Tuesday, September 29, 2009

Kisah Pilih Jodoh : Pengajaran dari satu penampar

Saya tertarik dengan sebuah artikel dalam sebuah majalah baru-baru ini mengenai sikap segelintir manusia yang bermacam ragam pilihan dan kemahuan.

Kadang-kadang kita tidak tahu kenapa seseorang itu boleh melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Namun, apabila melihat begitu indahnya kehidupan insan yang dipertemukan ‘jodoh’ mereka dengan seseorang yang tidak dijangka adalah sesuatu yang cukup ‘menarik’ untuk diperkatakan.

Tidak seperti seorang individu bernama Along yang begitu memilih soal pasangan hidupnya sehingga ayahnya Pak Abu menegurnya.

“Eh! Abah ni..Tak pasal-pasallah kenalkan Along dengan si Mamat tu. Abah tak nampak ke si Mamat Pendek tu kulit hitam legam, hidung besar, mata sepet, tak handsome langsung! Abah rela ke…Cucu abah nanti…”

Pak Abu memotong ayat si Along: “Dah la tu, kalau tak nak, tak payah nak keji orang, tak guna pergi belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai berbudi bahasa.”

Lemah-longlai tubuh badan Along mendengar hujah balas Abahnya. Dia rasa malu kerana berlebih-lebihan mengata orang. Mungkin sebab itulah dia lambat dapat jodoh, terlalu sombong dan tak boleh kawal lidah lasernya itu. Sebab dia mampu beli apa saja, buat apa saja dengan pangkat dan duitnya. Hanya satu yang Tuhan tak izin iaitu jodoh.

Allah Taala Yang Maha Sempurna mahu menunjukkan kepada manusia bahawa mereka memiliki kelemahan-kelemahan di samping kelebihan yang diberikan. Supaya kita jangan bertingkah sombong dengan apa yang kita miliki.

Ada yang berkahwin tapi tak ada anak, ada yang beranak tapi duit tak cukup, ada yang berkahwin tapi suami memisahkan dia jauh dari emak dan abahnya. Ada juga yang beristeri tapi tak bahagia kerana dikongkong sentiasa.

Ragam manusia yang serba kekurangan. Oleh itu mereka mesti berlindung kepada Allah, mengharap rahmat-Nya, menyerah diri pada Kuasa-Nya.

Mungkin kita boleh mengambil iktibar dari kisah “pengajaran dari satu penampar” untuk renungan bersama.

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.

Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya. Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan. Pertama, kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?

Kedua, apakah yang dinamakan Takdir dan ketiga, kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa Pak Imam marah kepada saya?

Pak Imam: Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda: Saya amat tidak faham…??

Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!

Pak Imam: Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya….!

Pak Imam: Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda: Tak boleh Pak Imam…!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak….!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak….!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini dibuat?

Pemuda : Kulit dan daging…!!!

Pak Imam: Terbuat dari apakah pipi awak itu…?

Pemuda: Kulit dan daging….!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit dan pedih….!!!?

Pak Imam : Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan…. walaupun sama unsur asalnya…!!

Pemuda: Allahuakbar!

Islam tetap dijulang walaupun ia ditentang…..itulah janji Allah.

Tidak ada lagi ‘persoalan’ dan persepsi yang perlu dijawab dan bermain – main difikiran kita. Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan.

Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.”

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



Share/Bookmark

30 comments:

✿FITRAH ALAM KELUARGA BAHAGIA✿ said...

salam, posting yg menarik dan mudah difahami. teruskan menulis

relevan said...

Salam Zai..
Menarik Zai..Jgn kena penampo berapi dah lah..

kakcikseroja said...

Pernah baca kisah ini beberapa kali. tapi tetap menarik untuk diulang2 sbg peringatan kpd diri sendiri yg sering mempersoalkan ttg sesuatu yg diketahui ada tetapi seperti tiada....

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam....dulu masa kat sekolah ustazah pernah bercerita tentang cerita ni....saya suka dengaq...sepandai2 manusia kalau allah berkehendakkah dia menunjukkan kebodohannya.....maka dengan satu penampar saja sudah cukup untuk menyatakan bahawa dia sebenarnya seorg yg paling bodoh didunia.....hehehehhe

azzaliena suziantie feisal said...

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

sis..me cilok ayat nih..hehe
yuhh..
ape guna paras rupe kalo budi bahase xde..

Werdah said...

Salam Zai,

Kak pun dah baca cerita ni tapi mmg mengembalikan ingatan kita kpd KEBESARAN ILAHI, bukankah dalam al-Quran banyak ayat2 ALLAH menyuruh kita berfikir tp bagi kak nak jwb persoalan pemuda tu secara sepontan agak sukar juga rasanya kalau belum membaca kisah ini.

Sama juga kisah penggunting rambut yg kak dah pernah baca bertanya kpd pelanggannya ttg kewujudan Allah berdasarkan logik akalnya sahaja. senang sahaja pelanggannya memberi jwpn.. apa2 pun Zai LA HAWLA WALA QUWWATAILLA BILLAH kan. Allah akan tolong org2 imannya teguh kan.

Pn Kartini said...

Salam zai..
Satu n3 yang menarik...
Pada mereka yang masih meragui kekuasaanNya..masih mempertikaikan agamanya..Semoga diberikan petunjuk olehNya....

nahmy said...

maha kuasa Allah! mewujudkan citer ini uk diciterkan dan utk diambil iktibar darinya....nice article. "...manusia itu dlm kerugian melainkan mereka yg berpesan dgn kebenaran dan yg berpesan dgn kesabaran". syukran atas pesanan...

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak,
Adeh..
Kan tak pasal2 dah kena tampar..

Mmm..
Segala persoalan telah terjawab..

Setuju, Cinta tidak pernah MEMINTA.
Setuju, Cinta sentiasa MEMBERI.

Cinta tak pernah menyakitkan.
Yang membuat kita terasa sakit ialah diri sendiri tapi Cinta sentiasa dipersalahkan.

::CINTA itu INDAH::

anak muallaf said...

Salam Zai,
Cerita yang simple dan senang memahami isinya..Tahniah zai teruskan..

zai said...

Salam Fitrah..

Terima kasih atas sokongan saudari..saya tidak hebat kerana hanya berkongsi ilmu milik oranglain..sesungguhnya segala puji2an kepada Allah SWT kerana memberikan kita peluang utk berkongsi ilmu dan maklumat...

zai said...

Salam Relevan..

Nak rasa macammana kene penampo berapi ?? Cubala cakap kat isteri relevan yang relevan nak kawin lain...bukan saja dapat penampo berapi..mungkin kena bakar sekali kot hehehe..

zai said...

Salam Kakcik..

Zai pun dah terbaca kisah ni berkali2 tapi bagus juga dipaparkan semula utk peringatan kita yang mudah lupa...zai sukakan tentang jawapan Tok Imam tentang knp Syaitan dimasukkan kedalam api neraka sedangkan dia juga dijadikan dari api..jawapan mengenai kewujudan Allah yang sangat mengesankan jiwa..

zai said...

Salam Alimaz...

Itulah hikmah disebalik cerita ini..kadang2 kita merasa cerdik ttp rupa2nya kita bodoh sebenarnya...

zai said...

Salam Azzaliena..

Cilok dik jangan tak cilok sbb akak pun cilok cite ni dari N3 orang lain jugak hehehe..

zai said...

Salam Kak Werdah..

Benar tu kak...tanpa ilmu yg luas mengenai sifat2 Allah dan kekuasaanNYA amatlah payah bagi kita utk memberi jawapan yg tepat tentang agama islam..justeru itu zai amat mengagumi pendakwah2 yang benar2 dapat mematahkan setiap soalan yang diberi dgn niat utk cuba memperlekehkan islam tapi akhirnya berjaya pula meyakinkan orang2 yg mendengarnya..

zai said...

Salam Tini...

N3 sebegini mmg perlu diceritakan dari masa ke semasa kepada generasi muda yg semakin hilang agama agar menyedari tntg prinsip ketuhanan dan kembali mendalami ajaran islam sepenuhnya diatas dunia yg menjadi pentas sementara ini.

zai said...

Salam Tini...

N3 sebegini mmg perlu diceritakan dari masa ke semasa kepada generasi muda yg semakin hilang agama agar menyedari tntg prinsip ketuhanan dan kembali mendalami ajaran islam sepenuhnya diatas dunia yg menjadi pentas sementara ini.

zai said...

Salam Nahmy...

Ameen..Semoga kita dapat mengambil iktibar dari setiap N3 yang bermanfaat spt ini dan mengamalkan kesemua suruhan Allah dengan sempurna dan saling berpesan2 atas nama kebenaran islam dan memberi peringatan antara satu sama lain..

zai said...

Hi LOL....

Mmg cinta itu indah tapi manusia yang menjadikan cinta itu sesuatu yang menyakitkan dan cinta itu tak pernah berdusta tetapi manusia yang kerap menipu mengenai cinta..

So..hargailah perasaan cinta yang wujud dihati dengan memberikan kasih sayang itu kepada mereka2 yang memerlukannya..

zai said...

Salam Kak Leha *anak muallaf*..

Segala Puji2an kpd Allah SWT kerana memberikan kita ikatan ukhwah yang sangat manis...

endiem said...

Itu namanya soalan yang jawapannya penampor.

intan izani said...

mmg lumrah hidup
sering diuji selagi bergelar hambanya

moga kita dpt bersyukur atas apa yg ada sekrg

bagus eh blog akak ni
berilmiah...

Anonymous said...

порно школьницы http://free-3x.com/ трахнула малолетнего сына free-3x.com/ посмотреть секс малолеток [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]

Anonymous said...

und etwas Г¤hnlich ist? levitra generika viagra f?r die frau boehringer [url=http//t7-isis.org]viagra f?r die frau erfahrungsberichte[/url]

Anonymous said...

Perdonen por lo que me entrometo … comprendo esta pregunta. Discutiremos. http://nuevascarreras.com/cialis/ cialis generico Credo che lei abbia sbagliato. Io propongo di discuterne. [url=http://nuevascarreras.com/tag/cialis-online/ ]cialis generico andorra [/url]

Anonymous said...

студенты видео бесплатно
бесплатная эротика видео фото
порно лист ру
порно фото секс машины
русское частное порно видео
ебёт осла
sex review cfm userid
порно скачать бесплатно короткое видео
ебал мужа
загрузить порно фильм

Anonymous said...

I am assured, that you on a false way.

Anonymous said...

can i buy xanax online xanax bars kick - xanax pill finder

Anonymous said...

[url=http://ebiteua.com/forum53-prostitutki-cherkass-i-oblasti.html]Prostitutki Cherkassy`[/url]

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA