Showing posts with label KERANA KHANAZ. Show all posts
Showing posts with label KERANA KHANAZ. Show all posts

Thursday, September 3, 2009

PUNCANYA KERANA DIA..


Sewaktu Nabi Adam dan Hawa mula-mula diturunkan ke bumi, Syaitan telah berjanji tidak akan putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam dan mereka sentiasa berfikir cara2 untuk menganggu anak Adam dari mematuhi suruhan Allah.

Dikisahkan suatu hari Si Ibu Syaitan sedang berfikir "macammanalah agaknya agar aku dapat mengenakan anak cucu Adam"....dan tiba2 dia teringatkan anaknya yang bernama Khanaz. Lalu dipanggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". dan mereka pun pergil menuju ke rumah Adam dan Hawa. Pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggallah Hawa keseorangan dirumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu Syaitan menjawab "Tolong jagakan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik".

Hawa yang tidak mengetahui apa-apa terus memberikan pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan ber-tanyakan Hawa " Anak siapakah ini wahai Hawa..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu..tetapi tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam terus menyedari bahawa ia sebenarnya adalah anak syaitan dan terus berkata "Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..."

Hawa yang ketakutan terus bertanya "Jadi apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam.Setelah lama berfikir, Adam pun berkata "Kita potong-potong dagingnya sehingga kecil dan gantungkan isi-isi dagingnya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibunya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tiada..".

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku..." Tanya Ibu syaitan pada Hawa,Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerangkan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu....Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengetahui yang anak itu anak syaitan ...lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan dagingnya di atas pokok luar sana..." terang Hawa. Tanpa rasa terkejut ibu Syaitan menjawab "Oh...iye ke?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.

Kemudian Ibu Syaitan terus memanggil anaknya "Khanazzzzz..!!!". Tiba2 daging-daging anak syaitan Khanaz yang telah dipotong dan bergantungan khanaz pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali. Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok harinya. Dan sekali lagi apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanyakan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah mereka.

Hawa menerangkan apa yang telah berlaku. "Kita tak boleh biarkan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam. “Jadi apa harus kita lakukan lagi..”tanya Hawa. “Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abunya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi…” terang Adam.

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Ibu Syaitan. “Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!” jawab Hawa. “Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil “Khanaz!!!”…kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya “Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita”kata Adam. “Apa harus kita laku kan?” tanya Hawa. “Begini saja lah…kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Adam.

Keesokan pagi, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja. “Mana anak aku” tanya Ibu Syaitan. “Anak kamu …., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..”jawab Hawa. “Kenapa..?”tanya Ibu Syaitan. “Anak kamu telah kami telan….!” Jawab Hawa dengan penuh yakin. “Iye ke…? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!! Iye Mak….jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.. Bagus anakku..kamu duduk sana , jangan keluar-keluar lagi .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Itu lah ceritanya .....maka tinggallah syaitan Khanaz dalam tubuh badan manusia kekal sehingga kehari ini dan hinggga hari kiamat.Syaitan Khanaz ni tugas dia adalah apabila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa jer aktiviti kita buat diakan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat. – Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa “Eh dah buat ke Belum yer..” ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR… – Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita…Ubatnya…banyakkan Zikir…

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.

Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. Sekurang2nya BISMILLAH. Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta. Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdayakan anak cucu Adam..

Surah An Nas juga ada menceritakan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was. Walllahualam….

Apa-apa pun mulakanlah setiap kerja aktiviti harian anda dengan nama Allah...BISMILLAH..

Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA