Tuesday, September 15, 2009

BOMOH YANG BOHMAU...


Salam...

Masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu sangat sinonim dengan kepercayaan dan adat dan ada diantara kepercayaan dan adat-adat tertentu yang jelas sesat, khurafat dan menyesatkan terus diamalkan dan mendapat kepercayaan penuh sesetengah dari kita.

Contohnya bagi ibu bapa yang inginkan anak2 mereka mendapat kelulusan yang cemerlang didalam peperiksaan turut berjumpa dengan bomoh dengan membawa pensil, pen dan pemadam dll sebagainya untuk dijampi agar alat-alat tersebut dengan kepercayaan jampi serapah yang dibuat dapat membantu anak2 mereka membuat penilaian yang lebih baik, didalam peperiksaan, mandi bunga (malah kadang pesakit terpaksa berkemban dengan dukun lelaki yang bukan muhrim untuk dimandikan) untuk tujuan mendapatkan jodoh dan juga berjumpa dukun/bomoh untuk mendapatkan minyak pengasih, minyak buluh perindu dan pemakaian susuk untuk kecantikan dan juga dengan tujuan untuk mengikat pasangan agar tidak memandang oranglain dan pelbagai lagi kepercayaan yang jelas sangat bertentangan dengan
akidah dan tuntutan agama.

Hukum menemui bomoh ialah haram dan berdosa serta boleh mengugurkan aqidah. Berjumpa dan menemui mereka adalah berdosa dan sesungguhnya perbuatan itu sangatlah ditegah oleh Allah dan Islam melarang sebarang usaha ke arah menyokong amalan syirik seperti bomoh atau dukun termasuk ustaz yang mengubat tanpa menggunakan Quran dan As-sunnah.

Sesungguhnya telah diriwayatkan dari Muawiyah bin Hakam Al-Sulami yang berkata : Aku telah bertanya nabi salallahualaihiwasalam mengenai perbuatan kami pada masa jahiliyyah yang selalu mendatangi dukun dan bomoh bagi meminta nasihat dan menyelesaikan masalah maka bersabdalah nabi salallahualaihiwasalam :

فلا تأتوا الكهّان

“Dan janganlah lagi kamu mendatangi dukun (termasuk bomoh).” (Hadis Sahih, riwayat Muslim dalam Kitab Minhaj Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi Jilid 14, no 5774, Ahmad Jilid 7, no. 24166)

Sesungguhnya menurut Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menyebut sesungguhnya perbuatan mendatangi bomoh dan dukun ini merupakan perbuatan jahiliyyah dan hanya dibuat ketika zaman jahiliyyah lalu tidak wajar dan sangat tidak patut umat Islam hari ini melakukannya setelah berlalu zaman jahiliyyah dan sudah datang Islam yang membawa sinar cahaya dan pertunjuk hidayah dari Allah swt.

Apalah faedahnya mendatangi dukun dan bomoh ? Sedangkan mereka sendiri manusia biasa dan jahil serta tidak pun mengetahui perihal ghaib dan tidak pun mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Apakah belum cukup firman Allah swt yang menyebut :

“ Katakan sesungguhnya tidak ada sesiapa pun baik di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah.” (Surah An-Naml : 65)

Kebanyakan dukun atau bomoh ini sebenarnya tiada kuasa pun mengubati penyakit dan menyelesaikan masalah sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud : “Dan tidaklah mereka itu (ahli sihir) dapat memberi mudharat kepada sesiapa pun melainkan dengan izin Allah.” (Surah Al-Baqarah : 102)

Bahkan jika diteliti mereka bukanlah golongan yang berpelajaran, juga bukanlah mempunyai kepakaran tertentu yang dipunyai cuma sedikit kepandaian menipu dan kepandaian dalam hal-hal ghaib serta mempunyai hubungan dengan sihir dan alam syaitan.

Diriwayatkan dari Ummul Mukminin Aisyah ra ketika bertanya kepada baginda tentang perihal bomoh dan dukun yang kadang-kadang apabila memberitahu sesuatu ternyata benar maka baginda salallahualaihiwasalam pun bersabda :

تلك الكلمة من الحق يخطفها الجني فيقرها في أذن وليّه فيخلطون معها مائة كذبة

“ Itu ialah kalimah (khabar) yang benar yang dicuri oleh jin (termasuk syaitan) lalu membisikkannya ke telinga tuannya sambil mencampuri bersamanya seratus pembohongan.” (Hadis Sahih disepakati oleh Bukhari no. 5762 dan Muslim no 2228)

Lihatlah betapa sesatnya orang Melayu yang pergi berjumpa bomoh meminta air penawar dan penerang hati bagi anak-anak untuk berjaya dalam peperiksaan sedangkan si bomoh itu sendiri memiliki anak-anak yang semuanya gagal dalam pelajaran.

Sesungguhnya segala hasil dari pendapatan si bomoh tadi dalam mengubati orang dengan kepandaian sihirnya ialah haram dan setiap perkataannya juga ialah haram diamalkan dan dipercayai.

Diriwayatkan dari Safiyah binti Abi Ubaidah ra dari isteri-isteri nabi dari baginda nabi yang pernah bersabda dengan maksudnya :
“Barangsiapa yang mendatangi bomoh (juga dukun) lalu bertanyakan sesuatu darinya kemudiannya membenarkan apa yang diberitahu oleh bomoh tersebut maka tidaklah diterima solatnya (amalan kebajikan) selama 40 hari.” (Hadis Sahih, riwayat Bukhari no. 2230)

Disebut oleh Al-Khutobi bahawa yang dimaksudkan sebagai عرافا atau كهان adalah sama sahaja maknanya cumanya عرافا ialah sebutan mashyur kepada mereka yang mengaku mengetahui di manakah barang yang hilang manakala كهان lebih kepada istilah umum bagi bomoh dan dukun dalam bahasa arab. (Lihat Minhaj Syarah Sahih Muslim oleh An-Nawawi Jilid 14, ms. 446)

Bagaimanapun dalam masyarakat Melayu mereka semua ini sama sahaja dikenali sebagai baik dukun atau bomoh tanpa ada beza dan para ulama’ semuanya bersepakat mengenai haramnya perbuatan tersebut.

Selain dari itu, kerap juga berlaku penyelewengan dalam masyarakat Melayu ialah apabila mereka hanya mengingati Allah dan meminta pertolongan Allah apabila mereka dalam kesusahan.

Ketika berlaku kemalangan, musibah yang melanda barulah dapat kita melihat golongan ini memakai kopiah putih dan mencari naskah Al-Quran dan membelek-belek surah yasin serta membaca dengan penuh pengharapan sedangkan sebelum ini langsung tidak pernah mengenal tikar sejadah dan jarang sekali mengangkat wudhuk.

Sikap ini samalah dengan golongan kafir yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran :

“ Dan ketika mereka menaiki kapal di tengah lautan dan menghadapi bahaya di lautan maka segeralah mereka berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas dan lurus namun apabila mereka telah diselamatkan dari bahaya dan pulang dengan selamat ke daratan maka mereka pun kembali menjadi syirik kepada Allah.” (Surah Al-Ankabut : 65)

Sangatlah ramai manusia sebegini hanya mengenal tuhan apabila berlaku kematian, musibah dan kemalangan, bila menghadapi kekecewaan dan putus harapan kepada makhluk maka kepada Allah mereka ini menuju namun bila segala hasrat sudah dipenuhi tiadalah mereka mengingati Allah kecuali sedikit.

Sesungguhnya ganjaran dan perintah bertawakkal kepada Allah sangatlah besar kerana pergantungan dan pengharapan kepada Allah mustahil datang melainkan dari hati yang bersih dan penuh yakin serta beriman kepada Allah dan pertolongan-Nya seperti firman Allah swt yang bermaksud : “ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya.” (Surah Thalaq : 2-3)


Share/Bookmark

26 comments:

al-lavendari said...

Benar sekali apa yang puan katakan. Saya tertarik dengan kenyataan puan spt berikut:

"... betapa sesatnya orang Melayu yang pergi berjumpa bomoh meminta air penawar dan penerang hati bagi anak-anak untuk berjaya dalam peperiksaan sedangkan si bomoh itu sendiri memiliki anak-anak yang semuanya gagal dalam pelajaran."

Kadang2 yg peliknya, yang berjumpa bomoh tu bukan calang2 orang ... ingat kes Mona Fandey ... mereka percya sampai mati! Nauzubillah.

t.k kerana link kat blog saya.

Maiyah said...

salam.. haa.. sbb tu sy tak mau gi jumpe bomoh, mengarut.. ade ker dia kata kat tulang rusuk sy ada mende diam tu sbb yg sakit, dah tentu2 sbb tulang tu patah n sakit ye tak :(

Unknown said...

salam kak zai,n3 akak mmg best dan bguna..kak,pelikkan,kebanyakkan yg jumpa bomoh ni adalah bangsa melayu dan beragama islam..kenapa ye?adakah mereka ni tak beriman?mereka sanggup jumpa bomoh utk minta itu ini,walhal bomoh tu sendiri tak arif!kan syirik namanya tu..percayakan bomoh..ada yg jumpa bomoh semata2 nak jadi kaya,tapi cuba renungkan,jika nak kaya,apasal bomoh tu tak kaya..hakikatnya,mintalah pertolongan dari Dia yang SATU! ALLAH!yang penting,niat dan pohonlah dengan ikhlas,jujur dan tawadduk nescaya Allah perkenankan..

tinta kasturi said...

sesat lagi nyesatkan, cuma kes sesat mcmni mungkin takde sampai thp boleh kena tangkap, tapi tetap sesat. Kalau dikategorikan sesat, samalah sesat dengan rasul kahar. Pegi jumpa bomoh = ikut rasul kahar. Lebih kurang je lah. Minda Melayu sekarang, humm. Mana taknye, wayang-wayang sekarang cerita puntianak la, jerangkung la, sundal bolong la, macam2 yg promosi doktrin kebomohan, sukalah musuh-musuh Islam menjumudkan pemikiran muslim dengan mistik.

hai said...

kat satu tempat ni,ada sorang perempuan yang didatangi oleh orang ramai untuk meminta hajat darinya..dan mereka hanya bawak air dalam botol je...pastu cerita je apa yang mereka hajatkan..nanti pompuan ni akan buat sembahyang hajat dan akan membaca surah yassin.diorang ni kena tunggu lama la...tapi saya mushkil ada ke cara ni sebenarnya salah ke betul...sebab saya rasa kalo kita berhajatkan sesuatu,bukan ke lebih afdal kita buat sendiri!!

Unknown said...

sememangnya bomoh dan dukun hanya memerlukan makhluk halus sebagai pengantara mereka,takkan kita nak sekongkol dgn mereka juga kot..lain ler kalu hanya ustaz yg membaca ayat2 suci ,bermunajat kpd Allah semata2 .wallahu'aklam .

Werdah said...

Salam Zai,

Itulah sebabnya Al-Quran diturunkan supaya manusia tak ikut jejak langkah syaitan yg menyesatkan. Allah dah kata cukuplah Allah tempat kita mengharap.. tp sayangnya org percaya bomoh lg dp ayat2 Allah.

dr.todak said...

Setuju dengan pendapat semua sahabat.disebabkan jahil tentang agama mereka tidak sedar akan perkara kurafat yg mereka lakukan.mudahan kita semua dijauhi dengan perkara2 kurafat.Amin

IMANSHAH said...

Minta dari Allah..moga2 diperkenankan

Asma said...

Sallam ziarah Pn Zai, n3 yang boleh menyedarkan kita semua yang sentiasa lalai.
Saya Pun kadang2 pelik orang kita bukan saja berjumpa bomoh untuk minta air penawar, lebih teruk lagi ada yang berjumpa bomoh untuk menyiksa orang lain, memusnahkan kebahgiaan orang lain. Semua tu bomoh tu buat, mengubati sekali gus menyakiti..jelas ini semua amalan sesat yang didalangi syiatan.

intan izani said...

ada juga para alim yg org sebut bomoh
minta penawar dari para alim ini
tak salah...
mereka juga kdg2 buatkan smbhyg hajat utk kita, juga tak salah...
asalkan kita sedar, org ini hanya pseseorg yg membantu kita, lebih dari itu semuanya dari Allah swt

melainkan org itu menggunakan mantera dan jampi2 yg bukan ayat alquran

itu baru haram dan sama sekali berdosa besar

Wallahuallam.........

Relevan said...

Salam Zai..

kwn dulu nyaris lagi tak minum air dakwat utk penerang hati..

atie said...

Salam Kak Zai,

Kata suami saya orng yang gi jumpa bomoh nie amalan nya 40 hari tak diterima......Subahanaullah
Salam Aidilfitri

Pn Kartini said...

salam..
tak terfikir pula ada jgk yg berbomoh bila anak exam???aduhaii..
Di mana mentalitinya..hinggakan mengganggap Bomoh pemudah cara semua hal..dan yang paling malang..sbg perantara memusnahkan seseorg..
Nauzubillah..

zai said...

Salam Al-lavendari...

Betul tu..sebenarnya ramai diantara kita masih jahil untuk mengenal mana satu yang halal dan haram sebab itulah kadang2 terpedaya juga dengan tipu-daya syaitan. Yang menyedihkan sesetengah dari mereka mmg dari golongan yang terpelajar dan berpengaruh dan dikenali oleh masyarakat..


Semoga Allah sentiasa memelihara kita dari semua perkara khurafat yang menyalahi akidah...

zai said...

Salam Maiyah..

Nasib Maiyah tak percaya cakap bomoh tu..kalau tak mungkin duit yang melayang tapi sakit masih ditatang...

zai said...

Salam Zawal...

Zaman sekarang terdapat banyak unsur2 yang boleh menyesatkan akidah walaupun dikalangan orang yg beragama itu sendiri kerana Syaitan sememangnya telah berjanji utk menyesatkan manusia sehingga kehari kiamat..Bomoh pun manusia..jadi minta kepada manusia pertolongan mereka tetap terbatas..sebaik2nya kita meminta terus dari Allah dan bukannya dari Manusia...

Banyak hikmah yang perlu direnungkan apabila doa kita tertolak, pastinya ada kecacatan didalam perbuatan seharian atau amal ibadah yg dilakukan..seharusnya kita sentiasa bermuhasabah diri..

zai said...

Salam Tinta kasturi..

Mmg benar..dizaman kini banyak orang Melayu yg hanya islam pada nama tetapi langsung tidak tahu mengenai ajaran islam sebenarnya..kadang2 ada antara mereka ingin kembali kejalan Allah dengan tujuan mencari kebenaran tetapi tersesat memilih tok guru dan seandainya mereka terjumpa org yang sesat spt Abdul Kahar ..maka akan bertambahlah kesesatan tersebut...

zai said...

Salam Hai...

Tak salah utk meminta bantuan dari orang2 alim utk mendoakan utk kita tapi biarlah dengan cara yang dibenarkan oleh islam dan tidak menggunakan sumber2 sampingan lain didalam perubatan contohnya menggunakan khadam dari jin dan sebagainya krn takut menyeleweng akidah...

zai said...

Salam Ummi Humaira...

Betul tu Ummi, sebaik2nya carilah mereka2 yang berilmu agama agar kita tidak tersesat bersama didalam kesesatan mereka selamanya..Sebenarnya perubatan Islam mmg dibenarkan tetapi terkadang hairan juga orang2 kitakan kenapa kita hendak menggunakan perantara orang lain sedangkan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui dan kita boleh berhubung denganNYA terus dengan talian tanpa wayar...

Kalau doa kita tertolak pasti Allah lbh mengetahui knp doa kita tidak dimakbulkan..betul tak ?

zai said...

Salam Kak Werdah...

Betul sangat2 kata2 kak werdah..didalam alquran dan yasin terdapat banyak2 surah yg boleh diamalkan sendiri tanpa memerlukan bantuan oranglain cuma kita kurang yakin terhadap Allah sebenarnya jadi bagaimanalah Allah hendak memakbulkan doa apabila kita tidak berkeyakinan bahawa Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...

zai said...

Salam Dr Todak...

Ameen..terima kasih atas doa anda..insyaAllah Allah akan memelihara kita semuanya dari tipu daya syaitan selagi kita mahu berpegang kepada ayat2nya...

zai said...

Salam Imanshah..

Tepat sekali..Mintalah dari Allah..Allah akan perkenankan..cuma kita yang tak percaya

zai said...

Salam Teratak Murniku...

Terima kasih kerana sudi memberi komen...Mmg benar sesetengah dari kita terlupa bahawa berniat dan meminta dari bomoh utk berbuat aniaya kpd oranglain sebenarnya adalah merupakan satu dosa yang amat besar..

Akhirnya kita akan menyesal dan mati didalam kesesatan seandainya tidak bertaubat..
sedangkan orang2 yang teraniaya itu ntah2 masuk syurga dan kita pula ke neraka kesan dari dendam kesumat yg tak berkesudahan..

zai said...

Salam Relevan...

Nasib tak minum air dakwat, kalau tak mesti relevan dah semput agaknya.berhati2lah dengan pengamal ilmu perubatan ni semua krn takut2 bertemu mereka2 yg menggunakan syaitan sebagai perantara..

zai said...

Salam Intan Izani..

Betul tu..kita boleh meminta bantuan orang2 yang berilmu agama dan alim ulama utk mendoakan bagi kita tapi sebaik2nya kita juga harus berikhtiar dengan sedaya upaya memperbanyakkan amal ibadat keatas diri sendiri dan memohon pertolongan dari Allah secara berterusan krn Allah tidak zalim. Pasti ada hikmah dan sebab2 knp diberikan penyakit dan musibah kepada kita. Tidak lain dan tidak bukan agar kita terus beribadat dan berdoa memohon bantuan dariNYA..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA