Thursday, August 27, 2009

ADAB MAKAN YG PATUT DICONTOHI

  • Rasulullah SAW menyukai dlafaf – makanan yang banyak tangan memakannya
  • Membaca doa yang bermaksud :- ‘Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.’
  • Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya – tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri.
  • Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.
  • Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.
  • Menyukai kueh faludzaj – ramuan – minyak samin, madu lebah, tepung gandum.
  • Menyukai roti syair, mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering) di cecah dengan garam.
  • Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.
  • Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan.
  • Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatang pada janggutnya seperti benang mutiara.
  • Menyukai susu dengan tamar (al-athyabin – dua yang terbaik)
  • Menggemari daging – penghulu makanan di dunia dan di akhirat – khasiat menguatkan pendengaran.
  • Menyukai roti bekuah dengan daging dan buah labu dan bersabda bahawa labu itu adalah pohon Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah ra memasak gulai dengan membanyakkan labu – akan menguatkan hati orang yang berduka
  • Menyukai daging burung (tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan)
  • Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan daging ke mulutnya dan menggigitnya.
  • Menyukai roti dengan minyak samin.
  • Menggemari daging kambing – bahagian lengan dan bahu;
  • Kurma madinah (al-ajwah – berasal dari syurga) – penawar racun dan sihir - adalah antara yang paling digemari di kalangan tamar.
  • Sayur-sayuran yang digemari baginda pula ialah al-handaba, al-badzaruj dan al-hamqa’/ar-rajlah.
  • Tidak menggemari bahagian daging spt. buah pinggang, zakar dan biji zakar, ghudad, darah, hempedu dll.
  • Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang prei (al-kurrats)
  • Tidak pernah mencela makanan – kalau disukai, dimakan – kalau tidak disukai, ditinggalkan.
  • Tidak menggemari dhab.
  • Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya – makanan yang penghabisan banyak barakahnya.
  • Menjilat sisa makanan pada anak jari – yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.
  • Selesai makan – dibaca ‘Segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya’
  • Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.
  • Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa menghisap.
  • Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)
  • Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.
  • Pemalu dalam perihal makan – tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum – tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan makanan/minuman.


*(Dipetik daripada Kitab Ihya Ulumiddin – Karya Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazaly dll sumber pelbagai )


Share/Bookmark

Monday, August 24, 2009

TAHUKAH ANDA ?

"Rasulullah merindui umat akhir zaman" .....****

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.

Selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w..."Berselawatlah untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuk nya 10 kali” hadis riwayat muslim(1/288, no.384)

Sabda Nabi SAW “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)

Sabda Nabi SAW : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.“ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya.“ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)

Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku.“ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Diberitakan oleh Ubay bin Kaab r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat.“ (Hadis Riwayat Thabarani)

Berdasarkan dari hadis-hadis diatas, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.


Fadilat Selawat - untuk renungan

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Ayuh jangan kita melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

SUMBER : Al-Hikmah @ Facebook

Share/Bookmark

Friday, August 21, 2009

SEKADAR BICARA PELEPAS RINDU...

Salam semua para sahabatku....


Bulan Ramadhan Al-Mubarak telahpun tiba... besok kita semua akan menyambutnya.. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menunaikan Solat Tarawih dengan jayanya....dan seandainya terdapat sebarang salah dan silap dan tutur kata yang menyinggung perasaan dan juga N3 yang menyakitkan perasaan rakan2 sekalian kumohon beribu2 kemaafan.. dan semoga tiada sengketa antara kita cuma perasaan kasih dan sayang dan ukhwah yang berpanjangan...
Aku memohon ribuan kemaafan kerana tidak berkesempatan untuk meng"update" blog sejak akhir-akhir ini lantaran kesibukan kerja dipejabat kerana terpaksa mengambil alih beberapa tugas rakan2 yang sedang sarat mengandung ditambah lagi dengan kehadiran bulan Ramadhan yang sememangnya kutunggu untuk menambahkan bekalan amal dibulan yang mulia ini.
Oleh yang demikian, seandainya tiada N3 baru selepas ini untuk tempoh yang agak lama..aku berharap rakan2 blogger semua tidak merasa hampa..dan aku berjanji seandainya punya kesempatan waktu pasti aku akan menemui kalian lagi tapi aku berharap sangat agar rakan2 semua sudi meninggalkan jejak dan komen agar mudah untuk aku membalasnya nanti..

Dan semoga kita semua dapat menyempurnakan puasa untuk tempoh sebulan ini dengan penuh rasa keinsafan dan juga tidak lupa untuk menunaikan solat wajib dan solat2 sunat dengan tekun dan sabar...

Sebelum berundur diri renungilah hadis yang kulampirkan bersama-sama ini...
"Imam Al-Ghazali berkata : "Berapa banyak orang yang berpuasa, namun ia tidak mendapatkan dari puasanya itu, selain lapar dan haus. Sebab puasa itu bukanlah semata-mata menahan lapar dan haus, akan tetapi adalah menahan hawa nafsu. Boleh jadi orang tersebut berdusta, menggunjing dan memandang dengan syahwat, sehingga yang demikian itu membatalkan hakikat puasa." (Ihya' Ulumiddin)".

...Wassalam....

Share/Bookmark

Tuesday, August 18, 2009

KERANA KAU....

Salam semua..

Sebenarnya posting kali ini lebih kepada untuk mengenang jasa2 teman blogger yang tak putus-putus memberi award kepadaku yang sebenarnya award2 yang diterima sangat2 kuhargai cuma aku belum berkesempatan untuk berbicara soal ini..

Terkenang kembali award pertama yang diterima dari seorang rakan blogger, srg guru yang bijaksana. Aku sukakan pandangannnya yang santai tentang kehidupan sekeliling dan juga krn minatnya yang suka membaca dan blognya yang sarat dengan pelbagai ilmiah sesuai dengan peranannya sebagai seorang guru iaitu a kl citizen, anda boleh melayari blognya utk mengetahui keistimewaan blog beliau.

dan kemudiannya aku menerima pula award juga dari seorang guru Tirana srg yang cukup optimis dan membaca blognya boleh merangsang minda krn penuh dengan kata-kata semangat dan disusun dengan ayat-ayat dan bahasa yang indah..juga satu blog yg bagus utk mereka yg ingin memulakan hari dengan semangat..

kemudian pula aku menerima lagi award diberikan oleh MOY blognya juga dipenuhi dengan cerita2 kehidupan seharian dan luahan rasa srg ibu muda yg sedang sarat menanti kelahiran anak ke 2 pastinya srg anak dan isteri yg rapat dgn family, rasa2nya anak manja juga kot.hehehe juga srg yg penyayang dan caring thdp oranglain,

kemudian aku menerima award lagi dari Ustaz Saifun srg blogger yang baru berjinak2 dgn dunia blogger tapi telahpun dengan cepat belajar dan mengatasi aku dalam sesetengah perkara hehehe..ini dah kira lawan tokeh ni Ustaz saifun ooii...aku suka menjengah blognya krn sarat dengan nasihat dan pengajaran dan ilmu pengetahuan disamping itu juga srg yg mudah mesra dengan sesiapa saja dan adakalanya ada N3 juga walaupun lucu tapi penuh pengajaran..

satu lagi award aku terima dari pn-iena juga srg blogger yg cukup cantik yg baru kukenali dan aku sangat suka tgk gambarnya bersama suami dan anak2 semenya gebu2 belaka boleh diibaratkan sbg pasangan yg sgt sepadan bagai pinang dibelah dua dan blognya juga sentiasa dipenuhi dengan cerita2 keluarga bahagia. Walaupun baru dikenali dialam maya, pn-iena masih sudi memberi award kepadaku..aduhai very touching..rasa sedihla akak sbb tak pandai nak create an award to giveaway for somebody..

dan yg terakhir aku terima award adalah dari srg adik blogger syahidah yg juga baru kukenali dari alam maya..membaca blognya juga sarat dengan cerita2 santai dan ada juga diselitkan cerita2 ilmiah yg bagus dibaca oleh oranglain juga...

Buat semua rakan2 blogger yang lain, terutamanya cik skaf dan mereka2 yang lain yang pernah memberikan tag kepadaku dan belum dijawap...maaflah yer..rasa2nya tntg tag2 nie dah letih menjawabnya tapi apapun thanks juga kepada moon krn masih teringat juga nak tag kak zai walaupun kita baru berkenalan...insyaAllah nanti bila ada kelapangan kak zai jawap yer dik..

Diam tak diam..dah ramai followers akak yer..apapun terima kasih banyak2 kepada semua yang sudi menyokong kehadiran blog "Islam My Way of Life..." Doa dan harapan akak zai buat semua rakan2 blogger yang sudi mengikuti blog akak nie terutamanya yg rajin beri komen dan bertandang iaitu :-

  • a kl citizen
  • Maiyah
  • Dida
  • Tirana
  • Razak
  • Zaidi Ali
  • Echam
  • ImanSyah
  • Cik Skaf
  • Ummi Humaira
  • Chimera
  • Hai
  • Kak Cik Seroja
  • Zool&Tod
  • Zawal
  • kak Pah
  • Saifun
  • Bujang Susah
  • LoL
  • pn-iena
  • Pn-kartini
  • Ummumishkah
  • Kak Ja
  • Bapak
  • Werdah
  • Wardah
  • Sofia
  • Ariff Budiman
  • Uminas
  • AzMas
  • Abu Muaz
  • Abdul Wahab Arbain
  • Ijoks
  • Syahbandar
  • Norullisza
  • AieBahri
  • Relevan
  • Singamara

Terima kasih banyak2 semua yer..Semoga Islam terus subur dihati dan marilah kita bersama-sama menimba ilmu dan beramal dengannya dan marilah juga kita sama-sama doakan moga2 ikatan persaudaraan diantara kita semua akan terus berkekalan...

Kalau ada yang nak buat kenduri tu jangan lupa jemput akak zai yer..kalau ada kesempatan waktu dan masa yang tepat ..apa salahnya kita bertemu dan bersuai kenal yer tak...manatau kot2 ada yang boleh jadi calon adik ipar kak zai ke..hehehe..tapi tak lupa juga nak ucap terima kasih banyak kat En Ariff Budiman, yang berbesar hati menjemput zai ke majlis perkahwinannya dulu...Bukan zai tak nak pi..kebetulan bulan tu terlalu banyak undangan perkahwinan saudara mara, tak sempat nak bertandangla en diman..sorry sangat2 yer..tapi lepas nie klu ada majlis apa2 jangan lupa jemput yer...insyaAllah zai akan cuba hadir...
Oklah dulu..buat kali ini...jumpa lagi di episod akan datang.. dah ada N3 baru sebenarnya tapi sibuk sikit kat ofis ni sbb ada 2 mak-mak labu dah nak meletup anytime kat ofis ni so akak kenala cover kerja diaorang sbb kesian plakkan...sbb akak pun dah pernah jadi mak labu jadi tahula betapa siksanya nak membawa perut yang memboyot tu selama 9 bulan lamanya..ishk..bila nak stop N3 nie kalau asyik berceloteh kan..so..sblm chow terimalah kata-kata ini..
INDAH NAMA KERANA SEBUTAN
INDAH BUDI KERANA SOPAN
INDAH OTAK KERANA KEINTELEKTUALAN
INDAH ORANG KERANA KECANTIKAN
INDAH BAHASA KERANA PERBAHASAN
INDAH MATA KERANA JELINGAN
INDAH PIPI KERANA KEGEBUAN
INDAH TUDUNG KERANA PEMAKAIAN
INDAH BUKU KERANA TULISAN
INDAH KAYU KERANA TULISAN
"INDAH WATER" TU JER..... KERANA JAMBAN...hehehe
...Wassalam...

Share/Bookmark

Friday, August 14, 2009

MASIH TERKENANG-KENANG

Mmg sukar untuk menjadi yang terbaik walaupun kita telah melakukan yang terbaik. Tidak mudah bagi seorang perempuan utk menjadi isteri "superwoman" yang dapat melakukan segala2nya dalam satu masa..apatahlagi bagi wanita yang berkerjaya sptku..kadang2 sebaik sampai kerumah belum sempat menukar baju telah terkejar-kejar masuk ke dapur mencapai penyapu menyapu lantai rumah yang bersepah kerana seharian ditinggalkan, memungut kain baju yang berselerakan dengan baju anak2 disana sini, mengangkat kain diampaian dan kemudian melipatnya dan mendengar suara anak2 yang meminta itu dan ini...dan melihat jam waktu solat sudah hampir kehabisan, terkejar2 pula untuk sembahyang dan kemudian kembali lagi kedapur untuk memasak bagi hidangan masakan malam...MasyaAllah kadang2 rasa tak tertanggung letihnya untuk memikul semua tanggungjawap ini..

Inilah yang berlaku kepadaku seharian semenjak aku tidak lagi memakai pembantu rumah. Aku dan suami mengambil kata sepakat untuk tidak lagi memakai khidmat pembantu rumah selepas pembantu aku yang terakhir pulang berhari raya dan tidak kembali lagi..rasa2nya sudah penat melayan orang indon ini yang terkadang apabila mendapat majikan yang baik tak tahu pula untuk berterima kasih...Walaupun begitu aku tetap bernasib baik kerana mendapat pembantu rumah yang baik2 belaka dan tidak panjang tangan cuma yang terakhir itu yang paling kusayangi kerana hubungan kami tak ubah seperti sahabat tapi semuanya salah aku juga kerana terlalu sayang sehingga terlalu percayakannya sehingga memberi kesemua wang gaji utk dibawanya pulang dan kemudian ku hadiahkan lagi sepasang subang emas, blender, periuk nasi, sebuah oven pembakar kek dan 6 kotak kain baju baru2 yg tak laku dijual oleh ibuku dipasar malam..Dia mungkin pulang sebagai seorang jutawan disana dan tinggallah aku menjadi tidak ketahuan disini...Aku tahu "ibu maisarah" pembantuku mempunyai anak2 yang sering menyusahkannya. Sering menalipon meminta beliau mengirim wang walaupun anak2nya semua telah bekerja dan berkahwin..dan aku percaya anak2nya yg telah menghasut beliau utk tidak lagi datang ke Malaysia setelah pulang berhariraya 3 tahun yg lalu al-maklumla sudah pulang dengan berjuta2 rupiah dan barang2 elektrik yang banyak..tak cukup dengan itu aku hadiahkan lagi pula 6 kilo Milo utk dibawanya pulang ke Indon kerana katanya di indon tidak ada Milo..

Allah itu Maha Kaya dan Maha Mendengar..pembantuku pulang ketika aku sarat mengandungkan anak aku yang ke 5. Aku masih ingat ketika suamiku menunggu untuk mengambilnya dari jeti pelabuhan 3 tahun yang lalu..Penantian kami semenjak dari pukul 6 petang sehingga 11 malam krn menyangka beliau akan kembali spt menunggu bulan jatuh keriba.dari jam ke jam dan akhirnya aku menangis terisak2 apabila menyedari dia tidak muncul dipelabuhan di hari yang dijanjikan..Hatiku terasa sayu mengenangkan keadaanku yang sedang sarat mengandung dan tergamak dia menganiayaku dengan berjanji utk kembali tetapi sebaliknya hanya menipu. Dan semenjak pada malam itu aku sering bangun bermunajat kepada Allah pada waktu tengah malam memohon petunjuk adakah kepulangannya tidak kembali lagi atas kesalahan dan dosa2ku kepadanya. Dan aku juga memohon agar Allah memberi petunjuk seandainya aku berlaku kejam kepadanya.

Allah itu sesungguhnya Maha Kaya dan Maha Mendengar doa hamba2nya yang teraniaya..genap 2 tahun dia pulang tak kembali. Tiba2 satu hari aku menerima panggilan darinya. Dia memberitahu dia berada di Malaysia dan kini bekerja dengan sebuah keluarga isterinya Cina, suaminya Melayu tetapi beliau telah disiksa dan dicaci nista oleh Majikannya dan dipaksa buat macam kerja2. Dia juga beberapa kali memohon maaf kepadaku di atas perbuatannya dan menyesali tindakannya terhadapku dulu. Dalam sedu sedan dan tangisan yg terhenti2 aku turut bertanya kenapa beliau tergamak melakukan sebegitu kepadaku dulu sedangkan apakah dosaku kepadanya. Dia meraung sebaik sahaja aku berkata begitu dengan mengatakan aku langsung tidak berdosa dan sebenarnya adalah majikan yang terlalu baik dan dialah yang menganiayaku. Dia berkali2 memohon dan merayu agar aku datang menebusnya dari majikannya yang baru dan berjanji utk menebus kembali kesalahannya kepadaku.

Tapi hatiku telah berbekas, walaupun aku telah memaafkannya tetapi sukar utk melupakan kesan perbuatannya kepadaku dulu. Aku katakan kepadanya aku tidak berdaya utk membantunya kerana ia diluar kuasaku dan memintanya berterus terang dengan majikannya menyuruh mereka menghantarnya pulang atau diberikan kembali kepada ajen. Aku yakin majikannya bukanlah majikan yang baik kerana sesungguhnya sewaktu "Ibu Maisarah" tinggal bersamaku beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sekali, rumahku sentiasa kemas dan susah hendak melihat habuk disana-sini dan kain bajuku, suami dan anak2 sentiasa terlipat kemas. Ibu maisarah juga tidak kedekut berbelanja dengan wang saku yang terkadang diberi oleh ibubapaku dan/atau saudara mara yang sukakan kerajinannya itu. Sebagai balasan diatas segala kebaikannya kepadaku. Kemana saja aku bercuti, dia tidak pernah kutinggalkan dan kubawa bersama-sama dan aku dapat merasakan betapa seronoknya dia menikmati percutian bersama kami kerana kalau di Indon pasti dia tidak mungkin dapat merasa berjalan-jalan kesana kemari..Percayakah kalian kalau aku katakan harga pakaiannya, tudungnya dan kasutnya sama nilai dengan harga pakaian, tudung2 dan kasut2 yang kupakai..Aku tidak pernah membezakan dia antara majikan dan pembantu..dan kerana itulah hatiku sangat berbekas kerana kehilangannya dulu..

Semenjak itu aku tidak lagi mendengar berita mengenainya. Hidup ini tetap perlu diteruskan dan akulah kini BIBIK yang baru utk anak2ku..Mmg agak perit utk membuat segala2nya seorang diri walaupun sesekali dibantu oleh suami dan anak2 tapi terkadang aku kalah juga dgn airmata ini..terasa sedih kerana terlalu letih kerana terpaksa membahagikan masa antara kerjaya dan rumahtangga apatah lagi suamiku pula mmg tidak suka makan makanan diluar. Letih macamnpun aku tetap harus pulang memasak kerana walaupun suamiku tidak pernah menyuruh dan memaksaku utk memasak tapi aku pula yang kesian apabila melihatnya dlm keadaan letih ketika pulang bekerja terpaksa pula memasak kerana aku tidak memasak.

Tetapi apabila kukenangkan kembali pengorbanan Fatimah r.a. yang kehidupannya yg sangat susah bersama saiyidatina Ali r.a, serta Aisyah dan Siti Khadijah isteri rasulullah yang lebih berat pengorbanan mereka ketika bersama Rasulullah, hatiku kembali terhibur. Barulah aku tersedar, apa sangatlah bebanan yang kutanggung jika dibandingkan dengan anak dan isteri2 Rasulullah SAW yg lebih dahsyat pengorbanan mereka membantu perjuangan Rasullullah.

Apapun..aku terasa sedikit ringan kerana meluahkannya dientri ini...Maaf ye walaupun kalian tak sudi mendengarnya dan cerita ini sebuah cerita yang boring dan biasa bagi sesetengah orang tapi aku rasa lega kerana masih ada yang sudi membacanya...terima kasih kerana sudi menjadi pembaca yang setia dan meninggalkan komen kepada Bibik..





Share/Bookmark

Thursday, August 13, 2009

AKU JUGA YANG DICARI..


Salam...

Semalam sewaktu selepas maghrib, ketika aku baru hendak mula memasak aku terima panggilan dari seorang kawanku seorang gadis yg berusia 25 tahun yang bekerja disebuah bank. Aku bahasakan dia sebagai Siti sahaja..Sebaik sahaja aku menjawab panggilannya dia terus bertanya ku "Asmkm kak zai, Siti ni.., kak zai buat apa ?", aku menjawab "wkmslm, ada kat umahla..napa siti ?, siti kat mana nie ?..", Dia menjawab "Siti ada kat kelas lagi nie..jap lagi siti nak g umah nak jumpa kak zai boleh tak ?" Dia sebenarnya sedang mengambil pengajian jarak jauh disebuah institusi pengajian berhampiran rumahku. Pada mulanya aku agak keberatan utk menerima kunjungannya memikirkan anak2ku yg kurang sihat kerana demam dan batuk apatahlagi aku berhajat utk menyudahkan masakanku untuk kutinggalkan buat anak2ku dirumah keesokannya tapi nampak mcm beliau begitu beria2 nak berjumpaku seperti ada sesuatu yg menganggu fikirannya..lalu aku bersetuju dan menyuruhnya datang ke rumah sebaik sahaja kelasnya habis pukul 9 malam.

Jadi disebabkan keadaan rumah yang masih berselerak kerana seharian ditinggalkan, aku terus kelam kabut berkemas dan menyapu lantai, almaklumla dek kerana nak menerima tetamu yg datang. Nasib baik anakku adam yg berusia 3 tahun yg sdg demam tidak banyak meragam dan kebetulan tidur awal pula dipetang itu. Jadi memudahkan kerjaku sedikit utk mengemas.
Tepat sangkaanku, lebih kurang jam 9.15 malam, Siti telahpun terpacak didepan rumahku. Aku juga telah siap menyediakan keropok lekor goreng dan air teh perisa oren didatangkan khas dari cameron highland utk dihidangkan kepada beliau. Siti memberitahu dia sebenarnya terlalu ingatkan aku sejak akhir2 ini kerana katanya akulah tempat terbaik utk beliau mengadu masalahnya..Dari riak wajahnya aku tahu pasti berat masalah yang ditanggungnya..
Sebenarnya utk pengetahuan semua, aku mmg tahu dia telah terperangkap dengan cinta dengan suami orang. Teman lelakinya itu seorang kontraktor berusia dlm lingkungan 50an. Aku rasa lebih layak bergelar ayah buat siti. Mereka telah 5 tahun berkawan dan menurut siti isteri kontraktor itu mmg tidak merestui hubungan mereka dan gara2 cinta butanya itu, dia telah menerima tekanan dari pelbagai pihak tidak sahaja dari pihak isterinya yg begitu kecewa dan bersungguh2 utk memisahkan siti dan teman lelakinya itu dan selain itu keluarga siti terutama ibu, ayah dan abang2nya juga turut menentang perhubungan mereka. Aku percaya tidak ada ibu bapa atau keluarga yang sanggup melihat anaknya menjadi perosak rumahtangga oranglain dan apatahlagi cuba merampas kebahagiaan oranglain.
Siti memberitahu kontraktor itu pernah memberitahunya yang beliau sedih kerana isterinya kurang memberi perhatian kepadanya dan tidak pernah memasak utk beliau. Sepanjang perkahwinan mereka, mereka kerap makan diluar atau membeli makanan yg telah siap dimasak dan apabila menjalinkan hubungan dgn siti, berlainan pula caranya. Siti pula gemar memasak dan sering memasak sesuatu untuk beliau dan menurut siti lelaki itu sukakan layanan siti kerana siti sering memasak dan menyuapkan makanan kepadanya dan itulah satu2nya perkara yang tidak pernah dilakukan oleh isteri beliau kepadanya semenjak 23 tahun berkahwin. (Awas Kaum Perempuan..ini satu peringatan buat isteri2 yg malas diluar sana...!!!)
Dan kini siti tersepit kerana beliau terlalu ingin bergelar seorang isteri dan ibu tetapi mendapat tentangan yg hebat dari keluarganya dan isteri teman lelakinya itu..Fikirannya buntu kerana mereka telah lama berkawan dan lelaki itu juga tidak sanggup berpisah dan siti sendiri sanggup menjadi isteri kedua dan menurut siti beliau telah berusaha utk berbaik2 dengan isteri lelaki tersebut tetapi gagal kerana setiap kali bersemuka hanya sumpah seranah yang diterimanya dan isterinya pasti akan menyumpah beliau dengan pelbagai perkataan lucah yg tidak sanggup kudengar..Tapi siti turut bersumpah kepadaku dgn mengatakan hubungannya dengan lelaki itu masih terlalu suci kerana lelaki itu tidak pernah membuat perkara2 yg terlarang dan belum pernah mengambil kesempatan keatasnya walaupun siti dengan jujur mengakui pernah menguji iman lelaki itu dan menurut siti, apa yg membuat dia semakin jatuh hati adalah kerana teman lelakinya itu tidak pernah mengambil kesempatan dan telah banyak berhabisan wang kerana beliau. Dan beliau sering menekankan pada siti bahawa dia tidak sanggup melakukan apa2 kerana beliau juga mempunyai anak gadis lebih kurang sebaya siti dan tidak mahu perkara spt itu dilakukan oleh lelaki lain terhadap anaknya.
Sebagai seorang kakak dan sahabat, aku hanya mampu menasihatkan siti agar berfikir panjang kerana perkahwinan bukanlah suatu perkara yg mudah dan terlalu banyak ranjau, onak dan duri yang terpaksa dihadapinya nanti apatah lagi jika berkahwin tanpa restu ibu bapa dan menjadi perampas dan orang ketiga pula didlm rumahtangga oranglain..dan pastinya apa yg dilaluinya sekarang dan selepas berkahwin nanti tidakkan sama...perhatian 100% yang didapatnya sekarang mungkin akan tinggal 50% selepas itu atau mungkin lebih rendah lagi kalau suaminya nanti mula terasa bosan dan kelemahan dan kekurangan diri mula terserlah selepas berkahwin..apapun sbg kawan aku juga tidak mahu dia terus bergelumang hidup dalam dosa. walaupun sekadar berjumpa dan berpegangan tangan dan bersentuhan ia tetap haram disisi Islam dan jalan terbaik utk mengekang diri dari zina adalah perkahwinan. Dan menurut siti dia telah mengambil keputusan utk berkahwin di Siam slps ini dan aku sendiri merasa itulah saja jalan yg terbaik yg boleh dilakukannya kerana dia sendiri memilih utk menempuh jalan yg penuh berliku itu dan dia haruslah berani menempuhi segala musibahnya nanti. Aku tidak mampu utk menasihati lebih dari itu kerana perhubungan mereka telah 5 tahun berlangsung..Jadi aku lebih memandang beratnya dosa kita masyarakat disekeliling terutamanya isteri2 yg memiliki suami yg berkemampuan tetapi ttp menghalang suami mereka dari berkahwin lain tetapi rela pula membiarkan suami utk terus hidup bergelumang dgn dosa..
Sebenarnya wahai kaum perempuan..apalah sangat yang kita tamakkan dan kejarkan dipentas sementara ini sedangkan nikmat yang Allah janjikan diakhirat sana lebih kekal abadi, Suami kita bukanlah insan terhebat, mereka juga manusia biasa yg pasti akan adakalanya turut tersasar dari landasan..Bersabarlah dan Yakinlah bahawa setiap ujian yang diturunkan oleh Allah sesungguhnya pastinya ada sesuatu yang lebih baik yang dirancangkan olehNYA untuk kita. Sentiasalah kita berbaik sangka terhadap Allah dan bagi mereka yang mempunyai suami yang jahat perilaku tetapi tidak sanggup berpisah, jgn lupa utk terus sujud kepadaNYA memohon petunjuk dan hidayah dan moga2 diberi kekuatan dan kehebatan jiwa spt ASIAH, isteri firaun dan MASYITAH.
Selepas hampir 3 jam dirumahku, pukul 12.00 tgh malam, siti memohon diri utk pulang. Kebetulan suamiku pula bekerja shift petang dan biasanya hanya akan sampai kerumah dalam pukul 12.30 mlm....
Dalam hatiku..aku ini sekarang dah tak ubah macam kaunselor, terlalu ramai yg bermasalah datang mencariku sebagai tempat mengadu..sedangkan aku sendiri pun alahai....
Terfikir jugak aku alamak..aku tak masak lagi nie..dah pukul 12.15 tgh mlm.. Yang bermain difikiranku selepas dia pulang adalah.....AKU JUGAK YANG DICARI...


Share/Bookmark

Tuesday, August 11, 2009

APAKAH KESUDAHANNYA ???

Salam para sahabatku...

Maafkan aku kerana telah hampir beberapa hari tidak meng"update" entri yang baru..ntahlah..mood manusia mmg macam tu agaknya..ada masa kita terasa begitu teruja sekali untuk membuat sesuatu dan adakalanya tak berminat langsung untuk melakukannya walaupun sebelum ini ia adalah merupakan satu kebiasaan...

Mood aku kurang elok sejak sebulan kebelakangan ini..terasa begitu down sekali apatah lagi selepas kehilangan beberapa orang yang kukasihi pergi menemui yang Esa untuk selama-lamanya..ada diantara mereka langsung tidak nampak tanda2 berpenyakit...hari ini kita berjumpa, bertegur sapa dan bergurau senda..tahu-tahu besoknya terdengar beliau sudah tiada..alahai terasa gelapnya dunia seketika..

Dan minggu ini anak2 yang diasrama pula diserang demam, batuk dan selsema tapi syukurlah menurut doktor bukan H1N1 cuma sekadar demam dan batuk biasa tapi harini sekolahnya dengan rasminya ditutup seminggu kerana terlalu ramai pelajar yang jatuh sakit..aduh sebagai ibu mmg aku terasa begitu risau dengan keadaan yang berlaku sekarang ini....terasa seakan satu bala yang Allah telah turunkan ke atas kita...dan aku pasti ini adalah kesan peringatan secara tidak langsung dari Allah terhadap kita hamba-hambaNYA yang telah lalai dan kian jauh terpesong dari ajaranNYA...

Aku sendiri masih merenung nasib diri, apakah aku telah berjaya menjadi seorang islam yang sebenarnya dan menjalankan rukun islam yang lima dengan sempurna iaitu :-

  • Mengucap 2 kalimah syahadah...
  • Menunaikan solat 5 waktu;
  • Berpuasa sebulan dibulan Ramadhan;
  • Menunaikan haji; dan
  • Membayar Zakat..

Kita mungkin mudah untuk menghafalnya..tetapi untuk melaksanakan tanggungjawap itu yang sebenarnya tidak begitu berat menjadi begitu payah bagi sesetengah insan. Berapa ramai diantara kita yang sering melengah2kan SOLAT..dan tidak pernah mengambil kesempatan ruang masa yang ada untuk sujud kepadaNYA walaupun ianya hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit..jadi sekiranya SOLAT yang merupakan tiang agama gagal kita laksanakan jadi adakah kita masih teringat untuk mengucap 2 kalimah syahadah setiap hari..Betapa ramai diantara kita yang paginya islam petangnya telahpun menjadi kafir dan apabila petangnya kafir, paginya pula kembali islam..

Sesungguhnya kita adalah manusia yang lalai..Berapa ramai diantara kita masih gagal untuk melaksanakan Puasa sebulan dibulan ramadhan tanpa alasan yang munasabah..betapa ramai yang tidak sakit sebelum bulan puasa tiba2 menjadi uzur dan tidak mampu berpuasa dan dengan tanpa segan silu makan dan minum dikhalayak ramai terutamanya kaum Adam yang langsung tiada pengecualian kecuali diatas sebab sakit yang mudarat.. Aku sendiri pernah mengalami gejala gastrik yang serius tapi alhamdulillah berkat keyakinan bahawa segala2nya adalah datang dari Allah, ku gagahi jua berpuasa walaupun agak perit utk melawan penyakit itu dan akhirnya aku tetap mampu menyudahkan puasaku selama sebulan KERANA ALLAH tanpa sebarang masalah..syukur alhamdulillah selepas itu penyakit gastrikku telah sembuh dengan sendiri...tapi apa pula alasan mereka2 diluar sana yang tidak langsung berpenyakit tetapi enggan berpuasa. Amat malu rasanya melihat anakku yang berusia 5 tahun mampu menyudahkan puasanya selama sebulan tetapi orang dewasa yang sihat tubuh badan tidak mampu melaksanakannya.

Betapa pula ramai diantara kita yang kaya raya tapi masih leka dibuai nikmat dunia dan enggan menunaikan ibadah haji walaupun mempunyai harta yang menimbun..janganlah berburuk sangka pada Allah dengan mengatakan Allah belum menakdirkan ianya berlaku dan belum sampai seru dan sebagainya sedangkan kita sendiri yang dikurniakan akal yang sempurna perlu sentiasa bersyukur dan menanamkan azam untuk kerumah Allah apabila berkemampuan... sesungguhnya ajal tidak pernah lewat walaupun sesaat, justeru itu kejarlah dunia seakan2 kita akan hidup selama2nya tetapi beribadatlah seolah2 kita akan mati keesokan harinya..Allah tidak pernah menyuruh kita meninggalkan terus dunia dan mengejar akhirat sebaliknya menyuruh kita menyimbangkan dunia dan akhirat dan dalam pada masa yang sama mensyukuri nikmatnya tapi berapa ramai diantara kita yang benar2 bersyukur diatas kurniaan anggota dan pancaindera yg sempurna tetapi masih sombong untuk sujud kepada NYA..

Akhir sekali ZAKAT....adakah anda telah menyerahkan sebahagian daripada pendapatan anda kepada mereka yang berhak ? sudahkah anda tunaikan zakat pendapatan, zakat ternakan, zakat perniagaan, zakat emas perhiasaan apabila telah cukup haulnya..??

Fikir2kanlah..adakah kita insan yang berjaya atau gagal disisi Allah.. dan jika perhitungannya adalah GAGAL..bermakna tunggulah AZAB SEKSANYA yang amat pedih disana nanti..MATI ITU PASTI..BILA INSYAALLAH... !!!

...Wallahualam...


Share/Bookmark

Sunday, August 9, 2009

AKU BERGURAU JE LA...

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.

Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Tetapi, sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan di sini bermaksud betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak berniat nak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin tak ada apa-apa yang salah. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta."

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.

Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”

Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.”


Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.

Sayyidina Umar r.a. pernah berkata: “Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab: “Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”

Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~

Share/Bookmark

Thursday, August 6, 2009

AKU DAH LETIH BEKERJA..




Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

> Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
> 1.7 juta darinya sudah bersara.
> Jadi tinggal 21.3 juta orang.
> 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
> Jadi tinggal 20 juta orang.
> Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).
> Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
> Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
> Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
> Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
> Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
> Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja,
> surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
>Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
>Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
>Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....
> Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.

> Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
> Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...
> Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...
>Mana aku tak letih!!
> Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

> P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
> Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak ????

Saja..nak release tension...jangan maree erk....gurau jer tu...


Share/Bookmark

Wednesday, August 5, 2009

ASAL USUL SAKA



Definasi:

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Dalil:

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t. "Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

Pertalian Antara Jin Dan Saka:

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.

Dalilnya:

Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."

Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.

Ciri-ciri Orang Yang Memiliki Saka:

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:

1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.

2. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.

3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung tidak dapat difahami.

4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.

5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.

Masa Saka Berpindah:

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.

Proses Perpindahan Saka:

Berikut adalah kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:

Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.

Iblis telah memohon kepada Allah SWT "Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16

Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.

Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.

Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.

Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka:

>Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
>Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
>Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
>Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
>Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
>Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenek moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
>Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.

Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka:

Gejala pada waktu tidur:

>Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
>Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
>Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
>Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
>Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
>Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
>Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
>Berdiri dan berjalan ketika tidur.
>Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
>Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
>Mimpi berada di tempat sunyi.
>Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan >sebagai hantu.
>Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
>Mimpi melihat salib atau gereja.
>Mimpi bertemu paderi.
>Merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala pada waktu jaga:

>Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
>Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
>Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, >orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.
>Sering lesu dan malas.
>Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
>Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
>Lenguh di sendi-sendi utama.
>Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
>Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
>Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
>Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
>Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
>Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
>Mudah marah dan panas baran.
>Emosional dan terlalu sensitif.

Jadi para sahabatku sekalian, berwaspadalah dengan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan manusia. Sekiranya kita ditimpa musibah dan sebarang penyakit yang sukar dikesan melalui perubatan moden. Eloklah berjumpa dengan pakar perubatan yang benar2 bertauliah sahaja dan bukannya bomoh tradisional yang tidak dipastikan cara perubatan samada menggunakan ayat2 suci Al-Quran dan/atau sebaliknya...

Sebaiknya merujuklah kepada alim ulama dan mereka yang mahir didalam perubatan secara Islam bagi mengatasi gangguan jin kerana Al-Quran adalah sebaik2 Mukijizat yang diturunkan oleh Allah kepada manusia dimana didalamnya terkandung segala ayat-ayat suci yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit..




Share/Bookmark

Tuesday, August 4, 2009

TERDERA DAN MENDERA..

Apalah dosa anak secomel dan sekecil ini sehingga didera dan dibunuh dengan sebegitu kejam ???? Kejam sungguh ibu bapa atau penjaga yang tergamak melakukan perkara sebegini..







Ramai manusia mengalami tekanan jiwa akhir-akhir ini, ramai juga yang mengakhiri hayat mereka dengan jalan membunuh diri, Ramai juga yang melepaskan tekanan perasaan kepada orang lain dengan melakukan penderaan. Dan pada saat itu sudah hilang rasa kemanusiaan dijiwa, tiada lagi kasih sayang dihati walaupun pada darah daging sendiri..


Dan aku sendiri semakin tertekan melihat keadaan sekeliling yang seakan tidak lagi aman. Dunia terasa semakin mengecil kerana dimana-mana saja bumi yang kupijak pastinya akan ada peristiwa kejam dan berdarah yang terpaksa ditonton saban hari.... Kini kisah pembunuhan, rompak, rogol, sumbang mahram, penderaan kanak2 dan aktiviti tak bermoral seperti seks bebas, gay, lesbian semakin berleluasa dimana-mana sahaja...

Terlalu banyak manusia yang tertekan di akhir zaman ini.., mungkinkah kerana tekanan ekonomi global yang semakin mencengkam menjadi puncanya ? atau generasi kini sudah tiada lagi IMAN didada dan IBUBAPA mula tidak peduli kepada pendidikan akhlak dan pendidikan AGAMA kepada anak-anak atau mungkinkah terlalu banyak pengaruh budaya barat dan pendedahan melalui Media dan internet yang terlalu meluas sehingga kita tidak lagi dapat membezakan antara buruk dan baik...
Mungkin anda ada cadangan untuk mengurangkan tekanan-tekanan ini bagi pembaca yang turut mengalami situasi yang tertekan....???


Share/Bookmark

Monday, August 3, 2009

KEHILANGAN YANG DIRASAI...

Belum sempat airmata ini kering di atas berita kematian seorang saudara ku baru-baru ini...pagi tadi pukul 10.10 pagi dan 12.15 tengahari aku dikejutkan lagi dengan 2 lagi berita kematian, salah seorangnya adalah bekas Peguam dari Pejabat lamaku...Pn Aliza Binti Ahmad...dan Kak Pah teman sekerja suamiku yang rebah tiba-tiba dikilang kerana mengalami serangan stroke, kedua-duanya juga mempunyai sejarah penyakit darah tinggi... Innalillahiwainna ilaihiroj'un..., semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..
Terkedu aku seketika..terus fikiranku mula terawang-rawang bagai pita rakaman yang berpusing.. aku mula teringatkan semua kenanganku bersama arwah Pn Aliza, Arwah yang aku kenali adalah seorang yang periang disenangi oleh banyak pihak kerana keramahannya dan beliau sangat pandai menyembunyikan tentang penyakitnya. Arwah juga memang seorang yang agak warak dan sangat menjaga solatnya dan sentiasa berpesan kepada pekerjanya utk tidak mengabaikan solat. Aku masih ingat tntg hadiah pemberiannya sebuah kotak simpanan barang kemas sempena ulangtahunku masih ku simpan sehingga kehari ini...itulah saja peninggalannya yang masih kekal buatku...Sayangnya aku tidak mempunyai gambar beliau utk diabadikan disini...
Dan tidak lama selepas berita mengenai kematiannya itu suamiku pula menghubungiku memaklumkan bahawa kawan sekerjanya kak pah yang mmg kukenal rapat juga turut menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah 6 bulan rebah dikilangnya dan mengalami stroke..

Sesungguhnya kematian itu wajib dan akan mendatangi setiap insan yang bernyawa..tidak kira dimana kita berada walau cuba lari darinya ia tetap akan menghampiri...
Disaat aku menaip entri ini, satu persatu arwah insan-insan yang pernah kusayang hadir diingatan. lantas aku turut terkenang kepada arwah nenek saudaraku, Che Tom Binti Saad yang telah 14 tahun meninggalkan dunia yang fana ini...Sewaktu hayatnya, aku sangat mengagumi beliau kerana kewarakannya dan seingat aku dia tidak pernah meninggalkan puasanya kecuali pada hari2 yang tidak dibenarkan berpuasa, boleh dikatakan beliau berpuasa sepanjang tahun dan setiap kali ketika aku melawat beliau sewaktu hayatnya, ditangannya sentiasa terlilit tasbih dan disetiap selepas waktu solat, pasti akan terdengar suaranya yang mendayu-dayu mengalunkan ayat2 al Quran.. dan aku juga teringat betapa beliau sentiasa berpesan kepada semua anak-anak cucunya termasuk aku cucu saudaranya agar tidak membazirkan rezeki dengan sewenang-wenangnya dan beliau juga berpesan agar tidak membuang sisa makanan dengan begitu sahaja kerana katanya beliau pernah bermimpi beras yang beliau basuh dan jatuh ketanah dan malamnya beliau bermimpi ternampak baki beras-beras yang beliau basuh yang terjatuh ketanah sedang menangis...dan aku juga masih ingat ketika beliau sedang sakit, beliau tidak pernah mengabaikan solatnya dan berusaha utk melakukannya walaupun terpaksa bersolat sambil tidur.
Ketabahannya dan ketaatannya melakukan ibadat tanpa berbelah bahagi sangat mengagumkanku. Kemudian selepas itu aku dimaklumkan oleh anak-anaknya, 2 hari sebelum kematiannya beliau telah berpesan kepada anak menantunya agar membasuh kain sembahyang yang sering dipakainya dan meletakkan kain batik panjang disebelahnya kerana katanya keesokannya akan ada orang yang akan datang menjemputnya..., anak menantu yang terasa pelik dengan permintaannya dan kurang percaya ttp memenuhi permintaannya itu dan pada malam sebelum ajal menjemput, arwah juga meminta kesemua anak2nya satu persatu mendatanginya kerana beliau ingin memohon maaf..dan memang benar keesokan paginya tepat jam 6 pagi, dipagi subuh jumaat yang bening beliau telah kembali kerahmatullah dengan begitu mudah sekali..dan pagi itu cuaca mmg begitu nyaman dan redup seakan hujan akan turun namun sampai akhirnya sehinggalah saat pengebumiannya hujan tidak pula kelihatan..
Selepas pengebumiannya aku terdengar suara-suara jemaah yang mengusung jenazahnya yang mengatakan mereka langsung tidak terasa beban seperti mengusung jenazah dan jenazahnya terasa begitu ringan seolah-olah mereka mengusung kapas...
Subhanallah..begitulah janji Allah pada hambaNYA yang bertakwa bahawa Syurgalah tempat2 mereka yang beriman dan sebagaimana sabda Rasulullah SAW bahawa apabila mati seorang anak adam, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama iaitu, sedekah jariah, doa dari anak-anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat yang kemudian disampaikannya kepada oranglain.
Semoga roh mereka yang telah pergi menemuiNYA lbh dahulu dari kita akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Amin ...




Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA