Saturday, March 27, 2010

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…...???

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan :..

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jikatidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididikdengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yangpintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik danselalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu,sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil.Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan olehorang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknyaitu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai kerashatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencarirezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nantidia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

********************************************************************
p/s : pandangan di atas hanyalah merupakan pandangan orang-orang tua dizaman dahulu dan tidak semestinya tepat kerana tiada hadis sahih berkenaan fakta di atas kerana Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah suci i..barat kain putih, maka ibu bapalah yg mencorakkannya samada menjadi Majusi, Yahudi atau nasrani.."










Share/Bookmark

Saturday, March 20, 2010

CINTA YANG HILANG..

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (QS Ar-Rum:21).



Saat manis Lan bersama isterinya Marcella, sayangnya ketika ini dia sendiri kesepian setelah ditinggalkan.

SUATU masa dahulu, namanya cukup popular. Digilai ramai anak gadis,Lan A To Z antara artis yang berjaya di era 90-an apabila kumpulanberkenaan meraih sukses dalam penjualan album dan pertunjukan pentas.

Kaya, mewah dan bergaya, Lan mampu menggapai apa saja yang diinginkan termasuklah mengahwini wanita kacukan yang cukup jelita, Marcella Casissi Shariff, bekas pramugari penerbangan Royal Brunei.

Pun begitu, itu cerita 11 tahun lalu. Hari ini, lelaki yang pernah digilai ramai itu semakin ‘layu’ dan dilupakan. Dia tidak lagi meraih populariti sama seperti 11 tahun lalu. Malangnya, Lan bukan sahaja kehilangan peminat dan populariti, sebaliknya turut kehilangan kekasih hatinya, Marcella.

Marcella memilih untuk kembali ke tanah kelahirannya di England dengan membawa bersama permata hati mereka, Puteri Nur Aqmar,10, Puteri Nur Syafiqah,9, dan Puteri Nur Farhana,3.

Pancaindera secara eksklusif menjejaki Lan, lelaki yang kini hanya punya impian. Ia, setelah tiga tahun ditinggalkan, masih ada ruang dihati lelaki berusia 41 tahun, bernama lengkap Norazlan Abdul Aziz iniuntuk bermimpi bersatu semula dengan isteri dan anak-anaknya.

Sesaat pun tidak lupa Dalam pertemuan kami pada petang Isnin lalu, Lan mengakui sesaat pun dia tidak pernah melupakan anak dan isterinya itu. Tapi apalah daya, segalanya berlaku tanpa dijangkakan apabila isterinya membuat keputusan pulang ke England dan tinggal bersama ibunya di sana.

“Ia terjadi selepas saya mengalami kejatuhan dalam dunia muzik.Kesempitan hidup membuatkan saya hilang segala kemewahan dan sukar untuk menggembirakan hati anak-anak dan isteri.

“Akhirnya saya membenarkan isteri membawa anak-anak untuk tinggal bersama ibunya di Lancashire, England,” cerita Lan, membongkar rahsia saat awal perpisahannya dengan keluarga tersayang.

Tambah Lan detik hitam bermula pada tahun 2007 sewaktu dia menghadapi zaman kejatuhan. Ketika itu album tidak laku. Perniagaan yang dijalankan juga jatuh merudum.

Untuk menampung kehidupan keluarga, Lan terpaksa bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah kolej swasta.

Tetapi sayang, ia tidak bertahan lama kerana sebagai seorang ahli dalam dunia muzik, mana mungkin dapat menjalankan kerja-kerja pejabat.

“Kerana kesusahan hidup itu, rumah tangga saya diuji. Sebelum ini saya tak nafikan kami pernah hidup dalam keadaan yang mewah. Inilah akibatnya apabila kita menjadi artis, kesenangan itu tidak bertahan lama.

“Akhirnya ibu mertua saya datang dan dia macam kurang selesa denganapa yang terjadi, seolah-olah saya tidak mampu untuk menyara keluarga kerana kesempitan hidup.

“Akhirnya dia mencadangkan untuk membawa Marcella ke England bersama tiga anak saya. Tanpa berfikir panjang, saya merelakan kerana saya tahu tahap kewangan saya pada ketika itu benar-benar menguji.

“Saya benarkan isteri dan anak-anak ke England tetapi saya harap iatidak lama. Ingatkan dalam setahun sahaja tetapi sekarang sudah sampai tiga tahun.

“Ketika tahun pertama berpisah, jiwa saya macam orang gila. Tengok basikal anak, tengok baju anak dalam almari pun tak boleh. “Walaupun saya selalu berhubung dengan mereka melalui telefon tapi benda tu semua tak ada erti kalau dia orang tak ada depan mata.

“Akhirnya saya buat keputusan keluar dari rumah saya di Rawang, saya suruh adik saya jaga rumah itu dan bawa diri ke Jakarta. Di sana saya bekerja dengan syarikat jualan langsung berbekalkan wang saku RM800.

“Selama setahun di Jakarta, saya belajar untuk menjadi seorang yangtabah serta mengawal perasaan rindu terhadap anak-anak dan isteri. Dan syukurlah, hati saya dapat diubati berkat kekuatan dan semangat tinggi saya itu.

“Selepas setahun di sana, akhirnya saya pulang dan membuka SimpleRock Studio di Damansara Damai, Selangor. Saya sewakan studio untuk budak-budak di kawasan sini bermain muzik.

“Saya juga ada beberapa artis baru dan sedang giat buat lagu untuk memulihkan kerjaya seni saya.

“Alhamdulillah... Rezeki saya ada di sini,” katanya. Menurut Lan, seringkali dia terfikir adakah masih ada sayang di hati anak-anak terhadap dirinya sebagai bapa? Juga masihkah ada sayang seorang isteri yang didamba?

“Anak saya yang sulung, Puteri Nur Aqmar nampaknya suka kalau saya telefon. Dia mesra dengan saya. Tapi yang kedua dan ketiga tu, mungkin dia orang masih tak faham. Bila bercakap pun macam hendak tak nak saja.

“Saya tak salahkan mereka sebab mereka jauh. Bila sudah lama tak berjumpa, macam-macam boleh jadi.

“Sekarang pun kalau nak bercakap kena banyak guna bahasa Inggeris kerana mereka agak kurang fasih berbahasa Melayu.

“Cuma saya harap mereka tidak lupa mengucap dua kalimah syahadah dan mempunyai pegangan agama sebagai seorang Islam,” katanya. Mahu mengubat rindu kepada anak- anaknya, Lan berhasrat untuk menemui mereka di England pada tahun ini.

Tetapi sekiranya kunjungan itu tidak disambut dengan baik oleh anak-anak dan isteri, dia berserah kepada takdir Allah. Walaupun hatinya masih berteka-teki bagaimanakah perasaan si isteri dan anak-anaknya di masa depan, Lan tidak mahu persoalan itu mengganggu fikirannya.

Kalaulah mereka masih menerimanya dia bersyukur tetapi jika sebaliknya, apakan daya, dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa. “Saya faham, dekat di mata lagikan boleh berubah apatah lagi kalaujauh. Bila jarang bersua, terpisah sekian lama kita tidak boleh jangkaapa yang akan berlaku,” ujarnya dalam nada sebak.

Iktibar kes Nurin Jazlin
Ketika hatinya berkecamuk dengan cerita sedih ditinggalkan,masyarakat Malaysia kecoh dengan kes kanak-kanak bernama Nurin JazlinJazimin, yang dibunuh kejam kira-kira tiga tahun lalu. Hati siapa yang tidak sedih dengan peristiwa itu walaupun kisah malang tersebut berlaku pada orang lain.

Kerana amat merindui anaknya itu, Lan mengambil peluang menyertai sembahyang jenazah Allahyarham di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Ketika itu, satu kekuatan hadir dalam dirinya membuatkan perasaan sayu diatasi apabila dia melihat kuatnya semangat ayah kanak-kanak itu. Ujar Lan, kalau ibu bapa arwah adik Nurin kelihatan tenang dengandugaan apabila anak tercinta mati dibunuh, ujian dalam dirinya tidaklahsehebat itu.

“Kerana pengalaman itulah hati saya jadi kuat. Semangat saya bangunsemula. Sebelum itu, saya tidak boleh melelapkan mata kerana anak-anak.Tapi bila difikir-fikirkan sehebat mana ujian hidup kita itu, ada orangyang lebih teruk dilanda masalah.

“Syukurlah kerana Allah menggerakkan hati dan perasaan untuk sayamenziarahi jenazah adik Nurin yang akhirnya membuatkan saya mampu mengawal keadaan, dapat semangat semula,” katanya.

Tidak ceraikan isteri

Mengakui cinta terhadap isterinya tetap tidak berubah kerana dia seorang yang setia pada ikatan perkahwinan, Lan tidak pernah sekalipun terdetik untuk menceraikan Marcella walaupun jiwanya menderita ditinggalkan sekian lama. Nyata kasih sayangnya masih tebal dan utuh buat wanita yang berjaya mencuri hati remajanya suatu ketika dulu. Rasa kasih itu tidak pernah padam sementelah wanita itu jugalah yang mengandung dan melahirkan ketiga-tiga zuriatnya.

Tetapi dalam masa yang sama, dia akur seandainya sekian lama tidak bertemu, barangkali cinta hati isterinya itu sudah pudar. Ketika Marcella dan anak-anak tinggal di kota besar dan mewah, kudus cinta Lan barangkali sudah menjadi sejarah. “Saya tahu saya kurang pada harta tetapi istimewanya saya ini ialah seorang yang setia terhadap isteri. Saya masih mengharap agar semua akan menjadi pulih seperti sediakala” katanya.

Ditakdirkan si isteri tidak mahu menerima Lan sebagai suami lagi, lelaki ini reda dengan ketentuan itu.

Tapi ujar Lan, kasih terhadap Marcella tetap utuh dan seandainyasuatu hari nanti ketika usianya sudah lanjut, dia akan tetap menerimaMarcella jika terbit cinta baru di hati wanita itu.

“Apa juga yang berlaku kepada kami selepas ini, cuma satu harapan saya. Semoga cinta Marcella dan anak-anak kepada Islam tidak akan pudar,” katanya menoktahkan bicara.

***********************************************************************************

p/s : Terharu mengenangkan kerinduan seorang suami terhadap isteri yang kini entahkan masih setia atau tidak....dan anak-anak yang entah masih kenal ayah mereka atau telah lama melupakan..

Wahai Marcella..kembalikanlah semula CINTA YANG HILANG...



Share/Bookmark

Sunday, March 14, 2010

BUAT YANG TERISTIMEWA DIHATIKU...

Salam semua rakan2 yang tersayang..

Pertama kali nak ucapkan Thank You So Much kepada Pn Kartini dari blog CETUSAN MINDA dan juga Pn Tirana (Blog The Precious Moment) kerana sudi memberikan award ini kepada saya.. tapi..

Rupa-rupanya nak dapatkan award ada syarat nak kena dipenuhi..jawap soalan...hukhukhuk..
Memang dah lama tak menjawap soalan-soalan cepumas ni..walaubagaimanapun..hayatilah..

Syarat2 / soalan2nya .....:

1. Thank & link the person
that gave you the award.

2. Pass this award onto 15
bloggers you’ve recently
discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know
they’ve won the award

4. State 7 things about yourself.

Japp..kena fikir nii..:):)

1. Hmm...Antara teman ..,penerima award adalah :

- Sis Kak Werdah (blog bangkit kembali)
- Sis Mamawana
- Sis Sueozana
- Sis Anak Muallaf (Kak Leha)
- Sis A KL Citizen
- Sis Ani..Kunang-Kunang
- Sis Mama Moden
- Sis Hai
- Sis Maiyah
- Sis Riesna Zasly
- Sis Maiza CJoe
- Sis ZaiJb
- Sis Uminas
- Bro Ustaz Abd Razak
- Bro Piewahid
- Bro Nahmy
- Bro Endiem
- Bro Ustaz Lee Noh
- Bro Ustaz Saifun Nizam
- Bro Haikal
- Bro Qamarguyz
- Bro KK
- Bro Faizal Yusup
- Bro Cgu Jinggo
- Bro Wanshah
- Bro Syahbandar
- Bro jhazkitaro
- Bro Miezan

(kalau ikutkan hati maunya diberi pada semua teman...!!) tapi banyak lagi nie..ermm..cukup kot buat masa ni...kalau ikut followers tu dah 375 orang...hmm..mau letih nak sebut semua nama2nya kan..tapi yang kat atas tu semua ada para blogger yg sering beri komen diblog saya so..inilah rakan2 blogger yang paling istimewa sbb walau saya jarang update kalian tetap masih sudi beri komen..

7 perkara tentang diri..aduhai (segan nak bagitau sebenarnya !!!) he3

- Sukakan suasana alam semulajadi dan aktiviti lasak
- Seorang yang periang, peramah dan suka Bergurau..
- Suka berniaga... (ha...yang ni tak leh lari he3..)
- Suka memasak juga :)
- Sering dijadikan tempat mengadu hal oleh kawan2...(sbb saya ni pendengar yg baik kot);
- Sukakan seni kecantikan dan penjagaan diri;
- Mudah tersentuh hati..

Semua syarat dah ikut...maka awardnya :




TQ Pn Kartini...
Share/Bookmark

Friday, March 12, 2010

SAAT-SAAT TERAKHIR SEORANG BANDUAN

Salam..

Kadang-Kadang kita sebagai manusia jika tidak diberi pengajaran dengan cerita-cerita sebegini memang akan sentiasa tidak pernah sedar dan takut untuk melakukan dosa..tapi sengaja saya bawakan gambaran "saat akhir seorang banduan" ini sekali lagi walaupun cerita ini pernah beberapa kali dipaparkan diblog orang lain sebagai pengajaran untuk mereka-mereka yang suka berbuat dosa dan melakukan pelbagai kesalahan jenayah diluar sana..agar segera kembalilah kepangkal jalan kerana tidak mustahil ada di antara pembaca blog ini juga adalah Penjenayah Kejam..siapa tahu... !!!

Bayangkan kekejaman yang kita lakukan juga dibalas dengan kekejaman...ini baru hukuman didunia belum lagi hukuman dihadapan Allah SWT di padang Mahsyar nanti...Mungkin ada diantara kita pernah berzina dan kemudiannya melakukan lagi satu dosa dengan membuang bayi, meminum arak, berjudi, merompak, membunuh dsbnya..dan seandainya ...inilah balasannya...

Disaat Pesalah/penerima hukuman mati akan dikeluarkan dari sel ( penjara ) ke tempat perlaksanaan hukuman ...sudah tidak berupaya untuk mengatur langkah..tetapi digagahkan juga..saat ini malaikat maut sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawapnya..

Tibet execution03

Pesalah bersedia menerima hukuman bila-bila masa … Bayangkan perasaan mereka ketika itu ….

Tibet execution07

Hukuman tembak tepat ke kepala mereka sehingga …..

Tibet execution08

Tembakan tepat di kepala mangsa …..

Tibet execution09

Kepala hancur dan otak bertaburan….. selesailah hukuman…Astagfirullah !!!

Tibet execution10


Share/Bookmark

Thursday, March 11, 2010

RENUNG SEJENAK DAN BAYANGKAN..!!!

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Share/Bookmark

Tuesday, March 9, 2010

PERKAHWINAN DGN KANAK2..WAJARKAH ???



Salam...

Saya ingin bertanya pendapat rakan-rakan blogger semua tentang isu perkahwinan dengan kanak-kanak yang usianya ada diantara mereka baru berumur 7 tahun seperti gambar di atas yang berlaku di sesetengah negara didunia ini..wajarkah ia dibiarkan berterusan.. ??? ataupun kita patut membiarkannya saja perkara ini turut berlaku dinegara kita...??

Sebenarnya saya melihat dari sudut sejauhmana umat islam dizaman ini memahami Islam dengan sebenar-benarnya..Masih ramaikah lelaki yang beriman diMalaysia..sedangkan kalau melihat keadaan Masjid-Masjid yang begitu kurang jemaahnya ketika waktu solat dan majlis ilmu jika dibandingkan jika diadakan majlis hiburan dan konsert-konsert sebagainya..

Ditakuti tidak ramai yang dapat mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang berkahwin dengan saiyidatina Aisyah ra. kerana mendapat wahyu dari Allah SWT ketika Aisyah berusia 9 tahun..dan ramai pula yang mengahwini kanak-kanak atas dasar kepuasan nafsu syahwat semata-mata..(Harap diperbetulkan jika saya tersilap fakta..)

Dari satu sudut, dalam keadaan dunia akhir zaman ini...saya melihat perkahwinan lelaki dewasa dengan kanak-kanak adalah tidak lebih daripada merupakan satu penganiayaan kepada kanak-kanak tersebut yang belum mengerti apa-apa... lainlah kalau lelaki tersebut sememangnya sangat arif tentang hukum hakam dan memahami adab perkahwinan dengan sedalam-dalamnya dan baik pula akhlaknya...

Persoalan saya adalah apakah jawapan yang terbaik untuk meleraikan isu "sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri mengahwini Saiyidatina Aisyah ketika Aisyah berusia 9 tahun ????" dan benarkah Nabi SAW mmg berkahwin dengan Saiyidatina Aisyah ketika beliau berusia 9 tahun ? kerana saya pernah terbaca isu diblog ini klik disini bahawa sebenarnya Nabi mengahwini Aisyah ra ketika beliau berusia 16 tahun dan hanya bersama dengan Aisyah ra ketika beliau berusia 19 tahun dan bukannya 9 tahun seperti didakwa kerana fakta tersebut kononnya telah diselewengkan oleh puak Syiah..

Jadi apa kata anda ??

Share/Bookmark

Sunday, March 7, 2010

PANASSSSS !!!!!


Dunia semakin panas...aduhhh... kadang-kadang rasa tak tertahan dik terik cahaya matahari yang memancar...Peluh yang mengalir..tak terhitung..kalau sebelum musim panas pun..dah sentiasa berpeluh apatahlagi kalau musim panas macam ni...

Teringat pula....ini baru kat dunia..bagaimana pula keadaan di Padang Mahsyar nanti ye..bila Matahari hanya sejengkal dari kepala kita semua...mau menggelegak otak...dan akan hangus badan berjuta-juta kali....

Ya Allah...kau permudahkanlah segala urusan hidup dan matiku..dan janganlah kau pisahkanku dari rahmatMu..Lindungilah hambaMu ini dari segala bencana dan tipu daya syaitan yang sentiasa berusaha untuk memesongkan hati dan jiwa hambaMu ini dari mengingatiMu...

Share/Bookmark

Tuesday, March 2, 2010

BENARKAH LELAKI ZAMAN INI SEMAKIN MALAS ???


Salam....

Aku banyak menerima rungutan kawan-kawan tentang sikap suami mereka yang PEMALAS, malahan ada pula kawan-kawan yg lebih malang terpaksa menanggung makan minum teman lelaki atau suami yang tanpa segan silu MALAS bekerja dan ada pula yang gemar bertukar tempat kerja dan majikan dengan alasan yang tidak berapa diketahui..

Masalahnya...benarkah Sindrom lelaki berkeluarga malas bekerja kian menular di negara ini ???

Apa yang menakutkan akan wujud jurang ketara antara lelaki dan wanita dalam soal kerjaya, kepercayaan dan tanggungjawab. fenomena lelaki tidak suka bekerja, manakala wanita pula mengambil alih tugas mereka, sedang menular di kampung-kampung sehingga ada lelaki sanggup menjaga anak di rumah. Sebenarnya perkara seumpama ini telah lama berlaku di beberapa negeri sehinggakan ada wanita terpaksa dilantik sebagai pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kerana calon lelaki menolak tanggungjawab itu sehingga akhirnya diberikan kepada wanita.

Ini adalah merupakan satu fenomena serius apabila wujud kecenderungan lelaki lebih suka duduk di rumah berbanding wanita yang kuat bekerja. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, dibimbangi akan lebih banyak tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepada golongan wanita, sehingga mewujudkan jurang ketara antara lelaki dan wanita dan jika keadaan itu dibiarkan berlarutan, dibimbangi kaum wanita akan memilih untuk hidup membujang selama-lamanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang sepatutnya ditanggung oleh kaum lelaki.


“Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa dosa pertama yang dihitung bagi seorang lelaki ialah dosa mengabaikan nafkah rumah tangga". Ini menjelaskan, bahawa seorang lelaki yang mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarganya adalah berdosa di sisi Islam. Fenomena ini banyak berlaku di kalangan lelaki golongan bawahan yang tinggal di kampung sehinggakan wanita yang berkahwin dengan lelaki berkenaan terpaksa bekerja sebagai penoreh getah bagi menanggung keluarga.


Malah kadang-kadang lebih menyedihkan, ada keluarga yang sanggup memberi duit bulanan kepada anak lelaki mereka yang tidak mahu bekerja, seolah-olah menyokong perbuatan anak mereka itu, yang disara oleh isteri masing-masing. Gejala itu kini sangat serius menyebabkan ada wanita bujang takut untuk berkahwin kerana bimbang mendapat suami yang malas bekerja. Sindrom ini jika dibiarkan boleh menggugat institusi perkahwinan dan kekeluargaan yang sangat-sangat dituntut oleh Islam.


Jadi bagi kawan-kawanku diluar sana...apa pendapat anda ??? Benarkah LELAKI ZAMAN INI SEMAKIN MALAS ??


Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA