1) Siti Khadijah
-Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Sentiasalah ingat pesanan Nabi Muhammad SAW bahawa kaum wanita adalah merupakan penghuni neraka yang paling ramai jadi berwaspadalah agar kita tidak terpedaya oleh syaitan yang sememangnya akan menggunakan wanita sebagai senjata untuk melemahkan kaum lelaki yang hanya mempunyai satu nafsu..
..Wallahualam..
29 comments:
Salam kak..tapi sekarang depa nak carik isteri macam Siti Norhaliza..huhu
salam.. keperibadian yg tinggi tapi merendah diri :)
Maknanya orang yg ada nama SITI kt depan ketegori orang baik..ke guano?
Salam Zai,
Macam susah je nak jadi spt semua siti di atas.. nak jd mcm dato' Siti Nurhaliza pun tak boleh nyanyi.. mudah2an kita dpt lindungi diri kita dp api yg menjulang itu kan!
semoga anda mencapai apa yang dicitakan...
salam kak,
sedap2 nama tu boleh bagi nama anak... kot2 anak pun blh jadi solehah cam tu
Salam singgah.
Blog yang menarik, banyak tazkirah dan kisah teladan.
assalamualaikum...
moga keperibadiaan kesemua wanita yang akak sebut tu dpt menjadi contoh dan teladan buat semua yang bergelar wanita
Kepada yg masih belum berpunya carilah ciri-ciri siti diatas. Tapi anda juga mesti bercirikan Syd. Ali..... Abu Bakar, Umar dan Uthman ibnu Affan.
Salam Zai..
Alhamdullilah..kwn dpt juge yg nama Siti ni..Siti Rodziah..makna nye Siti yg Redha kot?..
Salam zai. Walaupun golongan wanita yang banyak mendiami neraka namun golongan ini juga yang paling senang untuk memasuki syurga. Pertama taat akan Allah. Kedua taat akan suami ( bukan taat yang membabi buta ). Bagi yang belum berkahwin taat kepada kedua2 orang tua. Kedua-dua ciri ini ada pada arwah isteri saya Siti Aishah. Wajahnya berseri & tersenyum ketika dimandikan. Saya sebagai suami belum tentu lagi dapat menikmati seperti ini sebab sudah pastinya akan dihisab. Berat sungguh menjadi seorang suami.
Hadis Rasulullah SAW.. Dikahwini wanita kerana empat perkara.
1. Hartanya
2. Kecantikannya
3. Keturunannya
4. Agamanya
Maka pilihlah yang BERAGAMA... nescaya kamu akan selamat.
Selesai masalah :)
Salam Imanshah..
Nak cari mcm siti nurhaliza ? molek sangatla tu..cuma siti nurhaliza kena upgradekan cara berpakaian seorang muslimah sejati dan tidak menutup aurat spt melepaskan batuk ditangga..
Salam Maiyah..
Keperibadiaan yang tinggi harus diiringi dengan contoh berpakaian menutup aurat yang sempurna dan akhlak yang terbaik barulah cantik untuk dijadikan ikon wanita muslimah betul tak ?
Salam Akula..
Mudah2an begitulah hendaknya..tapi masalahnya tak ramai yang berbangga untuk menjadi spt 9 siti kat dalam N3 nie agaknya..
Salam Kak Werdah..
Harap2 kita tak payahlah nak menjadi spt Siti Nurhaliza tu kan..cukuplah dengan mengikuti cara hidup 9 siti kat atas ni..itu yang terbaik.
Salam Azani....
Ameen..mudah2an doa anda utk kaum wanita yg inginkan keredhaan Allah dan suami didengar dan diaminkan oleh malaikat dan alam sejagat..
srikandi2 islam terbilang..
Salam Fatt Chin CHoy..
Bagus saranan adik tu..mana tau kan..diizinkan Allah dapat anak2 yang solehah..Ameen..
Salam Abu Aiman..
Trm kasih atas kunjungan buat kali pertamanya di blog ini..
Harap kita sama2 dapat berkongsi ilmu.
Salam Razak..
Ameen...Trm kasih atas doa Razak tu..
Salam Abu Muaz..
Satu lagi miss kat situ..ciri2 spt abu muaz tak der ke ?
Salam Relevan...
Alhamdulillah..dah dapat siti rodziah pun dah cantik tu..jadi tambah2kanlah lagi agar menjadi 10 siti yang terhebat..
Salam Encik Ariff Budiman..
Zai pun yakin isteri En Diman antara para syuhada krn En. Diman sangat berbahagia selama hidup dengan arwah ditambah dengan ketaatan arwah siti aisyah beribadat dan juga ketaatan kepada suaminya..bertuah arwah siti aisyah..
salam akak..
susah nak dapat perempuan macam tuh kan sekarang..
tp siti2 di atas tuh kite jadikan idola :)
Salam Saifun..
Kalau semua lelaki yang nak mencari yang beragama..macammn plak bagi para wanita yang tiada bimbingan agama siapalah lelaki beriman agaknya yang sudi memberi bimbingan ?
Beberapa kisah SITI ada yang LOL pernah dengar..
thanks for sharing this..
Zaman sekarang ni agak payah nak cari isteri yang macam Siti- siti yang Zai sebutkan di atas tu.
Salam Kak
Perempuan yang ingin berkahwin dengan lelaki yang soleh dengan niat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dianggap beragama. Maknanya walau sejahil mana dia sebelum itu… perkahwinan untuk memperbaiki diri tentunya menjadi lebih mudah dan diredhai dengan syarat lelaki yang dikahwini mampu membimbingnya.
Ada kisah benar yang berlaku… seorang ustaz mengahwini seorang wanita dengan niat asalnya untuk mendidik. Namun akhlak wanita tadi tetap sama sebab dia langsung tidak ada kesedaran dan keinginan untuk memperbaiki diri. Akhirnya wanita tadi diceraikan kerana ustaz tersebut tak nak isterinya (wanita itu) terus-terusan berdosa… nusyuz kepadanya. Hukum menceraikan isteri nusyuz dalam Islam adalah sunat.
Post a Comment