Thursday, September 24, 2009

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca dan menerima hakikat disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI. Firman Allah SWT;Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28).

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati. Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari. Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari. Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari. Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

..Wallahualam...







Share/Bookmark

31 comments:

Abd Razak said...

Salam kak...

Mudah-mudahan kita akhiri hayat kita dgn kematian yang baik...mati dalam beriman kepada Allah SWT

Werdah said...

Salam Zai,

Sama2lah kita berdoa selalu agar dapat kesudahan yg baik..

AZANI said...

salam aidil fitri zai...maaf zahir bathin...

AZANI said...

zai6973 tu tahun belajar fom 1 sampai form 5?tak tally ngan umur you 36 dalam profile...
satu lagi soalan ...macam blog you bleh round 4 corner ...ajarkan ...

maiyah said...

ya Allah.. permudahkanlah urusanku didunia maupun akan kembali dgn kehendakMu.. sy menangis baca n3 ni kak zai, bukan takut tapi andai masa sy dah tiba biarlah dlm keadaan yg tenang

anaklaut said...

salam..

terima kasih pada Zai yg sudi singgah anaklaut..:)

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...semoga kita semua dijemput olehNYA dalam keadaan yg baik...amin.

relevan said...

Salam Zai..
Kematian adalah satu perjalanan utk menuju kepada kehidupan yang kekal abadi..

Atikah said...

Salam ziarah kak zai...

Selamat hari raya buat kak zai sekeluarga...

anaklaut said...

salam...sahabat saya yang dirahmati Allah, Kak Zai,

terima kasih sudi memberi pandangan yang panjang lebar pada entri anaklaut ni..pandangan yg sangat bernas sekali,

Kak Zai,

WANITA kerap dikaitkan dengan pelbagai peranan penting dalam menjamin keharmonian rumah tangga, masyarakat dan negara. Namun, hakikatnya, sama ada kita sedar atau tidak, peranan yang dikhususkan kepada wanita itu diselewengkan sehingga menimbulkan pelbagai kesan buruk. salah satu contohnya apa yg dipaparkan dalam surat khabr hari ini.

perempuan ini memandu sejauh 80km untuk bertemu dengan kekasih hatinya, (yg bukan muslim), bila ditanya mengapa berada dalam bilik hotel, katanya mahu berbincang hal perniagaan, masa ditangkap jam 5.30 pagi.

Peranan wanita dalam keluarga atau rumah tangga adalah amanah yang diperintahkan oleh Allah, sebagaimana firman-Nya, yang bermaksud:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)

saya sedih membaca cerita ini...
terima kasih atas ulasan zai..
apa yang dia cari lagi?...

anaklaut-

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak..

Thanks for sharing this..
Semoga memberi kesedaran kepada semua.

Good day utk Kak ya..

intan izani said...

mudah2an kita semua mati sbg islam...

Fatt Chin Choy said...

salam kak zai

adeh... bila ler nak taubat ni... huhuhu

azzaliena suziantie feisal said...

salam kak zai...

selamat berkenalan :)

anaklaut said...

salam..kak zai,

hahaahaha..ni kontest main2 je ni..:))) saja suka je..

zai said...

salam Razak...

Ameen...semoga doa Razak dimakbulkan Allah hendaknya..itulah harapan kak zai jua..

zai said...

Salam Kak Werdah..

Ameen...mudah2an begitulah hendaknya..

zai said...

Salam Azani...

Trm Kasih...Slmt Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin dari Zai jua buat semua...

zai6973 tu simbolik sebenarnya 69 thn kelahiran suami dan zai tahun 1973..apapun tak muda jugakkan ?? Agaknya malaikat dah mula membuka lembaran buku terakhirnya hukhukhukk..

zai said...

Salam Maiyah..

Mmg itulah harapan semua orang2 yg beriman...mudah2an saat nyawa dicabut Malaikat Maut berlemah lembut dan kita dapat kembali kepadaNYA didalam keadaan suci dari segala dosa2...

Mati itu Wajib...Bila ?? insyaAllah..kita harus sentiasa bersedia dari sekarang..

Cik Skaf said...

Salam kak zai
saya pertama kali membaca artikel seumpama ini pada tahun 2000. pada masa tu mmg, takut yang amat. Setiap hari akan rasa dan fikir, ada tak tanda2 tu pada diri saya.. terutama tanda 100 hari tu..huhu.
Sehingga sekarang pun selalu check2diri begitu..

Moga kematian kita nanti dalam keadaan yg diredhai Allah.

zai said...

Salam Anaklaut...

trm kasih..kak zai suka ke blog anaklaut..penuh dengan pesanan dan kasihsayang srg pendidik..terasa diri sendiri seakan terdidik semula oleh guru2 spt anaklaut almaklumla dah lama tinggalkan zaman persekolahan..teringin gak nak jadi pelajar semula..boleh cikgu ???

zai said...

Salam Alimaz...

Ameenn...mudah2an kita digolongkan bersama mereka yg beriman..

zai said...

Salam Relevan..

Mmg benar kematian adalah merupakan satu perjalanan kesatu kehidupan yang abadi..semoga Allah mempermudahkan urusan ketika roh keluar dari jasad kita...takut benar nak menghadapi saat itu krn tidak tahu dimana tahap amalan kita..semoga Allah sentiasa menerima amal ibadat yg dilakukan...

zai said...

Salam Atikah..

Selamat Hari Raya dan Maaf lahir dan Batin buat Atikah jua..

Trm kasih kerana berkunjung ke blog yg tak seberapa ini..

zai said...

Salam Anaklaut..

Terima kasih atas huraian panjang lebar atas komen kak zai di N3 anaklaut tu..

Mmg benar tanggungjawap seorang wanita juga sangatlah berat walaupun ia sebenarnya terlalu mudah asalkan menuruti segala syarat2 yg ditetapkan tetapi msh sangat sukar utk dilaksanakan kerana wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal..selalunya wanita akan lebih kearah nafsu dari membenarkan akal...

Terima kasih atas peringatan yg sangat mantap dan bernas...tapi sejauh manakah wanita zaman ini menghargai kelebihan yang Allah kurniakan sebagaimana darjat dan kedudukan yg diberikan oleh Allah yg mana doa seorang ibu adalah lebih makbul dari doa seorang ayah dan pelbagai kelebihan lagi yg kurang dihargai oleh wanita...

Justeru itu wahai kaum lelaki yg beriman..bimbinglah pasangan dan ahli keluarga anda dengan sebaik2nya agar mereka tidak mengheret anda sekali ke neraka...

zai said...

Hai LoL..

Kak Zai kagum dengan LoL kerana banyak menimba ilmu dari blog rakan2 islam yang lain..

Kak Zai doakan yang terbaik buat LoL...Terima kasih yg tak terhingga atas kekerapan LoL mengunjungi blog akak...

zai said...

Salam Intan Izani...

Ameen..Mudah2an begitulah kehendak semua umat islam hendaknya...Mati didalam keadaan yang beriman.

zai said...

Salam Fatt Chin Choy...

Nak tanya boleh ? adik ni anak muallaf ke atau sekadar gelaran jer ni dik..hensem gambar adik tu..mcm kenal jer..

Bila Nak Taubat...??? Now...!!!! itulah jawapannya kerana ajal tidak menunggu kita walaupun sesaat...bila tiba saat itu maka bermakna pintu taubat telahpun tertutup jadi pergunakanlah kesempatan yg ada dengan sebaiknya..

Kak Zai doakan yg terbaik buat kita semua..ameen...

zai said...

Salam Azzaliena...

Slmt berkenalan buat adik jua..
terima kasih atas kunjungan ke blog akak yer...

zai said...

Anaklaut...

Apapun alasannya..semoga anaklaut menjadi suami dan bapa yg cemerlang satu hari nanti..

kerana apa harapan kak zai begitu besar ?? krn kak zai sendiri mempunyai 4 cahayamata lelaki yg bakal menyambung generasi seterusnya jadi semoga semakin ramai lelaki yang berkualiti lahir mengatasi kuantiti lelaki yang tak berkualiti..

LotsOfLove-Pearls said...

Hehe..
ku terharu pula kak ckp mcm tue..

Thanks..

Banyak benda kita tahu, banyak benda kita leh kongsikan..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA