- Rasulullah SAW menyukai dlafaf – makanan yang banyak tangan memakannya
- Membaca doa yang bermaksud :- ‘Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.’
- Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya – tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri.
- Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.
- Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.
- Menyukai kueh faludzaj – ramuan – minyak samin, madu lebah, tepung gandum.
- Menyukai roti syair, mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering) di cecah dengan garam.
- Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.
- Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan.
- Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatang pada janggutnya seperti benang mutiara.
- Menyukai susu dengan tamar (al-athyabin – dua yang terbaik)
- Menggemari daging – penghulu makanan di dunia dan di akhirat – khasiat menguatkan pendengaran.
- Menyukai roti bekuah dengan daging dan buah labu dan bersabda bahawa labu itu adalah pohon Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah ra memasak gulai dengan membanyakkan labu – akan menguatkan hati orang yang berduka
- Menyukai daging burung (tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan)
- Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan daging ke mulutnya dan menggigitnya.
- Menyukai roti dengan minyak samin.
- Menggemari daging kambing – bahagian lengan dan bahu;
- Kurma madinah (al-ajwah – berasal dari syurga) – penawar racun dan sihir - adalah antara yang paling digemari di kalangan tamar.
- Sayur-sayuran yang digemari baginda pula ialah al-handaba, al-badzaruj dan al-hamqa’/ar-rajlah.
- Tidak menggemari bahagian daging spt. buah pinggang, zakar dan biji zakar, ghudad, darah, hempedu dll.
- Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang prei (al-kurrats)
- Tidak pernah mencela makanan – kalau disukai, dimakan – kalau tidak disukai, ditinggalkan.
- Tidak menggemari dhab.
- Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya – makanan yang penghabisan banyak barakahnya.
- Menjilat sisa makanan pada anak jari – yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.
- Selesai makan – dibaca ‘Segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya’
- Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.
- Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa menghisap.
- Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)
- Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.
- Pemalu dalam perihal makan – tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum – tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan makanan/minuman.
*(Dipetik daripada Kitab Ihya Ulumiddin – Karya Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazaly dll sumber pelbagai )
28 comments:
Salam Zai,
Alangkah baiknya jika kita dapat mencontohi cara makan baginda Nabi Muhammad saw, kalau tak semuanya pun sebahagian kan! dan yang penting kenalah jaga adab makan.
Salam kak za, saya mengalami masalah bila makan mesti kena sulam ngan air, kalau tak selalu tercekik..ada cara mengatasi??
salam kak zai. Thanx atas info ini. InsyaAllah,moga kita sama2 dapat berusaha mengikut sebanyak mana sunnah Rasullullah dalam adab makan ini.
nak jwb utk imanshah, bersulam makan dgn air, bukan sahaja tak elok dr segi adabnya tetapi juga dr segi kesihatan. Utk elak tercekik, makanlah dgn agak perlahan dan mengunyahlah dgn teratur (kalau x silap , kita perlu buat 40x kunyahan sebelum ditelan) kalau tak dpt sebanyak itupun, tp pastikan mkanan dlm mulut dah hancur baru ditelan, InsyaAllah kita tak tercekik, sewaktu mkn.
Salam Kak Zai...
Artikel kali ni sgt manfaat, akan cuba utk mencontohi segala apa yg ditunjukkan Rasulullah ketika makan, terima kasih kak
Salam. Lama tak singgah . .... jika ini dijadikan amalan insyaAllah sihat semuanya umat islam kini. Tapi semua yg disaran itu semuanya dilanggar ..... umur tak sampai 40 perutdah mengalahkan orang mengandung(lelakilah ni).
Sayangnya semua ilmu ini tak diajar disekolah,maktab dan universiti.... maka jahillah kita dengan kehebatan ilmu islam itu.
salam.. sunnah nya bukan susah utk diikuti.. sy rindukan Rasulullah
Salam Kak..
Kebanyakan info di artikel ni saya tak tahu.. terima kasih kak kerana berkongsi Sunnah Rasulullah ketika makan ini..
Salam zai..
Sharing is caring...bersemangatlah kita utk mengamalkan sunnahnya..insyaAllah!
Salam Kak..
LOL dah baca..
penting utk peringatan dan panduan.
Selamat menjalani puasa k..
salam Ziarah..
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BERSAMA KELUARGA.SMOGA SENTIASA DIRAHMATI.WASSALAM
Salam,
Nice n berinfo blog.Akak mohon copy artikel ini.Sila link blog akak.
selamat menjalani ibadah puasa
sunnah yang cuba diikuti ... harap2nya istiqamah lah saya
sy memang dh lama nak cari buku tentang adab2 makan rasullullah.. sbb tugas sy berkait rapat dengan hal2 pemakanan (i'm a dietician to be).. so disamping menjalankan tugas leh selitkan unsur2 dakwah skali..
cuti merdeka ke?
Salam Kak Werdah..
Begitulah harapan saya..kalau tidak dapat diamalkan 100% peratus, buatlah setakat yang terdaya tetapi terbaik asalkan tidak melampau2 krn Rasulullah menggalakkan kita utk hidup scra bersederhana..
Salam Imanshah..
Kak Zai rasa cara pemakanan tu yang silap, mungkin iman sudah terbiasa sambil makan dan minum air semenjak dari kecil dari kebiasaan itu menjadi sesuatu yang sukar utk dibuang krn telah lama dipraktikkan.
Apakata cuba mengunyah perlahan2 spt saranan cik skaf kita dan jangan memasukkan banyak makanan kedlm mulut dan makanlah dgn tertib sehingga lumat barulah ditelan mkanan yang dimakan agar tidak tercekik...bersulam dengan air mmg tidak bagus utk kesihatan krn menganggu sistem pencernaan dan perut juga akan jadi buncit.
Slm Skaf,
terima kasih atas komen dan sarann skaf kat imanshah tu..bagus betul skaf ni..banyak pengetahuan ..dah sesuai sangat utk bergelar suri..agaknya siapalah jejaka yg bertuah nanti tu yer..
Salam Razak..
Sama2lah kita berusaha utk memperbaiki adab makan kita walaupun tidak sepenuhnya mampu diikuti sekurang2nya kita telah berusaha yang terbaik utk mencontohi sunnah baginda.
Salam Abu Muaz..
Mmg kalau tersilap adab makan boleh menjadi satu tabiat yang tidak baik dan menjurus kepada penyakit2 yang sudah tersedia maklum dihidapi oleh kebanyakan kita..semoga N3 ini memberi manfaat kpd kita semua.
Salam Maiyah...
Sesiapa yang tidak sukakan sunnah Rasulullah bererti memusuhi baginda dan sesiapa yg mengikuti sunnah Baginda bererti beliau juga bakal mendapat syafaat diakhirat nanti..
Salam Dida..
Kak Zai pun spt Dida juga..banyak yang tidak tahu, bila terjumpa artikel sebegini, elok juga dikongsikan bersama-sama buat panduan kita semua..
Salam Asyiq,
benar tu..sharing is caring...saya benar2 maksudkannya kerana sesungguhnya kita patut berbangga kerana menjadi umatnya yang dirindui oleh Rasulullah..
Hi LoL..
Bagus betul LoL ni tau..rajin mengkaji dan membaca N3 kak zai..
Kak Zai percaya pasti banyak ilmu pengetahuan yang telah ditimba oleh LoL..tak heran kalau LoL lebih berilmu dari sesetengah org islam yang jahil tu sendiri..
Salam Depu-Depu..
Terima kasih atas ingatan...Salam Ramadhan utk saudara juga..terima kasih juga krn sudi menjengah.
Salam Anak Muallaf..
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan memberi komen..ok nnti saya linkkan blog anda..
salam aklcitizen..
itulah harapan saya juga dapat istiqamah..
Salam Kakna..
Bagus betul kerjaya kakna tu..mesti tak lama lagi expert tntg pemakanan ni kan..apapun sambil bekerja dan berdakwah adalah satu tugas yg sangat mulia kerana kita lakukan dengan percuma..Semoga terus istiqamah..
Salam Abu Muaz...
Benar, saya cuti merdeka balik kampung dikedah berkumpul dengan adik beradik selama 3 hari dari 29 Ogos sampai 31 Ogos..alhamdulillah seronok sangat..
Post a Comment