Wednesday, September 16, 2009

DAH BERTEMU LAILATUL QADAR ???

Salam...

Ada satu kisah menarik berkenaan pengalaman seorang pemuda yang turut berharap untuk bertemu malam lailatul qadar dan beliau akhirnya bertemu satu keajaipan ketika bersama-sama ayah beliau menaiki motosikal untuk kemasjid pada satu subuh yang bening diantara 10 malam yang terakhir...hayatilah kisah ini sebagai antara salah satu kisah dicelah-celah kehidupan kita yang mungkin benar-benar terjadi...

"Lepas makan nanti, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil! Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid...sungguh Ajaib!

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud.... fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatulqadar.... " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

Abah terus memberhentikan motonya disitu dan berkata "Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?" Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

Abahku dengan keras berkata "Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah.. Bodoh.. " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti Hari Raya.

>>> Jangan marah ye.. cerita adalah rekaan semata - mata.. tiada kena mengena dengan yg masih hidup ataupon sudah mati.. hehehehe...

Dipetik daripada blog Isuhangat.

(Terbitan asal 11 September 2008)


Share/Bookmark

39 comments:

NURA said...

salam sobat
wah menarik nich info lailatul qodarnya.

selamat menyambut hari raya Idhul Fitri
minal aidhin walfaidzin.

Dearie Pearls said...

Hye Kak..

Mcm LOL pernah baca isu ni kat blog kwn2 lain..

Papun, dah kena bodoh oleh abah..

hehehe..

Relevan said...

Lor Zai..ingat betul punya cerita tadi..ishk2..

Pn Kartini said...

Salam..
Tq..buat tergelak petang2 ni..bila sampai rangkap citer
"Kepala otak engkau....aduhaiiii.hehe

Abd Razak said...

Salam...

orang tua selalunya lupa...

Maiyah said...

salam.. lerr.. memula merinding plak blu roma nih.. ekekeke.. kalo ler itu adalah benar kan mesti tuan punya badan sgt bertuah.. Selamat Hari Raya kak Zai :D

Werdah said...

salam Zai,

kelakarlah

ASYIQ said...

Zai, kelakarnya crita ni. Org nk renovate masjid pun agak2 laaa, dlm bulan ramadhan tak payahlah...buat kelam kabut aje.

Ingat masa kecik2, org2 tua cerita pasal semua permintaan makbul...saya selalu wish nak dpt emas berketul2 emas utk jadi kaya! Ada ke patut!

Unknown said...

kak zai..
selamat hari raya..
maaf dimana ada yg tak sempurna semasa kita berurusan...

semuga kita dirahmatiNya

myQza said...

ekekekeke.. kelakar lah kak!!

Selamat hari raya kakzai!!

amirul said...

Salam,

Kusyuk beno aku baca entry ini... hmmm... rupanya lawak ramadan plak... hehehe...

Salam aidilfitri buat keluarga kak Zai ye...

Hanisham Ab Halim said...

Hahahaha.. amboi2 kak zai.. dah terkena ni..

Salam Aidilfitri untuk Kak Zai dan keluarga....

Unknown said...

Kita kena tipu ngan kak Zai idup-idup,waaa...
Ingatkan betul2..ha ha ha..
Kak zai x balik kampung lg ke ni?

Unknown said...

salam puan zai
tergelak2 saya baca blog kali ini..obses betul pemuda tu ngan malam al-qadr hehe

Salam lebaran
ZHARIF

Baba Roshidan said...

Kwang2............ Ingatkan .......
Salam Aidul Fitri. Maaf Zahir Batin.

anakmuaallaf said...

Salam zai,
Sila ke blog kak leha sudilah terima kad raya dari akak n fmly

intan izani said...

da penah bace before ni
tp first time bace mmg gelak besar

kalau da jumpe lailatul qadar
rasenye kelu lidah kot...

;)

zai said...

Salam Nura..

Trm kasih krn singgah..Selamat Hari Raya Aidulfitri dan Maaf Zahir Batin jua kepada sobatku Nura..

Terima kasih atas jalinan ukhwah yang indah ini...

zai said...

hi LOL...

Iyela..cite ni pun akak kutip kat blog orang lain lah nie sbb rasa kelakar sangat jadi akak abadikan jua kat blog akak sekadar utk selingan sekali sekala..

zai said...

Salam Relevan..

Betul atau tidak cite tu wallahualam tapi tak mustahil akan berlaku cite lawak sebegitu kan ? Biasalah gelagat manusia..hehehe

zai said...

Salam Tini...

hahaha...itulah zai pun rasa kelakar baca cite ni sbb terasa mcm anak dia tu naive sangat..bapak pulak garang sangat..

zai said...

Salam Razak..

Namapun orang tua...antara tanda-tanda bahawa kita telah dimakan usia...

zai said...

Salam Maiyah..

Suspen jugak kan ?? itula masa mula2 baca cite tu pun ingat betul...tau-tau cite lawak..

zai said...

Salam Kak Werdah..

Sesekali kena jugak bergurau kan untuk menambah perencah dalam persahabatan..

zai said...

Salam Asyiq..

hehehe..amboi berangan dapat berketul2 emas ?? dahsyat tu..zai risau gak takut nanti habib jewels kena tutup kedai sbb ada pesaing baru..tapi kalau hidup senang bagus juga krn mampu pula menolong oranglain yg didalam kesusahan kan ?

zai said...

Salam Jinggo..

Sempena bulan yang mulia ini Kak Zai pun nak mohon maaf kat jinggo seandainya ada keterlanjuran kata dan bahasa2 yang tidak menyenangkan...harap2 tak adalah yer..

zai said...

Salam Si Tedi..

Kelakar erk ??? Selamat Hari Raya utk Tedi juga..dah beli baju raya baru ke ?

zai said...

Salam Amirul..

Kak Zai pun nak ucapkan Selamat Hari Raya buat Amirul dan Maaf Zahir dan Batin..

zai said...

Salam Echam...

Sesekali tu kena juga bergurau kan..tapi kak zai mmg suka bergurau sbnrnya tak suka tension2 dan marah2..

zai said...

Salam Ijoks...

hehehe..kak zai dah terkena dan pastu nak mengenalah plak kan ??

Mestilah balik kampung, chek orang kedah, suami isteri sama negeri senanglah tak yah baling buah dadu nak tengok sape menang (sama-sama menang) ...jumaat malam bertolak balik kot rasanya sbb kak zai masih keje lagi sampai jumaat..

zai said...

Salam Zharif..

Suke akak kalau dapat tengok Zharif gelak2..kelakar kan dia nie...bertuahlah mereka yang berpeluang melihat keajaipan lailatulqadar ni..

zai said...

Salam Ustaz Baba...

Ingatkan betul ? rupa2nya kwang3..hehehe..

Selamat Hari Raya Aidulfitri, Maaf Zahir dan Batin buat ustaz Baba dan keluarga jua..

zai said...

Salam Kak Leha...

Trm kasihla sudi bagi Kad Raya kad Zai yer (dah tampalkan pun)..

Wah...dah penuh umah zai dengan kad raya rupanya. Zai ni tak berapa pandai buat kad lagi nie baru nak amik kursus..tahun depan kot baru lulus agaknye hehehe...

zai said...

Salam Kak Leha...

Trm kasihla sudi bagi Kad Raya kad Zai yer (dah tampalkan pun)..

Wah...dah penuh umah zai dengan kad raya rupanya. Zai ni tak berapa pandai buat kad lagi nie baru nak amik kursus..tahun depan kot baru lulus agaknye hehehe...

zai said...

Salam Intan Izani...

Tak semua dari kita diberi peluang melihat keajaipan ini..mungkin ianya hanya utk mereka2 yg terpilih sahaja diatas ketekunan dan kesabaran mengerjakan amal ibadat disepanjang bulan ramadan atau kepada mereka2 yang ingin diberi hidayah olehNYA..

Unknown said...

salam..izinkan saya gelak dulu..hahahhaaa..
best lah kak..walaupun lucu namun ada 1000 pengajaran yang perlu kita pelajari..

NURA said...

salam sobat
sama2 ZAI
maaf lahir dan batin.

wardah said...

salam k zai...sabo jer...hee..hee..ingat kat realiti tadi...rupanya saya dah terkena dgn cerita ni. Sbb tajuknya 'catchy'..hmmm

zai said...

Salam Wardah.

Hehehe..itulah hakikat kehidupan terkadang ada "trick" yg perlu dipelajari...terkena dan mengena..

mcam kak zai buat entri ni la..ha kan wardah pun dah terkena tu kan..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA