Monday, June 8, 2009

~AKU, DIA DAN KENANGAN~

Bila asyik membaca blog oranglain tentang kisah cinta yang lalu..sebenarnya aku turut mempunyai beberapa kisah cinta yg tak kesampaian yg pernah ku tempuhi...suatu waktu dulu aku boleh dikategorikan sebagai seorang gadis lincah yang peramah dan memiliki sifat "sense of humor"...aku mudah berkawan dengan sesiapa saja tak kira bangsa,agama dan kaum. Aku x pasti siapa cinta pertama dan cinta monyet kerana pada waktu itu aku baru berusia 19 tahun...Apa yang pasti aku tidak pernah memilih kawan, kaya atau miskin, tua atau muda, asal pandai mengambil hatiku semenya aku terima sebagai kawan ..tetapi lelaki yang tertarik dengan ku bukanlah kerana aku ni dikategorikan dalam golongan perempuan cantik tapi kerana sifat "sense of humor" dan happy go lucky yg aku miliki, aku boleh membuatkan seorang yang pendiam bertukar karektor menjadi banyak cakap..contoh yg terbaik adalah suamiku sendiri...Dulu kata ibu mertuaku dan kakak2 iparku, suamiku adalah seorang pemuda yang pendiam dan pemalu dan tidak pandai bergaul dengan perempuan tetapi setelah mengenali aku, aku telah mengubah penampilannya utk lebih berani berhadapan dengan orang lain dan menjadi lebih peramah..setiap pertemuan aku pastikan ada topik utk dibicarakan bagi menghidupkan suasana sehinggalah pada satu hari seorang pelanggan cina yang sering berurusan di Pejabatku dan juga merupakan kenalan rapat bosku meluahkan perasaan cintanya padaku. Pada ketika itu aku berusia 20 tahun dan usia beliau telahpun 30 tahun tetapi masih single dan dia memberitahuku dia jatuh cinta padaku semenjak kali pertama terpandangku sewaktu datang ke ofisku dan dia sukakan aku kerana aku begitu pandai menceriakan suasana dan dibibirku tidak pernah lekang dengan senyuman...Aku sangat terperanjat kerana tidak pernah seumur hidupku diminati oleh bangsa lain dan tiba2 pada satu hari aku menerima panggilan darinya dan beliau dengan tanpa berselindung memberitahuku ingin menjadikan aku teman istimewanya dan meminta aku merahsiakannya dari pengetahuan bosku kerana dia malu sekiranya perkara tersebut diketahui oleh bosku yg juga merupakan rakan karibnya. Aku terkedu seketika dengan pengakuannya tetapi dengan tertib memberitahunya yg aku telahpun mempunyai teman istimewa. Sebaik mendengar jawapanku, suaranya kudengar lemah dan begitu hampa dan selepas meminta maaf kerana mengangguku beliau telah meletakkan telefon dan semenjak dari hari itu tiada lagi panggilan yg kuterima darinya dan dia tidak lagi pernah hadir ke pejabatku..entah kenapa..sesekali perasaan bersalah menghantuiku.. dan aku merindui untuk menatap wajahnya lagi tapi terkenangkan kesetiaan yg tak berbelah bahagi oleh suamiku yg menjadi kekasihku pada ketika itu ..perasaan itu hilang dengan sendirinya..Aku pun tak pasti kenapa pada waktu itu disaat aku telahpun mempunyai teman istimewa ramai pulak yg menaruh hati tapi aku menolak cinta mereka dengan cara baik. Tidak lama selepas itu aku pun berkahwin dengan suamiku. Dan selepas 16 tahun berlalu... baru2 ini sewaktu aku dan suamiku sedang berjalan2 di Sunway Carnival Butterworth, tiba2 aku terpandang satu wajah yg pernah ingin mengetuk hatiku dulu sedang berpimpinan tangan dengan seorang wanita india yg tidak kurang jelita berwajah ala2 model bollywood dan 2 orang anak2 yg masih kecil, dia tampak bahagia dgn wanita itu yg aku yakin pasti isterinya.. Dia memang x perasankan aku kerana telah 16 tahun tidak bertemu.. tapi aku masih mengenalnya kerana raut wajah dan tubuh badannya masih tidak berubah, hatiku berbisik ...."Richard, i know, oneday u will find someone better than me, dah lah lagi cantik dari aku, klu x mesti kau nyesal kawin dgn aku..hmm nasib baik" ...Aku tetap bersyukur krn tidak silap membuat pilihan memilih suamiku srg lelaki biasa tidak sehebat kedudukan siDia kerana seandainya dia yg kupilih dulu, entah bagaimana keadaan ku sekarang, mampukah aku berpegang kepada ajaran islam sepenuhnya...Aku terus merangkul erat lengan suamiku dan berlalu dari situ, sengaja aku tidak memberitahu suamiku tentang dia kerana tidak mahu melukainya...past is past...let bygone be bygone... biarlah kenangan itu berlalu...

Share/Bookmark

Sunday, June 7, 2009

~~SALAH ORANG~~

Aduh....!!! Korang nak tau tak..Semalam aku dapat mesej yg datang entah dari mana...tapi i'm sure from mamat2 yg aku boleh panggil "anak-anak ikan" yg menawarkan service tempat tidur...antara mesej tu berbunyi macam ni "hi Datin, my name is Azman, r u lonely, boring and looking for a young guy, pls do contact me, 2 nites for RM500.00, ok ?" MasyaAllah...apalah nak jadi kat dunia ni, dah main promosi through sms la plak...Walaupun aku bukannya Mak Datin, tapi aku rasa mesti ramai mak-mak Datin yg dah biasa dok pakai service diaorang ni sbb bunyi mesej pun lain macam jer..Tapi yg menjadi tandatanya terbesar aku ni..selalunya mak-mak Datin ni kebanyakannya mesti dlm lingkungan 30++ and above kan..so issshhh, takkan begitu cetek ilmu agama sampai tergamak nak berzina dan buat benda2 yg sememangnya dah jelas hukum hakamnya ni. Lagi satu org islam plak tu..eeeiiii cukup memalukan. Buatnye tengah-tengah sedap berzina tu malaikat maut datang cabut nyawa camne..bukan x der berlaku benda2 mcm tu..tambah2 klu yg buat tu dah berkahwin ada suami atau isteri..masyaAllah. Tak pernah terlintas dihati aku nak buat benda2 tu semua...Memangla kalau buat benda haram ni org kata nikmatnya lebih..yela apa taknya syaitan masuk campur so mestilah dia akan buat benda tu jadi lagi best..Tapi aku nak nasihatkan diri aku dan kawan-kawan seme agar berwaspadalah dengan permainan syaitan ni seme..jauhkanlah diri dari zina, arak, judi dan sbgnya yg sememangnya hukumnya adalah haram dan berdosa...
JUSTERU ITU ingatlah 5 perkara sebelum datang lima 5 perkara..
Sihat sebelum sakit...
Muda sebelum tua...
Kaya sebelum miskin...
Lapang sebelum sempit..
Hidup sebelum mati...
*********************************************************************************
Buat mamat2 yang antar mesej tu..aku nak bagitau korang... insaflah dan bertaubatlah sebelum terlambat...

Share/Bookmark

Saturday, June 6, 2009

~CARI CALON~

Aku mempunyai beberapa org kawan rapat yg telah bergelar ANDALUSIA...mmg sedih melihat perjalanan hidup diaorng sbb diaorang tu semenya berbudi pekerti yg mulia, lemah lembut berbudi bahasa dan mempunyai kerjaya yang baik tapi hanya nasib x yg mengizinkan utk mereka mengecap nikmat utk hidup berumahtangga..bukan x pernah bercinta tapi sering cinta mereka dipersia...ada yg dahpun bertunang tapi tup2 tunang menyepikan diri tanpa khabar berita, bila ditanya tntg tempoh pertunangan yg telahpun memakan masa sekian lama, tunangnya dgn mudah beri alasan belum bersedia krn msh punya byk tanggungjawap x terlaksana, emak sakit dan mcm2 lagi alasan yg aku rasa sekadar satu alasan kerana bukan ke ada kata pepatah "hendak seribu daya, x hendak seribu dalih" dan ada pula bila sedang enak2 dibuai cinta, baru tau kekasihnya suami org..pastu dapat pula halangan dari si isteri krn manalah ada isteri yg sanggup bermadukan.. tambah2 kalau isteri pertama, kalau jadi isteri kedua tu selalunya komen yg selalu kita dengar "kita kena redha dgn ketentuanNYA....jgn menidakkan hukum Allah tntg poligami dan sbgnya lagi.."...itu mmg betul, aku sendiri x menafikannya tapi berapa peratus sgtla akan ckp x kisah kalau suami nak kawin lagi... walau sehebat manapun iman seseorang isteri tu..pasti akan terguris juga jiwanya bila suaminya meminta utk kawin lagi tambah2 lagi klu ada yg hny tahu bhw dia sebenarnya telahpun dimadukan secara rahsia...apa pun aku ttp berdoa utk kawan2 aku tu moga2 diaorng akan tetap bertemu jodoh dgn lelaki yg baik2 juga satu hari nanti..walaupun entah bila niat diaorang tu akan dimakbulkan...jadi kalau ada anak teruna terlajak dan duda2 kat luar sana yg sedang mencari calon isteri tu..bolehlah contact aku yer...mana tau ada jodoh korang...mmg antara hobi aku cari jodoh kat orang lain..setakat ni aku dah berjaya jodohkan 5 pasangan smpai bkahwin..alhamdulilah !!!!

Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA