Monday, August 3, 2009

KEHILANGAN YANG DIRASAI...

Belum sempat airmata ini kering di atas berita kematian seorang saudara ku baru-baru ini...pagi tadi pukul 10.10 pagi dan 12.15 tengahari aku dikejutkan lagi dengan 2 lagi berita kematian, salah seorangnya adalah bekas Peguam dari Pejabat lamaku...Pn Aliza Binti Ahmad...dan Kak Pah teman sekerja suamiku yang rebah tiba-tiba dikilang kerana mengalami serangan stroke, kedua-duanya juga mempunyai sejarah penyakit darah tinggi... Innalillahiwainna ilaihiroj'un..., semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..
Terkedu aku seketika..terus fikiranku mula terawang-rawang bagai pita rakaman yang berpusing.. aku mula teringatkan semua kenanganku bersama arwah Pn Aliza, Arwah yang aku kenali adalah seorang yang periang disenangi oleh banyak pihak kerana keramahannya dan beliau sangat pandai menyembunyikan tentang penyakitnya. Arwah juga memang seorang yang agak warak dan sangat menjaga solatnya dan sentiasa berpesan kepada pekerjanya utk tidak mengabaikan solat. Aku masih ingat tntg hadiah pemberiannya sebuah kotak simpanan barang kemas sempena ulangtahunku masih ku simpan sehingga kehari ini...itulah saja peninggalannya yang masih kekal buatku...Sayangnya aku tidak mempunyai gambar beliau utk diabadikan disini...
Dan tidak lama selepas berita mengenai kematiannya itu suamiku pula menghubungiku memaklumkan bahawa kawan sekerjanya kak pah yang mmg kukenal rapat juga turut menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah 6 bulan rebah dikilangnya dan mengalami stroke..

Sesungguhnya kematian itu wajib dan akan mendatangi setiap insan yang bernyawa..tidak kira dimana kita berada walau cuba lari darinya ia tetap akan menghampiri...
Disaat aku menaip entri ini, satu persatu arwah insan-insan yang pernah kusayang hadir diingatan. lantas aku turut terkenang kepada arwah nenek saudaraku, Che Tom Binti Saad yang telah 14 tahun meninggalkan dunia yang fana ini...Sewaktu hayatnya, aku sangat mengagumi beliau kerana kewarakannya dan seingat aku dia tidak pernah meninggalkan puasanya kecuali pada hari2 yang tidak dibenarkan berpuasa, boleh dikatakan beliau berpuasa sepanjang tahun dan setiap kali ketika aku melawat beliau sewaktu hayatnya, ditangannya sentiasa terlilit tasbih dan disetiap selepas waktu solat, pasti akan terdengar suaranya yang mendayu-dayu mengalunkan ayat2 al Quran.. dan aku juga teringat betapa beliau sentiasa berpesan kepada semua anak-anak cucunya termasuk aku cucu saudaranya agar tidak membazirkan rezeki dengan sewenang-wenangnya dan beliau juga berpesan agar tidak membuang sisa makanan dengan begitu sahaja kerana katanya beliau pernah bermimpi beras yang beliau basuh dan jatuh ketanah dan malamnya beliau bermimpi ternampak baki beras-beras yang beliau basuh yang terjatuh ketanah sedang menangis...dan aku juga masih ingat ketika beliau sedang sakit, beliau tidak pernah mengabaikan solatnya dan berusaha utk melakukannya walaupun terpaksa bersolat sambil tidur.
Ketabahannya dan ketaatannya melakukan ibadat tanpa berbelah bahagi sangat mengagumkanku. Kemudian selepas itu aku dimaklumkan oleh anak-anaknya, 2 hari sebelum kematiannya beliau telah berpesan kepada anak menantunya agar membasuh kain sembahyang yang sering dipakainya dan meletakkan kain batik panjang disebelahnya kerana katanya keesokannya akan ada orang yang akan datang menjemputnya..., anak menantu yang terasa pelik dengan permintaannya dan kurang percaya ttp memenuhi permintaannya itu dan pada malam sebelum ajal menjemput, arwah juga meminta kesemua anak2nya satu persatu mendatanginya kerana beliau ingin memohon maaf..dan memang benar keesokan paginya tepat jam 6 pagi, dipagi subuh jumaat yang bening beliau telah kembali kerahmatullah dengan begitu mudah sekali..dan pagi itu cuaca mmg begitu nyaman dan redup seakan hujan akan turun namun sampai akhirnya sehinggalah saat pengebumiannya hujan tidak pula kelihatan..
Selepas pengebumiannya aku terdengar suara-suara jemaah yang mengusung jenazahnya yang mengatakan mereka langsung tidak terasa beban seperti mengusung jenazah dan jenazahnya terasa begitu ringan seolah-olah mereka mengusung kapas...
Subhanallah..begitulah janji Allah pada hambaNYA yang bertakwa bahawa Syurgalah tempat2 mereka yang beriman dan sebagaimana sabda Rasulullah SAW bahawa apabila mati seorang anak adam, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama iaitu, sedekah jariah, doa dari anak-anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat yang kemudian disampaikannya kepada oranglain.
Semoga roh mereka yang telah pergi menemuiNYA lbh dahulu dari kita akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Amin ...




Share/Bookmark

19 comments:

Pn Kartini said...

Sesungguhnya DariNya Kita datang..dan KepadaNya kita kembali...Semoga roh dicucuri RahmatNya..Amin..

AzMaslenda said...

Al-Fatihah.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Kisah ni menyentuh ke jiwa saya.

uminas said...

Salam takziah. Moga mereka tergolong dalam golongan orang2 yg beriman. DariNya kita datng kepadaNya kita kembali....Al Fatihah

Unknown said...

Salam kak zai,
Terlebih dahulu saya serta ahli keluarga ingin menyampaikan salam takziah.Waalaupun saya tidak mengenali mereka sebagaimana akak kenal mereka,namun mereka juga adalah saudara Islam saya.Tolong sampaikan kepada keluarga mereka agar tabah dengan ujian dari Allah.Saya doakan agar roh mereka ditempatkan bersama dengan orang yang beriman.Amin.
zawalajammashod.blogspot.com

Anonymous said...

Salam.
Takziah kepada keluarga mereka yang telah meninggal. Semoga roh mereka dirahmati Allah SWT dan dibangkitkan kelak di kalangan hamba-hamba Nya yang beriman dan beramal soleh.

Bapak said...

Salam takziah dari Bapak.

semoga roh mereka dicucuri rahmat. al-Fatihah...

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Sedih pula n3 kali ini..
Sungguh kematian ada d mana2. Tahun ni sahaja, banyak sungguh berita kematian termasuklah kes H1N1 ini..

Bila bicara soal kematian, aku pasti terkedu...
Bilakah giliranku pula..?

Tirana said...

Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah.

AiE bAhRi said...

Salam kak..

Takziah buat keluarga Allahyarhan dan Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Amin

Unknown said...

salam Takziah dari ummi buat keluarga arwah , semoga mereka tabah menerima ujian ini dan alfaatihah buat semua arwah semoga kalian ditempat bersama2 org2 yg beriman .

Keri AlHaj said...

Salam takziah... untuk seluruh ahli keluarga arwah... Sesungguhnya janji Allah tu memang benar...

byk peringatan yang kita boleh dapati sepanjang hidup... namum mati jugalah sebaik-baik peringatan.
Arwah akan aman di sana... InsyaAllah. dia insan bertaqwa. Allah mengasihi insan yg bertaqwa..

Alfatihah untuk arwah. Kita doakan bersama kesejahteraan mereka di sana

Cik Skaf said...

salam takziah buat kedua-dua keluarga allahyarham. Moga mereka redha dan sabar menghadapi kehilangan orang tersayang. "Setiap yg hidup pasti merasai mati".
Untuk allahyarham nenda saudara kak zai,saya juga mengkagumi dia bila membaca cerita kak zai ni, begitulah kn kak, disebabkan kewarakannya, di dunia lagi Allah dah tunjukkan kelebihan yg dia dapat, utk jd ikutan dan tauladan kepada yg masih hidup.

Dida... said...

Salam Kak Zai...

Dalam sibuk2 menghafal ni.. hati tertarik2 nak buka blog.. dan nampak la n3 akak ni.. dan tertarik2 pula utk membacanya.... dan tertarik2 juga utk meninggalkan komen :)

Moga roh2 mereka yg telah meninggalkan kita dicucuri rahmat oleh Allah SWT...

Kalau diizinkan Allah, Saya nak jadi mcm nenek saudara kak Zai la... itu je yg saya nak bagitau akak.... :)

Maiyah said...

Semoga roh mereka dicucuri rahmat

abu muaz said...

Semuanya itu memberi signal pada kita semua untuk terus meningkatkan amal dan bersedia kerana maut itu ia datang dengan tiba-tiba. Moga semua rakan-rakan kak zai dimasukkan roh mereka kedalam taman roh orang-orang yang solehah.

Abd Razak said...

Salam kak zai...

Moga teman-teman akak tu tenang di sana & terampun segala dosa mereka serta ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman

kak ja said...

Salam Zai,
Kompem mmg dia lah orgnya.. Pn Aliza..

N3 Zai ni mengesahkan lagi n3 kja.. Dia sememangnya org yg hebat!!

hai said...

salam,
Alfatihah!
sejak kebelakangan ni memang banyak sangat dapat berita2 kematiaan....yang pasti kita semua akan merasainya tapi bagaimana cara agaknya pengakhirannya nanti??...alangkah bahagianya kalau dapat menjadi seperti arwah nenek sedara zai tu...semoga hidup dan mati kita tetap dalam Islam!!!

zai said...

Salam...

Buat semua para sahabat mayaku yang telah memberi komen..Pn. Kartini, AzMas, Uminas, Zawal, Zaidi Ali, Bapak, LoL, Tirana, Aie Bahri, Ummi Humaira, Chimera, Cik Skaf, Dida, Maiyah, Pn-Eina, Abu Muaz, Kak Ja, Razak dan Hai..

Ribuan terima kasih diucapkan di atas sokongan moral dan doa2 kpd arwah2 simati...

Moga2 kita semua juga nanti akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, sama2lah kita tingkatkan amal ibadah semoga kita semua dapat bertemu semula disana nanti didalam tempat yang diidamkan Syurga Al-Jannah..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA