Thursday, June 11, 2009

~DENGAR CAKAP CIKGU~

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini.

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tenteng perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.

Share/Bookmark

Tuesday, June 9, 2009

~ERTI JELINGAN AYAH~

(Di adaptasikan dari sebuah kisah benar - sekadar untuk selingan)

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
****************************************************************************
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam ......

Share/Bookmark

~DUNIA DAH NAK KIAMAT~

MasyaAllah..apa dah nak jadi pada dunia ni, semalam aku terima mesej dari salah seorang kawan sekolah aku. Aku memang kenal dia dan suaminya kerana kami sama-sama satu sekolah dulu. Dulu suaminya bercinta dengan orang lain, tapi selepas zaman persekolahan dan bekerja hubungan tersebut telah terputus. yg bestnya kawan aku akhirnya berkahwin dengan bekas kekasih kawan karibnya...akupun x pasti mcmmn ia berlaku, yg aku tahu tiba2 aku mendapat jemputan dari diaorang jer..Masalahnya sekarang, pertemuan antara kekasih lama terjadi semula selepas suaminya melanjutkan pelajaran jarak jauh disebuah universiti dan kebetulan terserempak pula bekas kekasih suaminya yg juga mengambil pengajian jarak jauh disitu, apalagi mulalah cinta lama kembali bersemi sampaikan terlupa status masing2 yg dah berkahwin dan beranak pinak. Tapi yang mengejutkan aku adalah aku kenal sgt suaminya ni yg juga merupakan kawan baik aku juga dulu. Suaminya dulu mmg seorang yg beriman dan bertanggungjawap terhadap keluarga tapi kini tiba2 berubah sikap dan laku selepas bertemu kembali kekasih lamanya tersebut, Menurut kawanku, mereka telah menjalinkan hubungan secara diam2 tanpa pengetahuan pasangan masing2 sehinggalah pada suatu hari kawan aku tersebut terbaca mesej2 berbaur cinta yg dihantar oleh perempuan itu kepada suaminya dan juga balasan mesej2 cinta suaminya kpd perempuan itu dan menurut kawanku juga mereka kerap mengatur pertemuan secara sulit tanpa pengetahuan kawanku jua. Apalagi terjadilah kes serang menyerang melalui sms dan telefon tapi yg menghairankan lagi perempuan itu juga seperti lupa tntg statusnya yg juga merupakan isteri orang dan sanggup menghina kawanku dengan kata2 suaminya lebih menyayangi perempuan itu dan konon2nya kawanku mmg x pandai menjaga suaminya dan lain-lain lagi. Aku memang sukar untk mempercayai seme cerita yg aku dengar ini, PERTAMANYA kerana suaminya adalah IMAM masjid dikariah beliau dan adalah seorang yg sangat arif tntg hukum hakam agama, KEDUAnya krn mereka adalah orang2 yg terpelajar, bermakna mempunyai akal yg sangat waras, KETIGA masing2 dah berkahwin, bukan orang bujang...KEEMPAT...xkanlah suami perempuan tu x boleh kesan perubahan sikap isterinya...BODO NIIEEE !!!! Apapun aku sendiri buntu utk menasihatkan beliau, korang tolonglah aku camne aku nak tolong dia ni sbb dgr cite dia dah nak bawa kesnya ke Mahkamah...Sedih plak aku teringatkan nasib anak2 diaorang yg dah berderet2 tu....Apa jalan penyelesaian yg terbaik utk aku tolong dia nie...

Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA