Sunday, September 27, 2009

ROZITA OH ROZITA...

Salam..

Saya ingin berkongsi email yang saya dapat dari seorang teman. Rasanya ramai yang kenal Rozita iaitu Pengasas Sendayu Tinggi. Saya kagum juga dengan Rozita, salah seorang wanita yang berjaya dalam perniagaan. Banyak kisah hidup dan cerita sebelum dia mencapai kejayaan dapat dijadikan semangat dan panduan yang kita juga perlu tempuh sebelum nak mencapat kejayaan. Alhamdulillah, Rozita dah capai kejayaan dan sekarang dah berubah ke arah yang lebih baik. Kita bila lagi yer???


""Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.


Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit, saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya. ""..

******************************************************************************

Segala nikmat yang diberikan merupakan satu bala atau ujian. Ramai manusia menyangka bahawa nikmat yang diperolehi merupakan satu penghormatan atau balasan baik yang diberikan kepadanya sedangkan pada hakikatnya ia merupakan satu ujian. Firman Allah yang maksudnya: “Maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan diberi kemewahan di dalam kehidupannya (mereka tidak mahu bersyukur dan terus bersikap takabbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhan telah memuliakan aku”. Dan sebaliknya apabila mereka diuji oleh Tuhannya dengan disempitkan rezekinya (mereka tidak sabar bahkan resah gelisah) serta merepek dengan berkata: “Tuhanku telah menghina aku". (al-Fajr:15-17)

Firman Allah yang bermaksud: “Jika sekiranya kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan lagi (nikmat) dan jika sekiranya kamu kufur (nikmat), sesungguhnya azabKu adalah amat pedih sekali.”

Semoga kita semua dijadikan diantara golongan2 hamba2NYA yang sentiasa bersyukur dan redha samada diuji dikala diwaktu susah ataupun senang...

Share/Bookmark

38 comments:

maiyah said...

terima kasih ngan semangat ini, rasa macam tdk kesorangan :)

Werdah said...

Salam Zai,

Mudah2an kita jadi manusia yg sentiasa sedar diri, bersyukur atas nikmat yg Allah beri tak kira susah atau senang.. tumpang gembira dgn kejayaan Rozita dan Zai juga.

Pn Kartini said...

Salam..
Betapa hebat semangat dan keazaman..yg berlandaskan pada keimanan..

insan marhaen said...

penah terbaca kisah beliau semasa susah dan mula berjinak dengan produk kecantikan.

dunia mana yg tidak ditimoa hujan...

ummi humaira said...

seronoknya baca kisah perubahan Rozita nie , tapi kita bila lagi ya nak berubah seperti dia w/pun kita tak sehebat dia tp perubahan keimanan dia tu wajar menjadi contoh dan diikuti.

- jinggo - said...

kak..
saya tidak keseorangan.
saya tidak katakan saya berjaya...tapi bilamana saya berjaya membuka sebuah pusat latihan - yang saya jadikan media dahwah saya - saya sorot satu persatu.
tidak ada banyak bezanya kami walaupun ' ujian ' Allah pada Rozita diluar kemampuan kalau mahu difikirkan..

saya keseorang dikala membangunkan bisnes ' ilmu ' . ditikam dari belakang.famili tidak menyokong.loan bank yg mengejar.kereta dan rumah hampir ditarik.penceraian....

kesimpulan : orang yg berjaya -
mesti ADA HARGA yang perlu dibayar....
HARGA.......

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Salam sis... Lama x on9.... Busy, raya...

Apapun komen saya untuk kali ini :)

Apa yg terbaik di mata manusia tidak semestinya terbaik pada Allah... Begitu juga sebaliknya :)

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak zai....semoga kita sentiasa diberi petunjuk olehNYA...amin...

LotsOfLove-Pearls said...

Mornin Kak Zai..

Pernah terbaca artikel ni kat blog seseorang tapi dah tak ingat dah blog saper..
Huhu..

Nway, beliau boleh menjadi landasan kepada kita utk merubah diri..

Berjaya Dunia Akhirat..

zawal said...

Salam,menarik betul kisah ni.Banyak pelajaran dan pembelajaran yang diperolehi.Syukurlah beliau telah kembali ke landasan yang benar.sesungguhnya Allah tidak akan mengubah akan nasib hambanya MELAINKAN hambanya yang mengubahnya sendiri.Kekayaan yang dikecapi didunia TIDAK akan kekal abadi..
Syabas kak!

relevan said...

Dimana ada jalan disitu ada kemahuan..respek ketabahan Rozita..

zai said...

Salam Maiyah..

Ya..mereka2 yg berjaya dan sedar diri spt inilah yg sepatutnya menjadi contoh kpd kita utk melakukan perubahan dari negatif kepada lbh positif.

zai said...

Salam Kak Werdah..

Terima kasih atas komen dan doa..itulah yg menjadi impian setiap dari kita kan ? Zai belum lagi berjaya dan masih meniti onak berduri, ranjau dan jalan penuh berliku utk menuju kedestinasi kejayaan yg diimpikan..

Takut juga utk menjadi kaya krn kebanyakan org2 kaya gagal diuji olh Allah dan pulang kepadaNYA dalam keadaan yg sangat miskin, itu yang paling ditakutkan..biarlah kita dikurniakan hidup yang sederhana agar tidak lalai dari mengingatiNYA...

zai said...

Salam Tini...

Itulah semangat yg perlu ada dlm stp diri wanita,..berani mengambil risiko dan gigih berusaha utk masa depan atas daya usaha sendiri tanpa meminta2 dari oranglain..

zai said...

Salam Insan Marhaen..

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

Mmg sangat benar kenyataan itu..Hanya mereka yg melalui keperitan hidup saja tahu bagaimana utk menghargai stp keringat yg menitik dan faham bagaimana kesusahan orang lain..

zai said...

Salam Ummi Humaira..

Benar tu Ummi..tak semua orang berjaya melalui ujian apabila menjadi KAYA..tak ramai yg bersyukur diatas nikmat kemewahan yg dimiliki sebaliknya bersikap sombong terhadap masyarakat dan juga Allah maka tidak hairanlah ada diantara mereka yg juga boleh hilang kesemuanya dlm sekelip mata diatas kemurkaan Allah..

zai said...

Salam Jinggo..

UNTUK BERJAYA mmg ADA HARGA yang PERLU DIBAYAR..sangat tepat kata2 jinggo itu..

Dan pasti apabila berjaya menangkis semua halangan dan tohmahan dan membuktikan kita boleh..HARGA yang dibayar sangat berbaloi...

zai said...

Salam Sofia..

Yang terbaik dimata Manusia tak semestinya terbaik disisi Allah...

tepat sekali dik..kita hanya mampu menilai dari luaran..tetapi Allah mengetahui nilai dan tingkat keiklasan yg sebenarnya..jadi harus sentiasa bermuhasabah diri agar tidak menjadi takbur dan riak.

Kak Zai sibuk sgt sebenarnya..tak sempat nak on9 sangat kecuali kalau kat umah..apapun terima kasih atas ingatan yg sgt mahal tu..

zai said...

Salam Alimaz..

Ameen..mudah2an dik kita diberi ketetapan iman walaupun diuji disaat susah atau senang..

zai said...

Hi LOL..

Kak Zai pun copy N3 ni dari salah sebuah blog yg kak zai lawati kerana ceritanya sangat mengesankan..yg penting kita ada pengajaran yg berguna utk dikongsikan...

LoL mmg hebat..banyak membaca dan belajar..terkadang mcm tak percaya jer LoL bukan islam...

zai said...

Salam Zawal..

Mmg utk berjaya tidaklah mudah..terlalu banyak onak, ranjau dan duri yg terpaksa diredahi tapi hanya mereka yg cekal dan yakin saja mampu mengatasi segala dugaan yg menghalang dan Pn Rozita adalah salah seorang darinya yg masih mendapat hidayah dariNYA...Semoga satu hari nnti kita juga boleh berjaya sptnya yer zawal ?

zai said...

Salam Relevan..

Benar tu..dimana ada kemahuan disiti ada jalan tapi berapa ramai diantara kita yg hanya berkemahuan tapi tak nampak jalan.,,

Atikah said...

Salam kak zai...

Kadang2 bila kita susah, kita hampir dengan Allah, bila Allah uji kita dengan sedikit kesenangan kita mula terleka...

Takut juga... Semoga kita tidak termasuk dalam golongan hamba yang leka dengan kekayaan duniawi...

Atikah said...
This comment has been removed by the author.
Atikah said...

Saya dr dulu kagum dengan Pn Rozita... seorang wanita yang tabah... lama tak mengikuti perkembangan dia... dah berubah rupanya sekarang....

tinta kasturi said...

alangkah bagusnya ramai lagi org kita begini.

hartawan, beriman, dermawan...

byk duit, saluran tercantik buat sy ialah utk pendidikan ank2 bangsa bakal penerus masa depan.

nak jadi gak cam dia, mukthar buhary dll..

amin

nahmy said...

alhamdulillah...'nikmat Allah yg mana lagikah hendak dinafikan??'

ASYIQ said...

Salam zai,
Perkongsian yg menarik..terkedu saya membacanya. Itulah hebatnya penangan hidayah yg diberikan oleh Allah. Moga ianya berterusan hingga akhir hayatnya...amin.

syahbandar87 said...

hebatnye kak..untung sape dpt hidayah Allah kn..muga beliau trs istiqamah.insyarallah

uminas said...

Salam Syawal.
Beruntung Rozita kerana dia diberi hidayah dan ditunjukkan ke jalan yang Allah redhai.
Moga hijrah Rozita ini akan berjaya mengetuk dan membuka pintu hati insan lain.
Moga kita semua berada dalam keredhaan Allah jua..

Asma said...

Sallam, Walaupun saya berasal setempat dengan Ita ni, tapi saya tak mengenalinya, cuma saya banyak mendengar tentang kesusahan masa lampaunya..serta kegigihannya menongkah arus hidup dan pernah juga melihat rumah bekas peninggalannya...Alhamdulillah, Syabas Ita merupakan wanita contoh dan saya telah menjadikan Ita sebagai Idola saya...

zai said...

Salam Atikah..

Ameen3 Ya Rabbal A'alamin..semoga kita tidak menjadi hamba yang ingkar setelah diuji dengan kekayaan...Siapa yang tidak mahu hidup senangkan tapi bila diuji dengan kekayaan ramai yang gagal dihadapan Allah nnti dan menjadi antara hamba yg paling miskin...itulah yang paling ditakuti dan minta dijauhkan dari kemurkaan Allah

zai said...

Salam Tinta Kasturi..

Bertuahlah mana2 manusia yang diuji dengan kesenangan hidup tetapi tetap tawadduk dan sentiasa mengingati kesusahan insan yang lain tapi berapa kerat orang2 kaya yg lupa diri setelah diuji dengan kesenangan dan setelah itu bersikap meninggi diri dan sombong...terlalu ramai sebenarnya yg bersifat begitu dan kerana itu tidak hairanlah masih ada ramai orang miskin kat malaysia ni kerana pembahagiaan kekayaan yg tidak sekata..

zai said...

Salam Nahmy...

Inilah yang menyedihkan apabila ramai mansia menafikan hak oranglain apabila kita lupa bahawa didalam setiap rezeki dan nikmat yang kita perolehi setiap bulan sebenarnya ada mempunyai hak dan rezeki utk oranglain jua..

zai said...

Salam Asyiq...

Itulah kehebatan kuasa Allah kan ?? Bertuahlah bagi mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah dariNYA..kerana hidayah cumalah untuk hamba2 yang terpilih sahaja bergantung atas apa niat kita...kalau niat kita baik Allah akan mendorong ke arah lebih baik..

zai said...

Salam Syahbandar..

Betul tu dik...Istiqamah adalah sangat penting..kerana tanpa istiqamah selalunya usaha itu tidak berkekalan..

zai said...

Salam Uminas...

Bertuah Rozita kan ? sudahlah kaya ada pulak kesedaran utk berubah dan niat utk membantu orang2 lain yg didalam kesusahan..sesungguhnya sangatlah benar janji ALLAH bagi hamba2NYA yang bersyukur..sekiranya kita bersyukur Allah akan tambahkan lagi nikmat itu...(yang ni zai sangat yakin dan positif sangat2) sangat terbukti...

zai said...

Salam Asma...

Itulah beruntungnya mereka2 yang diberi hidayah dan masih ada kesedaran utk ttp bersyukur atas limpahan kemewahan yang didapati kerana kekayaan itu bukan milik kita tapi hak mutlak yang kekal ALLAH swt tanpa izinnya kita tak mungkin dapat menikmati semua itu..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA