Wednesday, May 6, 2009

~~DOA SEORANG IBU~~~

Malam ini terasa begitu sepi...begitu sunyi tanpa riuh rendah suara 4 orang anak2ku yg tinggal diasrama maahad tahfiz..anak bongsuku adam telah lama dibuai mimpi selepas magrib tadi mungkin keletihan kerana bermain sepanjang hari dirumah pengasuh...suamiku pula telahpun ketempat kerja utk shift malam..alahai tinggallah aku berseorangan dirumah ini melayan perasaan...diam x diam telah 15 tahun aku hidup berumahtangga selama itu byk pahit maung yg telah aku dan suami harungi bersama-sama..Aku bersyukur pada Allah kerana mengurniakan suami yg sgt baik dimataku dan anak2 yg kurang memberi masalah kepadaku malah aku sgt bersyukur kerana kesemua anak2ku sgt memahami keadaanku yg berkerjaya dan sering sibuk dipejabat dan sering pulang lewat ke rumah... klu dulu aku mempunyai pembantu rumah utk membantuku tapi sejak pembantuku pulang ke Medan utk bercuti hari raya 3 tahun lepas sewaktu aku sedang sarat mengandungkan anakku yg bongsu ini dan xdak kembali aku dan suami mengambil keputusan utk xdak lagi mengambil pembantu rumah krn memikirkan anak2ku sudah mulai remaja dan boleh diajar utk hidup berdikari dan semenjak itu beban yg terpikul dibahuku semakin bertambah..terpaksa berkejar2 diantara waktu untuk bekerja dan juga masa utk bersama anak2 dan suami dan kemudiannya terpaksa pula melakukan kerja2 rumah, memasak, membasuh, mengemas dan sebagainya...aduh pada mulanya memang terlalu meletihkan almaklumlah sebelum ini 7 tahun aku mempunyai pbantu rumah..tapi aku redha menerima semua ini dengan tenang dan sabar..kini aku merasakan kehidupan keluargaku lebih baik kerana kemesraan keluarga lebih erat apabila masing2 saling membantu melakukan kerja rumah...cuma aku sebagai ibu biasalah mulut aku ni boleh tahan juga kalau berleter x ubah mcm radio buruk yg rosak hehehe..nasiblah anak2ku xdak pernah membantah setiap suruhanku..mungkin dah lali dengan ngomelan aku..wahai anak2ku..ibu hanya inginkan anak2 ibu menjadi insan yg terbaik diantara yg terbaik..x byk yg ibu impikan dimasa tua nanti, bukan harta yg bertimbun atau wang pemberian kalian..cukuplah klu kalian sering pulang menjenguk ibu dan ayah di kampung dan xdak lupa utk beribadat kepadaNYA dan jauhilah dari kesemua perkara yg dilarang oleh Allah . Seandainya satu hari nanti ibu memejamkan mata buat selama2nya..ibu mohon biarlah kalian yg mengepalai utk mengimamkan jenazah ibu dan juga membaca yasin dipusara ibu...doa ibu moga2 kalian akan menjadi para tahfiz al-quran satu hari nanti..SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN KITA DIDUNIA HANYALAH SEMENTARA...
Share/Bookmark

Tuesday, May 5, 2009

~ NERAKA DAN KAUM WANITA~~


Aku sering terbaca dimana2 buku dan hadis bahawa kaum wanita adalah merupakan kaum terbanyak menghiasi NERAKA..antara penghuninya adalah para isteri yg derhaka pada suami, xdak bersyukur dgn suaminya..dan sering mengungkit2 dan menyakiti para suami dgn kata2 berbisa yg adakalanya lebih tajam dari hujung pedang..Memikirkan perkara itu aku menjadi gerun teramat sangat dan pasti berderaian airmataku memikirkannya krn aku sendiri turut xdak terlepas berbuat begitu sekali sekala..dan apabila kusedar barulah aku beristghfar dan memohon ampun dari suamiku yg sentiasa berlapang dada memaafkanku..sesungguhnya aku hanya srg insan yg lemah yg xdak terlepas dari noda dan dosa.. Berbicara tentang LELAKI INI betapa aku merasa begitu bersyukur dgn kurniaan Allah kepadaku yg jarang2 kusyukuri nikmatnya selama ini..Betapa suamiku begitu mengasihiku dan anak2 kami, betapa suamiku sgt penyabar, betapa suamiku sentiasa berada disisiku disaat aku tegak berdiri maupun rebah kebumi..betapa suamiku srg yg taat beribadat..dan betapa lengannya menjadi bantalku setiap malam..dan betapa dada bidangnya sering menjadi tempatku bersandar.. betapa bertuahnya aku mengenangkan semua itu disaat ramai wanita2 diluar sana masih tercari2 cinta hakiki...buat suamiku nan tercinta, terima kasih xdak terhingga diatas kasih sayangmu dan diatas kesediaanmu utk bersamaku disaat susah dan senang...DOAku panjatkan setiap masa dan ketika moga2 jodoh kita akan terus berkekalan dan biarlah aku kekal menjadi isterimu dunia dan akhirat...AMIN..
Share/Bookmark

Monday, May 4, 2009

~~~Lelaki Oh Lelaki !!!!~~~~


tadi aku menerima call dari sahabatku..seorang ibu tunggal yg berkerjaya menceritakan tentang sikap hidung belang lelaki yg baru dikenalinya...apabila mendengar keseluruhan ceritanya aku tertawa sendirian..Lelaki Oh Lelaki..ada juga yg pendek akal rupanya...ceritanya begini...

Sahabatku memberitahu dia baru mengenali lelaki itu hanya 1 minggu yg lalu itupun berkenalan secara tidak langsung melalui internet..lelaki itu memberitahu bahawa dia adalah seorang bapa tunggal berusia 43 tahun kepada 2 cahayamata perempuan yg telahpun remaja dan salah seorang downsindrom..dan kedua2nya dibesarkan olehnya bersendirian selepas penceraian dengan isterinya 14 tahun yg lalu..konon melalui cerita yg disampaikan oleh sahabatku itu..lelaki itu turut memberitahu beliau adalah pesara tentera berpangkat leftenan muda diakhir jawatannya...menurut cerita sahabatku jua punca penceraiannya dulu adalah kerana bekas isterinya dulu bermain kayu tiga dgn lelaki lain dan semenjak itulah dia serik utk mempercayai mana2 perempuan dan terus mengambil keputusan untuk membesarkan anak2nya dan menduda sehingga kini..
Baru2 ini dia memberitahu sahabatku bahawa dia telah dimasukkan dihospital kerana Demam denggi dan kemudiannya barulah diketahui sebabnya bukanlah demam denggi tapi sebenarnya beliau mengalami komplikasi pendarahan dalam otak kesan dari kemalangan 2 tahun yg sudah. Doktor mendapat tengkoraknya retak dan terdapat darah beku didalam kepalanya yg memerlukan pembedahan segera...dan konon2nya sekiranya sahabatku tidak dapat menghubungi beliau untuk beberapa hari bererti beliau masih koma kesan dari pembedahan tersebut... HAI BETAPA BODOHNYA lelaki ini kerana menyangka dia lelaki hidung belang yg bijak memperdayakan wanita TAPI pada hakikat sebenarnya WANITA lebih bijak berfikir dan bertindak dari lelaki itu sendiri..Kebodohannya adalah kerana memaklumkan hospital dan wad dimana beliau ditempatkan..Mngkin dia xdak menyangka sahabatku itu akan menalipon utk menyiasat kebenarannya yg akhirnya terbongkar jua bahawa xdak ada namanya di Hospital tersebut dan wad yg dimaklumkan juga adalah wad perempuan..

Dan sekarang sahabatku sedang berpura2 berlakon seolah2 xdak mengetahui kerana ingin melihat sejauhmana hebatnya permainan lelaki low class seperti ini....Tunggu kisah selanjutnya dikeluaran akan datang kerana akupun x sabar nak mengetahuinya...TUUNNNNGGGGGGUUUUUUUU !!!!!!!

**********************************************************************************
LELAKI YANG BAIK ADALAH UNTUK WANITA YG BAIK, BEGITULAH JUGA SEBALIKNYA....
Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA