Sewaktu Nabi Adam dan Hawa mula-mula diturunkan ke bumi, Syaitan telah berjanji tidak akan putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam dan mereka sentiasa berfikir cara2 untuk menganggu anak Adam dari mematuhi suruhan Allah.
Dikisahkan suatu hari Si Ibu Syaitan sedang berfikir "macammanalah agaknya agar aku dapat mengenakan anak cucu Adam"....dan tiba2 dia teringatkan anaknya yang bernama Khanaz. Lalu dipanggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". dan mereka pun pergil menuju ke rumah Adam dan Hawa. Pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggallah Hawa keseorangan dirumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu Syaitan menjawab "Tolong jagakan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik".
Hawa yang tidak mengetahui apa-apa terus memberikan pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan ber-tanyakan Hawa " Anak siapakah ini wahai Hawa..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu..tetapi tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam terus menyedari bahawa ia sebenarnya adalah anak syaitan dan terus berkata "Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..."
Hawa yang ketakutan terus bertanya "Jadi apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam.Setelah lama berfikir, Adam pun berkata "Kita potong-potong dagingnya sehingga kecil dan gantungkan isi-isi dagingnya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibunya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tiada..".
Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku..." Tanya Ibu syaitan pada Hawa,Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerangkan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu....Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengetahui yang anak itu anak syaitan ...lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan dagingnya di atas pokok luar sana..." terang Hawa. Tanpa rasa terkejut ibu Syaitan menjawab "Oh...iye ke?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.
Kemudian Ibu Syaitan terus memanggil anaknya "Khanazzzzz..!!!". Tiba2 daging-daging anak syaitan Khanaz yang telah dipotong dan bergantungan khanaz pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali. Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok harinya. Dan sekali lagi apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanyakan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah mereka.
Kemudian Ibu Syaitan terus memanggil anaknya "Khanazzzzz..!!!". Tiba2 daging-daging anak syaitan Khanaz yang telah dipotong dan bergantungan khanaz pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali. Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok harinya. Dan sekali lagi apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanyakan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah mereka.
Hawa menerangkan apa yang telah berlaku. "Kita tak boleh biarkan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam. “Jadi apa harus kita lakukan lagi..”tanya Hawa. “Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abunya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi…” terang Adam.
Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Ibu Syaitan. “Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!” jawab Hawa. “Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil “Khanaz!!!”…kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya “Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita”kata Adam. “Apa harus kita laku kan?” tanya Hawa. “Begini saja lah…kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Adam.
Keesokan pagi, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja. “Mana anak aku” tanya Ibu Syaitan. “Anak kamu …., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..”jawab Hawa. “Kenapa..?”tanya Ibu Syaitan. “Anak kamu telah kami telan….!” Jawab Hawa dengan penuh yakin. “Iye ke…? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!! Iye Mak….jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.. Bagus anakku..kamu duduk sana , jangan keluar-keluar lagi .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.
Itu lah ceritanya .....maka tinggallah syaitan Khanaz dalam tubuh badan manusia kekal sehingga kehari ini dan hinggga hari kiamat.Syaitan Khanaz ni tugas dia adalah apabila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa jer aktiviti kita buat diakan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat. – Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa “Eh dah buat ke Belum yer..” ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR… – Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita…Ubatnya…banyakkan Zikir…
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. Sekurang2nya BISMILLAH. Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta. Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdayakan anak cucu Adam..
Surah An Nas juga ada menceritakan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was. Walllahualam….
Apa-apa pun mulakanlah setiap kerja aktiviti harian anda dengan nama Allah...BISMILLAH..
39 comments:
kak zai
bulan2 puasa ni - sesekali disediakan N3 begini...
semuga Allah sahaja yg tahu dimana tempat yg sepatutnya...pada orang yg sering2 ingat mengingati ni...
Salam Kak Zai,
Jahat betul setan Khanaz ni. Semua benda manusia buat dia tumpang sekaki.....
Terimakasih Zai atas perkongsian ilmu ini... kalau kita lemah, mmg kita menjadi tunggangan syaitan kan?
Salam Zai.
Selamat Berpuasa.
Dah lama tak mai sini, walaupun ada link di blog Kehidupan Bersih.
Entri hari ini menarik dan susuai dengan masanya.
Insya Allah akan memberi manfaat yang berganda.
Syaitan dah bersumpah akan menyesatkan anak cucu adam sampai kiamat
Syaitan dah bersumpah akan menyesatkan anak cucu adam sampai kiamat
Salam kak zai...
Saya pernah dengar tafsir ustaz zahazan dulu, katanya syaitan ni kalau dimaki ianya akan bertambah besar. Sebaik-baiknya bacalah isti’azah (a’uzubillahi minasy syaitanir rajim) maka syaitan itu akan menjadi kecil hingga menjadi lalat & terbang lari dari kita...
Moga ada manfaatnya...
Betul...mulakan segala sesuatu dengan isti`azah....insyaAllah selamat selalu.
salam zai,
itu la syaitan ya..alangkan nabi dia perdayakan ..inikan kita hamba allah yang sangat lemah imannya....TQ kerana berkongsi ilmu...
Salam Kak Zai,
Memang tak putus asa Syaitan ini nak ganggu kita.
memang takder xtvt nyer..
Nanti LOL khabarkan ini kepada teman LOL plak.
Hehe..
Thanks Kak.
Salam Zai..
Memang Setan betul lah Syaitan ni..
salam Zai,
di dalam al-Quran ada menyebut bahawa dalam setiap diri manusia itu ada Qarin.. jika kita menurut ke arah kejahatan akan bertambah maharajalah setan dalam diri kita.. dalam diri Nabi juga ada Qarin ttp yang ada padanya telah baik kerana Nabi seorang yg berakhlak mulia/akhlak agong.. diriwayatkan juga saidina Umar Ibnul Khattab kalau dia akan bertembung dg setan, setan akan mengelak.. ini disebabkan Saidina Umar tegas dan ikhlas..
salam puan zai
satu entri tazkirah yang sesuai dibulan ramadhan ini. Memberi peringatan kepada kita akan perihal syaitan yang tidak akan berputus asa untuk menyesatkan manusia
SALAM RAMADHAN
baru pertama kali membaca kisah ini
bagus betul
ya
saya sekarang pun (sejak dah tetua ni)
sentiasa buat kerja mula dengan bismillah
insyaAllah, harap Allah dapat kekalkan tabiat saya ni
Salam Kak Zai..
Betul.. betul .. betul.. (dah mcm upin & ipin pulak.. hehe..)
....min syarril waswasil khannas...
"dari kejahatan pembisik, penghasut yg timbul tenggelam.." (itu anak syaitan yg bernama Khannas la tu..)
Ustazah saya pun ada cerita pasal si syaitan bernama Khannas ni... kalau nak mula solat.. ditakuti lalai atau terlupa... mulakan dgn bacaan surah An-Nas sblum solat... biar si Khannas ni x mengganggu.. InsyaAllah, Allah maha Pelindung dari Syaitan yg direjam...
salam.. setan nih mmg selalu menari2 kat tepi telinga huhu
salam zai. dah lama rasanya tak datang sini. Bulan poser ni tak dapat jenjalan sangat masuk rumah kengkawan.
ye.. setan ni akan sedaya upaya menganggu kita.
salam kak zai, maaf ye, cuma nak tanya akak dapat artikel dari mana ye? bagus ceritanya, cuma inilah pertama kali saya mmbaca dan tahu ttg bgm mulanya syaitan khanaz ini berada dalam darah manusia.
Salam..
Terasa lama pula zai tak update blog..tup2 sekali menjelma..satu kisah yang amat menarik..!!
Tq atas perkongsian kisah yg bagus ini..:):)
itulah antara kebesaran
بسم الله الرحمن الرحيم.. jadikan ia penghulu segala amalan.. insyaallah diberkati Allah swt hari-hari kita
Slm Jinggo..
Trm kasih, semoga kita semua ditempatkan dalam golongan yang beriman dan kekal didalam golongan itu sehingga kehujung nyawa..
Slm Echam,
Dah namapun setan, memanglah jahat..dah jadi tugas dia camtu..pokoknya mmg setan betul setan nie...
Slm Kak Cik,
Betul tu kak cik, kalau kita tak kalahkan dia, maka kita akan jadi tunggangan dialah krn dia yg akan mengawal kehendak nafsu kita...
Slm Leenoh,
Tak mengapa, saya faham stp dari kita ada kewajipan dan tugas masing2 yg perlu dilaksanakan..sayapun dah lama tak update entri.
Apapun trm kasih atas komen dan doa..Moga2 kita sama2 beroleh kejayaan didlm menentang syaitan dan hawa nafsu.
Salam imanshah..
Betul tu..Setan laknat ni mmg tlh berpegang dgn sumpahnya utk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat dan masalahnya kita pula sering terikut-ikut hasutan syaitan bukan tak tau penyudahnya..azab api neraka yg sangat dasyhat..
Salam Razak..
Trm kasih atas tambahan tazkirah..Mmg benar sebaik2nya dibaca bersama isti’azah (a’uzubillahi minasy syaitanir rajim) utk meruntuhkan kekuatan syaitan..
Sungguh besar fadhilat ayat2 suci Al Quran kan ?
Salam Asyiq,
Sama2lah kita amalkan yer kak Asyiq..semoga istiqamah selalu..
Salam Hai...
Itulah kelemahan kita sbg manusia biasa dibandingkan dgn nabi tapi kalau kita mampu mengalahkan hawa nafsu dan tidak tunduk kepada hasutan syaitan insyaAllah kita akan beroleh kemenangan dan selamat selalu..
Hai LoL,
Bagus betul LoL ni taw..selalu ikuti dan turut ambil panduan dari blog org2 muslim, kak zai bangga dengan LoL..
Salam Relevan..
Betul sangat2lah tu..nak kata apalagi erk..hehehe
Salam Kak Werdah..
Trm kasih atas komen yang membina...rasa2nya Khannas dan Qarin ini kembar setan yg bersama2 kita kot krn kedua2nya ada disebut didalam hadis dan alQuran..
Salam Zharif..
Betul tu Zharif semoga kita dijauhkan dari godaan dan hasutan syaitan...Bulan puasa ni syaitan terbelenggu..kalau buat dosa juga itu bermakna kita kalah pada hawa nafsu sendiri.
Salam a kl citizen..
Alhamdulillah..bagusnye teacher krn masih istiqamah..Moga2 berterusan hendaknya begitu.
Salam Dida..
Tak sangka Dida pun suka Upin dan Ipin yer..comelkan watak diaorang tu...
Seronokkan bila dengar cite2 macam ni...Mmg benar syaitan khannas ni sentiasa akan cuba menganggu kita stp saat jadi kita harus sentiasa berzikir agar tidak lalai oleh hasutannya.
Salam Maiyah..
Wah canggihla..Maiyah boleh nampak syaitan tu dok menari2 kat telinga hehehe..boleh zai tau menari rentak apa tu..?? hehehe
salam kak pah...
eh dah boleh masuk entri dah yer akhirnya..tahniah la kak pah kerana tak putus asa untuk mencuba..
Benar tu kak pah...memang setan betullah setan tu..
Salam Tini..
Sbnrnya kak zai ni mmg sibuk sentiasa tapi terpaksa juga cari peluang update entri sbb kesian plak tgk rakan2 blogger asyik tertunggu2 update yang baru..
Semoga N3 sebegini memberi manfaat buat kita semua..
Salam Skaf..
Selalunya bahan rujukan kak zai adalah dari internet juga disamping sering juga menerima email dari kawan2 mengenai cerita2 sebegini jadi kak zai abadikanlah utk jadikan panduan..mana tau bermanfaat utk semua..
Salam Kakna..
Terima kasih atas komen kakna tu..marilah kita bersama2 ingat mengingati diantara satu sama lain..dan semoga Allah memberi kita pahala atas kebajikan yang dilakukan walaupun sebesar zarah..
Post a Comment