Tuesday, September 29, 2009

BIAR CIKGU PUKUL..KITA ORANG MISKIN...

















Salam..

Saya mendapat satu kisah yang sangat baik untuk direnungi oleh kita bersama-sama dan sebagai pengajaran agar tidak terlalu mudah berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa lebih dulu menyelidiki kisah sebenarnya...Hayati kisah ini yang cukup menyentuh perasaan...

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah



Share/Bookmark

32 comments:

Unknown said...

Lebih kurang kisah Nik Nur Madihah,pelajar cemerlang dari Kelantan.Dia sentiasa rahsiakan kemiskinan dia pada orang,dia pergi sekolah jalan kaki sahaja,dan boleh dikatakan hampir setiap hari berpuasa krn kemiskinan.
Tapi rahsia dia terbongkar bila pihak sekolah melawat rumah dia setelah dia mendapat keputusan cemerlang dlm SPM.
Sekarang kerajaan negeri dah hadiahkan sebuah rumah bernilai 300ribu pd keluarga dia.

IkanMasin90(IM90) said...

sedey nyeee.. :(

kakna said...

lawatan ke rumah anak-anak yatim suatu ketika dulu memang sgt2 menginsafkan saya.. bila diurut ubun rambut mereka memang rasa sayu sgt hati. kita hari2 dipeluk dicium ibu dan ayah..ade anak yang sampai naik malu, dah besar panjang katanya.. masa bawa diorng ke kedai macam2 diminta, tp setuju dengan penulisan kak zai ni, nak lembutkan hati sematkan lah ia dgn perkara2 yg disebutkan kak zai tu..

Unknown said...

salam puan zai
cerita ini mengingatkan saya supaya sentiasa menghormati cikgu2 dan para mualim.Walau apa pun tindakan mereka harusnya kita patuhi tak macam budak2 sekarang kena rotan sikit je dah mengadu apa semua.

edisi yang lebih panjang boleh dibaca dalam novel Laskar Pelangi berkaitan pendidikan dan kemiskinan

mohdsyahid said...

ntah kenapa air mata ini sukar utk aku bentung setelah membacanya...(sensitif betullah...)

good story...

Werdah said...

Salam Zai,

Masa kak bersekolah rendah dulu pernah dirotan guru besar semata2 krn anak guru besar sekolah satu lagi ajak kak tukar selipar sbb selipar kak besar tp kaki kak kecil, sdgkan selipar anak guru besar tu seliparnya kecil tp kakinya besar.. bila dah tukar, masa balik terlupa nak tukar semula.. dia siapa pesan jgm lupa tukar balik, ugut pula.. bila teringat dah separuh perjlnn.. mcm mana nak patah balik, masa tu takut pula berjalan di jalan yg semak, kalau bersendirian hi takutlah.. jd nak jd cerita esoknya pagi2 lagi guru besar sekolah kami panggil dan dia baca surat di hadapan kelas kata kak curi kasut anak guru besar yg satu lagi tu.. apa lagi kena rotan masa tu pembaris panjang yg besar tu.. sakit taklah tp sakit hatilah yg sakit.. yg geram tu masa tu lah kwn saya anak guru besar tu tak kata apa2 pun biar je.. ya lah masa tu kan kanak2, taat je kan.. sampai sekarang bila kami dua org cerita fasal tu kami ketawa gelihati..

Dan satu lagi peristiwa, sekolah kami direpair yg pelik tu kami semua masih dalam kelas.. apek tua yg betulkan atap tu saja je jatuhkan serpihan atap tu kat kepala kak (sakit tu)jadi kak mengelak dgn julurkan sikit kepala keluar tingkap.. apa lagi cikgu nampak terus marah dan pukul lagi kat punggung.. malu tau.. bukan dia nak tanya dulu.. tapi pe pe pun dah maafkan cikgu2 tu.. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 beriman..

Tu lah masa kak jadi cikgu pun entah2 marah pelajar pun tak siasat sangat kut.. tapi bila pelajar merokok tu mereka tak boleh sorok sbb kak ni sensitif sgt dgn bau rokok.. kalau pelajar pakai baju yg bau hapak pun kak pening..

Memang Zai kita sebenarnya hidup dikelilingi persekitaran kita sahaja jadi bagaimana kita nak tau kisah hidup org2 susah. Cuma macm Zai katakan tadi banyakkanlah usaha melembutkan hati dgn baca kisah2 hidup seperti ini dan kisah para sahabat Rasulullah saw. Wallahua'alam.

Werdah said...

Salam Zai,

Masa kak bersekolah rendah dulu pernah dirotan guru besar semata2 krn anak guru besar sekolah satu lagi ajak kak tukar selipar sbb selipar kak besar tp kaki kak kecil, sdgkan selipar anak guru besar tu seliparnya kecil tp kakinya besar.. bila dah tukar, masa balik terlupa nak tukar semula.. dia siapa pesan jgm lupa tukar balik, ugut pula.. bila teringat dah separuh perjlnn.. mcm mana nak patah balik, masa tu takut pula berjalan di jalan yg semak, kalau bersendirian hi takutlah.. jd nak jd cerita esoknya pagi2 lagi guru besar sekolah kami panggil dan dia baca surat di hadapan kelas kata kak curi kasut anak guru besar yg satu lagi tu.. apa lagi kena rotan masa tu pembaris panjang yg besar tu.. sakit taklah tp sakit hatilah yg sakit.. yg geram tu masa tu lah kwn saya anak guru besar tu tak kata apa2 pun biar je.. ya lah masa tu kan kanak2, taat je kan.. sampai sekarang bila kami dua org cerita fasal tu kami ketawa gelihati..

Dan satu lagi peristiwa, sekolah kami direpair yg pelik tu kami semua masih dalam kelas.. apek tua yg betulkan atap tu saja je jatuhkan serpihan atap tu kat kepala kak (sakit tu)jadi kak mengelak dgn julurkan sikit kepala keluar tingkap.. apa lagi cikgu nampak terus marah dan pukul lagi kat punggung.. malu tau.. bukan dia nak tanya dulu.. tapi pe pe pun dah maafkan cikgu2 tu.. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 beriman..

Tu lah masa kak jadi cikgu pun entah2 marah pelajar pun tak siasat sangat kut.. tapi bila pelajar merokok tu mereka tak boleh sorok sbb kak ni sensitif sgt dgn bau rokok.. kalau pelajar pakai baju yg bau hapak pun kak pening..

Memang Zai kita sebenarnya hidup dikelilingi persekitaran kita sahaja jadi bagaimana kita nak tau kisah hidup org2 susah. Cuma macm Zai katakan tadi banyakkanlah usaha melembutkan hati dgn baca kisah2 hidup seperti ini dan kisah para sahabat Rasulullah saw. Wallahua'alam.

Pn Kartini said...

Dah bergenang air mata niih..
Itulah pengorbanan anak demi ilmu yang dicari..walau sesusah mana direntasinya...

Namun..ada jua yg berkemampuan..masih belum sedar pentingnya ilmu..masih dgn sikap acuh tk acuhnya...Sabarr jekk lahh..

Dr Chenta said...

Salam Pn Zai,
Saya pun tidak tertahan sebak.... cerita2 sebegini memang menginsafkan!

ibundo said...

zai, cerita ni teladan untuk budak2 juga biar rajin belajar. tak kira miskin ke kaya.

huhu anyway sedih gak baca ni..

Abd Razak said...

Salam kak zai...

miskin byk mengajar manusia erti kehidupan...

endiem said...

gambor diatas tu cuma hiasan saja kot?

Tirana said...

Berlinang airmata baca cerita di atas. Saya dulu pun orang susah tapi tidaklah sampai berkongsi baju sekolah.

tinta kasturi said...

sob sob sob...
menginsafkan..
Bila rasa susah,
kena sentiasa ingat,
lagi ramai yang lagi susah,
dari kita yang rasa susah..

tinta kasturi said...

sob sob sob...
menginsafkan..
Bila rasa susah,
kena sentiasa ingat,
lagi ramai yang lagi susah,
dari kita yang rasa susah..

Cik Skaf said...

sedehnyaaa...

paling biasa dengar pun, cuma ada 1pasang baju sekolah. Tapi ni sampai berkongsi baju utk ke skolah. Betul2 berkorban utk mencari ilmu. Kemiskinan mmg biasanya membuat manusia lebih tabah dan kuat.

zai said...

Salam Ijoks..

Nik Nur Madihah adalah idola kak zai jua..rasa2nya dizaman serba berteknologi begini mmg sukar utk mendapat anak cemerlang dan istiqamah sptnya..kak zai sangat sukakan cara Adik Nik Nur Madihah mempratikkan amalan puasa sunat, bersolat sunat dan bangun ditengah malam bermunajat kpd Allah dan rajin membaca ayat2 suci Al-Quran pada masa kelapangan adalah merupakan perkara yg sukar utk ditemui pada mana2 anak2 remaja zaman skrg..

Allah Maha Kaya apabila kita menyintaiNYA secara iklas dia membalas berjuta2 kali kebaikan dan rahmat diatas keiklasan cinta kita itu dan itulah yang terjadi pada adik nik kita..trm kasih ijoks krn mengingatkan kak zai pada cerita adik nik nur madihah..

zai said...

Salam Azza..

Jangan sedey tau..inilah antara cerita benar dicelah2 kehidupan manusia yang kita jarang sedari krn hanya ternampak kepada kesenangan dan kemewahan hidup orang lain...kak zai sendiri terkejut apabila membaca cerita ini..masih ada lagi org2 kita yang merempat dibumi sendiri..

zai said...

Salam KakNa..

Memang benar tu..anak2 yatim mmg sangat dahagakan kasih sayang dan sangat sedih apabila tidak dapat gambaran bagaimana kasihsayang dari ibubapa bagi mereka yg tidak pernah dapat hidup bersama ibu dan ayah..semoga kisah2 sebegini sentiasa mengingatkan kita kepada mereka2 yg hidup susah diluar sana...

zai said...

Salam Zharif...

Novel Laskar Pelangi..hmmm..nampak gayanya kena pergi cari dan baca tu..kak zai rasa buku novel ni mmg famous sbb dgr ramai cakap citenya mmg best..thanks Zharif for the info.

zai said...

Salam MohdSyahid...

Airmata lelaki sangatlah Mahal..Kak Zai terharu kerana Syahid mampu mengalirkan airmata dan kak zai boleh nampak jiwa Syahid yang penuh kasihsayang sebenarnya..

zai said...

Salam Kak Werdah..

Terharu zai mendengar kisah2 lampau kak Werdah..sangat berkesan dihati..semoga kisah benar sebegini yg berkisar didalam kehidupan masyarakat kita akan memberi lebih kesedaran kpd kita semua utk lebih menghargai orang2 lain disekeliling kita terutamanya bagi mereka2 yg benar memerlukan bantuan...tapi zai sangat kagum dengan prinsip orang miskin yang tidak meminta2 dan tidak pula bercerita diatas kesusahan masing2 dan sanggup berusaha keras demi utk mengubah nasib dan takdir yg ditentukan...

Terima kasih kak werdah kerana sudi berkongsi cerita yg menyentuh perasaan zai..zai bangga dapat rakan2 blogger yg baik2 mcm kak werdah krn sentiasa memberi peringatan antara satu sama lain..trm kasih kak..

zai said...

Salam Tini..

Mmg tersentuh hati kalau melihat ketabahan hidup anak2 orang miskin spt ini..diajar utk hidup berdikari dan tabah dan tidak pula meminta2 dari oranglain..sejuk perut ibu yg mengandungkan anak2 yg baik dan mendengar kata spt kisah di N3 ini..

zai said...

Salam Dr Chenta...

Apabila kita tersentuh dengan kisah2 sebegini dan berjaya mengubah frasa pemikiran kearah yang lebih positif bermakna kita masih disayangi oleh Allah krn masih mampu mendapat hidayah dariNYA..Alhamdulillah

zai said...

Salam Kak Pah..

Benar tu kak pah cerita teladan yg sangat baik utk anak2 agar rajin belajar walaupun ditakdirkan dilahirkan didalam keluarga yg miskin..kemiskinan bukanlah merupakan satu alasan utk tidak berjaya didalam pelajaran..

zai said...

Salam Razak..

Benar Razak...Kemiskinan selalunya banyak mengajar manusia tntg erti sebenar kehidupan..

zai said...

Salam Endiem..

Gambar tu buat promosi jer tu...hehehe..

zai said...

Salam Tinta Kasturi..

Betul tu..apabila kita susah sebenarnya kita lupa bahawa ada orang yg lebih susah dari kita..Mmg sangat menginsafkan dengan entri2 sebegini..

zai said...

Salam Tirana..

Mmg benar tu..zai dulu pun susah juga tapi tak sangka dizaman mcm ni masih ada lagi orang2 miskin sampai sebegini sekali tambah2 lagi dibandar KL yg sangat maju..

zai said...

Salam Skaf...

Kak zai mmg bangga dengan anak2 yang mempunyai kesedaran spt ini...sedar tntg kesusahan hidup keluarga dan tidak pula menjadi negatif malah bersemangat utk meneruskan persekolahan walaupun dalam keadaan yg sangat sukar..

Kakcik Seroja said...

:( (tak terkata!)

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Bergenang air mata saya... Sungguh sedeyyy :(

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA