Saturday, September 26, 2009

KENAL TOK JANGGUT ??









































Salam..

Posting kali ini sangat menyentuh hatiku kerana mengenangkan kembali sejarah pejuang-pejuang melayu tanahair nan tercinta yang terbunuh kerana mempertahankan kedaulatan agama islam dan menentang penjajahan British..Salah satunya adalah...

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

  • cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
  • cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
  • kelapa sebanyak 3 sen setandan
  • sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Al-Fatihah...buat allahyarham Tok Janggut dan semua pejuang2 tanahair yang telah terkorban demi mempertahankan agama dan kedaulatan tanahair dari penjajah.. kerana jasa-jasa merekalah kita mampu menjadi seperti hari ini... Semoga roh kesemua mereka dicucuri rahmat..Ameen...






Share/Bookmark

25 comments:

Unknown said...

Indahnya Perjuangan....

Derhaka pada zamannya Mulia pada zaman kita...

Maiyah said...

pejuang yg bermati-matian

Unknown said...

Salam,
Sejarah banyak mengajar kita dalam erti hidup kita seharian.Tapi sayang,sejarah hanya tinggal sejarah..Tq kak..n3 yang baik..

Werdah said...

Salam Zai,

Cerita2 sejarah spt ini diharapkan dpt mengembalikan semangat juang kpd anak2 muda kita, semoga pada saat Allah menentukan KehendakNya, negara kita akan mempunyai org2 spt ini dan umat Islam kembali kpd TUHANNYA dlm keadaan MUSLIM (berserah diri).. Amiin.

Terima kasih krn kongsi cerita2 sejarah. Masa kak di sekolah dulu amat tidak berminat dgn sejarah, ttp skrg alhamdulillah, dah terbalik, dah suka baca sejarah.

ibundo said...

ramai yang sudah lupa pada sejarah..
Elok diingatkan.

Kueh raya ada lagi?

nahmy said...

semoga Allah menempatkan rohnya bersama roh para syahidin, solihin & muqarrabin. good article & Salam Lebaran.

Arianni said...

Salam,
Terima kasih atas N3 yg cukup menarik..Semangat beginilah yg patut ada dlm diri anak-anak muda kini..semangat jati diri dan juang dlm menegakkan agama dan bangsa..

anaklaut said...

salam kak zai,

pahlawan terbilang kelantan tu..
anaklaut yg anak jati kelantan amat merasa bangga mempunyai seorang pahlawan yg terbilang, yg akan terus dikenang hingga ke ahir zaman..

alfatihah buat dia, tok janggut.:)

p/s: mcm mana kak zai boleh tahu, ciri2 anaklaut ni.

Guru said...

assalammualaikum

sedih baca entri ini... tak ada ke karyawan filem kita yang teringin buat filem pejuang2 kita ni... ni, tidak, citer duyung lah, jgn pandang belakang lah, jin ntah apalah.... camana nak bina jati diri anak2 kita kan.

Anonymous said...

kejamnya raja dulu2

huhuhu

zai said...

Salam anakkhas...

Itulah indahnya perjuangan orang dulu2..sanggup berjuang mati2an demi bangsa, agama dan negara tak seperti anak2 zaman sekarang berjuang untuk mempertahankan budaya barat yang merosakkan minda dan akhlak..

zai said...

Salam Maiyah..

Mmg seorang pejuang bangsa yang tak takut mati dan melakukan semuanya demi kerana agama, bangsa dan negara..kagum zai dengan pejuang2 tanahair dulu2...

zai said...

Salam Zawal...

Kerana orang2 spt merekalah kita mampu hidup senang lenang dan aman damai di bumi Malaysia spt skarang ini tapi skrg berapa ramai sanggup menjadi spt mereka..??? Kita dah semakin lemah sebenarnya..

zai said...

Salam Kak Werdah...

Zai dulu mmg suka subjek sejarah dan masih minat sehingga kini..mungkin dulu kak werdah belajar sejarah utk lulus periksa je tapi sekarang kak werdah membaca, menghayati sejarah dan memahami cerita disebalik kejadian tu agaknya..apapun tahniah kak kerana menjadi lebih baik dari sebelumnya..

zai said...

Salam Kak Pah..

Kuih raya banyak lagi mungkin sebab anak2 masih mabuk kuih raya kot..tunggula sebulan lagi mau tinggal serbuk2 kuih kat tin pun dikutip makan juga tu rasanya...

zai said...

Salam Nahmy...

Rasa2nya kunjungan kali pertama ke blog zai kan ? Terima kasih atas kunjungan dan komen..

Salam Ukhwah....Terima kasih jua diatas doa saudara keatas pejuang2 tanahair kita yang terdahulu..ameen..

zai said...

Salam Arianni...

Rasa2nya masih adalagi ke pahlawan tanahair macam diaorang ni kat zmaan kita ? Anak2 zaman sekarang patut didedahkan lebih banyak dengan cerita2 macam ni utk menyuntik semangat bukannya dengan cerita karut2 dan tahyul yang semakin banyak menghiasi TV mcm skang ni.

zai said...

Salam Arianni...

Rasa2nya masih adalagi ke pahlawan tanahair macam diaorang ni kat zmaan kita ? Anak2 zaman sekarang patut didedahkan lebih banyak dengan cerita2 macam ni utk menyuntik semangat bukannya dengan cerita karut2 dan tahyul yang semakin banyak menghiasi TV mcm skang ni.

zai said...

Salam anaklaut...

Oo..anaklaut pun orang kelantan jugak ke..hmm..tak sangka kak zai ramai rakan2 blogger kak zai dari kelantan..pasti ada darah pendekar yg mengalir kat dalam tu..

Kak zai pun turut berbangga..

p/s.. tentang ciri2 anaklaut tu..saja je serkap jarang sbb dari pembacaan kak zai di blog anak laut la..

zai said...

Salam Teacher...

Setuju sangat2 dengan kata2 teacher tu..kat TV skang mana ada cite2 mcm ni lagi..banyak cite tahyul dan merapu2 jer..manalah anak2 zaman sekarang nak sayangkan negara lagi..tak lama lagi pandai bercerita kisah hantu jer kalau tanya pasal sejarah mgkin terpinga2..

zai said...

Salam Fatt Chin Choy..

Dulu2 mmg banyak Raja2 bersikap kejam terhadap rakyat mcm cite Raja Bersiong, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan sbgnya.. Nasib selepas merdeka tak ada lagi raja2 yang kejam spt tu..kalau ada lagi entahlah....

Pn Kartini said...

salam..
semoga rohnya dicucuri rahmat ke atasnya...
sampai hatii..kenapa perlu digantung sebegitu rupa..!aduhaiii..kejam!

IkanMasin90(IM90) said...

raja dulu dulu sengaall..hehhee

semoga rohnya dicucuri rahmat :)

Ezzedin Al-Qassam's said...

Salam..

Allahummagfirlahu warhamhu..
Semoga beliau tergolong dikalangan Syuhada'
Amin

kk said...

Saya pernah baca artikel ni sebelum ini. Ia sangat tragis dan rasa kagum dengan ketokohan beliau menentang penjajah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA