami tetapi benarlah kata pepatah......wanita adalah makhluk yang selalunya kalah dengan emosi manakala lelaki adalah lebih rasional ...jadi suamiku bertindak bijak dengan mendiamkan diri disaat hubungan kami dilanda gempa bumi...dan kami kembali berbaik ketika keadaan panasku menjadi redha...tapi itu cerita suatu waktu dulu..semakin lama usia perkahwinan kami...aku dan suami semakin belajar untuk menyesuaikan diri dengan sedikit perbezaan yang terdapat didalam diri masing-masing dan turut mencuba dengan sedaya upaya agar tidak bermasam muka terutamanya dihadapan anak-anak..

Sebenarnya dalam melayari bahtera rumahtangga, memang telah menjadi adat adakalanya terasa begitu bahagia dan adakalanya apabila dilanda masalah terasa rumahtangga merupakan sesuatu perkara yang sangat membebankan. Umpama air laut, ada pasang surutnya, ada masa tenangnya dan ada masa gelisah dilanda ombak yang begitu kuat menghempas.

Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana agungnya cinta yang dibina dan walau bagaimana erat kasih sayang yang dijalin dan dipupuk, seperti juga hubungan di antara lidah dan gigi mencerna makanan, walau rapat sekalipun namun sesekali tergigit juga.

Pertelingkahan kecil atau ada rasa tidak puas hati di antara suami isteri memang perkara yang mudah berlaku. Tapi kalau dibiarkan berlarutan dan tidak dibendung segera, pertelingkahan kecil akan jadi besar dan akhirnya mengakibatkan kehancuran pada sesebuah rumahtangga.

Seperti ombak kecil, ia hanya akan mengakibatkan kapal terumbang ambing. Tapi kalau ombak sudah besar, mungkin kapal akan ditelannya. Pertelingkahan atau rasa tidak puas hati jangan dibiarkan berlarutan. Tapi sebaliknya hendaklah segera dibendung dan dibaiki oleh kedua-dua belah pihak agar jangan sampai penyakit yang sudah parah baru kelam-kabut hendak dicarikan ubatnya.

Bagi mengelakkan sengketa jadi besar, perkara awal yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak ialah dengan memeriksa atau mengkoreksi diri sendiri, apakah punca pertelingkahan itu berlaku? Kajilah, mungkin salah seorang atau kedua-duanya sekali ada terbuat dosa samada di dalam atau di luar rumah, yang zahir mahu pun yang batin. Kadang-kadang dosa yang tanpa disedari itulah yang menjadi hijab dalam mewujudkan ketenangan dan sakinah dalam rumahtangga.

Kalau suami atau isteri telah berbuat dosa keadaan begini boleh berlaku: Suami pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri. Tentu pulang dalam keadaan letih dan lesu setelah seharian mencari nafkah atau berjuang di tengah masyarakat. Tanpa diduga atau disedari tiba-tiba rasa hendak marah pada isteri yang mungkin tidak sempat hendak berhias atau melihat anak-anak yang tidak terurus.

Manakala si isteri pula bila lihat suami yang balik dalam keadaan marah-marah, ia merasa seolah-olah suami sudah tidak menyukai dan menyayanginya lagi. Maka timbullah rasa hambar dan dinginnya rumahtangga yang telah dibina sekian tahun.

Isteri pula kalau merasa dirinya tidak dihargai lagi, mulalah ia memendam rasa. Maklumlah fikiran wanita singkat dan dunianya tidak seluas lelaki. Masalah yang kecil itu dirasakan cukup berat lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah anak-anak dan kerja rumah yang tidak pernah selesai. Fikirannya akan bertambah terhimpit dan jiwanya makin menderita.

Lantaran terlalu lama memendam rasa akhirnya pecah terburai juga segala isi hati yang dipendam selama ini. Bagi isteri yang lembut mungkin dilepaskan geramnya dengan kata-kata dan nada memujuk tapi sungguh sinis, tajam dan berbisa sekali. Dan yang lebih dahsyat sekali dihamburkan pada suaminya dengan kata-kata yang kesat, pedas dan kasar. Yang penting hatinya puas. Suami yang tidak mahu sengketa itu berpanjangan mungkin mengambil sikap segera mengalah. tapi sebenarnya hatinya sungguh terluka dibuat begitu.

“Wahai para isteri, adakah kamu sudah lupa bahawa redha suami bermakna redha Allah? Kalau hati suami sudah luka apakah kamu akan mendapat keredhaan Allah? Ingatlah, Rasulullah pernah tangiskan bahawa penghuni neraka kebanyakan adalah wanita yang derhaka pada
suaminya.

Kenapa harus tersinggung pada suami walaupun benar suami yang bersalah? Setiap isteri harus memahami bahawa setiap apa yang berlaku semuanya dalam perancanaan Allah walaupun perkara itu kita suka atau tidak. Mungkin dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak itulah yang menyebabkan sengketa itu terjadi. Allah hukum melalui tindakan suami yang menyinggung hati. Allah datangkan masalah itu, sebenarnya sebagai penghapusan dosa yang telah kita lakukan. Hukuman dari Allah ini adalah sebagai tanda kasih sayang dari-Nya
supaya di akhirat kelak kita tidak akan dihukum lagi.

Untuk itu kita kenalah selalu bertaubat dan mengawasi diri kita dari terjebak dengan dosa samada dosa lahir atau batin. Rasulullah saw seorang yang maksum lahir dan batin terpelihara dari dosa sentiasa bertaubat sehari semalam 100 kali. Lebih-lebih lagi muka macam kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat. Oleh itu kita kena selalu menangis dan mengenang dosa kita. Dan Yakinlah setiap yang berlaku itu terkandung seribu hikmah di sebaliknya.

Sekiranya kita telah rasa bersalah segeralah mencari jalan dengan meminta maaf dan memberi maaf pada suami akan ketelanjuran kita itu. Lebih-lebih lagi orang yang banyak jasa pada kita, kenapa harus kita menyusahkannya? Carilah jalan supaya suami kembali redha pada kita dengan berbuat apa sahaja yang disukai.

Ketika itu pertelingkahan kecil dalam rumahtangga selalunya akan membawa kepada kemesraan hubungan suami isteri yang lebih tinggi. Setelah diuji, Allah datangkan pula nikmat dalam rumahtangga. Setelahsengsara berlalu akan datanglah bahagia. Setelah puas menangis kerana menanggung luka di hati, akan datang pula kasih sayang, perhatian dan pujukan dari suami.

Rumahtangga akan kembali tenang dan bahagia. Dan ketika itu jadilah rumahtangga sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah saw iaiatu rumahku adalah syurgaku.



Share/Bookmark

Tuesday, February 2, 2010

10 NEGARA PALING BAHAYA UNTUK DILAWATI


Salam..

Pernahkah ada antara kita berangan-angan untuk ke negara-negara seperti IRAQ, COLOMBIA, SUDAN, SOMALIA, AFGHANISTAN, BRAZIL, ANTARTIKA, BURUNDI, AFRIKA SELATAN, DAN RUSIA :-

Dikatakan inilah 10 tempat paling mengerikan, menyeramkan, dan menakutkan di dunia. Kebanyakan diantaranya disebabkan oleh perang, pembunuhan, perompakan, penganiayaan, penculikan, dll. Selain itu juga kerana masalah suhu yang ekstrim yang tidak memungkinkan manusia untuk terus hidup.

1. Iraq

Entah masalah apa George Bush, Pele atau Chuck Norris mengatakan yang anda tidak akan pernah selamat di Iraq. Meskipun negara ini kaya dengan minyaknya, tetapi Iraq adalah negara yang hancur dimana identitinya dengan kekerasan, keputusasaan dan kebingungan. Sejak 2003, Amerika Syarikat sudah menduduki Iraq dan menyebabkan perang saudara yang meminta korban lebih dari 650,000 penduduk.

Al-Qaeda, pemberontak Sunni, angkatan perang keamanan Shiite, pemberontak Kurdish, tentera Amerika, tentera Turki dan penjahat jenayah dilibatkan dengan kekerasan yang sayangnya tidak akan meredakan dengan tiap saat. periuk api yang diimprovisasi/ Improvised Explosive Devices (IEDs), Explosively Formed Penetrators (EFPs) dan kawasan periuk api adalah ancaman terus-menerus, seperti pesawat pengebom yang juga sudah membunuh ribuan orang.

Penculikan dan pembunuhan kerap dilaporkan. Sejak 2003, 2 juta orang Iraq sudah melarikan diri ke negara tetangga dan 1.9 juta lainnya tetap tinggal di Iraq dengan terusir dari rumah mereka. Uranium yang dihabiskan yang dipakai sebagai putaran untuk menembus baju baja akan meracuni penduduk tempatan Iraq. Sungguh, inilah neraka di bumi bagi mereka yang cintakan keamanan.

2. Colombia

Penculikan adalah masalah utama di Colombia. Sedikitnya telah terjadi 2338 kes penculikan di Colombia pada tahun 1998. Dan 138 orang di antaranya telah dibunuh oleh para penculiknya. Menempati peringkat 4 dunia sebagai “negara pembunuh” dengan total pembunuhan mencapai 696,800 kes pada tahun 2006. Target utama para pembunuh adalah para wargakota,ribuan dari mereka terbunuh setiap tahunnya. Dan tentu saja, siapa yang dapat melupakan kokain?

Colombia memastikan 75% persediaan kokain dunia dan terima kasih untuk Pablo Escobar dan Cali Cartel, kelompok-kelompok paramiliter yang sudah memerangi pemerintah dalam konflik berdarah dengan tanpa akhir. Di 2005, 5 orang misionaris Katolik dibunuh, turun dari 9 pada tahun 1999. Pantai indah dan gunung terjal di Colombia seharusnya menjadikannya syurga bagi warganya, tetapi mungkin tempat ini juga akan menjadi tempat yang paling berbahaya untuk dikunjungi.

3. Sudan

Keputusasaan, kematian dan perosakan ialah “simbol” dari negara Sudan. Terrorisme adalah masalah utama bangsa ini, yang sudah dikuasai oleh rejim militan Islamiah sejak kemerdekaannya. Beberapa pembunuh terkenal dunia telah menjejakkan kakinya di Sudan. Mereka melakukan aksinya dengan mengebom kereta, peluncuran roket. Kekerasan banyak terjadi di daerah Darfur di antara militer pemback-up pemerintah, tentera pemerintah dan kelompok-kelompok pemberontak lokal. Sudan juga telah menyebabkan perang terbuka dengan Cad yang berkaitan dengan konflik Darfur.

Sejak 2003, 230,000 orang penduduk Sudan sudah melarikan diri ke Cad timur dari Darfur. Lebih dari dua juta orang tewas dalam 2 perang saudara yang terjadi selama 50 tahun terakhir. Dengan kondisi gurunnya yang suram, Sudan adalah salah satu tempat yang paling hodoh di planet ini.

4. Somalia

Somalia adalah negara yang pemerintahannya gagal akibat dari anarkinya, korupsi, kekurangan pemerintah, dan kelaparan. Para pelancong diingatkan agar tidak memasuki Somalia, yang menyatakan diri nya “Republik Merdeka Somaliland” atau berlayar dekat “Tanduk Afrika”. Bajak laut mengawasi perairan ini yang diperlengkapi dengan AK-47 dan akan merampas barang2 dan menahan anda untuk dijadikan tebusan.

Perkelahian antara suku sudah meminta ribuan jiwa di sebelah utara Somalia. Sedangkan di ibu kota, Mogadishu diperebutkan oleh banyak suku dan pemimpin perang. Etiopia pernah menyerang tentara Islami di Somalia pada akhir 2006, dan menyebabkan ratusan korban tewas dan ribuan korban kebuluran. Jika anda benar-benar terpaksa ke daerah ini, pastikanlah insuran anda masih aktif.

5. Afghanistan

Negara ini selama ratusan tahun, menjadi salah satu wilayah di dunia yang paling strategis dan diperebutkan oleh banyak pihak. Padahal negara ini termasuk negara yang miskin, sulit berkembang, dan memiliki keadaan ekonomi dan politik yang tidak stabil. Pada waktu Uni Soviet menguasa daerah ini, Pasukan Merah Rusia menanam lebih dari 12 juta periuk api di Afghanistan. Ratusan orang tewas, tercapik-capik, dan lumpuh akibat ledakan periuk api yang dipasang. Setelah Uni Soviet dijatuhkan Taliban, Taliban menyatakan kaum wanita dilarang dari bekerja dan melanjutkan pelajaran ke universiti.

Pada 2001, Amerika Syarikat menggulingkan Taliban. Tetapi persaingan suku dan penggunaan ubat-ubatan terlarang yang meluas menggambarkan kekerasan sudah menyebabkan negara ini menjadi tidak stabil. Pengebom berani mati adalah ancaman terus-menerus, dan tak seorang pun di Afghanistan selamat. Serangan bunuh diri yang paling dashyat terjadi di daerah Baghlan pada November 2007, yang menewaskan lebih dari 70 orang. Selain itu, Afganistan juga termasuk pengedar ganja dan candu terbesar di dunia.

6. Antartika

Pembunuhan, perkosaan dan kejadian rompakan mungkin tidak menjadi masalah besar di bahagian dunia ini, lain halnya dengan keadaan alam di sini. Antartika adalah rumah untuk beberapa keadaan cuaca ekstrim, dengan air raksa yang turun secara teratur di bawah -60 darjah Celcius (-100F) dan angin yang bertiup lebih dari 100km per jam. Jika anda telanjang di cuaca ini selama lebih dari sejam, anda sudah pasti akan mati. Antartika tidak mempunyai Hospital, tak ada makanan untuk dimakan dan jika anda hilang, tak ada banyak harapan. Tetapi setidaknya ada satu kedai McDonalds di Scott Base jika anda berhasil menemukannya.

7. Burundi

Disini memang kecil, tapi negara miskin yang padat penduduknya ini mempunyai masalah yang sangat besar. Perang saudara antara suku Hutus dan suku Tutsis mencerai-beraikan bangsa ini antara tahun 1993 sampai tahun 2006. Gencatan senjatapun dilancarkan namun kebanyakan penghantaran makanan kurang dilaksanakan. Pembunuhan dan kekacauan masalah bersaing dengan masalah lingkungan merupakan sakit kepala yang paling besar bagi orang Burundi.

Daftar pemimpin yang dibunuh ekstensif, dan kontrol bangsa sudah sering berpindah tangan sejak 50 tahun terakhir. Kejahatan yang dilakukan dengan mengembara mengeronyok dan anak-anak kecil sudah bersenjata adalah ancaman bagi pengunjung. Pencurian kereta dan penculikan mengintai setiap saat, oleh sebab itu anda dinasihatkan tidak menghentikan kereta untuk membeli cenderamata. Apabila anda dilukai atau dicederai di Burundi, anda mungkin perlu menguasai teknik perubatan, kerana kebanyakan klinik umum disana tidak memiliki sumber daya yang cukup untuk membantu anda.

8. Afrika Selatan

Negara ini pernah disebut sebagai “Ibukota pemerkosaan di dunia”. Walaupun kes perkosaan sudah nampak cenderung menurun ke angka 113,700 pada 2004, tapi kembali naik pada 2005 sampai ke angka 118,300 kes. Statistik lain untuk Afrika Selatan menunjukkan terdapat kes pembunuhan yang tinggi. Tuan rumah World Cup 2010 ini berada terus-menerus di daftar 5 teratas sebagai negara yang paling tinggi kes pembunuhannya.

Kebanyakan terjadi di daerah penduduk miskin. Bertani di Afrika Selatan sudah menjadi salah satu kerjaya yang paling berbahaya. Jumlah pembunuhan bagi para petani adalah 313,000. Dan di mana pun, seks adalah sangat berbahaya di Afrika Selatan, di mana lebih dari 10 juta orang mengidap virus HIV.

9. Brazil

Apabila anda ingin melancong ke Brazil, apa yang menjadi persoalan, apakah anda akan dirompak, tapi masalahnya hanya waktu ! masalah sosial masih terus meningkat di samping kekayaan luar biasa di negara yang sedang memiliki pertumbuhan ekonomi yang terus melonjak ini. Tetapi dengan kemakmuran yang meningkat, masalah sosial juga turut melonjak. Masalah sosial di jalan-jalan terus bermaharajalela di bahagian-bahagian Rio de Janeiro dan Sao Paolo, mereka membawa pecahan botol untuk dipukul ke leher anda kerana rantai leher yang anda pakai. Insiden “penculikan cepat” berkembang di kota-kota besar. Mereka memaksa mangsa untuk menambil wang di ATM untuk tebusan. Apabila mangsa tidak dapat membayar, mereka akan menelefon orang tua atau keluarga mereka di rumah.

Selain kejahatan di jalan-jalan, kelompok-kelompok penjahat berorganisasi ini akan memerangi polis dan pejabat umum lainnya yang tak dapat disogok. Kejadian rusuhan di penjara secara brutal semakin menjadi-jadi, ubat-ubatan terlarang dan narco-terorisme menghantui penduduk.Dan jika anda selamat dalam seluruh bencana itu, ikan piranha pula sedang menunggu anda untuk meratah seluruh daging-daging anda hingga tinggal tulang temulang di sungai-sungai yang mengalir dinegara itu.

10. Rusia

Di Rusia, ada lebih banyak gangster daripada polis. Dianggarkan di Rusia ada seorang Orang Rusia dibunuh setiap 18 minit, dan rata-rata terjadi 84 kes pembunuhan sehari dari total jumlah penduduk sebanyak 143 juta jiwa. Pusat jenayah Rusia berada di Republik Chechnya, daerah dalam Rusia tepatnya sebelah utara Georgia. Pelacuran, perdagangan narkoba, dan rumah makan bawah tanah secara arbitrer dikuasai oleh orang Chechnya.

Orang asing diculik lebih kerap kerana tebusan yang lebih tinggi. Antara jenayah lainnya adalah : pencurian dompet, kamera, wang dan serangan secara fizikal. Dari negara Super-Power sampai negara dunia ketiga tertanya-tanya apakah komunisme benar-benar menjadi ubat untuk Rusia.

Sumber dari :- Nelson Network.

*************************************************************************

P/S : MATI ITU WAJIB...walau dimana-manapun kita berada walaupun di 10 negara yang paling tidak selamat di atas hakikatnya..hanya Allah SWT yang mengetahui bagaimana pengakhiran hidup kita...oleh itu sentiasalah bersedia untuk menghadapi saat-saat sakratul maut yang sangat menyakitkan sebelum dijemput ke alam barzakh yang entah bagaimana untung nasib yang akan ditempuhi...Mudah2an kita semua mati didalam keadaan kekal sebagai orang-orang yang beriman..AMIN !!!!

Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA