Memang telah agak lama kutinggalkan blog ini sehingga bersawang..dek kerana permintaan ramai yang ingin aku kembali berblogging.. jadi aku kembali hari ini demi untuk anda semua..rakan-rakan blogger yang masih ku rindui terlalu banyak untuk disebutkan disini..tetapi percayalah kalian sentiasa dihati...semoga ikatan ukhwah ini akan terus berkekalan..dan seandainya ditakdirkan aku pergi dulu kenang daku dalam doa kalian selalu...
Terima kasih juga untuk adik Yus (kk) dan adik Wanshah atas penganugerahan award untukku...Thank you so much....Akak sayang kamu....!!!
Ku kirimkan sedikit kata-kata hikmah yang dipetik dari majalah solusi untuk renungan kita bersama-sama..mudah2an kita dapat bermuhasabah diri untuk persediaan hari mendatang ke arah yang lebih baik....
....'Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat,anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang....Sedikit ibubapa tergelincir,anak-anak akan terperosok ke lembah kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila si ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak ... Lihat seterusnya..anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat...Si bapa lambat dalam mengerjakan solat,anak-anak akan berani pula meninggalkan solat...Sedikit ibubapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dan mencintainya'
Semoga berjumpa lagi lain kali......Wallahua'lam...
....'Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat,anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang....Sedikit ibubapa tergelincir,anak-anak akan terperosok ke lembah kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila si ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak ... Lihat seterusnya..anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat...Si bapa lambat dalam mengerjakan solat,anak-anak akan berani pula meninggalkan solat...Sedikit ibubapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dan mencintainya'
Semoga berjumpa lagi lain kali......Wallahua'lam...
16 comments:
salam zai..terima kasih..kata2 hikmah itu sungguh bermakna dan bolih memberi kesedaran..
salam,
kata2 akhir itu sungguh bmakna. t kasih...
Salam Zai.
Kata-kata asihat yang patut diberi perhatian oleh semua. Mudah2an dengan penghayatan semua, masalah sosial akan berkurangan..insyaAllah.
Salam mesra selalu kak~
erm,kata-kata hikmah tu mmg sgt2 benar dan membuka mata.terima kasih~
salam K.Zai,
kalau baca kat sini mesti ada pengajaran yg akk sampaikan. Syukran jazilan.
salam.. lama tul x hapdet.. dapat award bleh tepek kat dinding
Salam..
Sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak, baik dari segi emosi, mental mahupun fizikal. Kita hendaklah berusaha membawa anak-anak dan keluarga kita mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti mengajak mereka mengerjakan sembahyang berjemaah, membaca Al-Quran bersama-sama baik di rumah mahupun di masjid.
Jika amalan sedemikian dapat dilaksanakan, insya-Allah nikmat kebahagiaan akan dapat dinikmati dan dikecapi. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga anak, isteri serta keluarga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT dan selamat di dunia dan di akhirat.
salam
memang benar dan tepat sekali apa yang di peringatkan itu !
assalammualaikum zai
lama sungguh tak menyapa di angin lalu..
benar sungguh kata2 tersebut
doa saya moga zai sekeluarga bertambah rezeki dan sihat walafiat
selamat kembali mewarnai dunia blog! dan syukran jazilan atas perkongsian info & ilmu
Salam zai...
Setuju sgt dgn pandangan zai tuu..
Ibu bapa lah acuan penting dlm kehidupan anak2.. Kita yg mencorakkan mreka dgn warna apa yg kita mahu, secara sedar @ tidak!
Salam, semoga kita menjadi ibu bapa yg dicontohi bukan dileteri...
aduhai..amat tersentuh tutur bicara akak yg terakhir itu..pandai akak bermadah.hehe..muga insaf la kita semua hendaknya.
Salam, setitik amat bermakna... :)
salam zai
nama pun blog
bila mood dan masa serasi pasti mendatang ilham untuk nukilan.
masyAllah.. mendalamnya maksud kata² nasihat yang last tu. sama gak dgn yang kita biasa dengar. kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. kalau ibubapa makan berdiri, anak² makan menari-nari. ape pun, sbg ibubapa patut menjadi contoh teladan yang terbaik buat anak² kerana kita lah yang paling hampir dengar mereka. Jadi ibubapa kena bersikap renyah(lakukan segalanya yang terbaik utk mendidik anak²). tak bleh amik mudah.
http://wanshah87.blogspot.com
Post a Comment